Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, March 19, 2013

Kek mudah, sedap tanpa mentega juga telur


Minggu lepas tangan terlebih rajin buat kek coklat. Aku jumpa resepi ni kat blog kakak ni. Tengok resepi dia lahai mudah bebeno pastu bahan memang boleh dapat kat dapur aku je kalau yang takde pun cam susu segar dengan coklat masakan je sebab aku nak buat ganache sekali.

So balik tu gigih la singgah Speed 99 beli bahan yang takde kat rumah. Kek yang pertama aku buat tu menjadik, so post kat whatsapp famili.

Merekah siki je kat atas
Dah siap buat topping coklat moist!!
Pandangan sisi
Terus adik ipar dengan biras cakap suruh tinggalkan kat diorang, sebab diorang nak datang hari Khamis tu, aku buat hari Selasa. So ok la. Konon-konon potong dulu kek tu buat pre- birthday hubby ekekeke... Gedik je.. Kek ni rendah je mungkin sebab aku guna loyang besar.

So bila famili mil datang kejap je dah licin kek tu. Diorang pun cakap sedap. Oleh itu, terus kerajinan menerpa diri.. Menerpa gitu ayat aahahahh... Aku buat kali kedua, kali ni aku double bahan-bahan dia. Resepi asal korang boleh tengok kat BLOG NI.

Resepi versi aku yang telah aku gandakan aku tempek sini. Tapi tak lari jauh la dari resepi asal kakak tu. Yang pasti tetappp sedapp!!!

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
     (aku guna gula pasir je hahahah.. malas nk kisar sbb aku tengok gula aku tak kasar mana)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung (aku guna minyak masak je haahahah.. malas nak beli minyak jagung, mahal)
  • 1 1/2 cawan air kopi panas
  • 2/3 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) (aku pun ikut DJ guna cuka je)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.(malas nak guna bekas asing2 aku terus tapis masuk dalam loyang hahaahah)
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2). (oven aku dah uzur barangkali, aku kena masak sampai 1 jam 30 minit untuk gandaan 2, tapi kek mula-mula aku buat tak ganda 2 pun aku amik masa 1 jam untuk masak)
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

Hahahhaha.. kek merekah rekah sekali..

Takpe, korang jangan risau, walaupun merekah tetap sedap. Dan aku telah tutup kesan rekahan gunung berapi ni dengan profesional haahaha.. Laaa sangat

See, tak nampak sangat kan rekahan tu hahaahahah... Alaa gambar slice lupe nak tangkap pulak..

Owh, topping dia pun aku ikot resepi DJ ni jugak. Ada gak dia kongsikan kat blog yang aku dah link tadi. Tapi takpe, aku tempek sini jugak okeh resepi ganache tu.. Sedappppp!!!

Resepi Ganache

Bahan-bahan : anggaran shj

  • 200 g coklat masakan (dipotong kecil2) (aku beli yang 100g je)
  • 125 ml susu segar (aku guna susu hl coklat marigold)
  • 50 g butter (dipotong kecil2) (malas nak cari butter, aku guna je marjerin kat rumah je ha 25g)
  • 50 g gula icing (aku guna 25g guna kastor aje hahaahh)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara : 
Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.


Insyaallah rasanya tak akan menghampakan korang peminat kek coklat sebab hubby aku yang susah nak makan kek pun boleh makan. Mertua aku yang kurang makan kek pun boleh bertambah. Biras aku yang agak cerewet pasal rasa masakan atau dessert pun cakap setapppppp dan bertambah-tambah. So sila la cuba okeh kengkawan. Ada kelainan sebab takde telur dan mentega, mungkin kurang muak kot tapi tetap lembut, gebus. Pandai kakak DJ tu cipta resepi.

Kek tu dah selamat masing-masing tapau ke rumah masing-masing. Kat rumah tinggal lagi 1slice je untuk aku sambung makan petang ni hiiiihihi..Selamat mencubaaaa

13 comments:

eima said...

gile tul ko ..terer ..aku yg guna tepung segera pun bantat ko ...huuhuhu hebat nanti aku salin resepi yo

♥cikmOt♥ said...

ada lagi tak???akak datang umah nanti ek...lalalala

bunga_rose said...

eima:
ahahaha.. tinggi sangat pujian ko tu manja.. ada je kadang aku buat kek bantat, tapi aku tak show off la kat sini, malu hahaahahah

bunga_rose said...

cikmot:
hikhik.. tadak kak, tinggal 1 slice je tuk minum petang kang kekekkeke

MRS. K said...

clap clap

P.A. said...

cedappppnyaaaaa....nak sikittttt

Kesuma Angsana said...

wah menarik resepi ni

~aYu~ said...

terliur tgk kek tu.. dah copy resipi ni nant nak try wat.

Anonymous said...

air kopi tu kopi + susu ke?o kopi O..mohon balas segera..

Anonymous said...

assalam akak..nk tanya, air kopi tu kopi 3 ini 1 o kopi susu yg panas2 tu??mohon akak dpt bls segera...tq..

bunga_rose said...

alaa.. cian anony.. akak baru buka blog dik oiii..

jawapan 1:
air kopi tu kopi aje, jangan letak susu pulak dik oiii

jawapan 2:
resepi asal cakap boleh 3in one maybe yang kopi O punya la.. tapi better guna kopi biasa je.. kopi bancuh dengan air panas je.. tak payah susu or gula.

harap clear, tq

emy said...

salam kak.. mmg sedp kek 2.. kek klu merekah, kte harus terbalikkn kek 2 dn gne bhagian bwh kek untuk letak topping. jd, bhagian mrekah 2 brada di bwah la.. kek 2 akan trasa lg sedp sbb topping 2 mresap msuk kedalm kek kerana struktur bhgian bwh kek lg moist..

marhain azamil said...

Suke la resepi sis ni.mudah,ringkas...tp hasil ny ttp umpph.tq 4 sharing.sy pn sama,nk wat kek..tp x suka resepi yg complicated.this one is jt nice! :-)