Jom klik

kENgkaWAn

Monday, January 21, 2013

Taklimat Ibu Bapa laaa sangat

Semalam, ada taklimat sekolah Hakimi tu untuk ibu bapa.. Aku ni punya la semangat bangun pagi nak dengar apa aktiviti atau perancangan yang pihak sekolah sediakan.

Aku cuma pergi dengan Haiqal, hubby ada game bola sepak pantai, dia wakil taman kami, Hakimi pulak pengasuh lama dia pinjam katanya nak bawak Kimi jalan, dah lama tak jumpa..

Start katanya pukul 9, so dalam 9.05 pagi aku dah sampai la.. Punya la rushing takut aku terpaling lewat. Sekali aku sampai baru berapa kerat dalam dewan tu. Alahai.. dah la dewan punyaaa panas, takde ekon, kipas sedia ada pulak rosak.. Bermandi peluh dalam tu.

Mula-mula sampai Eqal behave la lagi.. lepas setengah jam tak start gak lagi majlis dia dah start buat onar. Aku ni tak habis-habis tengok jam. Sakit gak hati aku.. Kata private school, tapi majlis tak tersusun. Cakap mula pukul 9 tapi 9.30 tak strat lagi. Pukul 9.45 baru start, panggil la tukang baca doa, eh biasa majlis tukang baca doa baca doa je kan, eh tak, dia pun sama naik nak bagi ucapan. Ko baca doa je boleh tak? Aku rimas sebab Haiqal dah meronta-ronta tak nak duduk, nak jalan.
Dah start main panjat-panjat kerusi.. Masa ni dah 20 minit menunggu..

Baru start ucapan dari pengerusi ke apa tah.. tak boleh nak fokus
Lepas ucapan pembuka ni aku ingat terus la dia bagi taklimat kan. Eh tak... Dia jemput pulak sapa tah bagi ceramah motivasi. Yang bestnya masa tu baru laaa nak bagi slide presentation dia kat urusetia bagai. Hailaaa.. aku dah dengar sokseksoksek dah dari kiri kanan cakap urusetia tak prepare la, baru nak buat la..

Ok fine, dengar la pakcik tu bagi ceramah.. Tapi aku tak dapat pun apa yang dia cuba sampaikan sebab anak aku dah ke sana sini jalan. Buat aku terus takde mood. Yang lagi buat mood aku spoil pakcik yang bagi ceramah tu boleh pulak karaoke sampai habis 1 lagi Berkorban Apa Saja, cuma dia tukar sikit-sikit lirik cam yang aku ingat mula-mula tu.. Berkorban apa saja, harta ataupun masa... blabalablaaa....

Hello pakcik, ingat kami datang nak dengar pakcik nyanyi ke, kalau setakat 1 rangkap ok lagi la, kira cam ceriakan suasana. Tapi kalau sampai habis 1 lagu pakcik nyanyi, kami yang tercongok kat bawah ni, dengan ada yang bawa baby, ada anak yang lari sana sini *termasuk anak aku*, dengan ada yang anak meraung menangis, dengan panas, tak selesanya.

Aku tak tunggu lama, aku kasik can dia ceramah 15 minit je, tak sampai masuk ke otak apa yang dia sampaikan sebab aku dah kat luar dewan kejar Eqal, dengan perut lapar sebab belum makan. Pukul 10.30 pagi aku cabut. Sebbaik kereta kancil tu block kereta depan aku, bukan kereta aku. Kalau tak memang tak boleh keluar laa aku.

Balik rumah, masak nasi, goreng ayam.. Fuhhhh lega.. kenyang perut aku & Haiqal..

Pastu teringat cakap jiran-jiran sehari sebelum.. "Ko tak payah pegi laa bunga.. Takde apa pun.. Dah la pengurusan tak teratur, lama, tahun lepas aku pun cabut awal.."

Ermnn.. dah anak pertama yang masuk sekolah, aku nak gak tau apa intipati, apa hala tuju, apa program dia.. Agenda taklimat pun aku tak dapat.. ermnn.. so balik ni aku nak tanya je pada teacher Kimi tu, apa pengisian semalam.. Aku cuma nak bagi alasan, ada kecemasan kat rumah.. Haah memang cemas pun, aku dan anak aku lapar, pastu anak aku dah amuk-amuk sebab panas dan aku tak larat nak kejar dia sana sini.. malu kat ibu bapa orang lain asiknya anak aku gi jalan-jalan depan depa, tepi depa, korek lubang pada lantai simen tu, buat aksi menonggeng, buat cubaan amik botol air dalam stroller baby ibu lain.. Arrgghhh!!!

So, jom balik Eqal, tu la kesimpulan semalam.

Eqal.. Eqal... makinnnnnnnn ligatttttt



9 comments:

Tukang Karut said...

eh... apa da...

eima said...

hahaha aku pun setakat pi daftar cabut ...allala pastu jumpa eija mamazakquan...hahahha

bunga_rose said...

TK:
betol daaaa

eima:
ada gak daftar2, ni takde daftar, takde ape... salam2 masuk duduk.. adeiiii tu yg aku rasa cam tak tersusun tu

deelira@deeliraz said...

orentasi sekolah acad pon ada motivasi.. acad dah mengamuk! aduh!

Ratu Hatiku said...

hahahaha...tp biasalah perkara mcmtu sering terjadi :P

nuyui a.k.a miss YUI said...

itulah jd bila takde susunan program yg serius.

bunga_rose said...

deelira:
haahah.. ni aku tak bawa kimi zue, klu bawa aku rasa tak sempat kol 10 aku dah lesap dari dewan tu

ratu hatiku:
kan... takpe, kita tanya je cikgu depa apa intipati smlm hihihih

Kesuma Angsana said...

KA pernha terkena juga majlis2 mcm ni sbar ajekah

NM02 said...

sempat masak lagi noksss... kalu aku dah mkn kat kedai. mmg dasar pemalas. hahaha