Jom klik

kENgkaWAn

Monday, April 1, 2013

Resepi Puding Roti sos Kastad

Masa anak-anak demam minggu lepas, mood rajin aku timbul sebab mulut rasa nak makan benda yang lembut-lembut.. ate masing-masing semua demam batuk, selsema.

Tengok bahan-bahan cukup, so terus lepaskan hajat nak buat puding roti dengan sos kastad.


 So sebab kerajinan aku share sini resepi puding roti tu.. resepi ni pun aku main google je, so dah lupa resepi siapa yang aku amik untuk di buat back up link.


Resepi Puding roti Mudah, Murah tapi Sedapppp!!!!

Bahan:
7-8 keping roti sapu mentega kat sebelah roti aje aje, pastu potong 4 (aku guna gardenia. orang cakap nak sedap guna butterscotch ek..
400ml susu fresh (klu tak tau sukat ko guna je tin susu cair, 400ml sama byk dengan 1 tin susu cair)
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
Panaskan oven, griss bekas korang nak bakar roti tu dengan butter, ketepikan.
Pukul gula dengan telor, campur susu & esen. 
Aturkan roti yang dah disapu butter/mentega & dipotong 4 tu dalam mangkuk yang korang nak guna untuk bakar roti tu, selangkan dengan taburan kismis, aku buat 2 layer.
Tuang campuran susu, telur, esen & gula tadi pada roti.
Biarkan roti serapsusu tadi sampai kembang..Aku biar 15 minit aje.
Taburkan kismis atau ape je korang nak letak pada roti tu.
Bakar pada suhu 180' selama 30 minit atau hingga masak. Oleh kerna oven aku dah lama, so aku kena double masa, lebih kurang 40 minit baru masak, fuhh..

So ni hasilnya, puding roti lepas bakar

Untuk sos Kastad:

Bahan:
1 tin susu cair marigold ke f&n ke tak kisah
100ml air kosong
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Campur semua bahan, masak atas api sampai likat. Kelikatan bergantung pada selera masing-masing

Tips!
Aku masak atas kuali nonstick, so tak melekat pada periuk or kuali.
Tepung kastad aku cairkan dulu dengan sebahagian dari 100ml air kosong tu supaya tak berketul masa ko masak tu.
Sentiasa kacau, jangan tinggal. Kejap je mendalah tu masak.

Sos kastad yummih
 So terima kasih pada orang yang share resepi ni sampai aku jumpa cari resepi korang tu. Memang resepi ni mudah gila untuk orang macam aku yang malas masak benda-benda yang terlalu remeh untuk buat. Tapi hasil dia sedapppp!!!!

Zue, yup!!! Confirm lepas dah sejukkan pun tak keras. Aku rasa ko tak rendam lama masa ko buat tu sebab tu keras lepas bakar. Aku makan 2,3 hari dok dalam peti tetappp lembut.

Puding ni boleh tahan 3-4 hari, lebih pada tu aku tak sure, sebab hari ke 4 puding tu dah licinnnnn.


 Sekian, selamat mencubaaaaa!!!!!

p/s: Tadak idea nak update sebab otak berkarat, batuk tak baik-baik lepas 1 minggu uhukhuk!!!

5 comments:

eima said...

aku suka mkn tapi mls nk buat ...

deelira@deeliraz said...

nyampah!!!

habis ku buang tau!

ok nk wat se lagi weekend ni.. ;)

P.A. said...

rajinnnyaaaaa....hehehe

Tukang Karut said...

takat tunjuk gambar je baik tak payah, meh nak try test rasa!

Kesuma Angsana said...

tq share, suka but lama dah tak buat ni