Jom klik

kENgkaWAn

Monday, April 15, 2013

Kursus Kesetiausahaan

Hai korang!!! Lamanya tak update blog. Syukur, batuk aku pun dah makin kurang, mujarab jugak petua makan madu campur perahan limau nipis ni. Again, thanks pada yang bagi petua..

Jumaat sampai Ahad aku kursus kat Hotel De Palma, sempena minggu setiausaha katanya. Best sangat kursus tu sebab penceramahnya sangat best!!!!! Tak mengantuk setiap sesi yang dia buat sebab orangnya penuh karektor dan semangat.

Aku share gambar jela ye.. tak larat la nak cerita sebab pening-pening lalat, mengantuk, tak cukup rehat.
Game susun kepingan jadi segiempat
 Game ni best, kepingan-kepingan tu kena susun dengan gunakan 2 keping je jadi segiempat, lepas tu naik jadi 3,4,5 dah last sekali 6 keping. Game ni kami juara, haahaha... Almaklum, aku bab-bab bersuka ria memang otak cepat je, cuba kena fikir, turus blank! Hahaha...

Tukar A ke B
 Game ni memang menguji minda. Susun 3 kerusi sebaris mengadap dan tengah-tengah ada kerusi transit so kena tukarkan 3orang kat kerusi A ke kerusi B. Tapi, kumpulan kami sekali lagi juara kihkih.. Masa ni bergabung dengan team Channel.. Group kami CD.

Teka teki
 Yang ni memang menguji tumpuan dan minda. Dia bagi kad, lepas tu setiap kad ada hubung kait, ko kena cari maklumat dari setiap kad, yang bahasanya sangat laaa pening lepas tu jawab soalan. Kami dok tumpu pada siapa pencuri, padahal bawah pencuri tu melambak lagi soalan hahaahah..

Ikutkan kami betul kelima2 soalan, tapi sebab dah gabra, dah kena hantar jawapan, jawapan untuk jawatan orang tu kami pegi letak nama, dan untuk nama kami letak jawatan.. Tak pasal salah 2 dan betul 3 je.. Tapi takpe, puas hati sebab ikutkan kami betul semua, tapi sebab tak baca betul-betul soalan tersilap letak jawapan... Tu laa tak fokus sangat hahaha.. Game ni dapat no 3..

Makan time
 Tea break dalam bilik tu jugak, so sangat sempoi, staff hotel masuk je letak makanan, masing-masing terus tak fokus haahahah...


DIY
 Ni kena buat amali, camne adab jumpa klien, jarak 2,3 kali, bagi kad nama kena 2 tangan, penerima pun kena 2 tangan terima, kena baca kad nama lepas terima, jangan terus simpan dalam poket.

Ooo som!!!
CT Oooo soommm!!! Eh takkk!!! Ni game cam ooo som. Tapi penceramah tu tukarkan batu, air, burung tu kepada pemburu, beruang dan perempuan camtik. Comel gila game ni. Ni game untuk uji kebolehan kita baca fikiran lawan. Individu aku seri lawan dengan dak baju kuning..

Tapi berkumpulan, menang. Sebab tu yang sebelah aku tu, untuk individu dia menang 5-0. Terus masa game kumpulan aku suruh dia yang lead. Sebabnya macik ni ada deria ke 6 gitu... Dia bab-bab rasa ni kuat. Hasilnya, kami menang 2-0. Dapat tempat pertama lagi.

Keseluruhan, walaupun kumpulan kami paling sikit 5 orang je, sedang kumpulan lain 6-7 orang.. Patut setiap kumpulan 6 orang, tapi ada budak tu tak mau join kumpulan kami, nak geng dengan geng dia gak, so takpe, kami buktikan, bilangan bukan faktor, so menang!!!!! Yeyy!!!!

8 comments:

Ratu Hatiku said...

Bestnya sesekali dapat join kursus mcmnie..

P.A. said...

bestnyaaaa......

eima said...

enjoy ko ek . aku dah lama tk pi kursus ...wei tu awek tu tu bkn dak DSK gak ke ..sape ek nama die ..aku sudah lupa top aku tau die budak pahang kan kan

bunga_rose said...

Ratu hatiku:
best sebab overall semua pempuan kan, so rasa bebas..

PA:
best!! bila nak buat kusus court semalaysia, leh jumpa ko as!!!

eima:
weiiii, ko sokmo lupe, byk kali tanya dan banyak kali aku terangkan.. tu kashah laaa.. dak dsk gak hahaah.. dia pun kenal lagi ko..

~aSHa~ said...

dgn siapa kursus ni...berbayar ke? ce bagi detail..eheheh

btw rugi budak tu tak join kumpulan uols...eheheh mesti dia nyesal..ahahhaa

deelira@deeliraz said...

seronoknyaa...

bunga_rose said...

kak asha:
ni kusus anjuran ofis kak, so ofis la bayar haahaha... tapi penceramah dia besttttttt sangattt!!! Sgt dicadangkan kalau nk buat apa2 kursus panggil dia..

budak tu? tak tau laa... hikhik..

deelira:
seronok!!!!!! hihihihhi

Lia Zulliana Mohd Zaidi said...

sory nak tanye boleh saya tahu nama penceramah nie x? ataupun contact dier...nak buat kursus kesetiausahaan so ingat nak panggil dier...tq