Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, January 23, 2013

Nasi Kukus Seksyen 7, Belakang Unisel

Tengahari tadi gigih pergi Seksyen 7 nun.. Ajak drebar bos hantarkan ekekekek... Pergi berdua dengan mak yong ct..

Nur di wajah pucat kami haahah..
 Pergi ke seksyen 7 tu semata-mata nak makan nasi kukus beratur. Bulan lepas kan ada makan nasi arab, pastu masa tengah tunggu makanan tu nampak orang beratur nak beli nasi kukus, so teruja nak tau tahap sedapnya nasi kukus tu.
Nasi kukus ayam berempah
Rasa dia ok la.. boleh tahan.. tapi sebab aku penah rasa nasi yang lagi sedap so ni kira bukanlah yang terbaik pernah aku makan.. gituuu kekdahnya hahaah...

Tapiiii, ayam dia adalah besar, lembut, empuk gituuuu.. Tak mcam sesetengah ayam, bila amik part kepak tu mesti keras kejung kan, yang ni tak, isi dia memang lembut.. Aku siap terbaring-baring penat nak habiskan nasi dengan ayam tu.. Sudahnya ayam je tinggal tulang, nasi tak abis aaahaahah...

So nak rasa boleh la ke food court seksyen 7, belakang UNISEL. Harga dia RM6 sahaja.. Agak mahal? Baloi laa dengan kebesaran ayam dia.. lagipun nasi aku ni di sponser so apadehal hahaahah...

5 comments:

Tukang Karut said...

ko kalau makan free memang sangat suka kan!

__✿HARISA✿__ said...

Assalamualaikum, tuan owner , saya nk mintak izin tumpang promote sikit ya. Inginkan kulit yang mulus dan gebu? Boleh lawat blog saya! Sempena harga promosi masih berlangsung, cepat2 dapatkannya! Segala pertanyaan akan dilayan dengan mesra :)http://qistinaharisa.blogspot.com/

azievee said...

Amboi bunga semua tempat makan hang g ekkk..best tu...nasik kukus ayam kompem ke dara...hahaha

ummiaiman said...

Waahh...nmpk mmg betul2 menyelerakan. ..terliur la pulak...hehe
Salam ukhuwah fillah drpd : suteraungu87.blogspot.com

bunga_rose said...

Tukang Karut:
weeelllll u know meee rightttt!!! Hahhahaah

Harisa:
Promote? Boleh je.. tak kisah.. Jap lagi pegi tengok blog kamu yer ;)

azievie:
Hahhaah.. nama pun peminat makanan, kena cubaaaa ^_^

ummiaiman:
hiihi... makanan free dan panas semua pun rasa sedap je kat tekak ni ngeee