Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 18, 2013

IKEA, kau buat aku gila kejap!!!

Jumaat lepas aku cuti kan, semangat nak pergi IKEA la katakan.

Pagi-pagi dah bangun hantar Kimi pergi sekolah, lepas tu tapau roti canai je kat keluarga mertua sebab malas nak masak pagi-pagi hiihhii.. Pukul 10 hantar Eqal rumah pengasuh. Huiii tak leh bawak, kang hilang nk shopping padan kejar dia je hahaahha..

So, pukul 10 gerak dari rumah, dekat pukul 11 jugak la baru sampai sebab biasala area Kelana Jaya dengan Damansara kan jem, cuma tak seteruk tengahari. Sampai je tengok banner kat IKEA, SALE!!! Yeaaahhaaaaa sukeeee.

Pergi dengan mak mertua, biras dan anak dia, semua perempuan wahhh betul-betul ladies outing ni hihiih... Kuasa membeli di tangan kami yeahh!!!!

Masuk je aku tengok mendalah ni. Cutlery box kot nama dia. Murah wehhhh, baru RM1.90. Aku beli kat Econsave, dulu ingat tah bila nak jejak kaki kat sini kan, so beli jela dulu kat Econsave, econsave Rm5.90 seketul weh.. Aku beli 2, kalau gi IKEA boleh beli 5 menda yang sama.. Arrgghhhh!!!!! Tapi beza tu ada laaa.. IKEA punye lembut, Econsave punyer keras.
Gambar lupa amik, so thanks to yahoo image
Eh, tapi tetap aku amik ko haahahah.. Geram sebab murah sangat. Boleh? Hahahah..

Lepas pusing, pusing macam-macam dah berkenan ni rasa nak grab je semua. Tapi biras cakap tunggu, ambil barang-barang tu kat bawah. Eh ada bawah ke? Lorrr rupanya aku gi dengan hubby ari tu kat bahagian pameran aje... Aku tak gi pun bawah. Padan laa aku dengan hubby pelik, nape laaa orang suka sangat IKEA, tak de apa pun rupanya tak pergi lagi ruangan bawah.

Dah turun situ amik koooo rambang mata hahaahah.. Siapa yang belum pergi, nak pergi, sila bawak duit banyak-banyak sebab barang kat situ memang bisa mencairkan hati korang untuk ambil-ambil. Aku pun banyak ambik, letak, amil letak.. Haihhhhhh!!!!!

Ni benda yang aku grab kat sana..

Abaikan pemandangan belakang dan di kiri  gambar yang sepah ahahahaha...
 Iron board RM12.90. Besar gabak wehhh!!!! MURAHHHHHH!!! Sebab kalau korang pergi giant, paling murah pun RM50 ke atas untuk iron board besar tu. Yes! Ianya kukuh!!!

Bekas letak kain kotor yang putih tu. RM9.90. Berbaloi sebab besar, ko boleh letak untuk 3 kali basuhan kalau mesin ko cam aku 6.8kg je haahhahah... Cantik pun cantik wehhhh sukee!!!!

 Cermin hiasan yang bengkok beralun tu. 2 keping untuk RM69.90 kot.. lupa dah aku, tapi tak sampai RM70 la... Cantik weh dah pasang. Masa kat showroom lagi aku dah book nak amik yang tu. Senang pasang kat rumah, takde la tetamu aku kena masuk bilik aku untuk tengok cermin, pasang kat laluan antara pintu bilik aku dengan tandas tu, haa tengok la muka korang puas-puas. Tinggi cermin tu, ermnnn lebih tinggi dari aku yang tingginya 148cm aje haahahaah...

Tu, apa ekk nama board hijau tu.. Kalau bahasa melayu kita panggil para atau rak kot. Yang tu kami pasang bawah tv. Jimat space. Yang tu harga sebenar RM59 tapi dia kasik diskaun HIJAU sahaja RM39. Untuk warna merah dengan hitam RM59, takde diskaun. Apa ada hal aku, hijau pun hijau laaa haahahahah...

Ok cermin antara cermin panjang dengan board hijau tu, aku beli untuk letak dalam bilik air. Nama sebenar aku tak tau, tapi bahasa kampung aku para atau rak untuk letak shampoo, mandian bagai dalam bilik air hiihihhi.. Yang tu RM29 seketul. Aku beli 2, 1 bilik air aku dan 1 untuk bilik air tetamu. Cantik kooo dah pasang.. Suka jugak!!!!

Eh, aku tak amik gambar, cermin.. 4 ketul cermin RM29 jugak kalau tak silap. Yang tu aku letak dalam bilik air, 2 bilik air aku, 2 bilik air tetamu.. Jimattttt!!!!! Hahaahah... Nanti ek aku amik gambar untuk 4 item ni yang dah siap pasang..

 Balang untuk cantikkan kabinet dapur aku. 3 balang tu aku buat letak milo, tepung dengan gula. Dah lama idam balang camni. Nanti nak beli lagi untuk letak tetepung dan jejajan serta bebiskut ahaahah.. apa ayat daaa... Eh, harga, RM6.90 untuk setiap satu balang atas tu.

Balang bawah tu comel weh.. Yang tu aku buat letak garam dengan asam jawa. RM7.90 untuk setiap satu. Suka jugak!!!

 Haaa balang kecit cinonet ni aku suka gak... Comel banget!!! Aku buat letak rempah ratus.. RM6.90 untuk 4 balang cinonet tu.. Aku beli 2 set. Tu pun tak cukup semua rempah... nak kena beli lagi..

Kalau korang nak cantik ruang dapur boleh beli hanger rack untuk letak balang ni, RM6.90 gak, tapi sebab aku tak tau nak sangkut kat mana rak cam hanger tu, so aku tak beli.

