Jom klik

kENgkaWAn

Monday, January 14, 2013

Mahkamah dibom?

Baru je naik balik ofis ni ha... Kecoh sungguh rasa pagi ni..

Sampai ofis je, tiga-tiga lif tak berfungsi, so menapak naik ke tingkat 5. Sampai bilik, elektrik pulak takde... Padan la bilik staff lain gelap gulita je. Kepanasan dengan air-cond nye takde lagi, kocoh2, basuh mug bos, tuang air. Eh padan la tak panas, letrik takde..

Tak jadi diet sebab tak boleh buat oat tanpa air panas, so menapak lagi turun tangga beli sarapan pagi. Naik je ofis, elektrik dah ada, cuma air-cond belum berfungsi. Duduk lepak makan bihun sup beli tadi, masuk rakan se ofis cerita pasal ada bom kat sini. Belum sempat ulas panjang, keluar pengumuman suruh kosongkan bangunan, kelam kabut laa..

Bagitau bos, pastu capai purse, hp dengan kunci bilik. Dah nak turun tangga tengok kawan-kawan semua bawak handbag... fikir-fikir cam takde apa penting dalam beg tu, eh, kunci kete.. Naik balik tangga berlari ambil handbag. Aduu..

Turun je cari kengkawan.. Dah la 2 kawan rapat aku takde.. Sorang cuti jaga anak tak sihat, sorang lagi MC sebab cirit. Sebbaik aku ternampak kawan lain yang boleh ngam la kepala gak.. So lepak sekali. Dalam hati meronta-ronta nak amik gambar, tapi segan takut nanti orang cakap hulu benor skit2 nak amik gambo hahahah...

Tapi sebab nak up kat blog tanpa gambar adalah tak syok, maka aku snap kat mana yang tercapai. Ate duduk bawah bukit, nak amik gambar tempat yang ramai orang atas bukit nun, so tak dapek gak la nak tunjuk situasi tadi.

Atas sana penuh orang.. tak faham aku.. klu betul la ada bom pastu meletop, agak-agak selamat tak orang yang duduk bawah bangunan tu?

Barisan peguam yang setia tunggu.. Kebanyakan dah lari gi minum kat tempat lain

So ada la sejam lebih dok kat bawah.. Ke tak sampai ek? Kira cekap la polis dan ahli bom tu buat keje sebab sebelum ni, pukul 11 lebih baru masing-masing dibenarkan naik ofis.

Tapi yang kelakar pengumuman tu katanya, mintak kita cek kat tempat masing-masing, kalau ada sesuatu yang nampak lain, terus hubungi pihak diorang. Kita pulak kena jadi detektif haahaha...

Yang pasti, panggilan bom ni mesti dibuat bila kes Sosila nak jalan.. macam nak lengahkan kes selesai kot.. Entah la aku pun tak pasti..  Yang pasti syukur sebab kami semua selamat.. ermnn setakat ni..

Soal bom jumpa atau tak, tak pasti.. Tapi ada cakap-cakap mengatakan memang ada bom sebab tu cepat je selesai, cam kes dulu bom takde.. so diorang cari betul-betul sebab tu lambat selesai..

Harap-harap siapa yang punya keje ni fikir la banyak kali.. banyak nyawa yang perlu korang fikir kalau nak buat menda camni.. Ada yang ada anak kecik cam aku, ada yang hanya dia tempat keluarga bergantung, ada yang baru beli kereta ada yang ahhh macam-macam la.. Bayangkan kalau korang bom tempat kami mencari rezeki ni.. kesian pada keluarga kami ni.. Ada anak yang tak beribu bapa, ada yang takde suami or isteri, ada yang takde ibu bapa.. Macam-macam.. So think before act!!

6 comments:

eima said...

panggilan palsu la ni kan ...

tp takut jugak wei

Ratu Hatiku said...

Ni pihak yg x bertanggungkwb pya keje la ni...

ieda said...

dpt akak bayangkan keadaan kelam kabutnyee itu ..
tmpt akak x pernah buat layie ..

ayu Ismail said...

Mesti cemaskan...nasib baik takde apa2

suhaina laui. said...

ngeri jek

Kesuma Angsana said...

seb baik xde apa2 ye