Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 2, 2013

Keracunan

Semalam MC.. Tiba-tiba kami suami isteri kena keracunan makanan... Bermula petang Ahad, kepala aku tiba-tiba pening, rasa berat sangat, then on the way balik Shah Alam hubby tiba-tiba sakit perut, so setiap kali stop kat hentian, dia akan ke tandas.

Perut dia berangin tak payah cakap la.. errr perut aku pun.. So lawan kentut la.. hhahha.. tak senonoh bunyinye.. Takde laaa.. tak leh lawan, sebab volume kentut hubby power, aku kentut takde bunyi.. eh, tiba cerita perkara tidak senonoh.. maapkan shayee.. Hikhik..

Sampai rumah hubby pulak pening kepala, aku memang dah tak larat, lepas kemas sikit-sikit, sebab tak larat kemas rumah banyak-banyak hhuhuh... terus lelapkan mata kat ruang tamu. Hubby kejutkan aku masuk bilik pukul 1 pagi.. dia pun terlelap sama atas kerusi.

Bangun tu terus tiba-tiba rasa sakit perut menyucuk.. Sudahnya kami suami isteri jadi tetamu tandas malam tu.. Pagi tu masing-masing tak boleh nak buka mata dah.. penat berulang ke tandas punya pasal.. Tapi tetap kena bangun siapkan Kimi. Lepas hantar Kimi & Eqal sekolah terus gi klinik.. mujur doktor baik hati bagi MC.. Tak payah susah-susah nak minta.. Dia tengok mata kami pun tau, tak cukup rehat kot.. Huhuhu..

So semalam memang spend masa berkualiti dalam sakit dengan incik hubby la...

Punca keracunan? Aku rasa sebab kami makan macam-macam.. Sabtu tu kan buat makan-makan sempena sambut birthday anak-anak, so makan ayam bbq, sosej, jagung bakar, koktel buah, kek durian, coklat oreo, makan kenduri kat depan rumah abang ipar, nasi hujan panas dengan pelbagai lauk kenduri, bubur kacang, cendol, pastu Ahad tu makan pulak roti canai, tapau laksa dengan ABC kat warung, makan nasi, pulut, pearggh pendek kata semuanya menternak lemak laa...

Kecian perut, terkejut, so ari ni aku puasa untuk stabilkan balik organ-organ kat dalam tu hahahah...

6 comments:

eima said...

tak pe la ...kurus sikit ko kan berak2 tu ..hihihih

sbb byk sgt ko mkn sampai tatau nk detect mana satu penyebabnye

Tukang Karut said...

kentut tak berbunyi tu yang lagi bahaya... diam diam busuk!

bunga_rose said...

eima:
alaa manja, aku timbang tak turun pun kg aku tu.. sama je dok tang tu haahahah

tk:
hahahhah.. mana adeeeeee

MRS. K said...

kentut tak bunyi la busuk wei

azievee said...

Ala salah drop komen...hihihi...x senonoh korang berlawan kentut ekkk...sedap ke kek doroyan tu...

Myra Jay said...

My Mum pun baru2 ni kena keracunan + gastrik.. kes makan macam2 gak la perut terkejut..

Lagipun sekarang makanan kan macam2..