Jom klik

kENgkaWAn

Monday, February 4, 2013

Gelabah ko bila kunci kereta hilang / Happy Hour Alam Sentral

Yerrr memang aku gelabah habis.. Tengah nak bayar seluar jeans dengan baju beli kat The Store tadi tentiba buka purse, kunci kete MIA. Ya Allah.. terus pucat muka aku.. Sejuk rasa tangan.. Mana pulak terjatuh ni..

Habis semua tempat yang aku ada singgah aku pegi. Tanya salesgirl kat situ ada nampak tak, kelam kabut laa.. Budak cashier  tu pun aku selambe je tinggalkan dia cakap jap ekkk nanti datang balik.. Bayar pun tak hahaahah..

Last-last pegi kat tempat last sekali aku try baju.. Purse aku letak atas timbunan jeans kat situ, sekali ternampak kunci tu kat celah-celah seluar.. Ya Allah.. Subhanallah.. Bersyukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah sebab temukan balik aku dengan kunci kereta tu.

Cuai, yer sangat cuai sebab tak tutup purse bebetul.. selama ni kat situ laa aku taruk kunci, handpone bagai.. Tak pernah jatuh pun tapi sebab tadi buka purse call hubby, lupe nak tutup balik.. Cuak wehhh gelabah habis.

Bukan ape, kunci spare dah aku jahanamkan 3 tahun lepas.. Boleh, aku bawak mandi dalam sungai kunci tu. Hhaahahah.. padan muka, aku.. Hubby nak marah pun tak jadi sebab tengok muka aku serba salah.. Dah la masa tu keluar dengan famili mertua, sampai sekarang pun jadi bahan kes tu.. Tapi memang pengajaran laaa.. nak masuk sungai sila cek poket memasing..

Oh ye.. tu The Store Plaza Alam Sentral buat lelongan tu.. Happy Hour, pegi la korang.. Aku sejak ofis dah jauh dari PAS ni susah dah nak lepak dalam tu lelama.. klu tak, memang aku tunggu sampai beg termahal dia lelong.. tadi baru lelong jenama POLO.. Tu pun dah sesak situ, cuma tak sesesak masa aku beli last year..

Aku? Amik gak tadi sebiji, tapi sebab ramai sangat beratur, terus tak jadi.. ok selamat duit aku RM50.. beg tu rege RM299 ke 219.. camtu laa.. tapi memang murah laaa.. Ke harga dia memang camtu? Errrr.. ntah ahahahaah..

4 comments:

MRS. K said...

asyik2 the store jer.. cer pegi pavilion ke, the curve ke, :b

bunga_rose said...

ahahahha.. wei tak mampu la nak gi pavi, tempat orang loaded tu haahah.. curve, jammed, laki aku tak suka sesak.. the store paling dekat dengan ofis weh.. 5 minit je dah sampai sbb tu asik2 the store haahahah

Ratu Hatiku said...

Lahai...nsb baiklah jumpa kunci tu...kalau x satu hal pulak lagi.... Xpernah pun g The Store citu...sampai bila sale tu? :D

adianiez AIDA said...

kunci kta? antara benda yg aida akan cek tiap kali kuar dari kta :-)