Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, January 31, 2013

Kisah hantu asrama

Baru je habis baca blog-blog dan gak mana-mana pautan pasal hantu kat UITM Lendu.. Weii betul ke kisah-kisah tu? Ada yang cakap betul, ada yang cakap tipu, dan ada yang cakap memang ada tapi takde la seteruk cerita yang tengah bertebaran merata tempat sekarang..

Terdetik untuk cari pasal kisah ni sebab tengah baca akhbar BH tadi, ada tajuk, Kisah hantu Lendu sampai ke London.. Kawan dia katanya tanya dia betul ke kisah hantu Lendu tu.

Sebenarnya menda ni boleh jadi, sebab kat dunia ni bukan manusia dengan haiwan je yang tinggal, ada lagi makhluk lain yang kita tau tak rupe bentuk kejadian yang sama-sama tinggal kat bumi Allah ni.

Aku pun pernah duduk asrama masa sekolah kat Sekolah Teknik Rompin, 2000 sampai 2001. So ada jugak la cerita misteri yang kami dengar dan lalui. So aku kongsikan yang aku ingat k.

Cerita 1:
Kitorang tinggal kat asrama yang kami panggil aspuri. Masa tu aku dah senior, tingkatan 5 la kan. So aku kat aras 1. Kawan-kawan asrama aku kat aras 2 ke 3, aku lupe sebab cerita ni aku dengar dari mulut ke mulut. Tapi cerita dia lebih kurang camni la..

Budak ni dia mekap cam hantu, pastu pakai kain sembahyang, usik kawan dia. Masa tu baru habis prep (study malam) kalau tak silap. Kecoh la malam tu dengan gelak ketawa diorang sebab dapat kenakan kawan sebilik kan. Tiba-tiba malam yang sama, ada roommate dia nampak budak yang menyamar jadi hantu ni dekat aras lain, ke aras yang sama dengan budak tu tapi yang pasti bukan budak tu sebab 'benda' tu lebih seram, lalu pulak tepi tingkap ke masuk dalam bilik terus ek, aku lupe  laa... Ngeee.. tapi tetap seram dengar weh.. Demam kot budak yang menyamar jadi hantu tu huhuhuu...

Cerita 2:
Aku duduk sebelah katil anak tok imam dan dia ni agak alim dan pandai ubat orang. Malam tu tiba-tiba dapat tau ada budak aspuri kena histeria. So, sebagai AJK surau kawan aku ni kena la turun padang tengokkan budak tu.

Sebelum pergi, dia cakap dia tak sedap hati, dia pandang aku lepas tu dia cakap, "aku rasa tak sedap hati, macam ada sesuatu, mari sini, aku pagar kau. Kau jangan keluar dari bilik ni selagi menda ni tak settle". Aku tak tau kenapa dia pagar aku, mungkin sebab aku kawan baik dia or dia rasa aku lemah semangat dan ada sesuatu nak kacau aku.

Lepas sejam dia balik ke bilik. Budak kena histeria tu dah ok. Tapi masa dia masuk, muka dia nampak resah, tak menentu. Mata dia meliar. Aku dengan kawan-kawan dah pelik, bila tanya dia marah, katanya jangan tanya, jangan dekat dengan dia. Tak sampai 10 minit, dengar dia menangis. Haaa sudah, rupanya dia pulak yang histeria.

Nampak dia struggle cam cuba lawan 'benda' tu kawal dia. Tapi agak seram la bagi aku yang kali pertama tengok orang kena gangguan ni kan. Kawan sebilik panggil warden dan ustaz. Ada yang cuba ganggu dia rupanya.

Malam tu, kitorang 1 bilik tidor tak lena.. siap 1 katil tu tido dua orang berhimpit-himpit sebab takut, dah la katil aku tepi tingkap yang menghala ke hutan hohoho..

Pagi esok kawan aku cerita, masa keluar dari bilik atas dewan makan, dewan makan tu berhadapan dengan asrama kami, ada 'benda' pandang dia. Lepas dah balik dari tolong sembuhkan orang histeria tu, benda tu ada lagi, pandang dia, mata merah, marah sangat kat dia. Lepas tu dia tak sedar dah. Then dia cakap, nasib baik dia pagar aku sesiap, kalau tak menda tu mungkin akan jangkit.

Wooooo.. sangat menakutkan ok.

Ok, habis dah cerita.... Hahahaha.. Tapi ada gak kisah hantu lain yang aku dengar, antaranya.

Hantu tandas:
Kita pergi tandas sorang tengah malam, amik tandas nombor 3. Sekali tengah sedap memerut dengar orang kira pintu. 1, takde orang, 2 takde orang, 3...,3....,3.... Pastu mengilai. Ko dalam tandas ke 3 tu tak ke rasa kejung terus kat dalam..

Hantu bilik:
Semua orang dah tidur, ko je mata terkelip-kelip tak boleh nak tido. Tiba-tiba dengar bunyi macam orang buka pintu. Kira katil. Satu, dah tido, 2 dah tido, 3 dah tido. Katil ko nombor 4. Tentiba dia cakap, 4 tak tido hahahaha.. ngilai lagi.. Kencing dalam seluar terus la jawabnya.

Tapi lagi haru kalau ko baca surah tunggang langgang pastu dia boleh sound ko, salah baca tu... Ngeeeeeee... pengsan terus kalau aku hahahah..

Banyak sebenarnya cerita-cerita seram kalau duduk kat asrama ni. Tinggal ko berani ke tak, semangat kuat ke lemah. Lemah semangat pun tak boleh, terlebih berani pun tak boleh. Ko cool je dah cam aku ni haa.. *Cool laaaa sangat kan ko*. Tapi ahamdulillah aku tak pernah alami dan tak pernah nampak.. Memang mintak sisih laa dari nampak sesuatu dari alam lain ni wehhh..

So, korang ada ke cerita misterrriiiii, share aarrrr

Wednesday, January 30, 2013

Restoren Pulau Ketam, Klang

Sabtu lepas, hubby ajak keluar cari hadiah kahwin sobat baik dia. So pergi la JJ Bukit Tinggi. Lepas dah berjam dok dalam tu perut pun dah berkeriut mintak diisi la kan.

Keluar dari JJ, kitorang pusing-pusing Klang tu tak tau mana nak cari makan. Ingat nak makan satay kajang kat klang tu tapi pusing-pusing tak jumpa, dah takde ek kat situ? So lepas dah 3,4 kali pusing kat kawasan ape ek nama tempat tu Bukit Tinggi la kot hahahah nampak kedai ni, Pulau Ketam.

Risau gak takut kedai makan cina so masa hubby lalu tu aku usha dalam kedai, nampak ada gambar Shiha masa dia jadi pengacara JJCM, so terus ajak hubby cuba makanan kat restoren tu.

Kalau nak tau kedai dia ermnn.. kalau dari Hospital Klang, kalau terus, naik flyover tu akan ke JJ Bukit Tinggi kan, ko turun bawah tu, kat traffic light amik kanan, terus je sampai nampak CIMB bank belah kanan ko, haaa restoren tu ada di deretan kedai belakang CIMB. Parking pun sonang jo.

Ok, gambar kat belakang  Kimi tu jenis-jenis masakan. Korang boleh pilih ikan dan segala makanan laut kat kaunter ala-ala sampan tu. Dia akan timbang bagitau harga siap masak bahan mentah tu berapa henggit, so ko boleh bajet la kan nak yang harga mahal ke murah.

Banyak gak choice masakan dia, aku lupa laa nama hihih.. Maapkan sayee..

Kimi yang sebok nak duduk baby chair walaupun dah tak baby.. aduii..

Air kelapa untuk hubby

Nampak tu, belakang aku tu nama restoren dia, Pulau Ketam

Budak tak duduk diam

Grrrrrrr... janji makanan masuk mulut, baru diam..
 Ikan kembong masak.. errrr.. alaaaa resit lupa aku nak snap, tapi sedap wehhhhhh.. Kimi dengan hubby suka makan.. Lichinnnn tinggal bawang dengan cili je.
Ikan kembong, tak silap siap masak RM9+
 Kangkung sambal.. Sedap tapi dia hidang cam nak makan 5-6 orang.. walhal aku dengan hubby je pun.. Tapi habis.. tinggal batan je yang tak larat nak habiskan.
Kangkung RM5 ke RM7 lupa
 Pari bakar ni sampai last sekali.. so masa tu perut kami dah kenyang sangat. Yang ni dalam 680g kalau tak silap aku dan siap masak RM38 camtu.. tapi besar laa.. Yang ni tak habis, kami tapau.  Tapi hubby suka sebab selama ni dia makan ikan pari asik dapat yang pahit or hancing.. Yang ni memang manis, rasa kesegaran dia tu. Tapi aku kurang suka sebab pari ni besar, aku prefer yang kecik skit, lebih manis.
Pari masak.. errrr.. lupa jugak haahahah
 Sotong pun atas permintaan hubby. Eh semua laa makanan dia yang minat hahaah.. Sedap sotongn i, tapi mungkin sebab besar sangat so bagi aku cam liat sikit.. Dan disebabkan hubby tak boleh makan seafood sangat, dia mintak sebab geram tengok sotong tu besar(boleh?) so yang ni pun tapau, sambung makan kat rumah.
Sotong masak sambal
Ada free dessert pengat ubi.. Ada banyak jenis, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi err apa lagi ek.. Boleh telan laaa.. tapi boleh pulak hubby ingat tu kena bayar, so dia tak nak, amik untuk aku je sebab dia tau aku suka pengat-pengat ni.. Saboooo jelaaaa

Pengat ubi sesedap rasa
Oh, air fresh orange untuk aku dan teh o ais cam biasa la untuk Kimi. Total RM 93 kot.. hahaah.. aku ni semua benda pun lupa.. Ok la... boleh tahan la harga kata hubby sebab aku yang bayar haahahah... Sesekali belanja kuarga makan kan, meraikan bonus katanyaa.. Hahaahha..

