Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 22, 2013

Karipap Inti Keledek Sedap, Lembut tapi Rangup

Tu diaaaaaa!!!! Tajuk tak menahan kannnnnn!!!

Semalam, akhirnya setelah sebulan dok tangguh-tanguh, menjadi jugak mengaripap bersama suami..

Pukul 4.30, terus start. Hubby potong-potong ubi keledek tu, aku pulak buat pastri karipap tu.

Resepi hubby ambil dari BLOG NI. Memang terbaik la resepi dia. Inti dengan pastri dia memang ngam-ngam. Takde kurang, takde lebih.

Cara buat pastry aka kulit karipap tu mudah gila, sap sap soiii je siap!!! Gituuuu... Sebabnya selama ni aku ingat susah wehhh nak buat karipap, rupanya, olooo senang jeee.. Nak mengelim tu je malas skit.. Sebbaik hubby rajin haahaha..

Ok, ok tak nak bebel, ni resepi asal dia yang aku tiru bulat-bulat, segi-segi dan petak-petak.




RESEPI KARIPAP INTI KELEDEK
sumber : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

Bahan Pastry

  • 600g tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak - panaskan
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • garam + air sejuk (kurang lebih satu cawan)


Bahan Inti Keledek

  • 4 biji keledek besar - potong dadu
  • *2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *segenggam ikan bilis
  • *1-2 sudu besar udang kering
  • *1 tangkai lada merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
  • 2 sudu makan serbuk kari 
  • hirisan daun sup
  • garam dan gula
  • air secukupnyer
  • Jika suka bleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging

 
Cara-cara

UNTUK INTI : 

  • Blend bahan yang bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. 
  • Masukkan keledek dan air secukupnyer. Masak hingga empuk dan air kering. 
  • Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. 
  • Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.


UNTUK PASTRY: 

  • Panaskan minyak. Tuang minyak perlahan2 ke dalam tepung dan gaul menggunakan sudu/garfu sebati. Jangan menggunakan tangan dikhuatiri melecur sbb minyak panas. 
  • Masukkan juga butter/marjerin.Gaul sehingga menjadi crumble. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat ditangan. Tutup doh dengan kain/plastik wrap supaya doh tidak kering.

UNTUK CANAI & KELIM

  • Ambil sedikit doh dan canai nipis. Jangan terlalu tebal nanti kulit karipap liat dan jangan pula terlalu nipis nanti kulit koyak.
  • Masukkan inti dan kelim seperti biasa. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak,.Goreng hingga keemasan. Hidangkan.
 Jika ingin membuat karipap frozen, susun karipap yang sudah dikelim di atas dulang. Masukkan ke dalam peti beku lebih kurang 20-30minit sehingga separa beku/keras. kemudian keluarkan dan masukkan terus ke dalam plastik ziplock/bekas. Tak perlu pelapik, karipap tak akan melekat antara satu sama lain sbb karipap dah keras/beku. Goreng terus pada bila2 masa tanpa defrost.

 *****************************

So, korang cuma perlu ikot step yang akak tu dah ajar kat atas, jangan durhaka walau satu step pun untuk menjadikan karipap korang sedap ok. Rasanya resepi ni boleh dapat lebih kurang 50 biji kot ke lebih.. aku lupa la.. semalam goreng ermnn dekat 20 biji gak la.. pastu bagi jiran, pastu buat frozen.

Layan gambar tokey karipap okeh. Dia la tukang masak inti, dia la tukang kelim, canai karipap hihihihih... Aku tolong skit-skit sebab asik berkejo dengan anak..


Inti letak secukupnya ok..

Canai pakai gelas pon molehhh haahahahah....

Model karipap yang dah telan 5 biji karipap sebelum berbuka puasa.. masa berbuka dia balun lagi 2 ketul.. erkkk
Gambar pastry dengan inti aku amik guna hp hubby, so malas nak transfer bagai ke sini.. Tapi percayalah, resepi ni memang sedapp.. tolong korang cuba ye haahahaha...

Di akhiri dengan model karipap yang gojes-gojes...
 Balik ni nak goreng lagiiiii.. dah buat frozen dahhh 2 bekas.




3 comments:

eima said...

aku tak pandai kelim ... jenuh dah belajar tp tak jdi2... guna acuan die bila goreng asek terbuka je

eima said...

ops lupa plak .. bila tak pandai kelim aku jd die samosa kentang je ...senang guna kulit popia hahahha

deelira@deeliraz said...

patut karipap banyak kalori.. pakai minyak banyakkk hehe..