Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, February 27, 2013

Sia-sia derhaka pada suami, kisah benar!!!

Malam tadi si isteri mengajak suaminya ke sebuah pasaraya untuk menemaninya membelikan hadiah buat rakan sekerjanya yang akan bercuti panjang untuk menjalani latihan 'chambering'. Si suami walaupun dalam keletihan pulang dari kerja menurut permintaan isteri tersayang dengan senyuman.

Sesampainya mereka di pasaraya tersebut, mereka bertanya harga hadiah yang mereka inginkan dari satu kedai ke satu kedai. Semuanya memberikan harga yang sama kecuali satu kedai yang memberikan harga yang agak murah tetapi masih juga melebihi bajet yang diperuntukkan oleh bos si isteri.

Apabila sudah penat berjalan, sang anak sulung mula menunjukkan tanda-tanda protes. Apatah lagi apabila anak sulung melihat pusat game yang penuh dengan mainan budak di sebelah kedai-kedai yang mereka kunjungi. Si anak sulung mula membuat onar, menangis kuat-kuat, tidak mahu mengikuti bontot si ayah dan ibu. Sang suami mulai stress lantas menyuruh si isteri buat pilihan.

Dalam keterpaksaan kerana tiada banyak pilihan akhirnya mereka patah kembali ke kedai pertama mereka kunjungi kerana di situ terdapat hadiah yang berkenan dihatinya.

Selepas selesai membeli, si isteri mengajak sang suami ke satu lagi kedai untuk membeli kad ucapan perpisahan. Dek kerana terlalu sedikit pilihan yang ada, si isteri asyiknya tidak puas hati. Sang suami yang sedari awal kepenatan mula hilang mood tapi masih bersikap sabar. Si sulung membuat onar lagi, tidak cukup dengan aiskrim yang mama belanja minta pulak itu ini di pasaraya itu permintaan yang jauh ke hujung sana untuk dicapai.

Oleh kerana pasaraya sudah mula nak melabuhkan tirai, hampir pukul 10 dan masing-masing kepenatan, maka tidak dilayanilah perangai anak sulung tersebut. Maka drama bermula sekali lagi. Semua mata memandang ke arah keluarga itu kerana si sulung menangis dengan suara yang kuat sekali lagi..

Usai bayar tiket parking, dalam lif si isteri melahirkan kekesalan kerana tidak beli barang yang lebih baik padahal hanya perlu menambah beberapa puluh Rm sahaja untuk mendapatkannya. Si suami yang sedari tadi panas hati dengan perangai si anak terus membidas perangai isteri yang tidak tetap pendirian.

Sang isteri yang merasa bersalah kerana dirasakan tersilap membuat pilihan hadiah dan dikhuatiri dimarahi bos mula naik angin sampai ke kepala, tambahan dengan perangai anak yang tidak mahu masuk ke dalam kereta.

Sebaik kereta berjalan berlaku pertengkaran kecil dalam kereta, si suami seperti memprovok sang isteri dan sang isteri yang selama 5 tahun berkawan + hampir 4 tahun berkahwin.. 9 tahun keseluruhannya yang tidak pernah meninggikan suara terhadap suaminya tiba-tiba bertukar menjadi naga.. Dihamburkan api "DIAMLAHHHH ABANGG!!!!" buat suaminya sehingga si suami tersentak.

Selepas beberapa ketika suasana hening, si isteri menyedari keterlanjuran sikapnya yang menderhakai suami dan meninggikan suara... Terus sahaja si isteri mencapai tangan suami dan memohon maaf. Si suami hanya terdiam. Dalam hati si isteri terdetik, sebbaik laki aku sabar, kalau laaaa dia naik tangan lempang mulut takde insurans aku ni tak tau laa nak cakap apa hihihhihi... Kemudian terbit pula rasa insaf kerana tidak bersyukur dengan kesudian sang suami yang sanggup mengenepikan hajatnya untuk melihat perlawanan bola dan kepenatan semata-mata untuk menemani isteri.

Dan sebetulnya salahnya berpunca dari diri sendiri, padahal sang suami sudah memberikan pendapat, tapi tetap menyalahkan suami kerana tidak memberikan kata putus buat dirinya, padahal yang perlu untuk membuat kata putus adalah dirinya sendiri..