So kalau korang kering idea mana nak pergi makan, boleh cuba kat sini, layanan menang bagus, peramah bebenor pelayan kat situ dan sangat membantu, jagakan Eqal masa aku dengan hubby pilih lauk kat sampan tu haaa hihihi..

Nanti aku balik aku update balik nama lauk dengan harga sebenar okeh.

Eqal dan mild lelah

Hooo cakkk!!!! Mengantukkkkk!!!! Huarrggghhhh!!! Huarrrrggghhhhhh!!! Menguap dari pagi tadi lagi.

Eqal adalah demam malam tadi, so aku adalah tak cukup tido.. Kol 12 terjaga bila tersentuh badan dia rasa hangat, terus buat air asam jawa, lap-lapkan badan dia, pastu aku terlelap. Kol 2.30 dia merengek, aku terjaga lagi. Elok dia buka mata, aku bagi dia ubat demam, risau gak kan. Lepas je kol 2.30 tu, dia tido on off on off sampai pukul 5 pagi langsung dia tak tido-tido sampai aku gi keje tadi.

Oh, semalam aku cakap nak cuti kan.. Tapi alhamdulillah, nampak Eqal ok tadi, dia demam pun malam je, siang ok. Lagipun, sebab petang semalam dah amik nab, so dia dah oleh bernafas elok, tak laju dan terlalu menekan perut masa bernafas tu.. Kesian weh bila tengok anak tak bermaya.. nampak penat even bila nampak je abang dia sebok wrestling abang dia, tapi kejap je boleh main pastu dia penat balik. Dengan kimi sekali kena bagi amaran jangan ajak adik main wrestling, lari lari atau apa saja yang boleh buat adik penat.

Kahak dia memang banyak sangat-sangat sampai doktor tukar ubat kahak ke ubat lelah. Ada mild lelah kata doktor. Lelah yang hanya muncul bila dia batuk dan selsema.. aduiii dah risau aku kat situ.. Tapi memang dari usia seminggu dia ada bunyi kat tekak tu cam ada kahak tapi doktor cakap biar dia baik sendiri...

Tapi memang lega la pagi tadi bila aku tengok demam pun dah turun, bernafas pun dah tak seksa, tak tercungap-cungap, bergelak ketawa cam biasa. Cuma, doktor cakap jangan bagi dia lasak sangat, takut dia penat. Tapi aku tau, pengasuh dia sangat menjaga Eqal, semalam pun dia tak bagi Eqal banyak bergerak, duduk dalam baby court je.. Tido situ, main dalam tu..

Aku suka pengasuh Eqal sebab kakak tu baik sangat. Dia sayangkan Eqal macam anak dia sendiri, aku boleh nampak dan rasa. Sebab tu aku tak risau sangat nak tinggalkan anak aku pada dia. Kecuali memang anak aku tu teruk sangat demam, memang dia sendiri pun akan advice aku jaga Eqal sebab setiap anak yang sakit perlukan perhatian dan belaian ibu sendiri dan aku sendiri pun tak sampai hati nak pergi keje kalau tengok anak nampak tak sihat.

Jadi, oleh kerana aku tak cukup tidur, potensi untuk aku kerap terlelap adalah tinggi selepas ni. Dan yang tak best bos takde kes so ada dalam bilik dia tu ha.. tak boleh la aku nak lelapkan mata sesuka ati.. kang dia buka pintu panggil aku tengok, tengah tido memang mendatangkan amarah dia la tu kang hahaahah...

Owh, terima kasih kawan-kawan atas doa korang, sebab Eqal pun dah nampak sihat sikit pagi ni berbanding petang semalam. Jasamu dikenang. ^_^

Tuesday, January 29, 2013

Kenapa ko semayang?

Assalamualaikum warahmatullah.. assalamualaikum warahmatullah.. Selesai beri salam baru aku teringat...

AKU TENGAH DATANG BULAN, yang aku pegi sembahyang Zohor tu kenape???

Ya Allah.. ni la jadinya bila dah badan je kat ofis, kepala dok mikirkan kesihatan anak..

Makanya dengan ini saya isytiharkan mungkin akan cuti esok kalau kesihatan anak masih mendukacitakan.. Buat masa ni pengasuh cakap everything still under control.. Petang kang la bawak Eqal gi amik nab.. Kalau tentiba pengasuh Eqal call tak dan time balik ofis, maknanya aku sensorang la bawak Eqal gi amik nab..

Bukan semuanya nak tunggu suami, sila jangan salah faham, tapi dengan saiz badan anak aku yang dah 10-11kg tu.. memang aku tak boleh nak kawal bila dia meronta masa amik nab nanti.. Tapi kalau keadaan memaksa boleh je mama jadi bini2ku perkasa demi anak tersayang.. Kalau tak, bio jela tenaga lelaki papa je yang handle rontaan anak dia tu nanti.. mama kawal abang sudah.

Ermnn cita lain... Esok nak kena buat potluck untuk Majlis sambutan Maulidur Rasul sekolah Hakimi pulak.. Hajat nak buat makaroni bakar, tapi cam leceh pulak pepagi nak bakar2.. bangun dah pukul berapa aku ni.. so mekaceh pada Zulira sebab timbulkan cadangan bernas buat sosej roll hahaahah.. Petang karang cari bahan-bahan.

Bangun pagi laaaa aku esok untuk gengoreng.. malam kang buat dia punya roll, kalau pagi baru aku buat semua alamatnya tak siap laaa masakan aku tu.. ate mama buat keje masak ni agak slow, tak pandai nak bersilat kat dapur, mama guna kaedah tai-chi je.. Sebiji limau.. dibelah dua... haahahaha..

Sekian..

Obat hai obat

Kan post sebelum ni aku cerita pasal anak-anak aku yang tak sihat tu kan... Korang tenogk la ubat yang diorang kena amik.. Gilaaaa banyakkk!!!

Aras ubat abang, bawah ubat untuk adik
Hakimi kalau bab bagi ubat cukup mudah, memang nganga je.. Janji sediakan air masak depan dia. Semua ubat memang dia selang dengan air masak kecuali tu ubat demam tu.. Tak payah suruh, memang dia mintak, lepas makan tak payah bilas tekak tu dengan air masak, memang dia suka..

Tapiiiiiii Haiqal ya ampunnnnnnn!!!! Susahnyaaaa nak bagi dia makan ubat.. Lari, nangis, tutup mulut, buang balik, muntah, apa yang dia tak buat? Culas ubat cam mama gak haihhhh!!!!

Bila anak muntahkan ubat, aku laa kena bebel dengan papa diorang, katanya bagi la sikit-sikit, 2 ke 3 dulu ke, lepas sejam baru bagi selebihnya.. Lahaiiii aku memang la bagi semua terus, tapi nak boleh ke habis suap semua ubat tu amik masa antara 15-30 minit gak weh.. Yela, picit sikit-skit kan..bukan sekali hadap terus aku picit semua masuk tekak si kenit ni..
Kusyuk tengok video clip 'Untuk dia" Lagu peberet dia
Tapi serius, tak sampai hati tengok anak sakit, aku sokmo doa, bagi je sakit diorang tu kat aku, aku dah beso takpe.. Tapi bila aku fikir, kalau dah bagi kat aku, sama je.. cam sekarang, aku still batuk batuk, bila dah aku batuk, tak ke nanti jangkit balik gak kat anak aku.. so, aku doakan moga anak-anak cepat sembuh je terus, tak payah transfer2 penyakit yang mudah berjangkit ni kan.. Tak sampai hati wehhh tengok sakit yang diorang alami.. sedih...

Bila anak demam, punch kad pun merah

Hari ni lambat lagi.. Kali ke 3 untuk bulan ni aje. Hebat sungguh... Tapi, kali ni bukan lewat yang sengaja, cam dua kali sebelum ni, silap sendiri sebab bangun lewat tapi kali ni...

Pukul 7.20 aku dah nak capai semua beg nak masukkan dalam kereta, tiba-tiba Kimi panggil, "Mama, kimi rasa nak muntah" Tak sempat aku nak angkat dia bawak masuk bilik air, dah muntah terus atas katil. Kena cadar, selimut, baju sekolah dia.

Great!! Baju sekolah ada 1 je, so kena basuh tempat yang kena muntah lepas tu iron bagi kering. Arrghhhh!!! Aku just lap je cadar yang kena muntah *baru je tukar cadar aduu*, amik selimut masuk dalam bilik air. Jirus muntah kat dalam bilik air, basuh baju yang kena kotor, terus iron. Siap semua tengok jam dah 7.30. Ok confirm akan lewat, tak payah laa ko nak tergesa-gesa bunga...

