Jom klik

kENgkaWAn

Friday, January 11, 2013

Sebab tempat baru atau sebab bosnya?

Aku baru je dapat markah Penilaian Prestasi aku untuk tahun 2012. Agak mendapat kejutan budaya aku kat situ.

Masuk bilik je bos aku cakap nak bincang pasal Penilaian Prestasi. Dia tanya aku takde anggotai mana-mana kelab or persatuan ke? Aku macam, adeii camne erk.. Tak sure kat ofis aku ni aku ahli ke tak sebab tak pernah bayar yuran, tak pernah libatkan diri dalam aktiviti sukan. Rupanya kat situ aje dah 10 markah.

Lepas tu dia tunjuk la satu2 markah yang dia bagi.. ada 8, ada 9 ada 7.. Dia explain kenapa bagi banyak tu bagai, paling kerap dia cakap sebab aku kurang English.. Lorrr cer bos cuba speaking dengan saya, insyaallah saya boleh je nak reply. Memang la tak guna perkataan bombastik cam bos, tapi at least boleh faham dan balas, tapi dah tak pernah try, camne nak tau kurang ke lebih..*walaupun memang kureng pun muaahahahah*

Lepas tu ajak aku kira dengan dia, katanya dia bab-bab matematik ni kurang.. Eh, nak nilai bos pulak la boleh, ada 2 dah kelemahan bos bagitau kat saya ni, satu matematik, lagi 1.. ok tak bagus reveal kat sini sebab kang mengaibkan dia pulak kan hahaah..

So kira laa... sekali congak, amik ko dapat 75 je. What??? Aku yang kat ofis lama asiknya dapat 90 ke atas sejak 7 tahun kerja dapat 75 pada tahun ke 8 kerja? Teruk beno ke ko kerja kat tempat baru bunga??? Aku tak puas hati.. sebab aku rasa aku deserve more than that amount.

So dengan rendah hati aku cakap kat bos, yang nilai tu terlalu rendah kalau nak dibandingkan dengan markah aku bagi tahun lepas-lepas.. Sebab mesti orang akan pertikaikan daripada 90 ke atas markah dan pada tahun ke 3 dah dapat APC, tentiba tahun ke 8 pindah ke ofis baru terus down to 75. So mintak dia at least 80 sebab bawah 80 tu macam teruk sangat performance aku. Dia cakap, yeke Ros, but you are not bad at all. Kerja you ok.. Ok, kita kira balik yer.. Haaa tu yang aku nak dengar tu.

Tambah sana sini, pasti bahagian kegiatan tu aku tambah sebagai ahli kat Persatuan Taman aku tu so congak tambah situ sini dapat la 81.6. Better than 70+ kan. Mekaceh bos. Ok la.. at least takde la drop gila dari 90+ ke 70+ kan.

Dan, nasib baik laa dia nak kira dengan aku, kalau dia isi je markah pastu bagi kat ketua pentadbir, tak ke sesia aku.. Memang la markah untuk anjak gaji 50 ke atas *tu pun bos yang bagitau, kalau tak aku pun tak tau* tapi at least takde la teruk sangat.. Tiba-tiba rindu kat bos lama.. baik gila bos2 aku tu, sempoi pulak tu belaka..Dok JKR dah 3 bos aku jaga dan semua bagi markah 90+ kat aku. Miss u boshhhh!! Terror kerja ke pandai bodek tu hahahaha... Tapi memang komited kot keje lama semua pun buat.. ape je aku tak buat, air, kemas bilik, order makanan, ajk itu ini, personal bos, minit meeting dari awal, pra, post semua aku yang sediakan. Kalau ada tanah runtuh, sama naik aku kena gi keje even time tu 1st hari raya.. Yerrr tak tipu, aku sempat jamah juadah raya je laki bini, lepas tu pecut dari Perak ke KL sebab bos call suruh datang ofis, emergency, tanah runtuh. Dan lain-lain kerja setiausaha la kan.. Tapi alhamdulillah bos pandang jasa tu.

