Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, March 21, 2013

Langkawi ~Laksa Power

Sori ek, takde idea nak up entry so sambung cerita aku kat Langkawi bulan lepas yer hahaahah.. Basi pun basi la nak gak up.

Sebelum sampai Langkawi lagi aku dah cakap dengan hubby nak sangat rasa Laksa Power langkawi yang orang dok cakap sedap sangat tu. Hubby masa tu dah cam.. yeke sedap? Sedap sangat ke? Tapi sebab tiap-tiap hari dok dengar isteri nak pegi merasa, fine katanya nanti pergi.

So tengahari tu, lepas ke Underwater world, (haaa yang ni pun nanti aku cite, tak pueh ati) kemain la tanya orang Langkawi mana lokasi laksa power. Masa tu dah canang-canang la kat ahli rombongan yang selalu baca review orang pasal Laksa Power ni sedap sungguh kan. Syukur, jumpa gak tempat tu, elok tempatnya sebab ada view airport dengan pantai.

Aku terus la order laksa 2, 1 untuk mak dan 1 lagi aku share dengan hubby sebab dia dah kenyang, cuma nak merasa dan gak cendol 3 mangkuk. Ayah aku tak ikut sebab dia malas nak jalan-jalan dah kat Langkawi, sabooo jelah. Ahli rombongan lain pun sama order laksa dan gak cendol.

Ni la rupa laksanya, telur sebijik terus dia letak.

Tapi kan... bagi aku dan gak ahli rombongan, laksa dia tak power pun. Tak sedap. Mungkin masa aku pergi tu kebetulan dia masak tak sedap ke apa, tapi masing-masing cakap rasa cam dia letak budu dalam laksa tu. Tak habis pun laksa mak aku dan gak laksa aku, tu share dengan hubby tu, kalau makan sorang separuh je kot boleh masuk kat tekak.

Harga kalau tak silap RM3 ke 3.50.. Lupa la..

Cendol pulak dia letak dalam mangkuk ala-ala mamak jual cendol tu, cinonet je harga pun aku lupa kalau tak RM2, RM2.30. Pun sama, tak kena dengan selera kami semua. Tak habis jugak.

Kat situ ada jual rojak kan. Si Kimi masa ni asik la nak merajuk, menangis, so bawak dia pergi tengok rojak kat situ dia berkenan kat sosej. Bila tanya harga, dia cakap letak je dalam pinggan nanti kira. Aku ambil sosej ketul, sosej dia besar dan panjang. Sekali dia potong, letak harga terperanjat aku. 2 ketul sosej RM8. Nanges aku nak bayar.

Masa nak bayar keluarga kakak ipar aku total RM40+ untuk makan cendol dan laksa saja untuk 7 dewasa makan. Tu pun ada yang kongsi je, bukan la bermakna sorang 1 mangkuk. Oh dengan air kelapa 1 biji.

Abang aku ambil rojak banyak bahan, kena kurang dari RM10. So masa nak tapau untuk ayah aku, aku mintak dia pilihkan supaya tak kena mahal sangat. Letak 5 bahan je kot kena la dalam Rm12 camtu.

Masa aku tunggu dia potong-potong rojak aku tu ada couple sebelah aku pilih punya banyak. Sosej aja dia ambil 3 ketul. Pastu aku saja tanya penjual tu, "sosej ni seketul RM4 yer?" "Ye" Terus couple sebelah aku ni pandang sesama diorang lepas dengar penjual tu sebut RM4. Pandangan yang cam diorang terkejut la sebab mahal sangat. Nak tarik balik dah tak boleh sebab rojak diorang tengah potong.

Total aku kena RM30+ gak, lupa dah untuk 2 laksa 3 cendol, 2 sosej dan gak 5 ketul barang untuk rojak tapau kat ayah.

Aku masuk je van terus masing-masing perli aku, sedap yerrr bunga rojak.. poweeeerrrr sangatttttt!!! Power tang harga, rasa hampeh. kata diorang.. Teruk weh aku kena bahan dalam van, termasuk hubby aku tu. Powernyeeee sayang rojak tu katanya. Cehhh bukan nak pujuk hati aku yang dok kena bahan, dia sama naik bahankan aku. Saboooo je aku.

Tak tau la bagi korang laksa tu sedap, bagi aku satu family, bukan citarasa kami. Atau mungkin masa kami pergi ari tu resepi dia tersalah sikit ke so jadi tak sedap. So rasa hampa gak la sebab dah lama dengar pasal laksa tu tapi bila rasa tak seperti yang aku angankan.

7 comments:

azievee said...

Nie kat tepi pantai kat airport tu ker...bagi aku arr biasa2 jek...tp laksa kaw kat Beras terbakar kut...mmg terbaik sorang dua mangkuk ngan en somi..hahaha...cendol dia pun mabelesss...

bunga_rose said...

jemah, betol weh.. kami nak makan laksa kat situ,tapi dah habis... yang sempat makan pun adik kakak ipar aku.. dia tapau 2 bungkus, aku ada rasa, sedap banyak kali ganda dari laksa power tu

deelira@deeliraz said...

err.. xmo g la. nak g yang kat beras terbakar tu heheh

eima said...

mmg tak sedap la wei ..aku rasa kat blog aku punn aku kate tk sedap kan... hahahhah nasib ko la wei ..aku ari tu tak terasa sbb org lain banjer ..muhahahhaha

P.A. said...

nkmkn laksa sedappp maila kat kuala perlis nie...haha..mmg la ada stgh2 tmpt laksanya xpower...nk mkn cendol best ada kat Kangar...hehehe promote perlis yg tercintaaaa

Ratu Hatiku said...

sedapnyaaa.......feveret ku laksa nie..kalau mkn blh 2-3 mangkuk hihihi

♥cikmOt♥ said...

akak teringin nak makan laksa kat batu feringgi sana..haihhh...