Hantar Eqal, pesan sepatah dua dengan pengasuh.. Eqal pun tak sihat.. Kahak terlalu banyak, ingat kalau tak ok gak nak gi bawak dia amik nab, klu tak tengahari, petang nanti. Ingat nak bawa pagi tadi, tapi pengasuh cakap biar dulu, sebab Eqal baru makan ubat, so dia nak tido dah tu. Kecian sangat sebab asal minum je muntah, kalau bagi susu badan je ok. Tapi susu badan dah tak banyak, kesian anak aku tu..

Hantar Kimi gi sekolah, cikgu dia tanya tak ok lagi ke, sebab ada sikit hingus kat hidung Kimi, haihhhh dah suruh lap, dia cakap takde tadi.. Katanya kesian kat Kimi sebab asyik bersin dalam kelas minggu lepas. Comel, cikgu dia yang ni, cakap pun sopan je. Tapi Kimi dah much better than last week. Batuk dah kurang, selsema pun takde la berair je.. Kadang-kadang je keluarnya cam pagi tadi sebab muntah.

So, sebab dah tau memang takkan sempat punch sebelum pukul 8, aku bawak kereta dengan tenang. Punch card pukul 8.14 pagi, selamba, lantak laaa.. nak kena surat ke ape, nak buat macam mana, benda tak boleh jangka..

Kalau ikutkan hati aku, nak je cuti, tapi tengokkan Haiqal ok, aktif je pagi tadi, demam pun malam je, tu pun still ada hati nak bangun, main dengan aku, cuma kahak dia jela membimbangkan.... Tambahan aku fikir, kalau laa ada benda lain yang lagi memerlukan cuti aku, baik aku simpan untuk standby. Tapi, kalau laa, pengasuh call cakap Eqal nampak teruk, aku memang EL or halfday jela hari ni. Anak lebih penting dari segalanya.

Please kawan-kawan, doakan anak aku cepat sembuhnya, 2 minggu dah kot aku tak cukup rehat, minggu lepas merawat si abang, minggu ni si adik.. Minggu depan papa pulak kena rawat mama gamaknya haaahahah...

Friday, January 25, 2013

Misi mencari susu & gedik bersama teruna

 Cuti Maulidur semalam masa dihabiskan kat rumah je.. Buat laundry sampai 3 kali mesin, lipat baju 2 bakul tu, tmasak untuk branch terus kikikiki, tukar cadar, ubah susun atur perabot bagai.. Anak-anak dok dalam bilik dengan hubby, nak sangat main PS2 kan, boleh... Jaga anak sekali haahahah... Haru biru sebab anak dok main tutup buka tv dia tu..

So lepas dah siap kemas, basuh dan jemur belaka, owh tugas jemur adalah tugas hubby, mandikan anak pun hubby sebab wife dia dah hampir tumbang sebab kepenatan, hubby ajak pergi Plaza Alam Sentral. Nak tunaikan janji dengan anak teruna, yela Android Momo dia tu pecah skrin, papa dia terpijak, ate elok beno bungkus dalam selimur, hubby pulak nak cepat, terpijak.. Padahal jarang benar dia nak semayang lalu atas katil, nak cepat bebenor la tu...

So pergi la PAS anto untuk repair, kos repair RM150 ke bawah.. ok la.. aku beli pun ari tu RM330 je momo tu.. Puas hati pakai, so repair jela.. Owh, semalam, ada akak tu nak beli android momo yang sama aku beli, tapi dia dah jual mahal erk, katanya RM380, dapat kurang RM350, padahal barang, install semua pun sama je.. ingat makin lama makin murah, rupanya makin mahal.. Sebbaik kami beli time promosi...

Lepas PAS, misi mencari stok susu anak bermula.. Anak-anak minum Dutch Lady, eh produk ni sokong Israel gak ker ek? Kalau sokong gak, aku memang tak boleh nak boikot la.. ater, tu je pun susu termurah dan ok untuk anak-anak aku..Nak tak nak terpaksa gak guna. Tapi MC D insyaallah, aku masih istiqomah hingga hari ni, walaupun kadang iman goyah, nak jer beli, drive thru, order bagai, tapi selalunya mesti dapat tentangan dari hubby la, takde kawan nak join la.. So alhamdulillah, masih berjaya memboikot..

So semalam kat tesco susu dutchlady Rm 19.98, carrafour 2 paket RM38.80, sepeket RM24 so murah dah tu, kat giant RM20 something, lupa.. so paling murah carrefour, rugi sungguh beli 2 paket je.. Kat giant yang paling mahal pulak hubby beli sampai 4 paket sebab tu destinasi pencarian terakhir.

So sementara tunggu papa masuk cari susu, kami bergambo laa.. aku tak mau ikot sebab perut tak selesa, lagipun Eqal tido..

Ni kat Carrefour

Kimi tak sempat menyelit

Kusyuk adik tido
 Kat Giant lak.. Eqal dah bangun sebab abang dia bising sangat

Layan perasaan

Ngintai ekkk miii

Adik amuk, abg gerak pulak..

Tomey
 Mesti nak ada gambar tengok belakang diorang ni.. ape tah yang nak tengok..
Eqal main tisu, kimi action sbb mama nak amik gambar
 Gambar kat Tesco takde, sebab aku pun dengan anak-anak sama naik pergi shopping.

Oyer, kat TESCO sebelah pusat akuatik tu ada buat jualan baju-baju dari Thailand.. Murah-murah ok... RM15-Rm35 sajok harga lepas tawar menawar.. Cantik-cantik, peplum dia pun baru RM25 untuk baju je.. Aku sambar seluar yang beso cam pakai kain tu dengan baju nak gi Langkawi nanti yey!!!

Wednesday, January 23, 2013

Nasi Kukus Seksyen 7, Belakang Unisel

Tengahari tadi gigih pergi Seksyen 7 nun.. Ajak drebar bos hantarkan ekekekek... Pergi berdua dengan mak yong ct..

Nur di wajah pucat kami haahah..
 Pergi ke seksyen 7 tu semata-mata nak makan nasi kukus beratur. Bulan lepas kan ada makan nasi arab, pastu masa tengah tunggu makanan tu nampak orang beratur nak beli nasi kukus, so teruja nak tau tahap sedapnya nasi kukus tu.
Nasi kukus ayam berempah
Rasa dia ok la.. boleh tahan.. tapi sebab aku penah rasa nasi yang lagi sedap so ni kira bukanlah yang terbaik pernah aku makan.. gituuu kekdahnya hahaah...

Tapiiii, ayam dia adalah besar, lembut, empuk gituuuu.. Tak mcam sesetengah ayam, bila amik part kepak tu mesti keras kejung kan, yang ni tak, isi dia memang lembut.. Aku siap terbaring-baring penat nak habiskan nasi dengan ayam tu.. Sudahnya ayam je tinggal tulang, nasi tak abis aaahaahah...

So nak rasa boleh la ke food court seksyen 7, belakang UNISEL. Harga dia RM6 sahaja.. Agak mahal? Baloi laa dengan kebesaran ayam dia.. lagipun nasi aku ni di sponser so apadehal hahaahah...

Demam batuk selsema bergabung, meletop

Susah hati.. Anak teruna sulung tak sihat.. Nak ambik cuti kecemasan kang takut bos bising.. Sebab Isnin baru ni odeli dah amik cuti kecemasan, dia tanya, EL lagi? Ermnn so boleh agak la dia tak kenan EL, EL ni..

Tunggu panggilan dari sekolah je ni.. Aku dah bagitau cikgu dia, kalau nampak dia teruk sangat demam call aku, aku balik..

Sebenarnya si Kimi baru baik dari batuk dan selsema 2 minggu lepas, then lepas dia jalan-jalan dengan keluarga angkat dia baru ni, maybe dia ada makan benda sejuk like aiskrim or air sejuk dan tido pasang aircond so batuk dan selsema yang baru pulih tu datang balik. Biasa la antibodi budak bukan kuat mana pun kan..

Semalam cikgu cakap muntah kat sekolah. Malam tu lepas makan ubat, minum susu, muntah jugak.. Kesian aku kat anak sulung aku tu.. Dia kalau tak sihat, mendadak terus la badan menyusut...

Pagi tadi, aku cek suhu dengan tangan je rasa cam dedar, terus bagi ubat demam... Semalam aja ada 5 ubat doktor kasik, selsema, batuk, kahak, antibiotik & demam. Sukatan pulak dah 5 ml.. Kesian aku tengok anak kena paksa telan macam-macam jenis ubat.

Yang batuk dan selsema 2 minggu sebelum tu aku tak bagi ubat, cuma bagi dia telan madu dan untuk selsema aku sapukan air dari kunyi hidup, aku sagat kat lesung batu tu. Mujarab gila, 2,3 hari dah kering selsema dan batuk. Cuma kali ni aku terus ajak hubby cari ubat sebab risau, penyakit yang sama bertandang kan.

Harap-harap Kimi ok, kerja sekolah teacher bagi pun dia tak siapkan sebab tidur awal malam tadi, penangan ubat kan.. Harap teacher bagi dia rehat je kat sekolah tu..  Sebbaik esok cuti.. boleh laa aku jaga dia dengan tenang...

