Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, September 19, 2013

Kampung Girl best!!!

Wei dah lama tak update blog dah tak tau nak tulis ape dah ni wei.. Tiba-tiba kreativiti, idea dan seangkatan dengannya hilang. Tapi nak gak update, camne tu hahahha..

Esok bos dah masuk kerja lepas cuti panjang. Eceh padahal cuti seminggu je pun.. So esok tamat dah joli-joli di ofis, keroja cam biasa. Macam biasa? Keje yang hanya ada bila bos kasik kerja.. Aku tak sesebok kengkawan yang lain, depa sibuk menaip nota keterangan, sedangkan aku, bos tak kasik taip apa-apa nota pun. Duduk la melangut tunggu arahan dari dia, kalau ada, ada la, kalau takde, buat-buat la sibuk hahaahah... Kalau bos kena tukar, masuk bos lain, aku tak tau la camne pulak situasinya.

So, nak cite ape ek.. Haaa malam tadi marathon cite Kampung Girl. Weiiiii best pulak aku rasa cerita ni..

sumber

Awal-awal macam kurang menyengat, tapi lepas depa kawin ni macam best pulak.. Aku sedih gila time babak Ain nangis sebab cam dah putus asa dengan Abang Ash dia tu, tapi bagus kawan dia nama Sal klu tak silap aku, bagi semangat suruh dia jangan putus asa. Ash tu hak dia, suami dia, tak pe kalau orang nak cakap perigi cari timba pun.

Pastu part Ash suruh Ain turun dari katil sebab dia nak tido situ, pastu Ain buat muka menggoda terus tak jadi si Ash ni nak kenakan Ain, dia pulak yang keluar dari bilik hahahahah... Banyak adegen yang buat aku sengeh sorang dalam cerita ni. Aku pulak minat dengan si Akim ni, aku suka suara dia laa.. idok le orangnye... hihiihi..

So, tak sabar nak tunggu sambungan esok, sambungan lepas Ain jatuh terpijak batu.. Tak sabar nak tunggu ego si Ash lebur dengan kesabaran Ain.. Gitu kekdahnya...

Tapi, minggu depan nak balik kampung hubby lak, miss lagi aku cerita ni.. asik miss pun sebab kadang hari jumaat ada game bola, hubby kongker tibi tu ha.. kadang kang sebab balik kampung, kadang kang ada raya-raya rumah ke rumah, kadang ada bekwoh.. Memacam laaa... Takpe, tengok lagi kat MMF yeay!!!

9 comments:

SYANI said...

Akak pun folo drama ni.. Pandai si Nad Zainal ni bawa watak Ainnur tu.

Fai CeritaCinta said...

adik fai pun ada bagitahu cerita ni best.. tpi fai tgk sekali dua jer kot. sbb jumaat biasa hubby conquer tv tgk bola. hihi...

Yutaka Mushimura said...

eden follo cite berikut mengikut turutan:

1. Cinta Jannah: no 1 terbaik, tp x sesuai ditayang waktu tuh..waktu bebudak bawah 18 tahun celik mata lagi.

2. Kampung Girl.
3. Dewi Lasak.

:) selamat menonton tv3.

hazlina azmi said...

saya pun tgk jugak citer ni..best2


blogwalking,jemputlah ke blog saya dan bertukar2 link

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

eima said...

ai lagi suka tgk bola dr drama kot .. hihi

:: Cik Viva :: said...

Mula2 follow, tapi tak suka Akim tu..so tak tengok dah pastu..huhu

Rose Azadir said...

Salam, sy blogwalking kt sini, jemput datang ke blog sy http://ibu2ahmad.blogspot.com. Sy follow sis kat sini n kalau sudi follow la sy blk yer...

azievee said...

Lama x singgah bukan bererti x membaca...suka gak cite tu tp dah ngantuk time cerita start...hihihi

eima said...

pe jd ngan ko ni lama tak update