Jom klik

kENgkaWAn

Friday, March 8, 2013

Bila dah terlebih rajin

Itu hari aku ada cerita pasal Eqal disyaki HFMD kan. Doktor kat klinik swasta yang aku pergi hari Jumaat lepas ada bagitau akan ada panggilan dari Klinik kerajaan tanya pasal HFMD ni sebab komputer diorang link dengan hospital kerajaan.

So, hari Selasa tu time kursus aku dapat panggilan dari staff kat salah sebuah klinik Klang, mintak info pasal Eqal. Masa tu aku terangkan kat dia yang aku rasa Eqal bukan kena sakit tu, cuma kurang air dalam badan sebab takkan la HFMD boleh hilang dalam masa 3 hari. Jumaat kena ulser, ahad dah baik. Jumaat ada bintik macam kena gigit nyamuk, ahad dah hilang.

Tapi dia tak puas hati cakap kena gak, ok fine. Aku tetap bagi kerjasama, bagi semua maklumat yang dia perlukan. 2 kali kot call aku sebab kali ke dua call tu lepas dia buat penilaian, dia sendiri pun jadi confuse anak aku tu kena ke tak HFMD. Tak kisah la janji Isnin tu Eqal elok je dalam jagaan pengasuh dia.

Yang aku herannya, Rabu pagi, aku dapat lagi panggilan tanya pasal HFMD. Saya dari sekian-sekian, dapat laporan yang mengatakan anak puan kena HFMD. Lepas tu aku macam cam suara lelaki tu, aku cakap la, ni nak soal selidik ke? Semalam dah call kan. Eh yeke dia boleh tanya aku balik.

Lepas dia cek maklumat kat depan dia gamaknya baru dia perasan yang dia dah buat siasatan. Katanya nasib baik puan cakap, saya tak perasan dah buat siasatan. Oklah masa tu aku ok lagi yela, setiap manusia pun buat kesilapan kan, so takpela mungkin dia lupa nak letak kes anak aku kat dalam fail kes selesai siasat.

Tapi... Khamis tengahari, aku dapat lagi panggilan dari tempat dan orang yang sama dengan soalan yang sama. Aku terus tanya, kan dah call. Selasa dah call, Rabu pun ada call, ni call lagi. Encik tak tanda ke mana yang dah call, mana yang belum?

Dia cakap sori sebab banyak sangat kes, tak perasan. Lahaiiiii kalau banyak kes lagi laa ko kena alert, patut yang dah call asing siap-siap. Ni sampai call 3 kali, 3 hari berturut-turut. Aku pulak masa tu tengah sibuk, memang mendapat laa...Sebelum letak tefon aku cakap, lain kali kena makan banyak kismis, baru tak lupa hahahahaah.. Kejam sunggu statement aku kan?

Kalau kali ke 2 tu call aku boleh la terima tak perasan dia tu, ni sampai 3 kali dengan orang yang sama pulak tu.. maknanya memang kerja tu ko yang buat, bukan ko amik alih tugas sesiapa. Dah la masa masa ambil maklumat dari aku asiknya salah, aku cakap hantar Eqal kat pengasuh, abang dia je aku hantar sekolah pagi, petang terus stay taska (daycare) dia boleh tulis dua2 anak aku hantar kat taska, lahaiiii.. 3 kali kot aku betulkan kesalahan dia yang tu.

Ermnn.. tindakan dia rajin nak call siasat pasal penyakit berjangkit tu aku puji, tapi cara dia handle keje tu sampai call orang yang sama 3 hari berturut-turut tu buat aku cakap dia terlebih sudah rajinnyeeee..

Sekian royanan di petang Jumaat.. Dah jom balik!!!!

5 comments:

Ratu Hatiku said...

hihihi...dia xde kejelah tu kol byk kali :P

Eda Latiff said...

dia xde keje kut bunga..tu yang call banyak2 kali tu..hehe

eima said...

hahahaha aku rasa tektik die tu nk dgr sore manja ko tu .. tah2 sambil tembak dinding time die call tu kan ...hahahahaha

bunga_rose said...

Ratu Hatiku:
gamaknya la tu..

Eda Latif:
lama tak dengar cite Eda.. jap lg nk gi lawat blog Eda laa.. hihihi

eima:
hahaah.. manja la sangat, aku garang kot Rabu tu.. dia tembak dinding guna ape manja? hihihihi

eima said...

wei ko buat2 tak paham ke ape ni ...hahahahah gilos punya budak