Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, March 12, 2013

Pengalaman aku di Mayfair

Jumaat lepas, pergi la ke Mayfair sebab dapat kupon, eh beli kupon RM29 yang boleh tebus 3 perkhidmatan dari Mayfair. Nak merasa khidmat orang-orang kaya tapi bayar dengan harga murah haahahah...

Sebelum pergi aku dah baca banyak page yang minta kita hati-hati kalau pergi Mayfair atau yang seangkatan dengannya sebab modus operandi diorang untuk jual produk adalah desak-desak kita. So sebelum pergi aku ajak dak makyong ct teman takut aku tak boleh nak keluar dari tempat then ada dia sebagai penyelamat keadaaan.

Pergi sana macam biasa la layanan memang kelas pertama, senyum, tolong isi borang untuk kita bagai. Then masuk bilik konsultansi untuk bincang dengan aku apa yang aku nak buat. Aku cakap aku nak amik untuk facial treatment.. Lagi 2 servis yang free tu dia cadangkan face lifting dengan eye mask camtu. So okla setuju. Tapi aku awal-awal cakap kat dia aku ada masa sampai 2.15 je sebab nak balik ofis balik kan keje.

Bagi time frame siap-siap kat dia so dia tak boleh nak paksa aku stay lama kat situ kihkih.. Tapi sebab aku tak banyak masa dia cadangkan aku buat facial dulu then lagi 2 treatment tu aku buat untuk next visit. Hahahaha.. akan adakah next visit aku tu?

Yang entertain aku tu budak perempuan muda, lahai comel beno. Buat facial kat muka aku ni pun punye laa lembut. Aku cakap kat dia nasib ada orang melayu, at least tak la rasa janggal sangat. Banyak benda la aku tanya dengan budak tu. Tanya dia ada ke kes paksa cam biasa baca dalam blog tu kat sini, katanya kat situ kalau kita pandai tolak, takde apa la, diorang pun tak boleh paksa, diorang akan offer je, keputusan terletak pada kita.

Bila aku cakap tak sure nak datang lagi tak untuk 2 lagi treatment tu dia nasihat aku, datang je kak, kupon yang akak beli ni memang percuma untuk perkhidmatan tu, memang takkan kena bayar, cuma nanti kalau dia offer akak buat itu ini ke pandai-pandai la akak tolak kalau akak tak nak.

So, ermnnn tengok la camne. Budak perempuan ni walaupun muda, awal 20 an tapi business minded ok, dia dah rancang nak buka kedai rawatan muka sendiri. Kedai tu pun tengah buat ubahsuai, bagus betul perancangan masa depan dia. Aku sokong anak melayu macam dia tu hihihi..

Facial cam biasa la, cuci muka, pakai skrub, macam aku kulit sensitif sebab nipis dia wapkan dengan air sejuk, bukan air suam, then buang white head, black head, sakit woh hohohoho.. Lepas tu letak mask untuk 15 minit. Lupa, nanti korang akan disuruh tanggalkan pakaian, berkemban aje. Tali bra kita pun dia suruh jatuhkan sebab ada urutan kat bahu, best budak tu urut sebab tak sakit hahaah.. Aku kan tak tahan kalau urut sakit-sakit ni.

Cuci mask then dia letak toner dan moisturizer. Siap.. Pukul 1.00 mula pukul 2.15 gak baru siap. Kesian makyong tunggu lama sorang-sorang. Aku ingat boleh masuk tengok facial tu, rupanya diorang ada polisi P&C haipppp!!! Kalau tau aku tak mintak adik aku tu teman, penat kot tunggu sejam lebih. Maceh CT hihihhi...

Keluar dari bilik rawatan masuk bilik konsultansi pulak. Lepas sign borang cakap aku dah buat rawatan, oh lupa masa konsultansi yang mula-mula tadi pun aku kena sign borang gak, mengatakan dia dah terangkan aku rawatan yang sesuai dengan aku gitu.

So kali kedua masuk bilik konsultansi ni aku diberi minum air teh cina kalau tak silap sebab tawar hhihihi.. Then si Grace ke apa tah nama konsultan tu datang tawarkan aku join ahli. Ambil treatment muka untuk 3 kali rawatan RM399 untuk 3 kali facial, 3 kali guna mesin ape tah dan gak 3 kali mask. Total untuk buat 1 treatment RM400 tapi aku bayar RM399 sahaja untuk 3 kali rawatan.

Sebab aku dah baca banyak blog pasal pusat-pusat kecantikan cam ni so aku tak terima terus, aku cakap aku kan fikirkan. Then tanya bila nak buat balance lagi 2 treatment, aku cakap nanti aku call. Dia tak banyak soal dengan aku sebab aku nak cepat balik ofis. Hahahaha.. bagus gak pergi time rehat kan, dia tak boleh nak tahan-tahan kita. Kalau pergi hari minggu mesti kena tahan.

Sebab ada kes aku baca siap tahan tak bagi balik, suruh gak amik offer yang diorang suggest, gila riban service diorang wehhh, tak mampu koi.. Setakat sekali facial 50-60 tu affordable laa kan.. Kalau sekali facial sampai 2,3 ratus, nanges.. Hihhhi..

Sebbaik aku tak amik yang untuk kuruskan badan, kalau tak mesti dia offer pakej yang riban-riban, ketaq lutut nak bayaq tu hahaahah...

So kalau tanya pengalaman aku dengan Mayfair, alhamdulillah ok, diorang pun takde paksa-paksa.. Mungkin sebab aku bayar kupon tu, bukan sms nak free trial or apa. Kalau yang free maybe dia mintak aku beli gak apa yang dia offer kot.. Syukur la takde apa-apa berlaku kat aku.

Tapi, untuk 2 lagi treatment tu aku tak fikir lagi nak buat ke tak, sebab takut next visit terjerat haaaaa abisss aku ihiihihii...

Eh korang ada ke pengalaman pahit pergi pusat rawatan kecantikan???

5 comments:

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

penah gi slimworld..beribu2 abis sebab dieorg pandai pujuk..org plak jenis cepat cair..hehehe..tp resultnyer bagus..berkilo2 jugak turun lagi satu mase tu bujang.. kalo sekarang ni , baik beli susu anak lg bagus ..hehehe...

♥cikmOt♥ said...

aler, p tak ajak...ini tidak adil, tidak adil...

MRS. K said...

wah.. mesti glowing muka ko skang noks..

eima said...

hmm aku tak penah pi spa ke facial ke hape ke ... kedekut

kau Inspirasiku said...

Nk bgtau. Saya lepas facial jdi semkn teruk