Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 29, 2013

Obat hai obat

Kan post sebelum ni aku cerita pasal anak-anak aku yang tak sihat tu kan... Korang tenogk la ubat yang diorang kena amik.. Gilaaaa banyakkk!!!

Aras ubat abang, bawah ubat untuk adik
Hakimi kalau bab bagi ubat cukup mudah, memang nganga je.. Janji sediakan air masak depan dia. Semua ubat memang dia selang dengan air masak kecuali tu ubat demam tu.. Tak payah suruh, memang dia mintak, lepas makan tak payah bilas tekak tu dengan air masak, memang dia suka..

Tapiiiiiii Haiqal ya ampunnnnnnn!!!! Susahnyaaaa nak bagi dia makan ubat.. Lari, nangis, tutup mulut, buang balik, muntah, apa yang dia tak buat? Culas ubat cam mama gak haihhhh!!!!

Bila anak muntahkan ubat, aku laa kena bebel dengan papa diorang, katanya bagi la sikit-sikit, 2 ke 3 dulu ke, lepas sejam baru bagi selebihnya.. Lahaiiii aku memang la bagi semua terus, tapi nak boleh ke habis suap semua ubat tu amik masa antara 15-30 minit gak weh.. Yela, picit sikit-skit kan..bukan sekali hadap terus aku picit semua masuk tekak si kenit ni..
Kusyuk tengok video clip 'Untuk dia" Lagu peberet dia
Tapi serius, tak sampai hati tengok anak sakit, aku sokmo doa, bagi je sakit diorang tu kat aku, aku dah beso takpe.. Tapi bila aku fikir, kalau dah bagi kat aku, sama je.. cam sekarang, aku still batuk batuk, bila dah aku batuk, tak ke nanti jangkit balik gak kat anak aku.. so, aku doakan moga anak-anak cepat sembuh je terus, tak payah transfer2 penyakit yang mudah berjangkit ni kan.. Tak sampai hati wehhh tengok sakit yang diorang alami.. sedih...

No comments: