Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 4, 2013

Tanda HFMD & Cara Tangani Pesakit

Aku sambung cerita TADI, lepas dah pergi klinik dan dapat berita anak aku kena HFMD balik rumah aku terus mandikan dia dan sapu losyen cecair yang doktor kasik tadi. Letakkan oral aid pada ulser lidah dia, meraung la mamat tu sebab oral aid kan rasa dia teruk.

Lepas tu terus aku bagi susu. Sebab oral aid dah kebaskan lidah dia boleh la minum dan makan sikit. Malam tu Eqal tido agak lena sebab aku letak ubat selsema dalam susu dia, kebetulan dia memang selsema dan perlu rehat kan.. aku tak suka sangat bagi anak aku ubat kalau keadaan tak mendesak. Tapi ada jugak la bangun sesekali sebab lidah dia rasa perit kan. Minum susu pun cam nak tak nak sebab rasa sakit tu, bila aku letak oral aid dia ngamuk kejap, lepas tu dia minum susu tu semula macam biasa.

Disebabkan aku rasa macam tak puas hati, aku yakin anak aku bukan kena sakit tangan kaki dan mulut tu, aku ajak hubby gi hospital, lagipun kes berjangkit macam ni memang kena buat report hospital kan. So sampai sana dalam pukul 9, kami dah siap bawak baju towel semua takut kena tahan kan, MA cek katanya bukan HFMD, then refer kepada doktor.

Doktor pulak macam ragu-ragu. Dia tanya naik ke seluruh badan tak bila aku tunjuk bintik merah kat tangan eqal.. (tak boleh ambil gambar sebab hp aku kan masuk air, tengah tunggu kering, kat skrin dia still ada air) Tu pun bintik ada 2 biji je, kat lutut pun ada seketul cam kena gigit nyamuk. Cek mulut, ulser ada satu je, lelangit cam merah gitu, lidah putih kesan susu, nak gosok gigi dia aku takut kena ulser dia so tak bergosok la 2 hari..

Doktor cakap kalau naik satu badan maknanya kena campak, aku cakap Eqal dah kena tahun lepas, mungkin cacar air, katanya, owh.. tu belum pernah kena. Bila aku tanya so adakah anak aku berisiko kena HFMD, dia kata kemungkinan.

Tanda HFMD yang doktor bagitau kat aku:
1. Satu atau 2 hari sebelum, kanak-kanak akan demam panas.
2. Ada ulser dalam mulut.
3. Ada bintik-bintik pada jari atau kaki macam kena gigit nyamuk tapi selepas 3,4 hari akan membesar macam kudis gitu.

Cara tangani pesakit HFMD:
1. Kena pastikan dia sentiasa selesa, tak panas, tak berpeluh.
2. Mandikan dia dengan sabun yang ada menthol cool camtu, supaya badan dia rasa segar dan sejuk
3. Pastikan mainanan dia dicuci dengan betul.
4. Elakkan perkongsian tuala, mainan, makanan antara anak yang dijangkiti dengan anak lain.
5. Bersihkan tempat-tempat yang terkena air liur pesakit (anak aku kena ulser so mulut dia non stop keluar air liur)
6. Kalau dalam mulut ada ulser, bagi makanan lembut dan minuman sejuk-sejuk sahaja,contoh aiskrim, jelly, bubur, roti celup air sejuk, susu sejuk, vitagen.
7. Kerap mandi.
8. Jangan keluar ke tempat awam. (anak aku 2 hari aku kuarantin kan, takut kang jangkit orang kan)

So, bila dah doktor pun tak sure Eqal kena atau tak HFMD tu, aku minta awal-awal surat pelepasan dengan doktor tu in case Eqal betul-betul kena HFMD, surat menyatakan minta jabatan beri aku pelepasan cuti karantina @ kuarantin sebab aku gomen so ada keistimewaan itu untuk jaga anak. Nasib la doktor lelaki muda tu baik, beri penerangan pun elok, mintak surat pun dia tolong tulis semua takde la menolak ke apa kan. So puas hati walaupun doktor cakap kena tunggu 3,4 hari untuk pastikan sama ada betul atau tak kena HFMD.

Doktor ada gak tanya nak masuk wad ke? Tapi katanya dia rasa tak perlu sebab anak aku nampak aktif dan masih berselera untuk makan dan minum. Kalau masuk wad pun katanya dia hanya akan pastikan anak aku boleh makan dan minum, kalau tak boleh akan masuk air dalam badan. Penyakit ni tak boleh kesan melalui ujian darah so, aku tak nak risikokan anak aku untuk sakit kena cucuk masuk air bagai. Aku cakap takpe, aku pantau je dari rumah.