Ni bos kat sini ni.. Dia dulu lecturer, so memang pemarkahan dia agak skema. Bekas pelajar dia sendiri pernah bagitau susah nak dapat markah dari bos aku ni.. Aku tengok dia semak kertas jawapan bila kadang-kadang dia dijemput jadi pemeriksa pun, lahai.. semua pun tak penah dapat 80 ke atas.. Kebanyakan dapat 60 ke bawah.. yang dapat 20, 30 markah pun ada ok.. Tak tipu..

So, mungkin sebab tu la markah aku sikit tahun ni.. So, dia nak aku bagus dalam BI kan, meh sini jadual kursus aku nak pergi kursus BI nih haahahahaha...


10 comments:

Ayuni said...

hikhik, english is important nowadays...

eima said...

fuh skema betui la... klu aku sure kecik hati dah ...pastu sedih...

bunga_rose said...

Ayuni:
yes, agree. but in government, english is not that important, the staff prefer use bahasa than english hihihi

eima:
kan.. tapi malas nak kecik ati.. sebab dah tau perangai dia kan.. dia nak tolak ansur bagi cam aku nak pun dah mujor weiiii.. so aku syukur jelaa hahahah

Fida Ghazi said...

75?? gilo..macam orang ada masalah tatatertib je dapat markah gitu..

kt jkr dpt markah 91 pon rasa sikit kan??...

tapi ni kak pidah pon tak tawu bos sini bagi berapa..senyap2 je... kalo sikit sangat kang aku pinda sendiri kat hrmis kang..hahahahah!

Ratu Hatiku said...

Nsb baik bos consider kira balik... :D

bunga_rose said...

Fida Ghazi:
Kan kak!!! Org mcm terkujat gile dok depan dia. Pastu selamber je mintak dia upkan skit sebab cakap kat dia kalau bawah 80 teruk sangat performance, dia igt mcm markah budak2 U kot.. Ni keje.. mana boleh nilai camtu.. Time cuti dia suruh datang, tak penah tak datang tau.. datang siap bawak anak2 lagi.. Dia suruh dtg keje, dari kampung pun bunga datang sebbaik dari perak je, klu pahang pengsan nak sampai sh alam. Belum lagi kira bil hp bila time kursus dia nak itu ini guna duit sendiri call sana sini.. mana boleh claim pun semua tu..

Takpe, pandang positif, sebab dia sendiri cakap bunga ok keje, cuma dia terlalu strict dalam pemarkahan.. terima jela.. mana tau bos baru nanti tak strict ahahaha.. eh panjang lak komen.. yelaa sebab mu je tau dulu markah kita camne, tentiba dtg sini drop waduhhhhhhh!!!!

bunga_rose said...

Ratu Hatiku:
tu laa sebbaik la dia nak tambah.. yela bunga pun tak bagi bagi masalah kat dia.. tak penah buat perangai ape, bila dia ada menda nak share bunga pinjamkan telinga tuk dengar.. tu yg dia consider tu agaknya.. ermnn.. tak kisah la janji gaji naik tetiap tahun huhu..

Kesuma Angsana said...

support u, jgn mengalah ye... KA pulak bila kat ofis berabuk cakap english, tu yang pasal bila kat umah hentam cakap nogori tu ngan anak2

Tukang Karut said...

staf aku yang pernah ada masalah dispilin dulu pun aku bagi 85...

bunga_rose said...

KA:
Seronoknya ada geng nak speaking.. Sini takde geng nak speaking.. Dulu kat ofis ada indian girl selalu ajak speaking, sini takde.. Kat rumah pulak biasa lawan cakap dgn abang.. dah dok jauh ni takde dah.. lidah pun dah keras gamaknya hahha..

Tukang karut:
Sape? Sape??? Mesti aku kenal kan.. ermnn.. pk...pk... Hahahaah aku rasa aku tau..

Aku tade masalah disiplin, bak kata bos aku ok je.. cuma dia sgt skema dlm bagi markah.. huh!!! Bertabahlah aku! "nasihat tuk diri sendiri ahahah"