Jom klik

kENgkaWAn

Friday, January 25, 2013

Misi mencari susu & gedik bersama teruna

 Cuti Maulidur semalam masa dihabiskan kat rumah je.. Buat laundry sampai 3 kali mesin, lipat baju 2 bakul tu, tmasak untuk branch terus kikikiki, tukar cadar, ubah susun atur perabot bagai.. Anak-anak dok dalam bilik dengan hubby, nak sangat main PS2 kan, boleh... Jaga anak sekali haahahah... Haru biru sebab anak dok main tutup buka tv dia tu..

So lepas dah siap kemas, basuh dan jemur belaka, owh tugas jemur adalah tugas hubby, mandikan anak pun hubby sebab wife dia dah hampir tumbang sebab kepenatan, hubby ajak pergi Plaza Alam Sentral. Nak tunaikan janji dengan anak teruna, yela Android Momo dia tu pecah skrin, papa dia terpijak, ate elok beno bungkus dalam selimur, hubby pulak nak cepat, terpijak.. Padahal jarang benar dia nak semayang lalu atas katil, nak cepat bebenor la tu...

So pergi la PAS anto untuk repair, kos repair RM150 ke bawah.. ok la.. aku beli pun ari tu RM330 je momo tu.. Puas hati pakai, so repair jela.. Owh, semalam, ada akak tu nak beli android momo yang sama aku beli, tapi dia dah jual mahal erk, katanya RM380, dapat kurang RM350, padahal barang, install semua pun sama je.. ingat makin lama makin murah, rupanya makin mahal.. Sebbaik kami beli time promosi...

Lepas PAS, misi mencari stok susu anak bermula.. Anak-anak minum Dutch Lady, eh produk ni sokong Israel gak ker ek? Kalau sokong gak, aku memang tak boleh nak boikot la.. ater, tu je pun susu termurah dan ok untuk anak-anak aku..Nak tak nak terpaksa gak guna. Tapi MC D insyaallah, aku masih istiqomah hingga hari ni, walaupun kadang iman goyah, nak jer beli, drive thru, order bagai, tapi selalunya mesti dapat tentangan dari hubby la, takde kawan nak join la.. So alhamdulillah, masih berjaya memboikot..

So semalam kat tesco susu dutchlady Rm 19.98, carrafour 2 paket RM38.80, sepeket RM24 so murah dah tu, kat giant RM20 something, lupa.. so paling murah carrefour, rugi sungguh beli 2 paket je.. Kat giant yang paling mahal pulak hubby beli sampai 4 paket sebab tu destinasi pencarian terakhir.

So sementara tunggu papa masuk cari susu, kami bergambo laa.. aku tak mau ikot sebab perut tak selesa, lagipun Eqal tido..

Ni kat Carrefour

Kimi tak sempat menyelit

Kusyuk adik tido
 Kat Giant lak.. Eqal dah bangun sebab abang dia bising sangat

Layan perasaan

Ngintai ekkk miii

Adik amuk, abg gerak pulak..

Tomey
 Mesti nak ada gambar tengok belakang diorang ni.. ape tah yang nak tengok..
Eqal main tisu, kimi action sbb mama nak amik gambar
 Gambar kat Tesco takde, sebab aku pun dengan anak-anak sama naik pergi shopping.

Oyer, kat TESCO sebelah pusat akuatik tu ada buat jualan baju-baju dari Thailand.. Murah-murah ok... RM15-Rm35 sajok harga lepas tawar menawar.. Cantik-cantik, peplum dia pun baru RM25 untuk baju je.. Aku sambar seluar yang beso cam pakai kain tu dengan baju nak gi Langkawi nanti yey!!!

6 comments:

Aisyah Husaini said...

I pun suke je shopping kat tempat2 thailand ni jual murah gitu ho ho ho..ingat tgahari nak g cr cardigan kat ctu ngeh ngeh ngeh

bunga_rose said...

nk cari kat tempat yang sama ke? haaa.. mana tau boleh terserempak ke.. sebb plan nak ke sana gak time rehat nt hahah..

♥cikmOt♥ said...

akak beli susu DL kat tesco jek semalam...

Ratu Hatiku said...

skrg dah byk kan bj2 thailand tu.. oklah murah dan cantik :D

bunga_rose said...

cikmot:
kak, kat Mydin ari ni baru RM17.88 sajokkk!!! Aduiii sebbaik dah borang banyak smlm klu tak ku terjah gak mydin tu beli susu haahah..

Ratu Hatiku:
kan.. tadi gi JJ Bukit Raja pun ada jual produk tu.. dimana2 pulak jualan tu ada sekarang ek..

eima said...

mydin slalu susu murah slalu gak beli susu alisha ngan fahim kat ctu tp dah lama tak pi tesco klu pegi pun tak beli brg sbb sokmo kaunter buka sikit sgt Q oanjang