Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 16, 2013

Nyawa kedua Datuk K

Baca akhbar Utusan, sisipan Mega hari ni, tersentuh aku baca artikel pasal kemalangan Datuk K da pengorbanan CT..

Korang pegi la baca sendiri kat Utusan Online or gi beli Utusan. Sebagai orang yang sangat sentitif kalau bab kekeluargaan ni, yup! Aku memang mudah mengalirkan airmata.. Antara petikan artikel tu

"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas di atas ribanya. Saya terdengar suara dia 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap' Itu saja dan saya tiba-tiba merasa takut"

"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu lalang lansung saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang."

"Saya katakan pada diri; aku perlu hidup untuk orang yang aku sayang. Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang beru berusia 6 tahun , banyak yang saya perlu selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu yang semakin tua. Saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini."

"Ya Allah, aku redha dengan malapetaka yang engkau hadirkan ini. Biarlah segala kesakitan ini menggugurkan segala dosa-dosaku selama ini, bantulah aku, aku mahu terus hidup."

"Masa kita sihat, sibuk dengan kerja sampaikan kita leka untuk mendalami ilmu ketuhanan. Ketika sakit inilah, Dia pinjamkan saya masa untuk lebih dekat pada-Nya."

"Setiap detik dia disisi daya. Makan minum semua disuapkan ke mulut saya. mandi saya, semuanya Siti yang uruskan dan dia tidak mahu mengambil jururawat pembantu untuk menguruskan saya di rumah."

"Satu minit sekalipun dia tidak pernah meninggalkan ayah"

"Syurgalah tempat Siti Nurhaliza, itu doa Datuk K untuk isteri yang dikasihinya"

"Saya tidak pernah menyesal mengahwininya dalam apa jua keadaan, sungguh!!" - ct


Maybe korang baca petikan tak berapa nak feeling, cerrr gi baca full aritikel mesti tangkap leleh..

Aku bukan lah peminat nombor 1 CT, minat, tapi biasa-biasa je. Aku pon pernah kritik bila dia seolah merampas suami orang masa dia mula-mula kawin dulu, tapi bila fikir balik, semua tu kententuan Allah. Dah memang bukan jodoh Datuk K dengan bekas isteri dia dan dah memang itu jodoh terbaik untuk CT.

Back to basic, "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu jugak sebaliknya"

Pernah aku dengar ceramah, ada yang kata tak betol perumpamaan lelaki baik untuk perempuan baik sebab ada je orang warak, yang kawin dengan perempuan or lelaki yang tak baik, jawab penceramah itu, kita tau ke apa sejarah orang yang warak itu? Benarkah dia betul-betul mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya... Ermnnnn wallahualam...

p/s: Syukur, sebab memang dapat pasangan yang lebih kurang aku je.. Takde la baik sangat, tapi idokler jahil terus,masih berkeupayaan bimbing aku dari tersesat dari landasan Islam.. perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan, insya Allah..

7 comments:

Ibu Amirul said...

Kena baca ni....

Kesuma Angsana said...

nanti KA nak cari baca artikel penuh.. beruntung datok CT yer !

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhamdulillah dpt psgn yg sgt bertggjwb =)

eima said...

jap nk pi baca ....

Ratu Hatiku said...

nak baca lah..
saya pun tgh baca kat blog penulis PISA ada smpai bab 21. Cuba msk sini kalau blm baca.
http://queenlpermaisuri.blogspot.com/

bunga_rose said...

ibu amirul:
baca, jgn tak baca hihih

kesuma angsana:
datuk k pun beruntung juge.. ;)

yui:
alhamdulillah...

eima:
haa pi cari pastu baca pastu emo sendiri hahahah

ratu hatiku:
sebab baca kt blog ni yang rasa tak sabar nak cari novel dia tu hihihihih.. best jalan cerita dia...

Tukang Karut said...

alamak aih... touching la pulak...