Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, February 26, 2013

Langkawi Part 1 : Dari Shah Alam ke Jeti Kuala Perlis.

Dah sebulan berlalu baru berkesempatan nak cerita pasal pergi Langkawi sebelum Tahun Baru Cina.. fuhh!! Tak kira laa lewat ke cepat kan nak gak tempek cerita kata sini ahaahah...

Kitorang bertolak dari rumah hari Rabu lebih kurang pukul 10 malam. Sebelum tu mak ayah dan famili abang aku awal-awal dah sampai kat rumah. Bagi diorang rehat kejap sebelum teruskan perjalanan ke Langkawi. Jauh tu diorang, dari Kuantan ke Shah Alam lepas tu nak pergi Kedah pulak kan..

So lepas makan malam, aku masak pun lebih kurang je.. goreng ayam dengan keropok lekor mak bawa dari kampung yummihhhh!! Gambo idok le sempat teman nak nangkap ate nak cepat. Lauk sampingan aku tapau dari kedai je ahhahahah...

So lebih kurang pukul 10 gerak 2 buah kereta. Mak naik dengan aku, ayah naik dengan abang. Masing-masing ada 2 anak so terpaksa la pisahkan mak ayah untuk keselesaan semua. Kiranya 1 kereta ada 3 dewasa 2 kanak-kanak la..

Kiorang tak singgah banyak hentian, rasanya cuma stesen minyak Batu 3, Tapah dan gak Juru. Tu pun sebab nak hilangkan mengantuk dan jugak tunggu famili kakak ipar aku lagi 2 buah kereta. So bertolak pukul 10, pukul 4 dah sampai dekat jeti Kuala Perlis. Tol kalau tak silap aku la, keluar dekat tol akhir tu dalam RM40 lebih.. lebih tu berapa aku lupa haahahah.. Lepas tu keluar ke Alor Setar Selatan, haa nanti keluar tu kena tol gak tau.. ermnn tak ingat laa.. dalam RM10 kot haahah.. lupe..

Kitorang keluar ikot Alor Setar Selatan, lepas tu terus guna GPS sebab dah lalu kawasan kampung hohoh.. Mekaceh to my papago.. Kalau tak maunye sesat, biasa pergi naik flight tentiba nak naik kereta memang adventure laa.. Eh, tapi jangan risau sebab ada je signboard tulis jeti Kuala Perlis. Tapi awal-awal korang takkan nampak signboard jeti Kuala Perlis, dia bubuh signboard Jeti Kuala Kedah dulu sebab jeti Kuala Perlis atas lagi dari simpang Jeti Kuala Kedah tu.

Huuuiiiii.. Mengantuk tak usah cakap laaa.. aku tak tido langsung daripada balik dari keje sampai laaa kitorang sampai kat jeti tu haa.. Mata ghope panda sebab terpaksa berjaga, hubby tak kasik tido.. Dia ugut aku kooo klu aku tido.. Ampess tauuu..

Kitorang tido dulu kejap sementara nak tunggu siang. Huiii dasat kat sana, sampai je 5,6 buah moto himpit kami nak suruh amik parking kete dengan diorang. RM15 untuk sehari, berbumbung. Kalau takde bumbung RM10 je. Tapi long, abang pada kakak ipar aku dah book awal-awal tempat parking... Mulanya dia pun letak RM15, tapi lepas abang aku tawar menawar dapat la RM10 sehari..Ok la tuu.. Murah kan berbumbung tapi RM10 je sehari.. Haaaa memang la murahhhh tapi nun jauh kat sana tu tempat parking.. Hohohoho..

Kat situ ko tak payah risau tau nak sembahyang, sebab Masjid dia betul-betul sebelah jeti tu. Cantik masjidnya,besar. Lepas sembahyang subuh terus beli tiket. Dapat la tiket pukul 7 punya. Harga tiket untuk dewasa RM18 dan kekanak RM13. Kaya betul tokey feri, kitorang je total dah 15 dewasa, kanak-kanak 4 orang. Tapi kitorang beli 1 tiket je untuk anak masing-masing, pandai-pandai la diorang share tempat duduk tu berdua hihihi..


Budak excited naik feri for the first time hahaha..
Tu diaa jerawat hubby hihihihi... Tulaa maka kacang lagiiii

Cubaan pertama amik gambar bertiga, dapat sorang je


Percubaan ke 2 dapat 2..

Percubaan ke 2 baruu dapat 3 ahahah...

Bahagia ekkk bang dapat tidoo.. ye tido laa tido la intan, tido la sayang ;)

Abang, mak, kak ipar & anak-anak sedara.
 Mak aku kelakar, boleh buat lawak. Lepas dah dekat setengah jam feri gerak mak aku tanya, bila feri nak jalan ni, dah lama dah nak tunggu sape lagi?

Pecah gelak kami semua.. Dah separuh perjalanan dah pun mak.. hahahh.. Sebab memang tak terasa feri dah gerak, anak-anak aku pun ok, tak mabuk.

Ok tips! Nak pergi naik feri sila naik waktu pagi.. takde rasa gelombang kuat. Aku balik tengahari ari tu Ya Allah pening kepala wehhh melambung-lambung aku rasa.. patut pagi dia guna feri kecik tengahari guna feri besar... Tapi masa yang diambil sama je aku rasa, 1 jam gak, dulu dengar orang cakap 45 minit je, sendiri naik haa ko, sejam... Sebbaik hala pegi tak hazab tapi hala balikk... nanti aku cerita pulak ok.
Dah nampak pulau pertama.tah pulau apa tah.. excited, sebab kali pertama naik feri pergi Langkawi hiihihi..

Dah sampai jeti Langkawi.. Eqal asiknya dengan atuk.. Sebbaik atuk rajin nak melayan.. Somel je tengok atuk layan cucu yang sesekali je balik kampung.. apa kan daya... jauh... eceh, jauh laa sangat kan..hahahah..
Cucu atok

My macho man ^_^
 Kitorang sewa troli ni.. alaa baru RM1 ok la tu.. berbaloi-baloi sari nak usung beg berat kan..

Muka pucat lesi takde secalit mekap hohoho..
Ok, stop kat sini dulu... panjang sangat kalau nak muatkan dalam 1 entry. To be continue gituuu..

4 comments:

eima said...

besh kan balik kg aku kan ..naik plak keta ngan feri br syok ...hihi


tokey feri tu tinggal nk benkrap tu ... sian depa bahan api dah mahai pastu pelancong bkn slalu ramai bermusim tu

♥cikmOt♥ said...

alahaii...akak lum pernah p langkawi naik feri...bila tah nak naik...

deelira@deeliraz said...

next episode plizzzz

Anonymous said...

Salam, toll yang akhir tu nama dia tol ape yer?