Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 9, 2013

Sempena Menyambut Ramadhan...

Sejukkk!!!!! Dah berkelubung dalam comforter dah aku ni wehh!!!! Shah Alam dari pagi tadi hujan tak berhenti-henti.. Tahap beku dah aku dok dalam bilik ni.. Tu pun dah buka tingkap tu... jari pun dah naik kematu kesejukan...

Tengahari ni makan free lagi... Kami akan ke Famous Thai, Plaza Masalam. Aku asyik tengok kat blog je betapa sedap dan cepat makanan kat situ, so harus la bila bos tanya nak makan mana, aku suggest situ antara salah satu tempat untuk dia pilih haahahahah...

Ni alamat kalau korang nak pergi

Lot No.F1, First Floor, Shah Alam Mall E9/9
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, Shah Alam
03-5510 3778


So, tak sabar ni nak tunggu tengahari.. Tapi perut ni cam kenyang la pulak pegi makan laksam pagi tadi.. Konon takut kang perut berpesta bunyi kat dalam restoren, wat malu kaum, tapi sekarang dah kenyang camne nak makan jap lagi ni???? Takpe, ada 1 jam lebih lagi untuk turunkan segala laksam pagi tadi..

Dan nasib laa aku nak taip entry ni, so aku teringat yang aku belum buat tempahan kat kedai tu lagi.. Fuhhhhhh!!! Kalau tak, mati laaa aku, bos awal pagi dah panggil suruh buat tempahan huhuuuhhu..

Cerita lain pulak. Esok kebanyakan sekolah islamik akan tutup kan sempena sambut bulan Ramadhan.. E, eh, jap je kan, dah datang bulan penuh keberkatan ni. Dah tanam 2,3 azam sempena bulan Ramadhan ni, harapnya azam untuk kali ni dapat dilaksanakan, aminnnn!!!

Berbalik cerita tadi. Oleh kerna tadika tutup, taska pun tutup esok, nak hantar Kimi kat pengasuh aku dah naik segan, so tebalkan muka, tanya bos boleh tak aku bawak anak datang kerja esok memandangkan Kimi aku rasa boleh lagi aku handle dan bos pun ada kes sepanjang hari pagi dan petang esok. Mulanya bos suruh cuti je sebab dia ingat aku nak bawak dua2, tapi bila aku cakap sorang je dan yang beso, bukan yang kecik so dia ok je.

Kalau Eqal, aku pun surrender wehhhhh!!! Tak sanggup laa bawak dia datang ofis. Cukup la sekali ari tu habis tunggang terbalik ofis ni bila dia ada hahaahahah... Pastu cepat bosan pulak tu. Kalau Kimi aku boleh pujuk dengan tab, dengan game, pastu ugut dia lagi semua, Eqal mana jalan semua tu..

So, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua!!!!!

4 comments:

SYANI said...

Selamat menyambut Ramadhan...
Tadika Adib pun tutup esok.

eima said...

selamat berpuasa jugak bunga .....

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt berpuasa kak..

mRs.aiRmaN haViT said...

selamat berpuasa kak..!! talama lagi dah masuk kerja..oh NO..!