Jom klik

kENgkaWAn

Friday, March 8, 2013

Langkawi: Cabel Car

Malas nak tulis part berapa dah pasal Langkawi ni.

Ok, masa nak pergi naik kete kabel ni, anak aku yang kedua tu tak sihat kan. Ingat tak sebelum ni aku penah cite kami bawak dia pegi hospital sebab demam tak surut-surut. So, pagi tu dia dah surut dah, dah ok, pastu aku cam serba salah la kan, nak bawa dia belum sihat, nak tinggal cam kejam pulak.

Lepas bincang, aku tinggal gak Eqal bawah penjagaan mak dengan ayah aku. Mak dan ayah tak nak ikut, katanya buat penat badan je sebab diorang bukan nak naik kete kebel pun, penat je dok bawah. Aku tinggalkan anak aku lepas dah bagi ubat, susu dan dah tidurkan dia.

Kat homestay tu ada buai, so legalah sikit sebab senang la mak ayah nak tengok-tengok tido dalam buat kan selesa skit sebab rasa cam dipeluk. Tu pun kejap-kejap aku call mak ayah tanya camne Eqal. Eh panjang pulak mukadimah.

Naik kete kebel Langkawi memang awesome!!! Best gila bagi aku. Padahal sebelum ni aku cukup cuak naik sky way kat genting tu. Teruja kemain nak naik kete kabel so banyak la gambar dok tangkap kat situ aje.. Korang layan jelaaa cite bergambar yer..

Pintu gerbang selamat datang..
Tu sebelah tu pun ahli rombongan gak tu.. Anak-anak dara aje 4 orang dalam rombogan, teruna 2 orang..

Show off tiket!!
 Harga tiket: 

Dewasa RM15
Kanak-kanak 2 tahun ke atas RM10

Tapi sebab beli dengan agen perlancongan so dapat murah sikit. RM 13 untuk dewasa. Kanak-kanak dia takde kupon so still RM10 untuk kanak-kanak.

Anak teruna yang teruja eh ke maknye yang teruja lebih haahahah...
Baru nak naik
Ko tengok muka hubby aku tu. Cuak!!! Hahahahaha.... serius.. dari tahun 2003 aku kenal dia sampai laa dah dekat 5 tahun jadi suami aku aku tak tau pun dia ni gayat!!!! Yup!!! Gayat!!! 
Yang buat lawak berganda adalah ni mamat dalam gambar bawah ni

Abang han, kak nurul & Irfan si lesung pipit
Ko tengok muka abang aku cam gangster kan..  Jangan tertipu dengan muka, selama aku jadi adik dia dah dekat 29 tahun ni, baru aku tau abang aku tu GAYAT!!!!! Gayat yang melampau hahaahahahahah...

Teringat aku insiden aku terpijak pintu kereta kabel tu smpai bergoyang sikit pintu tu, diorang punya cuak hahaahahahah... Dengan abang aku dengan hubby aku dua-dua jerit suruh aku ke tepi hahahaahah... 

Yelaaa... kalau terbuka pintu tu, tak pasal kami hahahaha.. Ate selok sangat nak bergambar.

Subhanallah.. cantiknyaaa ciptaan Allah...
ni kat hentian pertama
 Masa first stop Kimi ok lagi.. Dari first stop ke second stop Kimi dah lain macam. Amik ko, terus muntah dalam kete kabel tu.. Aku tadah selebihnya dengan topi dia. Bau tak usah cakap laa.. Sampai-sampai terus bawak pegi tandas, basuh baju, seluar dan topi. Dengan aku skali laa kena.. saboo jela..

Sejuk weh air dalam tu. Tapiiiii semua tu tak mematahkan semangat aku untuk terus bergambar hahaahah...
Sesi syok sendiri
My hero
Panas wehh atas ni, tapi angin kuat... sejukk
Sambil pegang topi basah sebab basuh
     
Si kenit upah makanan supaya boleh behave
 
Nampak pulau-pulau kecik belakang tu
 Serius wehhhh pemandangan dari atas tu memang tersangat laaa cantik. Kagum aku dengan keindahan ciptaan Allah.. Tak puas mata tengok sekitar pulau Langkawi dari atas sana.

