Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dayana - sedihhhhh

Sedih gila baca nukilan hati dari Dayana, isteri Asyraf Muslim..

Aku dapat tau pun sebab sobat aku Zue yang bagitau.. pastu terus aku suruh dia copy bagi kat aku yang tak boleh nak buka fb ni..

Korang baca dan nilaila sendiri...



Copy & Paste From Noor Dayana - (isteri Asyraf Muslim)

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan

***** teriak *****



Aku yang baca ni pun dapat rasa kesedihan, kekecewaan dia, apatah lagi dia yang mengalami... Aku isteri, sebab tu aku faham apa perasaan bila orang yang kita sayang mendustakan cinta.. Sedang masa couple pun boleh frust gila inikan dah jadi yang halal..

Ya Allah, jauhkan la aku dan orang-orang  yang aku sayang dari ditimpa dugaan yang maha hebat sebegini..

Aku suka tengok lakonan Asyraf, tapi bila dia hancurkan hati isteri dia macam ni, hilang terus minat.

Buat Dayana, tabahkan hati... Hanya kamu tahu apa terbaik untuk masa depanmu... 

Apa pun aku doakan yang terbaik untuk diorang semua, terutama Dayana...


Update!!!!!

Tadi ada buat research sebab ada anony yang tanya betul ke ni dari FB Dayana, then baru tau bukan Dayana yang buat nukilan ni.. Nukilan ni datang dari  Ana Hawana dan korang boleh baca penjelasan dari BLOG NI dan SINI (mintak izin share link yer)

Rasa bertanggungjawab bagitau cerita sebenar sebab ramai yang dah tengok pasal nukilan ni semalam kat blog ni... Tapi tabik la kat penulis sebenar nukilan tu.. Tersentuh hati baca.. Apa pun doa aku tetap sama, moga Dayana tabah harungi dugaan ini..

7 comments:

MRS. K said...

ko tgk intebiu bapak die kat beautifulnara tak? cer tgk. sian die kot tp dok lari pegang tangan ng laki die..

eima said...

melampau ... klu betui isteri benarkan poligami nape perlu nikah kat siam ... dasar lelaki

bunga_rose said...

Mrs.K:
kt sini block weh, tak leh tgk video2 ni... balik rumah kang la aku tgk..

tapi tu la.. klu aku tak leh dah pegang tgn laki camtu, sakit ati wehh

eima:
tu laa.. bak kata bapak dia la, mcm tak sabar sangat nak nikah sampai kena nikah kat siam, tak nyempat tgu keputusan mahkamah..

Anonymous said...

Salam.
Mana dapat eh nukilan ni? Ada link fb dia tak? Sy tengok ramai yg share tapi takde sorang pun bagi bukti macam link or screenshot etc yg tunjuk dayana yg tulis nukilan ni.

Anonymous said...

Anak Kak Shedah pun ada ckp ttg nukilan Dayana ini. Dia bacakan pd saya semasa on the way balik semalam. Memang sedih... itulah nasib perempuan. Memang kita hanya merancang, tapi tuhan yg menentukan. Cuma berterus teranglah agar jgn sakitkan hati... bila jadi mcm ini teringat kisah seorang ustaz dulu.... Itulah lelaki...

Pnutz Lotpi said...

sian dayana :'(

hai..saya blogger baru..do follow me back ya ;)

bunga_rose said...

anony:
haah bukan dari dayana sendiri tapi dari ana hawana. thanks, nasib baik awak tanya, kalau tak, saya pun tak tau bukan dayana buat nukilan ni

kak shedah:
nukilan ni memang sedih kak, macam tepat untuk gambarkan situasi dayana, tapi tu la rupanya bukan dayana sendiri yang buat, tapi orang lain.. ada yang copy paste.. saya pun sama gak, tak siasat main paste je huhuhuh...

Pnutz lotpi:
hai, tq follow ;)