Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, April 16, 2013

Punca keretakan rumahtangga

Baru lepas berbual dengan lawyer tadi, sementara dia tunggu aku burn cd tuk dia buat nota..

Saja korek-korek pasal punca keretakan rumahtangga zaman sekarang yang makin meruncing, maklumla dia lawyer untuk syariah.

Katanya, biasanya soalan pertama dia akan tanya, suami awak pernah tak imamkan awak solat or penah solat tak or solat tu penuh tak? Kalau tak pernah, tak penuh, nah, tu la punca utama.. Kalau suami sendiri tak jaga hubungan dia dengan  Allah, macamana dia nak jaga hubungan rumahtangga dia.. Benda simple je...

Masalah lain pulak, biasanya komunikasi tak lancar, ego tertanam dalam diri masing-masing, isteri tak pernah kerja, kerja, pastu kena kejutan budaya dan suami tak dapat terima perubahan, masalah duit dan macam-macam lagi.

Bila aku tanya, betul ke banyak kes sebab suami suka pukul isteri? Katanya bab tu memang dia pantang, kalau suami jenis pukul, memang dia rasa nak pukul balik. Aku pun cakap la, tula, saya awal-awal kawin dah pesan dengan suami, jangan sesekali naik tangan pada saya, sebab lelaki ni kalau sekali dah naik tangan, dia takkan teragak-agak untuk buat kali kedua dan seterusnya.

Terus lawyer tu tanya aku, suami awak pukul awak ke? Awak ni nampak baik, takkan suami pukul? Laju je tanya hahahaha... takde laa.. Suami saya ni ni tenang, baik, memang tak penah naik tangan, cuma saya ingatkan je dia.

Terus dia cam, ok. Katanya berdasarkan pengalaman dia, katanya aku dah ada dilandasan yang baik, cuma kena kekalkan keharmonian rumahtangga tu. Solat jangan tinggal, jaga hubungan dengan Allah, hormat pada suami, insyaallah.. Keyword untuk kekal jaga hubungan dengan Allah, hormat suami, komunikasi kena baik, again, insyaallah semuanya akan dipermudahkan...

Ermnn... betul gak kan, bila aku muhasabah balik perjalanan hidup aku, lepas habis belajar terus dapat kerja, then dah kerja 3 tahun tunang pastu kawin dengan orang yang sama aku kenal dari zaman poli iaitu hubby.  Baru sebulan kawin, terus lekat Kimi. Then hubby dari keje swasta, rezeki anak pertama, terus dapat offer kerja gomen. Then lepas 4,5 bulan Kimi dah lahir, kami dapat beli rumah yang kami duduk sekarang.. Duduk je rumah baru, dapat tau pulak mengandungkan Haiqal.. semua tu rezeki, walaupun kewujudan Eqal tak disangka, tapi kami bahagia dengan kehadiran dia dalam hidup kami.

Dan, mungkin rumah kami tak besar, seadanya tapi sekurang-kurangnya ia milik kami. Allah dah mudahkan urusan hidup kitorang, tak diduga dengan ujian maha hebat. Kadang aku je tak nak tengok semua rezeki yang dah Allah bagi kat kami sekeluarga, tak pandai nak bersyukur..

Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan peguam tadi, sekurang-kurangnya dia sedarkan aku tentang sesuatu dalam hidup aku yang kadang aku lupa, leka, dan lalai..

Oh, kalau korang ada sebarang masalah pasal rumahtangga dan perlukan peguam syariah ni aku bagi contact number dia:

Fazarudin Sujairi bin Md Radzi
013-3033723
faza001@yahoo.com  atau   faza2727@gmail.com

Sekian, wassalam...

9 comments:

deelira@deeliraz said...

peringatan bersama ;)

sharing is caring

eima said...

hmmm take note ...
kena lebih patuh pd Allah .. kite slalu lalaikan

Fai CeritaCinta said...

setiap anak ada rezeki masing2.. best entri akak ni.. peringatan untuk Fai juga. thanks kak...

Ratu Hatiku said...

tq sharing.... tersentuh plak membacanya...

bunga_rose said...

deelira:
baru je kita sembang pasal ni semlm kan.. tentiba ari ni ada yg igtkan aku lg.. alhamdulillah...

eima:
ermnn.. tu la pasal.. kadang kita tak sedar, kita lalai...

fai:
betol, setiap anak ada rezeki memasing so jgn takut untuk beranak ramai hahaaha...

time kasih.. sharing is caring ;)

Tukang Karut said...

aku pinjam peguam ko nak saman ko 500 juta boleh tak?

bunga_rose said...

oit tukang karut, ko jgn salah paham.. bukan lawyer aku laa, aku kenal dia pun idok, sembang saja ramah2 je namanya... dia lak bg kad nama, so just share no orang tu je.. kadang perempuan yang bermasalah rumahtangga ni tak tau mana tempat perlu di tuju, so dgn perkongsian ni mana tau dia dpt sesuatu dari lawyer tuu.. gituuuuu

~aSHa~ said...

mmmmm bagus perkongsian ringkas dgn lawyer tu..tapi bermakna

zawati mohd zain said...

Betul pendapat lawyer tu. Aku ni puas ajak suami solat jemaah di rmh dgn aku dan anak3 tp dia lbh suka pi masjid..Bab2 pukul bla,bla.. akhirnya aku ambil kptsan utk mohon cerai..Kewangan punca utama apabila aku ambil kputsan utk bhenti kerja dan mengikut dia bpindah. Mmg rmhtgga huruhara bila krg duit. Dia x sanggup melallui laluan ssh bersama kami. Alhamdulillah sjk bcerai smpai skrg slps 3 thn, rezeki Allah sungguh x diduga. Maha Suci Allah yg memberikan segala limpahan rezeki. Kewangan dan laluan kami jauuuuhhhh lbh senang dr dulu. x disangka. Sesungguhnya rezeki tu dr Allah swt jua. Mohon, usaha n tawakkal..