Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, July 24, 2013

Aku dulu dan kini

Dulu, aku selalu tertanya bila aku tengok kakak aku, mak aku, kakak ipar aku semua perempuan yang ada depan mata aku la kiranya.. Aku tertanya, boleh ke aku jadi isteri yang baik? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku uruskan rumahtangga aku nanti dengan baik?

Aku anak bongsu yang memang sangat-sangat di manjakan mak, ayah, kakak dan abang aku. Aku jarang kesempitan duit dari kecik. Mak ayah dulu meniaga kat pasar malam.. Dulu kalau meniaga kat pasar malam pendapatan memang lebat la.. Sebab dulu mana ada pasaraya besar-besar ni, so pendapatan mak ayah memang sedap la.

Biasa kalau aku nak gi sekolah, bila aku mintak duit, mak aku akan suruh aku amik sendiri dalam bekas duit meniaga dia. Abang  aku dulu gila lurus, kalau biasa mak bagi belanja 50 sen, ke Rm1 ke, bila mak suruh ambil duit sendiri pun dia akan amik banyak mana yang dia biasa dapat la. Tapi aku tak, aku mesti amik lebih. Kadang 2,3 kali ganda dari yang biasa mak aku kasik. Kihkihkih..

Kadang tu balance aku simpan dalam tabung, kadang tu feeling orang kaya, aku belanja kawan-kawan aku kopok goreng ke pisang goreng ke air ke hahaahah... Tak sedar diri betol..

Pastu, dulu, aku makan bersuap sampai darjah 3. Kakak aku memang manjakan aku. Stop makan suap pun sebab dia kawin masa aku darjah 3.

Masa sekolah, aku tak penah belajar masak, tengok je mak masak. Bangun pagi tengok sarapan dah ada atas meja, tengahari dah ada nasi dengan lauk atas meja, malam pun sama. Nama nak tolong masak? Takde.

Dah sekolah menengah, mak aku bagi aku pilihan, nak tolong masak ke kemas rumah, aku pilih kemas rumah sebab aku boleh tengok tv sambil kemas rumah or lipat kain. Mak aku pun lagi suka aku lipat kain sebab aku lipat cantik, kemas hahaahah..

Aku ada anak sedara umur 10 tahun. Masa tu selalu jeles dengan anak sedara sebab aku kan rapat dengan kakak, so aku rasa cam dia dah curi perhatian kasih sayang kakak aku.. hahahahah.. ape punya fikiran laa.. Tapi anak sedara aku paling rapat pun dengan aku. Sebab masa dia kecik, bila kakak dan abang ipar aku nak ke mana-mana, dia tinggalkan anak kat aku.

Tapiii, memang aku jaga anak sedara aku, cuma, berak kencing dia tak pernah aku basuh. Aku sangat penggeli. Sampaikan dulu masa bercinta, ada tahi burung ke tahi apa ke kena pada kereta or moto, memang pakwe aku tu laa yang kena cuci.. Sebbaik pakwe aku tu bukan kategori penggeli fuhhhh!!!!

So bila dah nak kawin tu dulu, 5 tahun yang lepas aku tanya pada mak aku, kakak aku.. Boleh ke aku kemas rumah? Boleh ke aku bangun pagi sediakan sahur untuk suami? Boleh ke aku masak untuk tambat perut suami? Boleh ke itu , boleh ke ini?

Dan bila dah ada anak, boleh ke aku bangun tengah malam jaga anak yang sakit? Boleh ke aku basuh berak dia? Boleh ke aku mandikan dia? Boleh ke aku beri didikan yang sempurna buat dia?

Tapi bila dah bergelar isteri kepada suami aku, baru aku tahu yang secara semulajadi, kita akan berubah mengikut kesesuaian pangkat kita. Bila dapat gelaran isteri, automatik, ko rasa ada satu tanggungjawab yang mesti ko jalankan dengan sempurna. Mudahnya seorang wanita untuk masuk syurga, dengan menjaga hati suami, jangan lawan cakap, dan lain-lain, semua perempuan pun tau kan.

Dan dengan itu, secara tak langsung aku boleh uruskan rumahtangga aku dengan bantuan suami. Ye, walaupun tidak la sesempurna rumahtangga orang lain, tapi kami bahagia dengan perjalanan hidup kami.

Lepas dah pikul tanggungjawab sebagai isteri aku dikurniakan cahayamata yang lengkapkan hidup kami suami isteri. Memang aku cuak sangat dalam tempoh mengandung. Aku takut tak boleh basuh berak anak, takut tak pandai nak susukan, bangun malam semua la bermain-main kat fikiran aku. Tapi, ternyata, bila dah dapat anak, ko akan rasa ada amanah yang perlu kau jaga. Anak adalah amanah dan pinjaman Allah pada kita. Kena jaga sebaik mungkin.

Ye, aku bukanlah seorang isteri dan ibu yang sempurna, tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang...

Tapi, yang kelakarnya, ada kawan aku yang boleh tanya aku, katanya aku tak boleh bayangkan la, camne ko yang manja, gedik jadi isteri dan ibu kepada 2 orang anak.. hahaahahahah.... hakikatnya, aku di rumah dan aku di pejabat adalah 2 orang yang berbeza.. Itu je yang aku boleh jawab ;)

Panjang lebar pulak post aku ari ni.. Post sebab tak sangka bulan depan dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Budak manja, ngande-ngada, cakap meleret-leret, pemalas dah berubah 360' lepas jadi isteri orang. Satu pencapaian woot woootttt!!

Sekian. Thanks pada yang sudi baca, panjang niiii

3 comments:

eima said...

kita semua akan berubah mengikut masa dan keadaaan ... aku yg dari tidak sukakan budak jd sgt penyayang terhadap kanak2....perempuan adalah flexi sebenarnya .. boleh berubah ikut keadaan

Ibu Amirul said...

memang ada yang sudi baca pun...
kadangkala kita pun tak sedar tentang perubahan diri sendirikan

deelira@deeliraz said...

panjangnye.. penat den baca.

TAHNIAH.. ada ibu yang berjaya