Tapi marah sang suami tidak lama kerana si isteri sangat pakar dalam bidang pujuk memujuk hati sang suami, tidak sampai 10 minit mereka berbaik dan kembali bergurau mesra.

Dan hari ini, apabila disuakan hadiah itu kepada bos si iteri, bos si isteri menyukainya dan penerima hadiah itu juga sangat menghargainya.. Menang satu keperluan buat dirinya katanya..

Jadi si isteri terus mendail nombor suaminya dan berkata.. "Sia-sia je kita gaduh semalam, semua orang pun takde masalah dengan hadiah tu, suka je, dan cakap hadiah tu comel dan sangat berguna.I je yang takut tak bertempat hiihihih"

Kannnn dah tak pasal si isteri mendapat dosa hanya kerana hasutan syaitonnnnnn!!!

Sekian, kisah benar. Bukan kisah aku tau... kisah orang lain tuuu ahaahahhaah...

Langkawi Part 2: Bila anak tak sihat masa bercuti

Cuaca Langkawi bulan Februari aku rasa terik membahang sangat-sangat. Aku pergi 7-9 bulan Februari panas terik, Mrs. K yang pergi baru-baru ni pun ada mention cuaca kat Langkawi panas.

Hari pertama kat Langkawi, lepas check in, kitorang terus pergi shopping coklat kat pekan Kuah. Cuaca memang terik sangat, mungkin masa kami pergi tu memang time tengahari so bahang dia lagi kuat.

Tak jalan mana sangat pun, padan tahan sakit mata tengok perangai Kimi yang meragam sebab nak coklat tapi aku tak kasik.. sebab nak ajak beli kat kedai baru Ismail Group tu, senang borang sekali sebab situ klu beli 3 atau 4 sekaligus ada penjimatan, walaupun sikit.. Oye, kedai baru ni banyak pilihan tersusun sikit dari kedai lama dia bagi aku.

So, lepas dah jalan lebih kurang, aku tak nikmati pon wehhh shopping kali ni sebab panas, dengan ragam si Kimi, tak mau masuk kedai sebab merajuk, melalak kat luar, dengan hingusnya.. Sebbaik Eqal baikkkk sangat, maceh adik sebab tak buat perangai walaupun sikit. Baik je dalam jagaan atuk tapi abangnya.. Hubby pun sampai hilang mood tengok perangai anak.

Lepas dah beberapa jam kat situ, aku tengok kemain memasing beli beg tarik.. murah kan RM30 dah dapat, kualiti pun nampak ok. Then naik la van beramai-ramai.. Sesak kot van sebab ramai umat ditambah dgn barang2 yang diorang borong.

Dalam van tu dah start rasa badan Eqal, dah dedar. Dah risau dah aku masa tu, terus bagi ubat demam takut melarat kan. Tapi mungkin lepas makan ubat dia tak rehat, sebab kitorang terus jalan ke beras terbakar dan jugak makan mahsuri.

Ciann anak aku... :-(
Balik tu bagi ubat lagi, tapi anehnya suhu tak turun. Turunnya kejap lepas tu panas balik. Dari petang membawa ke pukul 4 pagi panas adalah statik. Terus aku kejutkan hubby ajak pergi Hospital Langkawi.. Nasib laa masa on the way ke homestay tu aku ada nampak Hospital tepi jalan dan dekat je dengan homestay kami duduk tu.

Basuh muka, gosok gigi tarik tudung dengan cardigan dukung anak naik van yang tinggi melangut tu.. Cergas lagi tu aku, padahal dari hari Rabu balik dari keje membawak sampai ke jeti Kuala Perlis, dapat lelap mata tak sampai sejam pun membawak ke malam berjaga sebab anak demam, takde rasa letih langsung. Syukur Allah pinjamkan aku kekuatan tuk bertahan demi anak tersayang.

Sampai hospital pembantu perubatan tu cek suhu katanya 39, so kena masuk ubat montot dan kena lap lagi badan. Tunggu sampai suhu turun sikit pastu baru boleh balik. Syukur sangat sebab demam dia kebah lepas masuk ubat montot. Dapat laa set ubat, selsema, batuk, kahak, antibiotik.

Sebab suhu dah turun dan aku dah mula rasa lapar, terus merayap ke bandar Kuah pukul 5 pagi hahahah.. Jumpa la kedai mamak terus order roti canai, sedappp roti dia, lembut. Bungkus 20 keping tuk orang-orang kat rumah.