So, hari Jumaat klinik swasta kata confirm, hari sabtu hospital cakap tak sure, kena tunggu, hari Ahad aku sendiri confirmkan anak aku tak kena pun HFMD tu. Doktor swasta tu saja je nak bagi aku laki bini gelabah. Sebabnya Ahad tu dah kira hari ke 3 Eqal kena ulser dan ulser tu dah makin mengecil, bintik kat jari hilang, kat kaki tu takde membesar pun.

So alhamdulillah, call pengasuh, dia pun cakap hantar je hari Isnin sebab dia pun yakin Eqal tak kena penyakit tu. So kesimpulannya anak aku bebas HFMD. Syukurrr sangat aku panjatkan pada Yang Esa sebab jauhkan anak aku dari penyakit berjangkit tu. Sampai aku tak pergi kenduri kahwin kat kawasan perumahan aku la, kuarantin anak la katakan ye dok.

Tapi aku nasihatkan pada ibu bapa, kalau betul anak anda kena HFMD, minta tolong jangan bawa ke tempat awam anak-anak anda, sebab budak kecil macam anak aku ni sukaaa sangat gigit, jilat semua benda yang dia main, termasukkan beli kat taman, buai kat taman, mananan kat taman, so boleh berisiko untuk kena. Ada juga anak yang kena jangkitan bila mandi dekat taman tema air, aku dah stop dari pergi ke taman tema air lepas dengar berita kencing tikus dan HFMD pun boleh terjadi kat taman tema air.

Penyakit ni memang tak berbahaya, pernah baca katanya kalau tak semenanjung tak pernah dengar kes bawa kematian, tapi kat Sabah Sarawak pernah sebab dia attack organ dalaman. So parent, careful, better prevent than cure.

6 comments:

MRS. K said...

wei.. boleh dapat surat tu ke? aku haitu hadif hfmd aku amik cuti rehat jer.. pekeliling mana weh?

eima said...

HFMD boleh bw maut klu dah infect pd respiratory system ... lung ...itu boleh bw maut...
penyakit ni bawaan virus ... mmg xde ubat tgu antibodi bunuh je la kuman tu ...

bunga_rose said...

Mrs. K:
aku search kat blog ari tu byk ibu yg dpt cuti kuarantin tu, tapi atas jabatan masing-masing gak la nak bagi pelepasan ke tak. Cam surat yg aku dapat dalam bentuk memo je, nanti la ada masa aku amik gambo surat tu, hp rosak lagi... nnt ekk..

eima:
tu laa.. tp kat sini takde lagi kan yg maut, ke dah ada? tp sebbaik la ank aku tak kena

azievee said...

dulu kat taska opis nie pun ada gak kes ...sampai kena kuarantin dan taska tutup selama seminggu...sib baik Alya x kena jangkit...

Cikgu irnalizah said...

sekadar berkongsi ubat tradisional yg mujarab. anak aku tgh berlawan dengan penyakit ni masuk hari ke-3. so, bila dapat tahu je. tiada ubat utk ni. aku terus je kaji beberapa ubat tradisi yg diakui mujarab. so, buat eksperimen alhamdullilah letak ptg tadi. sekarang ni anak dah tak merengek lg malahan tidur pun nyenyak but apa yg paling best ialah kudis tu semua kecut serta merta. alhamdullilah..tapi tak tahu pula pada org lain. aku cuma ambil 1 inci kunyit hidup, 2 helai daun sireh segar baru petik dan sesudu makan minyak kelapa buatan sendiri. blender rosak, so guna lesung batu gaulkan semua then try sapu pada anak. sapu masa dia tidur coz mmg pedih sedikit..semoga apa yg ku kongsikan memberi manfaat pada semua orang.Amin...

tinymummy said...

Anak saya baru jer kena...kebetulan..mmg HFMD ni jd subjek google saya bulan lepas sbb ada antara anak rakan2 saya yg kena. So, saya takla risau sgt2..just nak confirmkn..pergi klinik dan doktor sahkan HFMD...saya just bagi anak2 saya Nutriferon supaya badan boleh built interferon secara semulajadi... Alhamdulillah..anak tk byk meragam... Now..ke 2 -2 anak saya kena HFMD... duk umah jer...