Tuesday, January 22, 2013

Cerita

Cerita 1:
Aku jalan berlenggang kangkung dari bilik menuju ke toilet ofis.. Tiba-tiba ada aunty cina yang ada kes depan bos aku tanya,

"Awak tinggal sini ya?"
"Sori, apa?"
"Awak tinggal sini?"

Erk!!! Hanya disebabkan aku jalan ke toilet dengan berselipar jepun dan membawa berus gigi, ubat gigi & pencuci muka, dia cakap aku tinggal kat ofis ni.. Aiyarrkk Aunty, adakah ai kelihatan begitu selekeh sehingga terpaksa tinggal di pejabat? Aiyaaa...



Cerita 2:
Semalam keluar makan tengahari dengan hubby. Hubby tunggu aku bebetul depan tangga lobi, kebetulan aku turun lif dengan kawan-kawan ofis.

Balik dari makan tu member usik.. Amboi romantiknya, suami siap tunggu depan tangga..

Aku tercengang sebab tak terfikir tu salah satu cabang romantik. Romantik ke camtu erk? Hahahahaahh...



Cerita 3:
Lagi 15 minit nak rehat, member call ajak dengar ceramah Maulidur Rasul. Disebabkan rohani aku dah lama tak diisi dengan ilmu keagamaan so, nak join la lagipun habis sebelum pukul 2, dalam 1.45 camtu.

Sekali ustaz tu terlewat sampai pukul 2.05petang. Masuk ofis pukul 2.20 sebab gi tapau kat kantin kejap. Rupanya bos cari, kata office mate aku.. siap tanya kenapa tak minta kebenaran dia untuk pegi dengar ceramah.. Aduuu mana nak tau habis lambat, lagipun time rehat, takkan apa aku buat masa rehat nak kena bagitahu, kebetulan ceramah tu habis lambat.. Itu pun turun dari tingkat 5 guna tangga, lepas tu beli nasi ayam je, simple tak nak amik masa lama kan..

Sekarang otak tengah merangka ayat-ayat simpati, abis kes dia ni kena laa mengadap dia bagitau sebab kenapa tak boleh masuk pukul 2 ke pejabat.. Errr doakan mood bos aku ok erk.. Biasa klu kes dari pagi sampai petang ni, mood dia berangin sikit.. Hohoho..

Monday, January 21, 2013

Taklimat Ibu Bapa laaa sangat

Semalam, ada taklimat sekolah Hakimi tu untuk ibu bapa.. Aku ni punya la semangat bangun pagi nak dengar apa aktiviti atau perancangan yang pihak sekolah sediakan.

Aku cuma pergi dengan Haiqal, hubby ada game bola sepak pantai, dia wakil taman kami, Hakimi pulak pengasuh lama dia pinjam katanya nak bawak Kimi jalan, dah lama tak jumpa..

Start katanya pukul 9, so dalam 9.05 pagi aku dah sampai la.. Punya la rushing takut aku terpaling lewat. Sekali aku sampai baru berapa kerat dalam dewan tu. Alahai.. dah la dewan punyaaa panas, takde ekon, kipas sedia ada pulak rosak.. Bermandi peluh dalam tu.

Mula-mula sampai Eqal behave la lagi.. lepas setengah jam tak start gak lagi majlis dia dah start buat onar. Aku ni tak habis-habis tengok jam. Sakit gak hati aku.. Kata private school, tapi majlis tak tersusun. Cakap mula pukul 9 tapi 9.30 tak strat lagi. Pukul 9.45 baru start, panggil la tukang baca doa, eh biasa majlis tukang baca doa baca doa je kan, eh tak, dia pun sama naik nak bagi ucapan. Ko baca doa je boleh tak? Aku rimas sebab Haiqal dah meronta-ronta tak nak duduk, nak jalan.
Dah start main panjat-panjat kerusi.. Masa ni dah 20 minit menunggu..

Baru start ucapan dari pengerusi ke apa tah.. tak boleh nak fokus
Lepas ucapan pembuka ni aku ingat terus la dia bagi taklimat kan. Eh tak... Dia jemput pulak sapa tah bagi ceramah motivasi. Yang bestnya masa tu baru laaa nak bagi slide presentation dia kat urusetia bagai. Hailaaa.. aku dah dengar sokseksoksek dah dari kiri kanan cakap urusetia tak prepare la, baru nak buat la..

Ok fine, dengar la pakcik tu bagi ceramah.. Tapi aku tak dapat pun apa yang dia cuba sampaikan sebab anak aku dah ke sana sini jalan. Buat aku terus takde mood. Yang lagi buat mood aku spoil pakcik yang bagi ceramah tu boleh pulak karaoke sampai habis 1 lagi Berkorban Apa Saja, cuma dia tukar sikit-sikit lirik cam yang aku ingat mula-mula tu.. Berkorban apa saja, harta ataupun masa... blabalablaaa....

Hello pakcik, ingat kami datang nak dengar pakcik nyanyi ke, kalau setakat 1 rangkap ok lagi la, kira cam ceriakan suasana. Tapi kalau sampai habis 1 lagu pakcik nyanyi, kami yang tercongok kat bawah ni, dengan ada yang bawa baby, ada anak yang lari sana sini *termasuk anak aku*, dengan ada yang anak meraung menangis, dengan panas, tak selesanya.

Aku tak tunggu lama, aku kasik can dia ceramah 15 minit je, tak sampai masuk ke otak apa yang dia sampaikan sebab aku dah kat luar dewan kejar Eqal, dengan perut lapar sebab belum makan. Pukul 10.30 pagi aku cabut. Sebbaik kereta kancil tu block kereta depan aku, bukan kereta aku. Kalau tak memang tak boleh keluar laa aku.

Balik rumah, masak nasi, goreng ayam.. Fuhhhh lega.. kenyang perut aku & Haiqal..

Pastu teringat cakap jiran-jiran sehari sebelum.. "Ko tak payah pegi laa bunga.. Takde apa pun.. Dah la pengurusan tak teratur, lama, tahun lepas aku pun cabut awal.."

Ermnn.. dah anak pertama yang masuk sekolah, aku nak gak tau apa intipati, apa hala tuju, apa program dia.. Agenda taklimat pun aku tak dapat.. ermnn.. so balik ni aku nak tanya je pada teacher Kimi tu, apa pengisian semalam.. Aku cuma nak bagi alasan, ada kecemasan kat rumah.. Haah memang cemas pun, aku dan anak aku lapar, pastu anak aku dah amuk-amuk sebab panas dan aku tak larat nak kejar dia sana sini.. malu kat ibu bapa orang lain asiknya anak aku gi jalan-jalan depan depa, tepi depa, korek lubang pada lantai simen tu, buat aksi menonggeng, buat cubaan amik botol air dalam stroller baby ibu lain.. Arrgghhh!!!

So, jom balik Eqal, tu la kesimpulan semalam.

Eqal.. Eqal... makinnnnnnnn ligatttttt



Friday, January 18, 2013

Ana bukan nak susu tapi ana nak kencin laa

Accchuummmm!!! Sroootttt!!! Achhummm!!! Beginilah nasib diriku yang sakit, selsemaaaa.. tak boleh bersenang senang.. Huwaaa..

Dah 2 hari ni selsema.. nasib laa anak tak jangkit balik.. Aku amik penyakit depa, jangan depa amik balik penyakit aku dah la.. Aku sakit takpe, anak sakit susah... Depa kecik lagi kan...

Mood ari ni down gile. Dengan tak cukup tidonya, dengan aircond kat sini gila-gila sejuknya lagi.. Badan aku dah tahap menggeletar ni. Nyesal pulak tak pegi klinik mintak ubat dan mc.. Bab tak cukup tido sebab malam tadi...

Pukul 2.30 pagi, Hakimi kejutkan aku mintak susu. Ingatkan mengigau rupanya tak.. Aku pun dengan kepala tingtong sebab sebelum tido dah makan ubat selsema gerak ke dapur buatkan susu. Eqal bangun mintak susu ok lagi sebab sua je susu ibu, yang ni terpaksa la menapak.

Alih-alih aku tengok si Kimi ngikut aku dari belakang. Bancuh susu pun sambil buka mata kecik-kecik je. Belum pun sempat susu nak siap, Kimi cemas, mama, mama nak kencing katanya. Aku terus la suruh dia buka seluar masuk bilik air. Sekali, baru separuh cubaan menanggalkan seluar, dengan seluar kat kaki lagi, dia cakap.. "Ala mama, dah kencing dah.. tak sempat". Aku jerit la.. kenapa tak pegi bilik air??????? Bukan sikit dia kencing, banyak weh.. Kalau setakat yang tak tertahan je keluar ok, ni dia kosongkan terus pundi kencing dia.

 Rupanya dia bangun tengah malam tu lebih kepada nak kencing bukan nak susu pun.. sebab dah sampai dapur terus tak tahan.. Hailaaa anakkkkk... Paling terbaik, elok-elok dia pancut tu atas karpet dapur. Dok tengah-tengah pulak tu, so kena 2 karpet sekaligus.. Bertukar jadi raksasa la mama dia malam tadi. Mulut pot pet siap cakap suruh tido luar.. terus dia melalak pagi-pagi buta tu.

Tak pasal aku kena basuh karpet dan cuci lantai pagi-pagi buta. Aku siap basuh semua tu tengok jam dah pukul 3 pagi. Arrrghhhhhh!!!

