Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 4, 2013

Racau si kenit dan bila HP aku direndam / ulser or hfmd?

Semalam aku cuti, kecemasan. Anak bongsu tiba-tiba pulak mendemamkan diri.. Aku syak sebab geraham dia tengah gigih nak keluarkan diri dari gusi sebab tiap kali tukar baju, tiap kali tu baju dia basah, berlenje dengan air liur.. haihhh laaa..

Tapi, walaupun dia demam, itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti di rumah, aku jemur kain, dia nak jemur juga, aku sangkut pada hanger dia patankan hanger, aku susun bantal, terjumpa pulak dia rotan kat celah bantal dia ambil buat rotan aku, mama dia.. haihhhh!!!!

Tapiiiiiii jugakkk.. Semalam, sebelum dia bangun, aku dah siap mob ruang tamu, letakkan mop kat depan bilik air, then bila tegok jam dah pukul 10, aku tanak bubur untuk bugak kenit tu makan. Tengah asyik aku masak, tiba-tiba nampak dia tengah celup tangan dalam baldi air berisi air mob lantai tadi. Aku belum buang sebab nak sambung mop dekat dapur lepas masak. Tak sempat, dia dah nak tolong aku mopkan. Then aku tengok tangan kanan dia ada hp aku.

Senyap-senyap je dia kalau dia pegang barang yang dia tau klu dia pegang aku mesti mintak balik.Lepas duduk kat sofa aku tengok hp tu cam basah, ingatkan cuma air liur dia sebab dia suka gigit-gigit hp. Nak-nak sekarang tengah gatal gusi, badan aku ni cam kena dera, lebam sana sini, kaki,tengan, perut, belakang semua laa kena, pipi pun sama tau.. Aduuuiii.

So ingat air liur aku lap je dengan kain dan try on balik. Sekali tak boleh, aku buka casing hp tengok, ya Allah, basah hp aku tu.. Bukan sikit sebab sampaikan pelekat pada hp tu cam nak tertanggal dah. Dia ada rendam hp aku sama laa maknanya dalam air baldi tu.

Huwaaa hp aku.... Terus takde mood nak kemas rumah aku ni..

Malam... malam tadi si kenit meracau-racau.. merengek, menangis, serba tak kena, aku bagi susu badan aku ni tak nak, kasik susu botol pun tak nak, bagi main tab pun tak nak

************

Atas tu cerita yang aku nak post Jumaat lepas, tapi tak sempat habiskan taipan, pengasuh haiqal call hubby aku suruh aku call dia, aku pulak tertinggal hp. Anak aku si Haiqal menangis tak henti-henti. Masa aku call tu boleh dengar suara latar, dia menangis tahap cam kena dera, sakit sangat laa... Pengasuh dia dah risau suruh aku balik sekarang gak sebab dia takmo minum susu, tak mo makan, minum air masak je nak, tu pun sikit.

Terus aku mintak izin bos cakap nak balik sebab anak menangis tak berhenti, ingat nak balik kejap jela hantar anak gi klinik, sekali dia cakap, takpe la ros, hari ni pun hari jumaat, balik terus rehat je. Wohhh memang cam mengantuk disorongkan bantal laa.. Bos aku ni klu kena mood dia baikkk sangat, sebab tu aku sayang hiihihi.. 

So terus pecut kereta, sampai rumah pengasuh takde dah tangisan Eqal, rupanya kakak tu cakap dah bagi
aiskrim, aku buka mulut eqal tengok betul telahan aku, ada ulser. Dia kan demam 2 hari berturut2, so air dalam badan dah kurang tu yang panas tu. Cuaca pulak memang terik sehari dua tu, so lagi la buat anak aku tu kekurangan air.

Ingat nak terus pergi klinik tapi pengasuh cakap pergi petang la, biar redup sikit sekarang terik sangat, lagipun Eqal tak tido langsung, mata dah bengkak. Aku pergi mydin kejap belikan airkrim dengan jelly. Dalam kereta gak makan airkrim corneto vanila, kemain seronok dia, lapar kot, apapun tak leh masuk sebab hujung lidah yang berulser. Jelly pun habis semangkuk dia makan.

Lepas main-main kejap, aku susukan dia terus lena. Kalau bagi susu botol tak nak, mungkin puting tu keras, kalau susu cap gantung lembut skit kan.

Pukul 4 hubby call tanya dah pergi klinik ke belum, aku cakap belum sebab eqal tido, bising dia, suruh bawa gi klinik time tu gak. Terik kot kat luar, nasib elok je letak tepon eqal bangun, terus mandikan dia pergi klinik.

Jumpa doktor, dia cek, tanya itu ini pastu katanya anak aku kena HFMD. Haiiii tak mungkin la kot.. Sebabnya kat hujung jari Eqal ada bintik kecil dan kat lutut ada seketul dua bintik cam kena gigit nyamuk, dalam mulut ada ulser dan 2 hari sebelum dia demam. Katanya tu la tanda-tandanya.

Dapat ubat sapu dan ubat oral aid untuk HFMD sebab memang takde ubat katanya.

Aku balik rumah dalam keadaan kebingungan sebab cam tak percaya anak aku dapat jangkitan tu sebab dai sorang2 je kat rumah pengasuh tu.. Ermnn... jap lagi la aku sambung, nak buat keje jap.

6 comments:

ejaMaria said...

ada bawak dia jalan2 kat luar kot... tu yg dapat jangkitan...

eima said...

HFMD tak semesti berjangkit di rumah pengasuh ... dimana2 je anak2 kite terdedah ...

cth kolam, playground ... semua tmpt la ...skrg ni dah start dah musimnye ...mac - may ....

klu kat lutut dah ade, kat jari dah ade dan high fever tu mmg tanda2 tp just pantau la kot2 kena gigit nyamuk bebetui.satu lagi biji ti merah ngan berair ckit tau

Tukang Karut said...

isk...kesiannya... abis tu nak buat apa ek kalau kena HFMD tu?

♥cikmOt♥ said...

eh semalam ahad...ahad pun keje ek???

bunga_rose said...

ejaMaria:
tak abis lagi cite kak.. hihihihi

tukang karut:
kalau kena HFMD ko kena jaga kebersihan anak, baju, mainan, makanan, kena pastikan dia kerap mandi, pakai sabun yang cool menthol ke camtu, bagi dia sejuk sokmo

cikmot:
ni msti baca cepat2 ni.. kan ada tanda **** kat tetengah cite.. tu cite yg saya tak sempat habiskan taipan.. taip jumaat lepas ihhihihi

eima said...

komen aku tak masuk la... hmmmm mls nk komen dah la ... pjg lebor aku komen tadi ...hihi