Pukul 6 baru sampai kat rumah, tidurkan Eqal jap pastu baru aku lelapkan mata kejap.

Tak keruan wehh cuti bila anak-anak tak sihat...  Dah tu datang sekali dengan pakej pulak tu, selsema dan batuk.. Pakej berkembo pulak bila dua-dua anak pulak tu yang tak sihat.. Aku cuma doa aku sihat sepanjang percutian tu..

Tapi aku kesiankan mak aku la.. asik terjaga banyak kali sebab tidur dia tak tenang tengok anak dia tak tidur-tidur sebab jagakan anak.. Aku kan anak dia, harus la mak rasa camna aku rasa bila anak aku tak sihat kan..

Sesungguhnya kasih ibu tak pernah bertepi, kasih ayah bawa ke mati.. Saya sayang mok dan ayoh saya ketat-ketat!!!!!

Tuesday, February 26, 2013

Projek dapur : Pizza meggi mabeless

Aku lupe bila.. tapi dalam bulan errrr bulaaan lepas kot hahahah sebelum pemergian ke Langkawi. Beli cheese untuk errr buat ape ek haaa buat sosej roll. Haa jap lagi laa upload pasal sosej tu ni nak citer pasal piza megi sendiri bajet mabeles hahahaah..

Haa tayang dulu ghope pizzanyee...

 Haaa nampak sedap tak kawan-kawan? Kahkah,, sendiri angkat bakul kannnn

Resepi? Mudah jee... ala-ala resepi cecampak gitu kekdahnya.

Bahan wajib, megi kari
Megi kasik celur dulu, pastu toskan

Bahan lain untuk didadukan
Sosej, cendawan butang, ayam, carrot dan lain-lain yang korang rasa perlu nak tambah untuk bangkitkan lagi kesedapan..daun sup, daun bawang pun boleh tambah tuk bangkit bau & rasa.

Campurkan semua bahan dalam mangkuk lepas tu tambah telor.. kalau korang punyer megi sebungkus je sebiji je telo, klu nak lebih, boleh je letak lebih.

Tambah serbuk perasa megi tu, klu tak nak letak semua letak jela sikit pastu korang pandai-pandai adjust tambah serbuk kari korang & perasakan dengan sikit garan etc.

Panaskan kuali non stick, isi minyak sikit je dalam kuali tu kang berminyak pulak megi ko. Pastu gorang jelaa sampai nampak garing.. jangan lama sangat tau, kang hangit akak tak tanggung hihihi..

Ikot korang la nak bentukkan bulat ke segi empat ke love ke megi korang dalam kuali tu, aku bulatkan kan jee senang kan..

Dah masak, susun cheese atas megi korang tu, pastu bakar dalam microwave 2-3 minit, bagi cheese tu cair aje. Haaaa siapppp!!!

PAndangan sisi dengan cheese yang meleleh


Blur pulakkk
 Tak pecaya sedap??? Tengok anak-anak aku makan...

Kimi tak cukup 2 keping

Adik pun makan tak hengat
 Korang perasan tak, tu kat belakang adik ada papa diorang. Haaa.. ko tengok gambar bawah ni, ilang dah papa diorang hahaahah.. Sebab dah dok bersila depan makanan, tengok anak makan macam sedap sangat, tak tahan godaan diet hahah...


Ralitnyaaa...

Tadi guna sudu, lani ilang sudu, guna tangan senang ye bang? HAhahah
Anak-anak asyik sangat tengok kartun, tu yang memasing mata ke atas tuuu..

Well, selamat mencuba.. resepi mudah untuk mama yang sibuk tapi teringin nak masak sesuatu yang sedap tapi simple untuk anak-anak hihihihi...

Langkawi Part 1 : Dari Shah Alam ke Jeti Kuala Perlis.

Dah sebulan berlalu baru berkesempatan nak cerita pasal pergi Langkawi sebelum Tahun Baru Cina.. fuhh!! Tak kira laa lewat ke cepat kan nak gak tempek cerita kata sini ahaahah...