Tengok muka hubby, amboiii bahagia yer bang tidooo macamkan takde ape berlaku.. Aku tanya pagi tadi tau tak ape jadi time dia tido tu, boleh pulak dia cakap tak sedar pun apa berlaku. Haihhhhhhh!!! Tido mati ke bang?

Thursday, January 17, 2013

Manjakah?

Achoommnnn.. achooomnnnnn!!!!!!

Adui, dari malam tadi asyik bersin je. Tak larat weh.. Petang semalam dah rasa dedar dah badan aku ni. Hubby suruh masak pun aku ajak dia masak sama. Aku sedia bahan & bagi arahan je, hubby yang kacau masuk itu ini semua. Tapi sedap pulak aku rasa masakan dia, tempe masak sambal. Siap ada ikan bilis & kentang lagi. Sayur kobis masak telur dia pun boleh tahan, walaupun dia potong kobis tu boleh tahan la besarnya ahaahahah... Leh la masak lagi lepas ni khennn... ^_^

Kelakar betul pagi tadi, suara aku garau kot hari ni, tak merdu cam biasa. Ada akak dari Pejabat Lembaga Profession Kelayakan Undang-undang call, bila aku sebut nama aku bunga dia terkejut. "Kenapa suara tak manja macam biasa ni? Betul ke bunga ni?" Alamak, garau beno la tu sebab dia pun boleh tak cam suara aku. Errr tapi, manja ke suara aku ni? Ehemn..ehemnn.. *blushing*

Errr.. tapi, hubby tu pun terpikat kat aku dulu pun sebab suara, aku je kenal camne muka dia, dia tak tau lagi mana satu pempuan yang dia terangau siang malam tu.. Muahahahah... sebbaik bila dah jumpa dia cakap orangnya semanja, semerdu suaranya eceh.. Ayat orang bercinta yerrr kikikik..

Nanti ada masa nak tepek citer cinta kami laa.. Ada yang menyampah, takpe, tak kisah.. ni untuk aku buat kenangan hari tua or kenangan untuk anak cucu kami nanti hihiihi..

Ok, nak main game! Byeeeee!!!

Wednesday, January 16, 2013

Mee Sup versi mak aku

Hai tawan-tawan... buat ape? Sebok ke? Ermnn.. aku je kot yang tak sibok, tapi suka buat-buat macam sibuk hahaahh..

Dah makan tengahari? Aku minum oit je untuk lunch, pagi tadi aku dah makan mee sup, bawak bekal dari rumah.. Dah cukup berat dah tu.

Semalam anak sulong request nak makan mee sup mama buat. Sejak dah bersekolah ni makin pandai order makan ikut tekak dia, kalau tak, asiknya mama nak bubur dengan kicap, mama nak nasik dengan kicap. Kalau ada lauk tambahan dia nak pun ayam sikit, telur goreng hancur ke.. Sayur tolak tepi, takmo.. Sebbaik still minum susu, ada gak khasiat amik dari situ.

So, tayang mee sikit...


Tak baut pedas sebab Kimi nak makan kan. Berbaloi masak untuk dia sebab 3,4 kali tambah. Papa dia balik pun mintak lagi.. Sedap mama masak katanya kehkhe.. Tak sedap pada tekak orang lain, tapi sedap di tekak anak sendiri pun dah cukup membanggakan aku haahah..

Hubby tengah on diet, so aku tambah telur sebiji pastu bagi dia hirup sup dengan bahan-bahan dalam mee sup tu. Mee dia tak nak.. Laki je diet, bini bila ntah aahahaha...

Tuesday, January 15, 2013

Hasil tangan Kimi ~ Kolaj

Semalam, aku sampai je kat sekolah Kimi, tengok cikgu dia tengah kelam kabut cari kasut Kimi. Pastu Kimi datang kat aku lari-lari tanpa kasut.. haihhh gitu sokmo budak sorang ni, tak sabo-sabo nak peluk mama.

Datang cikgu beso dia tanya Kimi, mana kolaj Kimi? Tunjuk kat mama. Datang cikgu kecik pulak cakap, dia dah renyuk2 letak dalam poket seluar... tak sempat nak lipat, laju sangat dia simpan.

Bila aku mintak tunjuk, dengan bangga dia kuarkan kertas yang dah direnyuk dari poket seluar dia cakap, mama Kimi buat kolah. Aku dah blur ape tah kolaj tu hahaha.. lama dah tinggal sekolah la katakan..

Rupanye mendalah ni dipanggil kolaj..

Kolaj dah renyuk dalam poket haahh..
 Ololoooo comel sungguh hasil kerja tangan anak mama ni ha.. Elok tampal dalam gambar epal tu, takde terkeluar.

Pastu, sepanjang dalam kereta exited la cerita dia koyak-koyak kertas tu, pastu guna gam tampal bagai.. Ermnn.. tak sia-sia laa aku sekolahkan dia seawal 4 tahun ni ha... Sebab dia nampak berminat betul untuk belajar.. Harap-harap konsisten la yer nak..


Ni gambar pagi tadi.. Tetiap hari dia galas beg ni la.. Baju dengan susu je kat dalam beg tu. Buku sekolah belum lagi. Habis bulan ni rasanya baru diorang start belajar.. buku pun tak dapat lagi.. Dah start belajar nanti 2 beg la aku kena usung setiap pagi.. Sebbaik cikgu dia jemput sampai ke kereta.. pagi-pagi kan aku selalu lewat nak gi kerja.

Yelah, layan si adik yang nak tengok tv dulu klu tak memang habis dikerjakan rumah tu. Kimi yang nak minum susu dulu sebelum gi sekolah. Cuma aku bersyukur sangat, Kimi ni senang sangat nak dikejutkan dan mandi, tak banyak songeh, ikot tanpa bantahan. Cuma klu ngantuk sangat, lepas mandi dia sambung tido sementara aku bersiap.. tak pun dok depan tv layan Disney Channel.. Sebbaik ko wujud channel disney, takde laa aku pening nak aturkan anak aku suruh dok diam pepagi hihhihi..

Eh, anak korang yang sekolah, senang tak nak kejutkan dia bangun pagi, dah start belajar ke? Seronok kan dengar cerita anak2 kat sekolah.. Ni petang ni ntah ape pulak cerita dia..

p/s: Hari-hari ngadu kat aku kawan dia sebut perkataan bodoh.. Haihhhhh... Sebbaik aku dah ajar anak aku yang tak baik sebut bodoh, Allah marah.. tu jela yang dia cakap kat kawan dia bila kawan dia sebut bodoh.. Ermnnn tah ape lagi perkataan baru dapat kat anak aku nanti tah...

Monday, January 14, 2013

Mahkamah dibom?

Baru je naik balik ofis ni ha... Kecoh sungguh rasa pagi ni..

Sampai ofis je, tiga-tiga lif tak berfungsi, so menapak naik ke tingkat 5. Sampai bilik, elektrik pulak takde... Padan la bilik staff lain gelap gulita je. Kepanasan dengan air-cond nye takde lagi, kocoh2, basuh mug bos, tuang air. Eh padan la tak panas, letrik takde..

Tak jadi diet sebab tak boleh buat oat tanpa air panas, so menapak lagi turun tangga beli sarapan pagi. Naik je ofis, elektrik dah ada, cuma air-cond belum berfungsi. Duduk lepak makan bihun sup beli tadi, masuk rakan se ofis cerita pasal ada bom kat sini. Belum sempat ulas panjang, keluar pengumuman suruh kosongkan bangunan, kelam kabut laa..

Bagitau bos, pastu capai purse, hp dengan kunci bilik. Dah nak turun tangga tengok kawan-kawan semua bawak handbag... fikir-fikir cam takde apa penting dalam beg tu, eh, kunci kete.. Naik balik tangga berlari ambil handbag. Aduu..

Turun je cari kengkawan.. Dah la 2 kawan rapat aku takde.. Sorang cuti jaga anak tak sihat, sorang lagi MC sebab cirit. Sebbaik aku ternampak kawan lain yang boleh ngam la kepala gak.. So lepak sekali. Dalam hati meronta-ronta nak amik gambar, tapi segan takut nanti orang cakap hulu benor skit2 nak amik gambo hahahah...

Tapi sebab nak up kat blog tanpa gambar adalah tak syok, maka aku snap kat mana yang tercapai. Ate duduk bawah bukit, nak amik gambar tempat yang ramai orang atas bukit nun, so tak dapek gak la nak tunjuk situasi tadi.

Atas sana penuh orang.. tak faham aku.. klu betul la ada bom pastu meletop, agak-agak selamat tak orang yang duduk bawah bangunan tu?

Barisan peguam yang setia tunggu.. Kebanyakan dah lari gi minum kat tempat lain

So ada la sejam lebih dok kat bawah.. Ke tak sampai ek? Kira cekap la polis dan ahli bom tu buat keje sebab sebelum ni, pukul 11 lebih baru masing-masing dibenarkan naik ofis.

Tapi yang kelakar pengumuman tu katanya, mintak kita cek kat tempat masing-masing, kalau ada sesuatu yang nampak lain, terus hubungi pihak diorang. Kita pulak kena jadi detektif haahaha...

