Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, January 30, 2013

Restoren Pulau Ketam, Klang

Sabtu lepas, hubby ajak keluar cari hadiah kahwin sobat baik dia. So pergi la JJ Bukit Tinggi. Lepas dah berjam dok dalam tu perut pun dah berkeriut mintak diisi la kan.

Keluar dari JJ, kitorang pusing-pusing Klang tu tak tau mana nak cari makan. Ingat nak makan satay kajang kat klang tu tapi pusing-pusing tak jumpa, dah takde ek kat situ? So lepas dah 3,4 kali pusing kat kawasan ape ek nama tempat tu Bukit Tinggi la kot hahahah nampak kedai ni, Pulau Ketam.

Risau gak takut kedai makan cina so masa hubby lalu tu aku usha dalam kedai, nampak ada gambar Shiha masa dia jadi pengacara JJCM, so terus ajak hubby cuba makanan kat restoren tu.

Kalau nak tau kedai dia ermnn.. kalau dari Hospital Klang, kalau terus, naik flyover tu akan ke JJ Bukit Tinggi kan, ko turun bawah tu, kat traffic light amik kanan, terus je sampai nampak CIMB bank belah kanan ko, haaa restoren tu ada di deretan kedai belakang CIMB. Parking pun sonang jo.

Ok, gambar kat belakang  Kimi tu jenis-jenis masakan. Korang boleh pilih ikan dan segala makanan laut kat kaunter ala-ala sampan tu. Dia akan timbang bagitau harga siap masak bahan mentah tu berapa henggit, so ko boleh bajet la kan nak yang harga mahal ke murah.

Banyak gak choice masakan dia, aku lupa laa nama hihih.. Maapkan sayee..

Kimi yang sebok nak duduk baby chair walaupun dah tak baby.. aduii..

Air kelapa untuk hubby

Nampak tu, belakang aku tu nama restoren dia, Pulau Ketam

Budak tak duduk diam

Grrrrrrr... janji makanan masuk mulut, baru diam..
 Ikan kembong masak.. errrr.. alaaaa resit lupa aku nak snap, tapi sedap wehhhhhh.. Kimi dengan hubby suka makan.. Lichinnnn tinggal bawang dengan cili je.
Ikan kembong, tak silap siap masak RM9+
 Kangkung sambal.. Sedap tapi dia hidang cam nak makan 5-6 orang.. walhal aku dengan hubby je pun.. Tapi habis.. tinggal batan je yang tak larat nak habiskan.
Kangkung RM5 ke RM7 lupa
 Pari bakar ni sampai last sekali.. so masa tu perut kami dah kenyang sangat. Yang ni dalam 680g kalau tak silap aku dan siap masak RM38 camtu.. tapi besar laa.. Yang ni tak habis, kami tapau.  Tapi hubby suka sebab selama ni dia makan ikan pari asik dapat yang pahit or hancing.. Yang ni memang manis, rasa kesegaran dia tu. Tapi aku kurang suka sebab pari ni besar, aku prefer yang kecik skit, lebih manis.
Pari masak.. errrr.. lupa jugak haahahah
 Sotong pun atas permintaan hubby. Eh semua laa makanan dia yang minat hahaah.. Sedap sotongn i, tapi mungkin sebab besar sangat so bagi aku cam liat sikit.. Dan disebabkan hubby tak boleh makan seafood sangat, dia mintak sebab geram tengok sotong tu besar(boleh?) so yang ni pun tapau, sambung makan kat rumah.
Sotong masak sambal
Ada free dessert pengat ubi.. Ada banyak jenis, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi err apa lagi ek.. Boleh telan laaa.. tapi boleh pulak hubby ingat tu kena bayar, so dia tak nak, amik untuk aku je sebab dia tau aku suka pengat-pengat ni.. Saboooo jelaaaa

Pengat ubi sesedap rasa
Oh, air fresh orange untuk aku dan teh o ais cam biasa la untuk Kimi. Total RM 93 kot.. hahaah.. aku ni semua benda pun lupa.. Ok la... boleh tahan la harga kata hubby sebab aku yang bayar haahahah... Sesekali belanja kuarga makan kan, meraikan bonus katanyaa.. Hahaahha..

So kalau korang kering idea mana nak pergi makan, boleh cuba kat sini, layanan menang bagus, peramah bebenor pelayan kat situ dan sangat membantu, jagakan Eqal masa aku dengan hubby pilih lauk kat sampan tu haaa hihihi..

Nanti aku balik aku update balik nama lauk dengan harga sebenar okeh.

6 comments:

eima said...

hmmm 2 org mkn bebetui RM93...fuh boleh tahan jugak la ...

sesekali ok la kan ....
tp seb baik aku tak terliur sbb semua tu jenis mknan yg aku tak gemar klu tak jenuh jugak nk menunggu pukul 1 pm ni

bunga_rose said...

hahaahah.. tu sebenarnya makan untuk 4-5 orang.. klu tambah nasi dengan air berapa RM sangat je.. sebab tu yang tak abis kami tapau, banyak sangat..

tp bak kata ko la.. sesekali boleh laa.. hari2 mau bangkrup aku anak beranak haahah

MRS. K said...

kat klang yang aku tau umah iema je la hahah

deelira@deeliraz said...

kemain comel dia dressinggg

mRs.aiRmaN haViT said...

mula tgk gmbr dak kecik..baru nak cakap..haikal sebijik mcm kimi..rupanya kimi betol2..yg dudok atas kusi bebudak..ahaks!

Kesuma Angsana said...

wah leh tahan harga die tu !