Jom klik

kENgkaWAn

Friday, July 19, 2013

You batuk, pergi jauh-jauh!!

Malam tadi pergi klinik, bawak anak bongsu tu ha sebab asik batuk-batuk sampai ganggu nak tido.. Minum susu pun tak abis sebab asyiknya rasa kahak kat tekak so nak telan susu tu cam satu kepayahan.

Sebab tak sanggup tengok anak camtu, terpaksa ajak hubby teman gi klinik, huhuh burn terawikh pakcik tu huhuh..

Tapi, kat klinik, saboo jela kami ni.. Suara Eqal tu besar, garau, dan bayangkan hanya suara dia je yang menjerit, gelak, lari sana sini... Nak tutup muka je aku rasa.. Aku tak tau apa perasaan pesakit lain tengok anak-anak aku riuh rendah camtu.. Kalau yang dah jadi mak ayah or dah biasa jaga anak sedara ni biasa faham sebab budak-budak ni perangai memang tak dapat dijangka. So aku nampak ada yang senyum terhibur dan ada yang senyum sinis... Memang tak boleh nak kontrol.. kalau marah or cubit, confirm nangis, so redha dan berharap cepat la nama eqal panggil masuk dalam.

Doc cakap, dada dia ada banyak kahak. Aku memang dah agak, sebab sampai boleh dengar bunyi kahak bila aku cuba dengar kat belakang dia. Tapi sebab dia masih aktif lari sana sini, doc just kasik ubat lelah, yang katanya bukan untuk lelah tapi lebih bagus untuk cepatkan sembuh eqal dan gak ubat cairkan kahak.

Dan malam tadi lepas bagi ubat yang mana aku letak je terus dalam botol susu dia, kalau bagi, budak tu pandai kuarkan balik, dalam susu dia bukan pandai beza pun, janji sedap hahaahah..

Syukur susu abis sebotol dia minum dan malam tadi takde dah bunyi tidur dia terganggu sebab batuk. Lena anak mama tidur malam tadi.. Tidur mama terganggu pun sebab abang Kimi merengek nak suruh teman gi tandas nak buang air kecil.

Tu, masa bagi ubat pada pengasuh pagi tadi pun pengasuh dah cam alaa... nak kena bagi ubat ke, dah lama dah tak bagi ubat. Pengasuh dia lebih suka anak dia naturally lawan sakit tu, ubat bagi bila dah nampak tak boleh tahan je. Dan aku memang ikot petua akak pengasuh tu, magicnya, anak aku last pegi klinik bulan Mac.

Bayangkan, dulu, boleh kata tiap-tiap bulan mesti ada lawatan ke klinik, syukur lepas aku bagi anak aku lawan sendiri sakit-sakit diorang, antibodi pun cam terbina kukuh sikit la. Tapi tadi, aku bagitau siap, kalau Eqal nampak ok tak batuk dah, tak payah la bagi ubat tu, sebab dari malam tadi sampai pagi, takde lagi aku dengar Eqal batuk-batuk batuk.

Dan harapnya batuk tu terus pergi dari badan anak aku tu... Bak tajuk cerita yang Nabil Ahmad berlakon tu, You saka pergi jauh-jauh aku tukar You batuk, pergi jauh-jauh.. haahah

3 comments:

SYANI said...

Anak2 akak pun kalau sakit memang tak kasi ubat.. suh lawan naturally kekdahnya melainkan kalau semakin teruk kena la gi klinik juga..

Semoga cepat sembuh ye..

pena rozie said...

Semoga cepat sembuh.....

eima said...

dulu anak aku pun kerap ke klinik .. tp alhamdulillah akhir2 ni .. dah jrg ... semoga eqal cepat sembuh