Yang pasti, panggilan bom ni mesti dibuat bila kes Sosila nak jalan.. macam nak lengahkan kes selesai kot.. Entah la aku pun tak pasti..  Yang pasti syukur sebab kami semua selamat.. ermnn setakat ni..

Soal bom jumpa atau tak, tak pasti.. Tapi ada cakap-cakap mengatakan memang ada bom sebab tu cepat je selesai, cam kes dulu bom takde.. so diorang cari betul-betul sebab tu lambat selesai..

Harap-harap siapa yang punya keje ni fikir la banyak kali.. banyak nyawa yang perlu korang fikir kalau nak buat menda camni.. Ada yang ada anak kecik cam aku, ada yang hanya dia tempat keluarga bergantung, ada yang baru beli kereta ada yang ahhh macam-macam la.. Bayangkan kalau korang bom tempat kami mencari rezeki ni.. kesian pada keluarga kami ni.. Ada anak yang tak beribu bapa, ada yang takde suami or isteri, ada yang takde ibu bapa.. Macam-macam.. So think before act!!

Friday, January 11, 2013

Cemerlang di rumah, cemerlang di pejabat..

Cerita basi Disember 2012, tapi nak tepek gak kat sini, dulik hahahaha...

Pergi dengar seminar motivasi oleh.. errr Prof. Hushim kalau tak silap.. penceramah yang agak popular dan best. Tajuk seminar tu "Cemerlang di Rumah, Cemerlang di Pejabat". Sebab nak cukupkan kursus, pergi jela dengar walaupun seminar tu buat hari Sabtu. Itu pun puas mujuk hubby cakap nak pergi hihiihhi...

Antara sebab nak pergi gak sebab kengkawan aku dak Kashah & dak Ct pun pergi gak. So ada kawan la kan.. Ok tepek gambar sudaa yer..
Masa ni konon tengah diet, tapi sebab gi seminar ni gak terus hancus diet aku huh~
Ni adik yong, boleh pulak ada yang tertukar aku dengan dak Ct ni.. tudung warna lebih kurang kot.. tapi tinggi lainn.. haahah...
Tu kuih talam dia, aku yang sapu, tak cukup 1 sebab sedap sangat haahhah...
Me & kash... Ramai komen dah cabi mek ni.. tapi ok la cabi, tak la abe peluk rasa tulang, komen aku hahaahah... Eh!
Seminar kat Shah Alam Convention Centre tu ha... First time masuk, wahhh not bad tempat dia... Surau pun selesa, tandas pun selesa.

Lunch yang ditunggu-tunggu. Best okeh.. Lauk semenyaaa superb. Ada ketam goreng butter, ikan ape ek.. ayam, udang, sayur.. alaa... gambar makanan dia aku tak upload kat fb... yerla masa tu bawak hp hubby gi sana. Tapi setappppp!!

Lichinnn makanan tu kami kerjakan.. tu pun ketam siap cilok dari meja sebelah, tak cukup muahahahah..

 Orang dengar ceramah, kami sibuk ber'fb', ber 'sms' dan ber'bb', apo laie bergambo hahahaha.. 


Lepas dah salam2 ucap babai...
Apa yang best pasal seminar ni? Seminar ni buat pada 8 Disember, 9 Disember pulak birthday aku dan sorang lagi budak India. So diorang ramai-ramai pakat nyanyi atau lebih elok cakap doakan Allah selamatkan aku. So berapa banyak doa aku dapat untuk hari tu aje.. Aminnn terima kasih.. Aii sangat terharu.

Tapi part yang lawak adalah.. aku kan baru lagi kat ofis ni, so tak ramai yang kenal aku.. yerla masa masuk dulu dengan perut ke depan, pipi kembung, 7 bulan bawak budak kan.. So adala yang siap usik2 nak kenenkan dengan itu ini.. Sekali akak ofis sebelah bocor rahsia, dia cakap kuat2, oiii bini orang tu, anak 2 dah pun. Ekekekeke.. lawak okeh!!!

Ni pun post entry ni lambat sebab tunggu gambar kuar kat portal ofis, tapi hampeh, tak kuar pun.. Penat aku pose sebelah Prof tu.. Haiyaaaaa...

Sebab tempat baru atau sebab bosnya?

Aku baru je dapat markah Penilaian Prestasi aku untuk tahun 2012. Agak mendapat kejutan budaya aku kat situ.

Masuk bilik je bos aku cakap nak bincang pasal Penilaian Prestasi. Dia tanya aku takde anggotai mana-mana kelab or persatuan ke? Aku macam, adeii camne erk.. Tak sure kat ofis aku ni aku ahli ke tak sebab tak pernah bayar yuran, tak pernah libatkan diri dalam aktiviti sukan. Rupanya kat situ aje dah 10 markah.

Lepas tu dia tunjuk la satu2 markah yang dia bagi.. ada 8, ada 9 ada 7.. Dia explain kenapa bagi banyak tu bagai, paling kerap dia cakap sebab aku kurang English.. Lorrr cer bos cuba speaking dengan saya, insyaallah saya boleh je nak reply. Memang la tak guna perkataan bombastik cam bos, tapi at least boleh faham dan balas, tapi dah tak pernah try, camne nak tau kurang ke lebih..*walaupun memang kureng pun muaahahahah*

Lepas tu ajak aku kira dengan dia, katanya dia bab-bab matematik ni kurang.. Eh, nak nilai bos pulak la boleh, ada 2 dah kelemahan bos bagitau kat saya ni, satu matematik, lagi 1.. ok tak bagus reveal kat sini sebab kang mengaibkan dia pulak kan hahaah..

So kira laa... sekali congak, amik ko dapat 75 je. What??? Aku yang kat ofis lama asiknya dapat 90 ke atas sejak 7 tahun kerja dapat 75 pada tahun ke 8 kerja? Teruk beno ke ko kerja kat tempat baru bunga??? Aku tak puas hati.. sebab aku rasa aku deserve more than that amount.

So dengan rendah hati aku cakap kat bos, yang nilai tu terlalu rendah kalau nak dibandingkan dengan markah aku bagi tahun lepas-lepas.. Sebab mesti orang akan pertikaikan daripada 90 ke atas markah dan pada tahun ke 3 dah dapat APC, tentiba tahun ke 8 pindah ke ofis baru terus down to 75. So mintak dia at least 80 sebab bawah 80 tu macam teruk sangat performance aku. Dia cakap, yeke Ros, but you are not bad at all. Kerja you ok.. Ok, kita kira balik yer.. Haaa tu yang aku nak dengar tu.

Tambah sana sini, pasti bahagian kegiatan tu aku tambah sebagai ahli kat Persatuan Taman aku tu so congak tambah situ sini dapat la 81.6. Better than 70+ kan. Mekaceh bos. Ok la.. at least takde la drop gila dari 90+ ke 70+ kan.

Dan, nasib baik laa dia nak kira dengan aku, kalau dia isi je markah pastu bagi kat ketua pentadbir, tak ke sesia aku.. Memang la markah untuk anjak gaji 50 ke atas *tu pun bos yang bagitau, kalau tak aku pun tak tau* tapi at least takde la teruk sangat.. Tiba-tiba rindu kat bos lama.. baik gila bos2 aku tu, sempoi pulak tu belaka..Dok JKR dah 3 bos aku jaga dan semua bagi markah 90+ kat aku. Miss u boshhhh!! Terror kerja ke pandai bodek tu hahahaha... Tapi memang komited kot keje lama semua pun buat.. ape je aku tak buat, air, kemas bilik, order makanan, ajk itu ini, personal bos, minit meeting dari awal, pra, post semua aku yang sediakan. Kalau ada tanah runtuh, sama naik aku kena gi keje even time tu 1st hari raya.. Yerrr tak tipu, aku sempat jamah juadah raya je laki bini, lepas tu pecut dari Perak ke KL sebab bos call suruh datang ofis, emergency, tanah runtuh. Dan lain-lain kerja setiausaha la kan.. Tapi alhamdulillah bos pandang jasa tu.

Ni bos kat sini ni.. Dia dulu lecturer, so memang pemarkahan dia agak skema. Bekas pelajar dia sendiri pernah bagitau susah nak dapat markah dari bos aku ni.. Aku tengok dia semak kertas jawapan bila kadang-kadang dia dijemput jadi pemeriksa pun, lahai.. semua pun tak penah dapat 80 ke atas.. Kebanyakan dapat 60 ke bawah.. yang dapat 20, 30 markah pun ada ok.. Tak tipu..

So, mungkin sebab tu la markah aku sikit tahun ni.. So, dia nak aku bagus dalam BI kan, meh sini jadual kursus aku nak pergi kursus BI nih haahahahaha...


Thursday, January 10, 2013

Mintak tolong deco

Dulu masa masuk rumah aku tu, apa pun tak siap. Kami pasang keperluan asas je macam grill, lampu, kipas, ekon. Kabinet dapur, wardrobe, ceiling plaster ke ape ke semua pun tarak.

Tapi, sekarang... bila tengok rumah tu... aku teringin nak hias, nak deco.. Korang ada tak contoh blog atau post korang sendiri yang deco-deco rumah.. Nak link... Tapi deco-deco untuk rumah teres setingkat jela yer..

Seronok tengok rumah orang lawa-lawa. Bila tengok macam terinspirasi gitu, tapi bila balik, nak apply kat rumah sendiri terus tak pandai hahaahah... acanerrr tu...

