Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 30, 2013

Pengisian Rohani - Rumahtangga yang bahagia

Baru lepas dengar ceramah agama sempena bulan puasa.. Alhamdulillah, aku terpilih untuk sama-sama berada dalam majlis ilmu. Dah lama aku tak bagi rohani makanan, asik jasmani je yang makan...

Pengisian berkenaan manusia bahagia bila ada 3 perkara, dapat isteri atau suami yang soleh, ada rumah yang besar dan 1 lagi, ustaz lupa nak bagitau.

Contoh isteri yang soleh. Macam kita ni isteri, betapa mudahnya nak masuk syurga. Cuma perlu buat 2 perkara,

- patuh pada perintah Allah
- patuh pada perintah suami

Mudah kedengaran tapi berat untuk laksanakan. Macam aku sendiri, tak sepenuhnya menutup aurat. Kadang aku pakai jeans, ada je yang ketat sampai nampakkan bentuk kaki, tudung pun kadang main selimpang je, baju pun sama, kadang berlengan pendek, kadang ketat pendek kata tak tutup aurat dengan sempurna.

Perintah suami? Aku bukan isteri yang baik, kadang ada je ayat aku walaupun lembut, tapi menyakitkan hati suami, ada je kadang permintaan hubby aku tu walau sekecil-kecil, contoh mintak air masak pun, aku lambat-lambatkan, buat muka malas la. Yeee padahal air masak je, hubby aku tu bukan macam sesetengah lelaki yang nak air manis, air panas semua, dia lebih suka air masak, tetap aku lupa nak syukur, nak jugak lengah-lengahkan.

Banyak je perbezaan pendapat antara aku dengan hubby tapi kata ustaz, takpe gaduh. Rumahtangga yang tak pernah bergaduh adalah bahaya. Lelaki dan perempuan tak sama, so memang kena bergaduh, umpama piring dengan cawan, kadang bila kita letakkan cawan atas piring berbunyi-bunyi juga. Takpe piring dengan cawan bila bertemu ianya berbunyi, tapi jaga, jangan sampai jatuh, pecah berderai. Gaduh-gaduh gak, tapi biar ada batasan.

Rumah yang besar pulak. Maknanya bukan rumah tu kena besar, bilik kena ada 12, tanah berekar-ekar. Tidak.. Rumah yang besar bermaksud jiwa yang tenang. Kalau ada rumah besar, tapi hati kita tak tenang, rumah besar pun kita rasa kecik je. Kalau rumah kecik tapi hati kita tenang, ianya bebeza. Macamana nak dapatkan jiwa hati yang tenang, mudah, ingat pada Allah, maka hati akan tenang.

Senang je cara kan. Sesetengah orang cakap, nak tenang kena jerit kuat-kuat, kena pergi karaoke, kena pergi shopping, salah cara tu sebenarnya. Mungkin tenang, tapi bersifat sementara. Aku pernah je stress pergi karok, nyanyi melalak tak hengat, berjoget, bergelek kemain, pegi shopping, habis beratus tapi, tak, aku tak rasa ketenangan. Lagi aku rasa membazir sebab dah habiskan duit ada. Dan aku pernah bila rasa tak tenang, aku baca Quran, memang ada perbezaan dia. Jiwa rasa tenang, lain sangat perasaan itu nak dibandingkan dengan pergi karaoke atau habiskan duit kat shopping mall.

Betul, duit yang banyak tak boleh beli tidur yang lena, tak boleh beli selera makan. Tapi betul juga, duit bukan lah segalanya, tapi tanpa duit kita takkan dapat segalanya.

Aku selalu nak berubah, tapi selalunya aku takde istiqomah... hangat-hangat tahi ayam.. Moga suatu hari nanti dibukakan hati aku untuk istiqomah untuk kebaikan. Amin

7 comments:

Ibu Amirul said...

peringatan untuk akak juga.... huhuhu

deelira@deeliraz said...

aku pon ingin berubah juga.. :)

SYANI said...

Sama2 la kita... tapi cuba memperbaiki diri ...

bunga_rose said...

Ibu Amirul:
sama-sama beringat ;)

deelira:
ko pun tau camne kita asik nak berubah tapi hangat2 je kan huhuuhhuhu

eima said...

hmm sbb tu aku slalu je aku pi ceramah sbb ni la ... sebagai pembuka minda aku ...
biar pun tak de nama slambe je aku minta ngan boss nk pi...hahahha

JunAina said...

Majlis ilmu memberi inspirasai cara kita meneruskan hidup disamping ilmu yang kita dapat.

Tukang Karut said...

ni kena bagi bini baca ni...