My cinta hati

Tengok, laut seolah-oleh bercantum dengan langit
Kimi ajak amik gambar asik takmo.. Rugi tau mi...

Puas bergambar kat atas, amik gambar dalam kete kabel lagi.. Kali ni kami pulak mengadap gunung. 

Korang tau apa yang buat hubby dan gak abang aku tu cuak? Tu, tiap kali kete kabel nak lepasi tiang-tiang tu, kete kabel tu akan goyang dan gegar sikit. Tu yang buat diorang gayat.

Tapi the best part anak sedara aku boleh cakap, ayah, macamana kalau kita jatuh yah? hahahhhahah.. Marah terus abang aku kat anak dia ahahhaaha.. Comel dua beranak ni.

The sweet part pulak bila diorang ramai-ramai selawat dalam kete kabel tu masa nak naik tu.. Comel kan bila budak-budak berselawat.

Us

Us again



Aku, kak nurul & bebudak gak steady!!
 Oh, pada yang tertanya-tanya, kalau mengandung boleh naik tak, jawapannya boleh aje.. Kakak ipar aku tu dah 7 bulan lebih, dua 12 April ni haa.. rilekss je naik. Baby dalam perut kemain tendang-tendang seronok katanya .. ihihihi..

 Apa, nyampah tengok gambar kami? Takpe, aku letak lagi seketul hahahahah....


My lovely and only bro!!!

Disudahi dengan gambar anak teruna sulung aku.. Kan best kalau ada Eqal sama.. sayang Eqal tak sihat.. ermnn..

Lupa, pada yang tertanya-tanya apa perasaan naik kereta kabel ni, bagi korang yang tak gayat cam aku, bestttttt!!!!!
Bagi yang gayat cam hubby & abang aku ni lasttttt!!!!!!! Tak mooo dahhhhh !!!!
Muahahahahahahaahaha

9 comments:

mRs.aiRmaN haViT said...

"rugi tau mi" - ayat utk ibu2 yg suka posing..hahah..larikkk..!!

♥cikmOt♥ said...

hahahaha, leh join fear factor la..
akak ni nak kata gayat tak jugak...tapi bila naik tempat tinggi cam ada satu suara suh terjun terjun terjun...tu riso tu...

takut terpengaruh ngan suara tu...
eh boleh gitu???

P.A. said...

hehehe mmg best kalu dh penah naik kan...susah nk dpt pengalaman cenggitu selalu...aku ni pnh naik kete kebel kat Bukit Bendera, Penang...tu pun dh lama...kat Langkawi xpnh2 lg w'pun kerap pegi...sbb pegi untuk kursus...xsmptla....

eima said...

hahaha best ek... klu nak tau hampir 60% penduduk tetap pulau langkawi tak penah naik kabel car ...muahahhaha

NM02 said...

lagi suker naik cable car kat langkawi berbanding genting. yang genting pyer bunyi bising

bunga_rose said...

ct:
hahaahah.. tau takpe..

cikmot:
boleh..boleh.. saya pecaya sangatttt haahahahah

PA:
oittt langkawi tu bukan dekat bebeno ke dgn rumah ko as, rugi laaa tak naik, g laa try..

eima:
aku pecaya, sebab ayah aku masa gi masjid dia sembang dengan orang langkawi kat situ, katanya orang langkawi sndiri pun ada yang tak penah jejak pun kat kawasan tu haahahahh...

nn02:
kan... genting punya cam seram2 sejuk gitu bila naik ihhihihi

♥ ROS ♥ said...

Jelesnya..ros xsmpai lg :(

deelira@deeliraz said...

eerrr...aku masih berfikir dan pertimbang nak naik ke idak... berat ke tidak hahahhaaa

shera haifa said...

huhu.. langkawi.. dah dekat 11 tahun dh x kesana.. bnyk perubahannya..