Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 30, 2013

Anak aku dah matang ke merajuk ek?

Hari ni dah hari ke 4 tak jumpa anak.. Rindu pada dia tak payah cakap la.. Tak terucap dengan kata-kata..

Biasa balik kerja, ambil dia dulu kat sekolah, lepas tu dengar dia jerit gembira dari dalam taska "mamaaa!!!" pastu peluk kaki aku. Nak jalan ke kereta tu singgah dulu kat mainan gelungsor kat sekolah dia tu, main sekali 2 baru kuar dari pagar sekolah. Pastu main-main tak mau masuk kereta.

Masuk je kereta tanya, "mama beli apa hari ni?" tak pun "mama, saya nak kuih, nak roti canai nak itu ini" tak pun "mama, tadi kan teacher..." ramah cerita pasal seharian dia kat sekolah.

Sampai rumah pengasuh, sama-sama turun kereta jemput adik. Lepas tu gurau-gurau dalam kereta dengan adik.

Main bedak mak uda dia
Sampai rumah mintak buka channel Disney Jr. nak tengok Pocoyo la, Special Agent Oso la, macam-macam. Pukul 6.30 dah sibuk suruh buka pintu, nak main basikal kat luar.

Pastu gaduh-gaduh manja dengan adik. Merajuk itu ini, mintak susu, mintak garu, mintak air masak.

Arghhhhhh mama rindu la sayang...

Malam Selasa tu call, sembang-sembang lepas tu tanya dia rindu mama tak, rindu katanya. Lepas tu aku cakap la adik cari mana abang kimi. Then dia diam tiba-tiba, pastu tanya "Mama rindu kimi tak?" Belum sempat aku habiskan ayat, cakap "mesti la la, mama rindu laa sayang, adik pun rindu.." tiba-tiba dengar dia cakap, "dah saya tak nak cakap dah". Dia pass hp kat mak uda dia. Pastu mak uda dia cakap dia diam tiba-tiba.

Then dengar dia cakap "saya nak balik.." pastu dah nangis. Aku cepat-cepat matikan perbualan lepas bagitau mak uda dia cuba pujuk dia bagi dia tengok karton or main game or tengok you tube. Yela, malam-malam buta, sapa nak gi anto or ambil.. Kat Perak nun..

Hati ni macam di siat-siat bila dengar suara anak cakap nak balik tapi nak pergi ambil fuhhh. Tapi kalau dia memang nekad nak balik, memang aku ajak je hubby redah tengah malam ambil anak aku tu. Sapa tak sayang anak oiii.. Tapi sebab mak uda dia cakap lepas 5 minit dia dah ok, dah gelak-gelak balik dah so lega la sikit hati ni.

So Selasa tu aku tak call, just tanya perkembangan dia melalui mak sedara dia je. Takut nanti dia rasa sedih lagi. Aku sebenarnya nak bagi dia peluang duduk kampung, yela sekurang-kurangnya kat sana dia boleh bangun lambat sebab tak payah pergi taska pagi-pagi. Then boleh manja dengan opah dan pak sedara, mak sedara dia. Lagi pun dia sendiri yang mintak tinggal siap lari masuk rumah, takut kami paksa balik.

Tapi, malam tadi, mak uda dia buka cerita. Dalam bilik mak uda ada gambar famili, so bila dia tengok gambar kami dia cakap
"Saya rindu mama, papa dengan adik"
"Yeke, dah tu kimi nak balik rumah tak?"
"Nanti la dulu, biar saya duduk jauh dulu, nanti saya balik la"

Ya Allah, aku tak tau nak gambarkan ape perasaan aku dengar cerita tu. Terharu sebab dia cakap dia rindu kami.. Tapi rasa sesuatu bila dia cakap nak duduk jauh dulu.. Tu tanda dia dah matang, dah boleh berdikari atau ada sesuatu yang buat dia jauh hati dengan kami?

Nak kata aku tak adil, tak gak.. Sebab kalau adik dia yang buat salah, aku pukul dan marah sama je cam aku marah or pukul dia. Sekarang aku dah jarang la nak pukul-pukul, aku biasa nasihat dulu, kalau tak jalan baru aku pukul hahahaah.. Pukul pun idok la kuat, sekadar nak mengajar.

Tapi tu la.. takut juga kan kalau ada sesuatu yang buat dia rasa macam aku lebihkan adik dari dia.. padahal aku sayang anak-anak ni sama rata je. Dua-dua istimewa dimata aku. Buktinya, aku rasa kehilangan bila dia takde disisi aku.

Sayang mama, kalaulah Kimi baca nukilan mama ni bila dah besar nanti, mama nak Kimi tau yang mama sayang sangat pada Kimi, mama tak pernah beza-bezakan Kimi. Mama merana bila Kimi berjauhan dari mama. Mama bersabar bila Kimi berjauhan sebab mama tak nak nanti kalau mama tiba-tiba datang ambil kimi, kimi tak nak balik, sebab belum puas duduk kampung.

Bukan mama tak tau, anak mama ni suka protes kalau tak ikut kemahuan, so mama tahankan je rindu mama ni, asalkan anak mama gembira.

Sabtu ni mama datang ye sayang. Tak sabar nak peluk cium anak mama ni.. Rinduuu sangat. Adik pun rindu, selalu cari-cari mana abang. Bila mama tunjuk gambar or video abang, lebarnya senyuman dia, jelas kat mata, dia rindukan abang kimi. Sayu mama tengok. Malam-malam pun tidur awal sebab takde kawan nak lawan, nak bergasak. Papa pun terasa kehilangan Kimi, mesti akan keluar dari mulut papa, Kalau kimi ada ni.. kalau kimi kat sini ni...

We miss u so much dear Muhammad Airel Hakimi.. Tunggu ye kami datang sayang...



5 comments:

Fai CeritaCinta said...

ibu mana yang tak sayang dan rindukan anak kak.. kimi memang sangat matang. boleh jadi contoh kpd adik2 :-)

eima said...

nk ek kimi berpisah ngan ko bunga klu fahim mapuih die jerit ..melainkan klu nenek yg bw die pi tak balik terus ke rumah ateh die ..klu aku ade jgn harap die nk tinggal aku ...

sabo ye bunga aku paham ape ko rasa ....

bunga_rose said...

Fai:
tu laa.. alhamdulillah kalau tu tanda sisi matang dia.. dan amin.. insyaallah, boleh jadi contoh yg baik utk adik2 nanti..

eima:
aku rasa sbb dari kecik, pengasuh dia selalu ambil dia bawak tido sekali, so dia dah biasa tido takde aku.. dan masa kat kampung, ramai yang lebih manjakan, beri perhatian kat dia sbb dia pandai ambil hati mak dgn pak sedara dia.. sbb tu dia nak stay

tula.. sabo jela ni.. huwaaaa

Fida Ghazi said...

comelnya dia bahasakan diri 'saya'..
dah besar dah kimi... dulu baby2 je.. kejap lagi dah bujang..

bunga_rose said...

tu la kak.. kadang bahasakan saya, kadang kimi, kadang abang..

tu laa.. jap je masa berlalu, tiba2 nanti dah besar, dah malu bila mama nk cium pipi dpn orang.. huhuhu