Ok, post diakhiri dengan anak bujang aku yang semakin ligat, semakin suka manjat, semakin buat jantung mama dia ni stop sekejap.. Lagi banyak cite, lagi panjang akal dari abang dia masa kecik dulu...

EQALLLLLLLL!! Haaaa panjat laa tinggi skit lagi.. lepas ni senang panjat pokok kelapa, amikkan kelapa muda untuk mama kekdahnya yerrrrr!!!!
Agaknya memang betul kata orang, 2 pusar kat kepala, anak banyak akalnya.. Aduuuu. sekian..

Tok Gajah vs Harimau Selatan

Selamat pagi yang hampir masuk waktu tengahari uolls. Lambat sikit bersiaran pagi ni, ada keroje, ate kena la dulukan mana yang penting kan..

Semalam tentiba takde internet kat ofis ni. Saje tau dengki, Selasa dia kasik open semua, facebook boleh, youtube boleh, pastu Rabunya dia tutup pulak server tak kasik buka apa pun haahah... Dan hari ni macam biasa la, web-web terlarang tak boleh buka balik.

Tapi kadang-kadang aku hairan gak.. Kerajaan dok pompang pompang suruh like Jabatan itu ini, follow Facebook, tweeter bagai, tapi kat ofis, depa block.. Apa guna follow or like semua tu, tak boleh guna gak kan. Kalau kita buka facebook pun, bukan la mengadap benda tu 24 jam. Sekadar buka untuk tengok jika ada info baru atau penting tu je. Aku la.. orang lain aku tak tau.. Aku cepat bosan dengan FB.. Time ada isu hangat cam kondem pengadil bola sepak suzuki AFF ari tu ok, memang syok buka FB, selain tu... Tak syok sangat la.. Boring!! Errr sebab dah kawin kot... hahaah cer  belum kawin, mesti tu medium perhubungan paling aku suka kehkeh..

Ok, stop bab kondem itu ini. Nak cakap pasal kejayaan pasukan bola sepak Pahang, yey!!!! Ahhh, tak kisah la aku lambat buat post pasal kejayaan tu pun tak kira, semangat tinggi ni nak citer gak skit hahaahah.. Tak sangka Tok Gajah menang.. Suka gila aku.. Yela, ingatkan kena makan sebab pemain Johor DT tu banyak star kan. Pulak tu ketinggalan 2 gol dari pasukan pelawat. Tapi kebangkitan Pahang sampai dapat sumbat 3 gol memang terbaik!! Suka suka sukaaaa!!!

Ada yang kata perlawanan Pahang dengan Johor ni ibarat Gambang Water Park tu vs Lego Land. Tak kurang yang cakap umpama Ikan patin vs Nasi Ambang.. Hahaha.. comel kan, macam-macam perumpamaan pulak depa buat.

Dan, ada cakap-cakap mengatakan mungkin baru game pertama, pasukan Johor tu belum serasi, sebab gandingan baru kan, lepas ni mesti Johor DT akan tunjukkan permainan sebenar diorang.. Tak kisah la apa komen orang, yang pasti aku tengok tahap permainan skuad Tok Gajah best! Gol kedua paling awesome! Weewitttt!! Terbaik mu Fauzi Roslan, dapat lepasi bukan sorang tapi errr 4,5 orang gak aku rasa pertahanan pemain Johor DT masa tu untuk gol awesome tu.

Permulaan yang bagus dari skuad Tok Gajah buat aku bersemangat untuk tengok liga tahun ni.. Esok Johor DT lawan Perak pulak.. Harus la kena sokong perak kan.. Ari tu hubby dah sokong Pahang untuk aku haahah....

Apapun, tahniah skuad Tok Gajah.. Sebagai anak Pahang, I'm rproud of you!!!! XOXO.. eh tentiba, ingat FB or Tweeter ke? Haahahh

Tuesday, January 8, 2013

Kes pecah rumah datang lagi

Hariku harus dipenuhi dengan kerisauanku sayangku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan ketakutanku uuu..
Alangkah indah jika dunia ni tiada pencuri di tamanku
Berikan kami hanya tenang hanya ketenangan papapararappapa...

Risau weh... Malam tadi hubby balik lewat, sebab kena set up video, audio untuk video conference ofis dia esok. Aku pulak kepenatan so, pukul 8.30 dah ajak anak-anak tidur, tidur dengan keterpaksaan anak-anak malam tadi sebab mama lembik cam ke ape, tak larat nak masak, nak layan.

Tiba-tiba aku terjaga cam ada yang kejutkan. Tengok jam pukul 12. Bangun, tengok ada cahaya lampu motor, eh hubby baru balik? Ingat nak baring balik, tiba-tiba terdengar bunyi hubby start kereta. Eh apahal pulak, nak lari dari rumah ke suami aku ni.. ape pulak salah aku ni?

Bingkas bangun ke pintu, dia nampak aku, aku buat isyarat, tanya nak ke mana, dia pandang aku, diam je, muka serius. Weiii apsal ni, aku ada buat salah ke? Owh, rupanya dia nak masukkan kereta dalam tempat parking dalam rumah.

Masuk je dia tanya, "Tidur ke? Abang bagi sms tak balas".  Rupanya dia dah balik pukul 11.30, then tengok ada meeting kat pondok taman. Ketua kampung bagitau Kampung tu sekarang tak aman. Ada kes pecah rumah dan curi kereta. Kereta yang diorang aim wira aerobek pulak tu. Woooo.. padanlaa hubby masukkan terus kereta kat dalam.

Sebelum ni memang park kereta kat dalam, tapi sebab ada ampaian kain dan nak selesa kitorang letak kereta kat luar. Huiii bahaya... Rumah ketua kampung aje dah 3 kali kena pecah masuk, kereta sebiji hilang. Taman sebelah depan 2 biji rumah kena pecah, taman lagi sebelah 2,3 biji kereta juga kena curi dan gak pecah cermin ambil barang dalam kereta.

Risau weh.. apsal laa manusia ni hati kering sangat, tak takut dose, tak fikir susah orang lain? Nasib la taman aku ni cam ok skit, diorang meeting semalam cakap nak buat rukun tetangga. 4 orang berjaga setiap hari malam sampai ke pagi.. So takde la risau sangat. Cuma bila turn hubby kena bertugas kesian la sebab dia kan keje kat KL, tidur sejam 2 je lepas tu gegas nak kena gi keje.. Ermn...

Ya Allah, selamatkan la kami semua daripada menjadi mangsa manusia yang pentingkan diri sendiri dan mengaut untung atas kesengsaraan orang lain ni. Harap-harap hubby tak pergi mana-mana untuk outstation 2,3 bulan mendatang ni.. Takut...

Monday, January 7, 2013

Reaksi lepas sehari di Daycare

Ada yang tertanya macamana reaksi Kimi last week bila aku amik dia dari daycare

Jawapannya, positif!! Yeay!!

Aku sampai je tengok dia tengah leka main mainan apa tah cam uji minda gitu. Bila nampak aku depan pintu terus jerit "Mama!!!" Lari, pastu terus peluk aku. Amboiii macam tak jumpa sebulan reaksi.. tapi hati aku selalu tersentuh bila anak peluk aku camtu.. Dapat rasa kasih sayang & rindu dia pada aku..

Bila tanya seronok tak sekolah? "Seronok! Ada mainan, ada kawan.. tapi kawan kimi tak bagi kimi main dengan dia mama, dia nak main sorang." Aku positfkan minda dia cakap Kimi baru je masuk situ, so kawan tak kenal lagi.. lama-lama rapat la. Tah faham ke tak apa aku cuba sampaikan tu haahh..

Lepas tu, pot pet pot pet la dia bercerita pasal sekolah baru dia. Tapi yang kelakar bila aku tanya makan ape dia jawab.

"Kimi makan nasi mama.. Nasi tu sungguh manis. Lepas tu ada bau macam durian."

Aku dah tergelak dah masa tu. Perkataan sungguh tu comel betol. Kerap pulak sekarang dia guna perkataan sungguh. Ari tu dia cakap pasal makanan klu tak silap. "Wah mama, kuih tu sungguh sedap." Lebih kurang la.. Aku rasa banyak pengaruh tv mamat sorang ni.. Bahasa pun kemain baku hahaah..

Oh, lagi 1 nak tergelak pasal nasi manis & bau durian dia tu.. Korang rasa makanan ape nasi manis ada bau durian tu... yerrrr bubur kacang durian. Hahaahahaah.. comel sungguh cara dia terangkan makanan yang dia makan. Tapi bagusla, at least dia tau camne rasa makanan tu.. kan.. Then cam biasa aku akan explain kat dia yang benda yang dia makan tu bubur kacang, dalam tu dia letak durian untuk sedapkan lagi bubur tu.

Mula-mula tanya cakap sedap, lepas tu cakap tak sedap. Mula-mula cakap Kimi makan, pastu cakap tak sedap sebab tu kimi tak makan. Haihhhh ayat mana ntah yang mama boleh percaya ni sayangku?

