Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, May 8, 2013

Nak pangkah guna apa???

Ahad tu orang sibuk mengundi kan...Pastu kat fb ramai yang upload gambar calit kat jari telunjuk, kami yang tak dapat balik kampung mengundi terus jeles lepas tu, kami pulak sibok ambil gambar jari telunjuk gak, tapi dengan inai salut jari, post kat fb dengan caption, kami piley mengundi hahahaah... Gambar dalam fb, fb block, so tak dapek nak tempek sini.

Lepas tu tengahari tu adik ipar aku balik. Dia first time mengundi, then dia buka cerita. "Eh, pangkah pada borang tu guna dakwat calit kat jari ni ke pen ek? Confuse la.."

Habis satu famili tanya dia balik, "Dah tu hang pangkah guna apa??"

"Mula-mula pangkah dengan dakwat calit, lepas tu nampak ada pen, sebab pangkah guna dakwat tu tak nampak, amik pen pangkah lagi sekali"

1 rumah berdekah gelak..

Dia cakap lagi, "Dah tu mana tau. Kenapa takde sapa cakap? Apa fungsi dakwat calit tu kalau bukan untuk pangkah???" Dalam gelak dia pertahankan diri dia.

Ala adikku sayang, akak ni pun tak pernah mengundi, tapi akak tau nak pangkah guna pen. Dan akak tau kali ni ada gakwat kekal sebab tak nak ada orang mengundi berkali-kali.

Kihkih... Tak pasal, jadi undi rosak.. Dah sama cam kami yang tak dapat balik kampung mengundi la jawabnya. Yela, even mengundi, tapi undi rosak, camno tu boleh kira, ke tak boleh kira tu undi tu? Bhaahahahah....

11 comments:

~aYu~ said...

kahkah.. sama dgn abang ayu. balik dr ngundi dia taye soalan yg sama. tp dia pangkah pakai pen. nasib baik... hihi..

:: Cik Viva :: said...

hihi..dah rosak satu undi. Tapi memang ramai la yang kompius terutama budak muda, dorang igt kena calit X pakai dakwat tu..

Fida Ghazi said...

hahahha... kelakar pon ada..kesian pon ada..penat2 beratur.. undi rosak pulak.

Nana said...

Hahaha lawak ok
Penat q lelama gitu
Last2 undi rosak

bunga_rose said...

aYu:
fuhh sebbaik dia buat pilihan yang betol.. klu tak rosak la lagi 1 undi

cik Viva:
kan... patutnya kena tampal kat situ, sila gunakan pen

Fida Ghazi:
tu la pasal, dah la saluran dia tu ramai gila beratur sekali dah sampai giliran, salah cara pulak X nyerr

nana:
hahaah.. memang lawak la.. kitorang 1 rumah gelak, tapi kesian pun ada gak.. tah2 ramai yang rosak undi sbb perkara yg sama

eima said...

sian adek ko kan ... huhu

ibuayu said...

Lawak je..kalau dakwat tu terkena kat tempat pangkah rasanya undi tu tak rosak cuma diragu dahulu kemudian baru bincang dgn wakil agen kalau tak kena bahagian lain kecuali betul dikotak pangkah..maka undi itu boleh diterima..

Ratu Hatiku said...

hihihihi.....

Tukang Karut said...

baik dudk rumah je...

Imaan09 said...

eh btul laa.. mana laa kita nak tau.. isu dakwat kekal tu ada ramai gak pikir ia 'kaedah baru' memangkah..

Imaan09 said...

adik sy lg bagus.. "y jari biru tu tandanya undi BN la ye.??"
aa sudahh..undi bukan lg rahsia klu itu macam