Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 11, 2013

Bulan Oh Bulan

Minggu lepas asyiknya gundah gulana sebab bulan tidak muncul tepat pada waktu sepatutnya. Lewatnya dah memasuki hari ke 10.

Lepas hantar kereta pergi servis ajak hubby singgah Guardian beli ujian kehamilan. Balik rumah terus cuba. Hati berdebar tak payah cakap la. Ye la, aku kan operate, baru je 1 tahun 5 bulan lepas, pulak tu kena kencing manis, baby besar, trauma tu belum hilang sepenuhnya. Kalau nak tambah pun aku perlu masa untuk sedia.

Keluar je dari bilik air terkejut tengok hubby berdiri tepi bilik air. Kahkahkah.. ingatkan muka steady je tak takut, rupanya cuak jugak. Camne yang? Dia tanya. Aku buat muka cuak, diam. Hubby ikot langkah aku ke dapur dengan ekor mata. Yang, diam pulak, ada ke? Nada dia risau. Kihkih.. Seronok dapat usik suami sendiri.

Aku bagi dia tengok alat ujian tu, pastu dia tak faham. Maksudnya apa yang? Tanya lagi. Tergelak aku, dah anak 2 pun tak faham maksud 1 line ape, 2 line apa.. Adeiiii!!!

Elok aku buat ujian pagi tu, elok tengahari bulan pun muncul. Saja kan nak jugak aku bazirkan 10 henggit beli alat tu.. Haiiiiihhhhh!!!! Mungkin sebab aku stress kot, tu yang tak muncul tu, bila dapat result, terus rasa lega, tengahari terus muncul bulan yang ditunggu. Kihkih.. lawakkk lawak..

Tapi, sebaliknya kalau betul aku lekat untuk kali ke3 takdenya aku nak buang, tetap aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, jangan pulak ada yang salah faham cakap aku takmo anak ke ape ek.. Keadaan blom mengizinkan.. Insyaallah, Eqal 3,4 tahun aku rasa aku sedia untuk bagi diorang adik pulak hihiih.. Insyaallah.. Amin...

9 comments:

Ratu Hatiku said...

Hihihihi......pernah jugak jd mcmtu...

eima said...

jgn kate ko czer byk masalah gula tu ... aku ni yg normal tanpa masalah ni pun takut...huaaaaaaaaaa

klu ade aku terima klu boleh nk jarakkkan la ... risau tak mampu nk bg kemewahan kat diorg ..kesian ... mama ngan abah kamu ni byk hutang ..hihi

Tukang Karut said...

ni bulan sabit ke bulan penuh ni?

bunga_rose said...

ratu hatiku:
hihihihi... dulu utk anak pertama suka bulan tak kunjung tiba, bila dah ada anak takut bulan tak kunjung tiba kan hahahha

eima:
ermnnn tu pun 1 hal manja.. sekarang semua pun nak kena guna duit.. kemewahan mmg aku tak mampu bagi, cuma sikit kesenangan tuk diorang nikmati hidup je aku mampu.. uhuuh

tk:
elehhhhh... ko tunggu laaa suri takde bulan penuh atau sabit, baru ko tauuuu takutnya bulan takde datang on time ni hahhaaha

...mommy jue... said...

hahha.. aku pernah macam kau.. lewat.. siap buat test, pastu period datang.. husband aku terus sound.. 'lain kali sabarr....'

bunga_rose said...

jun, diorang boleh la sabar sebab bukan depa yang bawak perut, kita ni haaaa hihihi

azievee said...

hehehe...mesti cuak giler x pakai perlindung ker???

Fida Ghazi said...

Ihik hik hik.. esok ahkak nk pegi cocok! X berani dh main kira2 hari.. Jom cocOk!!

Tukang Karut said...

aku puasa lagi daaaaaa....