Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, February 27, 2013

Sia-sia derhaka pada suami, kisah benar!!!

Malam tadi si isteri mengajak suaminya ke sebuah pasaraya untuk menemaninya membelikan hadiah buat rakan sekerjanya yang akan bercuti panjang untuk menjalani latihan 'chambering'. Si suami walaupun dalam keletihan pulang dari kerja menurut permintaan isteri tersayang dengan senyuman.

Sesampainya mereka di pasaraya tersebut, mereka bertanya harga hadiah yang mereka inginkan dari satu kedai ke satu kedai. Semuanya memberikan harga yang sama kecuali satu kedai yang memberikan harga yang agak murah tetapi masih juga melebihi bajet yang diperuntukkan oleh bos si isteri.

Apabila sudah penat berjalan, sang anak sulung mula menunjukkan tanda-tanda protes. Apatah lagi apabila anak sulung melihat pusat game yang penuh dengan mainan budak di sebelah kedai-kedai yang mereka kunjungi. Si anak sulung mula membuat onar, menangis kuat-kuat, tidak mahu mengikuti bontot si ayah dan ibu. Sang suami mulai stress lantas menyuruh si isteri buat pilihan.

Dalam keterpaksaan kerana tiada banyak pilihan akhirnya mereka patah kembali ke kedai pertama mereka kunjungi kerana di situ terdapat hadiah yang berkenan dihatinya.

Selepas selesai membeli, si isteri mengajak sang suami ke satu lagi kedai untuk membeli kad ucapan perpisahan. Dek kerana terlalu sedikit pilihan yang ada, si isteri asyiknya tidak puas hati. Sang suami yang sedari awal kepenatan mula hilang mood tapi masih bersikap sabar. Si sulung membuat onar lagi, tidak cukup dengan aiskrim yang mama belanja minta pulak itu ini di pasaraya itu permintaan yang jauh ke hujung sana untuk dicapai.

Oleh kerana pasaraya sudah mula nak melabuhkan tirai, hampir pukul 10 dan masing-masing kepenatan, maka tidak dilayanilah perangai anak sulung tersebut. Maka drama bermula sekali lagi. Semua mata memandang ke arah keluarga itu kerana si sulung menangis dengan suara yang kuat sekali lagi..

Usai bayar tiket parking, dalam lif si isteri melahirkan kekesalan kerana tidak beli barang yang lebih baik padahal hanya perlu menambah beberapa puluh Rm sahaja untuk mendapatkannya. Si suami yang sedari tadi panas hati dengan perangai si anak terus membidas perangai isteri yang tidak tetap pendirian.

Sang isteri yang merasa bersalah kerana dirasakan tersilap membuat pilihan hadiah dan dikhuatiri dimarahi bos mula naik angin sampai ke kepala, tambahan dengan perangai anak yang tidak mahu masuk ke dalam kereta.

Sebaik kereta berjalan berlaku pertengkaran kecil dalam kereta, si suami seperti memprovok sang isteri dan sang isteri yang selama 5 tahun berkawan + hampir 4 tahun berkahwin.. 9 tahun keseluruhannya yang tidak pernah meninggikan suara terhadap suaminya tiba-tiba bertukar menjadi naga.. Dihamburkan api "DIAMLAHHHH ABANGG!!!!" buat suaminya sehingga si suami tersentak.

Selepas beberapa ketika suasana hening, si isteri menyedari keterlanjuran sikapnya yang menderhakai suami dan meninggikan suara... Terus sahaja si isteri mencapai tangan suami dan memohon maaf. Si suami hanya terdiam. Dalam hati si isteri terdetik, sebbaik laki aku sabar, kalau laaaa dia naik tangan lempang mulut takde insurans aku ni tak tau laa nak cakap apa hihihhihi... Kemudian terbit pula rasa insaf kerana tidak bersyukur dengan kesudian sang suami yang sanggup mengenepikan hajatnya untuk melihat perlawanan bola dan kepenatan semata-mata untuk menemani isteri.

Dan sebetulnya salahnya berpunca dari diri sendiri, padahal sang suami sudah memberikan pendapat, tapi tetap menyalahkan suami kerana tidak memberikan kata putus buat dirinya, padahal yang perlu untuk membuat kata putus adalah dirinya sendiri..

Tapi marah sang suami tidak lama kerana si isteri sangat pakar dalam bidang pujuk memujuk hati sang suami, tidak sampai 10 minit mereka berbaik dan kembali bergurau mesra.

Dan hari ini, apabila disuakan hadiah itu kepada bos si iteri, bos si isteri menyukainya dan penerima hadiah itu juga sangat menghargainya.. Menang satu keperluan buat dirinya katanya..

Jadi si isteri terus mendail nombor suaminya dan berkata.. "Sia-sia je kita gaduh semalam, semua orang pun takde masalah dengan hadiah tu, suka je, dan cakap hadiah tu comel dan sangat berguna.I je yang takut tak bertempat hiihihih"

Kannnn dah tak pasal si isteri mendapat dosa hanya kerana hasutan syaitonnnnnn!!!

Sekian, kisah benar. Bukan kisah aku tau... kisah orang lain tuuu ahaahahhaah...

4 comments:

azievee said...

hahaha...kisah sape tu...kadang2 pasal anak 2 yg banyak kita gaduh laki bini...tp ai mmg ketegaq skit & x pandai pujuk 2 ;
nie...dua hari kemudian baru kita kawan oke... nie pun kisah org lain juge...hihihi...

mRs.aiRmaN haViT said...

lyke i know jer...ahaksss...!!ok..diam leha..:p

eima said...

hoho ko la tu kan ....
hihi

bunga_rose said...

azievee:
kisah orang lain kannn bukan kisah kita hahaahahaha..

mrs. airman:
diam ko leha hahaahahah..

eima:
hahahaha.. mana deee bukan aku tuuu hahaahah