Kitorang bertolak dari rumah hari Rabu lebih kurang pukul 10 malam. Sebelum tu mak ayah dan famili abang aku awal-awal dah sampai kat rumah. Bagi diorang rehat kejap sebelum teruskan perjalanan ke Langkawi. Jauh tu diorang, dari Kuantan ke Shah Alam lepas tu nak pergi Kedah pulak kan..

So lepas makan malam, aku masak pun lebih kurang je.. goreng ayam dengan keropok lekor mak bawa dari kampung yummihhhh!! Gambo idok le sempat teman nak nangkap ate nak cepat. Lauk sampingan aku tapau dari kedai je ahhahahah...

So lebih kurang pukul 10 gerak 2 buah kereta. Mak naik dengan aku, ayah naik dengan abang. Masing-masing ada 2 anak so terpaksa la pisahkan mak ayah untuk keselesaan semua. Kiranya 1 kereta ada 3 dewasa 2 kanak-kanak la..

Kiorang tak singgah banyak hentian, rasanya cuma stesen minyak Batu 3, Tapah dan gak Juru. Tu pun sebab nak hilangkan mengantuk dan jugak tunggu famili kakak ipar aku lagi 2 buah kereta. So bertolak pukul 10, pukul 4 dah sampai dekat jeti Kuala Perlis. Tol kalau tak silap aku la, keluar dekat tol akhir tu dalam RM40 lebih.. lebih tu berapa aku lupa haahahah.. Lepas tu keluar ke Alor Setar Selatan, haa nanti keluar tu kena tol gak tau.. ermnn tak ingat laa.. dalam RM10 kot haahah.. lupe..

Kitorang keluar ikot Alor Setar Selatan, lepas tu terus guna GPS sebab dah lalu kawasan kampung hohoh.. Mekaceh to my papago.. Kalau tak maunye sesat, biasa pergi naik flight tentiba nak naik kereta memang adventure laa.. Eh, tapi jangan risau sebab ada je signboard tulis jeti Kuala Perlis. Tapi awal-awal korang takkan nampak signboard jeti Kuala Perlis, dia bubuh signboard Jeti Kuala Kedah dulu sebab jeti Kuala Perlis atas lagi dari simpang Jeti Kuala Kedah tu.

Huuuiiiii.. Mengantuk tak usah cakap laaa.. aku tak tido langsung daripada balik dari keje sampai laaa kitorang sampai kat jeti tu haa.. Mata ghope panda sebab terpaksa berjaga, hubby tak kasik tido.. Dia ugut aku kooo klu aku tido.. Ampess tauuu..

Kitorang tido dulu kejap sementara nak tunggu siang. Huiii dasat kat sana, sampai je 5,6 buah moto himpit kami nak suruh amik parking kete dengan diorang. RM15 untuk sehari, berbumbung. Kalau takde bumbung RM10 je. Tapi long, abang pada kakak ipar aku dah book awal-awal tempat parking... Mulanya dia pun letak RM15, tapi lepas abang aku tawar menawar dapat la RM10 sehari..Ok la tuu.. Murah kan berbumbung tapi RM10 je sehari.. Haaaa memang la murahhhh tapi nun jauh kat sana tu tempat parking.. Hohohoho..

Kat situ ko tak payah risau tau nak sembahyang, sebab Masjid dia betul-betul sebelah jeti tu. Cantik masjidnya,besar. Lepas sembahyang subuh terus beli tiket. Dapat la tiket pukul 7 punya. Harga tiket untuk dewasa RM18 dan kekanak RM13. Kaya betul tokey feri, kitorang je total dah 15 dewasa, kanak-kanak 4 orang. Tapi kitorang beli 1 tiket je untuk anak masing-masing, pandai-pandai la diorang share tempat duduk tu berdua hihihi..


Budak excited naik feri for the first time hahaha..
Tu diaa jerawat hubby hihihihi... Tulaa maka kacang lagiiii

Cubaan pertama amik gambar bertiga, dapat sorang je


Percubaan ke 2 dapat 2..

Percubaan ke 2 baruu dapat 3 ahahah...

Bahagia ekkk bang dapat tidoo.. ye tido laa tido la intan, tido la sayang ;)

Abang, mak, kak ipar & anak-anak sedara.
 Mak aku kelakar, boleh buat lawak. Lepas dah dekat setengah jam feri gerak mak aku tanya, bila feri nak jalan ni, dah lama dah nak tunggu sape lagi?