 Kengkonon sekarang rajin baking cake so beli penyukat-penyukat.. Sampai rumah baru perasan tu sukatan dalam ml bukan cawan, ermnn kena terjah lagi nanti ni beli yang cawan punya hahaahah...

Owh, harga.. ermnn lupa laaa...RM4+ ke RM5+ eh ke berapa ekk.. Lupa hihihi... Tapi mangkuk comel, ada 5 mangkuk tu RM5.90 je. Aku beli sebab senang nak masak letak ayam 1 bekas, bawang 1 bekas, sayur 1 bekas. Mood masak naik sikit aku ni kalau tengok barang-barang comel kat dapur hahaahah...

Tu pengikat tu. Weiii lama dah aku aim tu wehhhh!!!! Suka sebab senang nak ikat plastik, tak payah guna getah dah, cuma klip kan aje.. Siap!!!!! RM8.90 ada dalam tu kalau tak silap 10 klip besar, 20 klip kecil. Aku share dengan biras aku. Banyak-banyak pun bukan guna semua pun kan. Tapi kalau dia tak nak share pun aku ok je, sebab menda tu takde tarikh luput hihihihi..


Tujuan asal nak cari set pinggan dengan cawan kan. So here we go! Mug ni RM2.90 seketul. Comel sangat.. Aku beli 6 set je dulu. Baru lawo nak hidang air kat tetamu.. Moden style, tak payah piring-piring hihihi.. Nanti nak beli 6 set lagi.. warna lain plak.. Owh, pilihan warna cuma hijau, coklat cam aku ni dengan putih je.


Pinggan dan mangkuk. Weee... rege cuma Rm1.50 untuk setiap satu. Murah kan.. Wallaweiiii... Sawan aku kat dalam tu, kalau boleh semua nak hahaahah.. Aku amik 6 set je. Nanti nak datang lagi beli lagi 6 biji.

Ingat nak cari mangkuk yang besar sikit, kan biasa kita letak lauk yang berkuah kan.. Tapi takde.. dia tak sale, maknanya harga dia mahal skit la dari barangan yang dia jual murah tu, so tunggu dia sale dulu baru aku rembat lagi hiihhihi..

Ok so tu jela yang aku beli. Total aku habis Rm310 la lebih kurang. Tapi puas hati sebab kebanyakan yang aku nak ada.

Next visit maybe lepas mertua balik dari umrah. Aku tengok mertua aku menahan sabar je nak ambil itu ini barang hahaahah.. sebabnya dia nak pergi umrah so kena tahan keinginan membeli dia tu. Bila tanya ada ke barang-barang yang mak berkenan? Mak mertua aku gelak je, kata nanti nak pergi, ajak Ina, adik ipar aku. Hahahaahah.. adala tu.. hikhik...

Malu gak dengan mertua sebab kemain semangat nak itu ini hahahaha.. Gelak je dia tengok gelagat menantu dia 2 orang ni shopping kihkih.. Sebbaik mertua sporting you...

Sekarang aku dah tau kenapa orang gila sangat pergi IKEA, sebab aku pun dah jangkit penyakit gila tu hahaahahah..

11 comments:

Tukang Karut said...

ko tak pi IKEA pun memang gilo dah...

deelira@deeliraz said...

sikit punya banyakkkk perkataan NANTI ko.. cube ko kira..

nnt.. nak beli yg tu plak
nnt nak beli lagi.. xcukup!
nnt nak dtg lagi
nnt nak beli 1 set lagi

aparaaaaaa

Ibu Amirul said...

Wahhhh
Shopping sakan ko jah!!!!
Hahaha...
Tak pernah lagi pergi ikea tu

bunga_rose said...

Tukang Karut:
Kong ajoo ko kang haahahahahaha... Tapi mesti ko rindu gelagat gila aku kat cerun kan.. kat ofis baru aku sopan, sila percaya haahaahahah.. eh tp ko bukan cerun lagi dah... cerun tinggal kenangan.. owh.. sedihh

bunga_rose said...

deelira:
hahahahaah... nanti banyak sebab akan ada next visit NANTIIII ahahhaahh..

wei ko dah penah pegi IKEA blom? haaa klu blom sure excited cam aku hahaahaha

eima said...

gile ko ni ...

aku tak penah pegi ikea ..hahhaha

MRS. K said...

haa.. tau takpe!
nasib la aku jadi s/u kelab opis.. memang manjang je pegi ikea cari barang opis.. muahahaha

bunga_rose said...

ibu amirul:
hikhik... sebab barang dia comel2 pastu sestengah tu lagi murah dari tmpt yg penah bunga survey tu yg jd gila kejap tu ahahaha

eima:
wei try la gi, besttttt hahaha.. dlu aku pergi tak turun bawah tempat shopping tu sbb anak aku wat hal, so aku dgn laki aku tak tau pun bawah tu tmpt shopping, la ni dah pergi.. syokkk hihihih

mrs.k:
kannnnnn... best rupanya.. so aku dah faham dah kenapa ko jadi gila gi sana haahaha..

P.A. said...

hihihi comel2x belaka balang kecik2 tu...mmg sesuaiiiii letak rempah ratus..tp jauhnyyaaa nak pegi..huhuhu....

lizz said...

waa bestnyer shoping...memang kalau pi ikea rasa cam semua pun berkenan...lagi satu lepas shoping pulak makan meatball memang the best...

Fida Ghazi said...

Neng nong neng nong! Tamau beli barang ikea dah! (tipuuuu). Selalu cdg nk beli lain tapiiii yg masuk dlm troli lain. Merepek2 plak tu! Tatahannnn .. sbb comel n murah!

Cuma skarang teringinnnn nk mkn meatballs dia.. alahaiii!