Flip flop Murah di Pasar Karat Stadium Shah Alam

Ahad lepas pergi jogging dengan hubby dan gak dak Eqal. Abang Kimi tak ikut, dia ngengada nak ikot mama mok balik Klang.. Gigih ok jogging sambil tolak stroller.. Letak Eqal dalam tu. Punye laa iolls nak kurus uolls ahahaha... Tak pedulik sama pandangan mata orang, janji hubby setia kat sisi teman bini dia ni yang asik manjang stress tengok perut membuncit laksana mengandung 4-5 bulan.. Huwaaaa...

Lepas tu pergi la ke pasar karat.. eh korang panggil tu pasar ape? Hubby cakap tu pasar karat.. pasar yang buka setiap Ahad kat stadium tu. Hajat nak cari baju anakanda Hakimi tu la.. Cian dia dah takde baju sangat.. Apsal tah, masuk je umur 3 tahun lebih ari tu terus ketinggian dia naik mendadak.. Baju-baju terus tak muat.. Eh, tapi bagusla kan.. pertumbuhan normal untuk budak-budak, takkan ko nak anak ko statik je tinggi tu hahaha..

Tapi, sampai-sampai je aku tengok dia tulis sandle RM10. Wahhh macam menarik. Masuk tengok, eh ada flip flop yang aku nak sangat tu. Dulu tengok kat Tanjung Malim RM40. Tengok dekat mana ek kat area Shah Alam la RM50+. Sekali kat pasar karat ni dia kata dia buat lelong, RM30 je. Harus la aku rembat. Dia siap bagi kotak, so aku rasa original la kot hahahaha... Tak kisah la celup ke ori, yang penting bila aku pakai rasa sedap je, selesa je.. Rasa cantik je kat kaki haahahah...
Flip flop idaman hati berjaya dimiliki

Macam kak Fida gak, tak kisah baju aku warna apa, aku sarung je sandle ni hahaah.. Ari ni baju warna hijau, tetap aku sarung je sandle ni haahah.. Ape aku dulik, sebelum ni sandle warna pink, aku lenjankan dengan semua baju yang aku pakai, kali ni merah pulak haahahah..

So, korang yang suka sandle ni, tapi tak tau kat mana murah.. (errr ke ada yang lagi murah erk?) boleh la gi kat pasar karat stadium ni.. Macam-macam ada kat sini.. tapi sebab penat jogging aku tak larat nak snap apa-apa gambar masa kat situ.

Owh, akhirnya hanya sandle aku, tali pinggang hubby & besi pengorek saluran paip persediaan kalau rumah tersumbat yang berjaya dibeli kat sini. Untuk anak-anak nan hado hahaahahaah.. Tak jumpa la baju murah-muah untuk Hakimi, untuk Haiqal yer, melambak..

p/s: Nak cite pasal Kimi dan sekolah dia jap lagi.. Stay tune... Peace!!

Friday, January 4, 2013

Garden Cafe & Romantica Plaza Alam Sentral

Tengahari tadi pergi tempat shopping yang dulu masa dok MRCB hari-hari harus menapak ke situ untuk cuci mata, shopping or beli makanan untuk aku beli barang nak cantikkan ofis haahahah.. Cantekkk la sangat. Haahahh..

Sampai je terus tuju ke Romantica ke ape tah nama kedai tu kat tingkat 5. Korang-korang kaum perempuan yang khususnya minat English style mesti rambang mata bila masuk kedai ni. Barang-barang dia cantik-cantik pastu murah.


Datang sini sebab nak beli bunga dengan frame gambar, nak gantung kat ofis bagi ofis cantik. So ni barang-barang yang aku rembat kat situ.

Bunga n pasu.. RM29
Ate tak pandai nak gubah, beli yang siap udoh... Tomey kan...

Dulang untuk mye beloved boss.. Beloved laaa sangat haahaha... RM4
Aku beli gak bekas letak tisu untuk aku letak dalam kete.. Beli yang kain tak tahan lama... beli plastik punye dah... coral sama dengan dulang tu ha.. Comel je..

Frame gambar comel2.. 1 RM10...
 Tapi frame ni bila nak letak kat dinding sebelah tempat aku ni tak cantik sebab dinding lebar, frame ni kecik... tak sesuai.. So nanti nak beli lain.. Frame ni, letak kat tempat fotostat sudah ahahaha...

Pastu isi perut kat Garden Cafe. Sini bagus sebab cepat je dapat makanan tapi waiter dia kerek nak mamposs!!! Cettttt woiii sedar diri boleh tak yang ko tu pendatang je kat sini. So amik order boleh tak jangan buat muka kerek.. menci aku tengok. Aku tersalah bagi RM20 patut RM30 pun pandang aku kerek cam aku nak tipu.. Ngok, aku salah tengok laa benci aku!!!!

Claypot black pepper chicken with rice. sedap, aku punyer

Sizzling Yee Mee ape tah Kash punyer..

Sizzling gak, Ct punya..

Ok dah nak balik, babaiiiii.. Nak amik kimi, tak sabar nak dengar cerita dia 1st day kat day care.. Daaaaa...

Kimi dah mula ke daycare

Update pantas..

Hari ni hari pertama hantar Kimi ke sekolah dia. Sebenarnya sekolah mula 7 Januari, tapi sebab aku hantar dia untuk transit sekali, so dah boleh hantar mulai 2 Januari lepas.

Cuma yang aku agak ralat ada sorang cikgu kat sana bagi kat aku maklumat yang salah. Dah 3 kali aku pergi kat sekolah tu untuk tanya itu ini pasal sekolah, untuk daftar dah amik baju. Dan pernah call pun tanya pasal sekolah ni bermula. Masa call tu pengasas dia cakap 3 Januari dah mula, so aku dah plan baik dengan hubby sape cuti, sapa keje.

Tiba-tiba 31 Disember 2012 tu aku pergi bayar yuran, cikgu situ cakap 7 Januari 2013 baru mula. Bila aku tanya bukan 3 Januari ke, dia bertegas cakap 7, so disebabkan hubby dah cuti 2hb tu jaga anak, sebab pengasuh Haiqal ada urusan pendaftaran sekolah anak dia yang baru masuk 5 tahun. So untuk 3hb aku la kena amik cuti pulak.

So bila aku pergi semalam untuk amik baju, baju blom ada stok katanya. Lepas tu cikgu tu siap tanya, ni airel kan.. Kenapa tak hantar untuk daycare sebab aku dah bayar yuran. Aku pelik, lepas tu explain cakap cikgu yang terima bayaran aku Isnin lepas cakap semuanya 7hb. Dia kata takde la, untuk daycare dah boleh hantar seawal 2hb lagi.

Ok mak tensi sebab kalau tau, 2hb tu hubby dah boleh mula hantar dia slowly halfday, bagi dia adapt suasana kat situ, aku pun 3hb tu boleh hantar dia sama. Dan boleh pulak, baru semalam gak bagitau aku kena bawak tilam dan bantal untuk kegunaan anak aku nanti. Hailaaaa... sebbaik laaa Shah Alam ni senang nak cari toto bagai... Kalau 7hb nanti masa aku daftar Kimi untuk sekolah baru aku tau, tak tau laa tido atas apa anak aku tu.

Aku sebenarnya bukan kisahkan cuti sangat, cuma, kalau nak apply cuti tu kena ada cara, bukan hari esok nak cuti baru hari ni nak apply. Aku apply cuti untuk 3hb masa 2hb. Masa cuti tu tak dapat kelulusan pun lagi, cuma sokongan je.. Tapi aku cuti juga sebab bos aku dah benarkan, tu pun sebab aku explain dari A to Z. Dan sebbaik gak dia ada anak-anak kecil lagi, so faham situasi aku.

Ok, tutup la cerita tu. Tadi pagi-pagi hantar Kimi pergi sekolah tu. Makan hari gak la nak pujuk dia sekolah. Sebab dia ni kejap kang nak sekolah, kejap kang tak nak. Aku bagitau dia ada banyak mainan dan kawan kat sana, baru dia nak. Tu pun terpaksa belikan aiskrim,  tab murah-murah tuk pujuk dia.

Dan masa hantar tadi, belom ada kawan yang datang, so aku suruh dia main kat playground depan pintu pagar tu lepas tu terus pecut kereta, takut dia ubah fikiran tak nak stay situ.

Test baju sekolah, tapi terlebih besar, kena tukar, tapi takde saiz, kena tungu stok baru
Ermnn.. harap anak aku tu ok. Tak melalak bagai. Tapi setahu aku insyaallah, dia ok... Doakan yer... Amin...

Wednesday, January 2, 2013

WW: Bila kena paksa gunting rambut

Bila kena paksa gunting rambut, gini laa gayanya..
   
 Muka sedih sebab kena paksa..
   
Dah start nak menangis... Mama pulak gelak je tengok...
 
Dah berair mata, tahan sebak.. padahal sebab gatal je lebih, bukan sebab sakit...

Siap tutup mata konon sakit sangat... Last-last meraung...

Dan hasilnyaaaaa... Tadaaaaa!!! Dah botakkk hensem mama ni... Baru la boleh masuk sekolah minggu depan...


Adik cakap, apee laaa abang ni... kan ni dah kali kedua gunting rambut dengan auntie ni.. Tak sampai 5 minit dah siap.. jangan laa nangis..

Tapi, hakikatnya... si adik pun berair mata tengok abang nangis.. Ololo... halus sungguh jiwa anak mama ni... Sebbaik mama cepat-cepat bawak keluar masa muka adik dah sebek2 nak nangis aahahaha...