Jom klik

kENgkaWAn

Monday, January 7, 2013

Reaksi lepas sehari di Daycare

Ada yang tertanya macamana reaksi Kimi last week bila aku amik dia dari daycare

Jawapannya, positif!! Yeay!!

Aku sampai je tengok dia tengah leka main mainan apa tah cam uji minda gitu. Bila nampak aku depan pintu terus jerit "Mama!!!" Lari, pastu terus peluk aku. Amboiii macam tak jumpa sebulan reaksi.. tapi hati aku selalu tersentuh bila anak peluk aku camtu.. Dapat rasa kasih sayang & rindu dia pada aku..

Bila tanya seronok tak sekolah? "Seronok! Ada mainan, ada kawan.. tapi kawan kimi tak bagi kimi main dengan dia mama, dia nak main sorang." Aku positfkan minda dia cakap Kimi baru je masuk situ, so kawan tak kenal lagi.. lama-lama rapat la. Tah faham ke tak apa aku cuba sampaikan tu haahh..

Lepas tu, pot pet pot pet la dia bercerita pasal sekolah baru dia. Tapi yang kelakar bila aku tanya makan ape dia jawab.

"Kimi makan nasi mama.. Nasi tu sungguh manis. Lepas tu ada bau macam durian."

Aku dah tergelak dah masa tu. Perkataan sungguh tu comel betol. Kerap pulak sekarang dia guna perkataan sungguh. Ari tu dia cakap pasal makanan klu tak silap. "Wah mama, kuih tu sungguh sedap." Lebih kurang la.. Aku rasa banyak pengaruh tv mamat sorang ni.. Bahasa pun kemain baku hahaah..

Oh, lagi 1 nak tergelak pasal nasi manis & bau durian dia tu.. Korang rasa makanan ape nasi manis ada bau durian tu... yerrrr bubur kacang durian. Hahaahahaah.. comel sungguh cara dia terangkan makanan yang dia makan. Tapi bagusla, at least dia tau camne rasa makanan tu.. kan.. Then cam biasa aku akan explain kat dia yang benda yang dia makan tu bubur kacang, dalam tu dia letak durian untuk sedapkan lagi bubur tu.

Mula-mula tanya cakap sedap, lepas tu cakap tak sedap. Mula-mula cakap Kimi makan, pastu cakap tak sedap sebab tu kimi tak makan. Haihhhh ayat mana ntah yang mama boleh percaya ni sayangku?

4 comments:

P.A. said...

Kimi sunggguhhhh comelll hihi...blajaq rajin2...nnt pandai, belikan mama durian crepe ye Kini :)

Tukang Karut said...

percaya yang pertama... huhu

eima said...

ok la tu ... perkembangan yg baik tu

Kesuma Angsana said...

senanglah macm tu kan!