Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, February 27, 2013

Langkawi Part 2: Bila anak tak sihat masa bercuti

Cuaca Langkawi bulan Februari aku rasa terik membahang sangat-sangat. Aku pergi 7-9 bulan Februari panas terik, Mrs. K yang pergi baru-baru ni pun ada mention cuaca kat Langkawi panas.

Hari pertama kat Langkawi, lepas check in, kitorang terus pergi shopping coklat kat pekan Kuah. Cuaca memang terik sangat, mungkin masa kami pergi tu memang time tengahari so bahang dia lagi kuat.

Tak jalan mana sangat pun, padan tahan sakit mata tengok perangai Kimi yang meragam sebab nak coklat tapi aku tak kasik.. sebab nak ajak beli kat kedai baru Ismail Group tu, senang borang sekali sebab situ klu beli 3 atau 4 sekaligus ada penjimatan, walaupun sikit.. Oye, kedai baru ni banyak pilihan tersusun sikit dari kedai lama dia bagi aku.

So, lepas dah jalan lebih kurang, aku tak nikmati pon wehhh shopping kali ni sebab panas, dengan ragam si Kimi, tak mau masuk kedai sebab merajuk, melalak kat luar, dengan hingusnya.. Sebbaik Eqal baikkkk sangat, maceh adik sebab tak buat perangai walaupun sikit. Baik je dalam jagaan atuk tapi abangnya.. Hubby pun sampai hilang mood tengok perangai anak.

Lepas dah beberapa jam kat situ, aku tengok kemain memasing beli beg tarik.. murah kan RM30 dah dapat, kualiti pun nampak ok. Then naik la van beramai-ramai.. Sesak kot van sebab ramai umat ditambah dgn barang2 yang diorang borong.

Dalam van tu dah start rasa badan Eqal, dah dedar. Dah risau dah aku masa tu, terus bagi ubat demam takut melarat kan. Tapi mungkin lepas makan ubat dia tak rehat, sebab kitorang terus jalan ke beras terbakar dan jugak makan mahsuri.

Ciann anak aku... :-(
Balik tu bagi ubat lagi, tapi anehnya suhu tak turun. Turunnya kejap lepas tu panas balik. Dari petang membawa ke pukul 4 pagi panas adalah statik. Terus aku kejutkan hubby ajak pergi Hospital Langkawi.. Nasib laa masa on the way ke homestay tu aku ada nampak Hospital tepi jalan dan dekat je dengan homestay kami duduk tu.

Basuh muka, gosok gigi tarik tudung dengan cardigan dukung anak naik van yang tinggi melangut tu.. Cergas lagi tu aku, padahal dari hari Rabu balik dari keje membawak sampai ke jeti Kuala Perlis, dapat lelap mata tak sampai sejam pun membawak ke malam berjaga sebab anak demam, takde rasa letih langsung. Syukur Allah pinjamkan aku kekuatan tuk bertahan demi anak tersayang.

Sampai hospital pembantu perubatan tu cek suhu katanya 39, so kena masuk ubat montot dan kena lap lagi badan. Tunggu sampai suhu turun sikit pastu baru boleh balik. Syukur sangat sebab demam dia kebah lepas masuk ubat montot. Dapat laa set ubat, selsema, batuk, kahak, antibiotik.

Sebab suhu dah turun dan aku dah mula rasa lapar, terus merayap ke bandar Kuah pukul 5 pagi hahahah.. Jumpa la kedai mamak terus order roti canai, sedappp roti dia, lembut. Bungkus 20 keping tuk orang-orang kat rumah.

Pukul 6 baru sampai kat rumah, tidurkan Eqal jap pastu baru aku lelapkan mata kejap.

Tak keruan wehh cuti bila anak-anak tak sihat...  Dah tu datang sekali dengan pakej pulak tu, selsema dan batuk.. Pakej berkembo pulak bila dua-dua anak pulak tu yang tak sihat.. Aku cuma doa aku sihat sepanjang percutian tu..

Tapi aku kesiankan mak aku la.. asik terjaga banyak kali sebab tidur dia tak tenang tengok anak dia tak tidur-tidur sebab jagakan anak.. Aku kan anak dia, harus la mak rasa camna aku rasa bila anak aku tak sihat kan..

Sesungguhnya kasih ibu tak pernah bertepi, kasih ayah bawa ke mati.. Saya sayang mok dan ayoh saya ketat-ketat!!!!!

5 comments:

MRS. K said...

oii.. nama aku kasi link la wei.. hahaha.. memang panas pun wei.. aku pon cam nak pitam.. pening gila rasa. tak boleh nak bangun

amiey lee said...

yela bila anak2 tak sihat apatahlagi time bercuti..memang tk senang duduk..masa kta ke a famosa ritu pun sarah demam.. so shortkan trip cepat2 balik..klinik plak jauh ada nmpak yg goven klinik tp ahad kan tutup huhu

bunga_rose said...

Mrs. K:
hhaahaah.. ko dah pemes tu yg aku tak back link tu, semua pun tau url ko kan hiihihii

amiey lee:
klinik hari sabtu ahad memang tu sebab tu klu anak demam kitorang terus tuju hospital, haaa kecemasan mmg tak akan pernah tutup

Kesuma Angsana said...

ala ciannyer.. xpe leh pegi lagi len kali ye hehehe

deelira@deeliraz said...

anak demam.. ibu mmg x keruan! huhu