Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, July 18, 2013

Lewat sahur dan eqal si anak tiri

Sedar-sedar pagi tadi pukul 5.30 pagi dah..

Terus melompat dari katil, kejut hubby pun suara dah tak manja "bang!!!! Bangun cepat dah pukul 5.30, minum sikit kang azan. Bangun terus capai paper semalam, tengok azan pukul berapa. Good! Pukul 5.48 baru azan so ada masa lagi 15 minit untuk sahur.

Jerit lagi dari dapur, bang!!!! Bangun laaaaa!!!! Kikiiiki.. takde adab betul isteri dia ni. Panaskan tomyam untuk berbuka semalam kejap je, bagi rasa hangat je. Nasi tak dan dah.. nasib laa aku bangun balik malam tadi masak nasi baru sambung tido, kalau tak, takde nasi laaa..

Owh, aku berbuka tak makan nasi, makan lauk je.. Konon nak diet, padahal kuih ko baham 2,3 bijik gak mek ooiii hahah... Setakat ni kuih baru keria dengan cekodok yang sempat aku buat sendiri.. Sabtu ni antara 2, sama ada nak buat karipap or ondeh-ondeh.. Inti karipap hubby tukang masak, sebab tu kena chef tu yang decide nak masak kuih ape ihihhi... Dia hantu karipap so dia lagi pakar dari aku yang baru first time nak buat karipap ni kikiki..

Ok berbalik pada sahur tadi.. Bayangkan nak kedarah nasik dalam masa 10 minit, fuh, tercungap aku rasa.. Nak feeling skit hirup tomyam pun tak sempat. Semua main telan je.. abis la perut aku jap lagi, jangan meragam dah sebab kunyah tadi tak berapa nak kunyah sangat.

Ni terjaga lewat sampai tak sedar jam berbunyi sebab berjaga malam la, eqal asik merengek tak selesa tekak.. Dia batuk-batuk 2,3 hari ni.. Sebelum ni cam ok lagi, tapi malam tadi cam teruk pulak sebab sampai dia bangun, pastu naik katil abang dia, merajuk dengan aku ke apa tah.

Aku panggil-panggil dia buat tak tau, pastu tah masa bila aku dah terlena. Pagi tadi masa tengah basuh pinggan periuk bagai dengar  hubby panggil. "Yang, mana eqal?" "

Aku cam, ape laa takkan tak nampak anak sendiri.. Pastu tiba-tiba dia kuar bilik, panggil aku. Apsal pulak laaaa.. Rupanya, anak aku tido kat hujung katil kat atas lantai penjuru bilik. Lahaiiii sejuk tu sayang oiiiiii, elok pulak tu meniarap, lenaa sungguh.

Hubby tanya dia jatuh ke ape, aku tak rasa jatuh, rasanya dia turun sendiri pastu baring situ. Kawasan tu punya la kecik, muat-muat badan dia je. So hubby nak angkat tak boleh, kena aku gak angkat. Angkat dia terus letakkan atas tilam.. tido lena tak berkutik pun.. Lahaiiii ciannya anak aku..

Hubby cakap "Ciannye.. dah macam anak tiri dah tido bawah, atas lantai je"

Gambar aku tak sempat tangkap sebab tak terfikir apa dah.. Dah angkat, tidurkan dia baru teringat rugi tak snap. Huhuhuhu.. Eqal, eqal... Makin beso makin banyak perangai baru dia cipta..

3 comments:

deelira@deeliraz said...

haha.. sian eqal

eima said...

panas kot mlm tadi tu cari port baik punya ... huhuhu seb baik la sempat gak ber sahur kan klu jenuh jugak la ..

adianiez AIDA said...

sama la kita!!!
tapi aida asben yg terjaga. terus kejut aida. melompat dari katil terus panaskan nasi dan sambal.
tercungap2 jugak kami berdua makan ha ha ha...