Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, May 28, 2013

Panggilan telefon di awal pagi

Pukul 5.44 pagi tiba-tiba handphone aku berbunyi. Terpisat-pisat aku bangun cari mana handphone.

Sekali tengok anak sedara aku yang call. Dah cuak dah aku, bimbang ada khabar tak elok dari Kuantan. Mata yang mengantuk aku buka luas-luas.

Makcu dah bangun ke?
Haah, kenapa? Ada apa-apa ke wan?
Wan dah dapat result exam.
Result? Pastu?
Wan dapat 3.45 je makcu.. wan tak dapat anugerah dekan.. Wan nak anugerah tu

Call mak sedara dia pagi-pagi buta camtu merengek cam nak nangis semata-mata nak mengadu pasal result? Ya ampun anakku... macam tak boleh tunggu siang sikit nak mengadu.. Saboooo jelaaaa mak sedara ko ni nak ooiiiii..

Hubby pun tergelak bila dengar perbualan aku dengan anak sedara aku tu.. Nak marah tak sampai hati.. Yela bila aku cakap, laaa ingatkan ada apa-apa yang penting tadi.. Dia boleh jawab, "penting la ni makcu, tak penting ke?"

Ye sayang, penting, tapi masih boleh tunggu siang sikit baru call bagitahu.. ni pukul 5.44 pagi, mati-mati ingat ada kecemasan kat kampung.. Boleh heart attack makcu kamu kalau camni.. Aduuuu...

4 comments:

Tukang Karut said...

perhhhhhh... gila... kaccau orang nak tidur je...

P.A. said...

makcu......hihi sweet aje anak buah Nge tu kan..:)

eima said...

alahai ..kena bodek lecturer lebih sikit ... tgk cam aku ni haaa sem1 sem2 mls sem4 haaaaaaa amik ko 3.54 tetiba.. kekeke sedangkan sem lain 2.++ je ... nasihat anak buah hang gitu

bunga_rose said...

TK:
tau takpe.. aku dgn laki aku bantai gelak je.. nak marah pun tak sampai ati

PA:
hihhhi.. dulu klu panggil maksu rasa cam tua.. so suh diorang panggil makcu hihihih feel muda skit

eima:
weii yeke? aku maintain la alhamdulillah, tiap2 sem mmg dpt anugerah tu.. errr.. ke ke sem 2 dgn 4 je ek lupa dah aku.. huuhu