Pecah gelak kami semua.. Dah separuh perjalanan dah pun mak.. hahahh.. Sebab memang tak terasa feri dah gerak, anak-anak aku pun ok, tak mabuk.

Ok tips! Nak pergi naik feri sila naik waktu pagi.. takde rasa gelombang kuat. Aku balik tengahari ari tu Ya Allah pening kepala wehhh melambung-lambung aku rasa.. patut pagi dia guna feri kecik tengahari guna feri besar... Tapi masa yang diambil sama je aku rasa, 1 jam gak, dulu dengar orang cakap 45 minit je, sendiri naik haa ko, sejam... Sebbaik hala pegi tak hazab tapi hala balikk... nanti aku cerita pulak ok.
Dah nampak pulau pertama.tah pulau apa tah.. excited, sebab kali pertama naik feri pergi Langkawi hiihihi..

Dah sampai jeti Langkawi.. Eqal asiknya dengan atuk.. Sebbaik atuk rajin nak melayan.. Somel je tengok atuk layan cucu yang sesekali je balik kampung.. apa kan daya... jauh... eceh, jauh laa sangat kan..hahahah..
Cucu atok

My macho man ^_^
 Kitorang sewa troli ni.. alaa baru RM1 ok la tu.. berbaloi-baloi sari nak usung beg berat kan..

Muka pucat lesi takde secalit mekap hohoho..
Ok, stop kat sini dulu... panjang sangat kalau nak muatkan dalam 1 entry. To be continue gituuu..

Monday, February 25, 2013

Akhirnya, fuh!!!

Akhirnyaaaa kini pastiiiiiii ku merasaiiiiiii rehat yang cukuuupppp.. bahagia pabila siap cetak, sungguh indahnyaaaaaaa...

Haahahahah.. weiiii gumbira niiii... Keje part time dah siap.. Sekarang tunggu payment je muaahahaaahah... Dalam masa sebulan dapat 2 payment yang jarang sesekali muncul dalam hidup aku ni.. Ngeeee...

Ok.. Esok laa aku post cite kat blog ek.. Hari ni aku nak rehat.. jalan-jalan kat rumah kengkawan yang sempat.. Belakang badan sakit, sebab asyik duduk tercongok buat mendalah tu..

Dah la buat kat rumah, tido kol 3,4 pagi sebab nak siapkan mendalah tu.. Anak dengan suami pun diabaikan haahah.. Sebbaik hubby memahami.. Tapi, keje-keje gak, makan minum depa tetap aku siapkan..

2 minggu tak dapat merasai nikmat berhujung minggu, duduk terperat dalam bilik, anak masuk buat bising kena marah ololoooo cian anak-anak nak bermanja.. maaf yer sesayang mama.. Nanti mama tebus balik hohoho..

Hubby pun terperap sama dalam rumah, tak boleh ke mana sebab menjaga anak-anak.. appreciate that hiihhi.. Hujung minggu ni i blanje makan kat Pantai Remis yer.. order je apa u nak wahhh cara-cara orang banyak duit konon cakapnye yer.. Padahal sebab kat pantai remis tu harga makanan dia murah je hihhihi..

Ok, masa untuk enjoyyy!!!!! Sebbaik laa bos tak bagi keje berat-berat minggu ni, minggu lepas dan 2 minggu lepas, kalau tak stress guwe!!!

Wednesday, February 20, 2013

Koranggggg!!!

Lamanyaaaa tak update!!!!! Rinduuuuu nak update... rindu nak BW.. Tapiiiii ada keje yang masyukkkk tengah tunggu untuk aku siapkan..

So, oleh kerana due date keje tu kena hantar 25hb ni so aku kena laa pulun habis.. So blog, minggu depan ekk baru aku update.. nak cite pasal gi Langkawi, nak cite pasal gi Padang Besar nak cita pasal Eqal, pasal Kimi.. Fuhhh banyak, banyak..

So minggu depan laa jawabnya baruuu la blog aku ni akan berupdate cite baru hhihihi..

Sekian laporan berita dari saya Rositah Pak Wam

Tepek gambo se buat pengubat rindu.. owh abaikan perut muncitku itu hahhah..

Wednesday, February 6, 2013

WW: Can't Wait

Mau ke sini.. Tengah malam ni bertolak.. Harap tak sesak lagi laa jalannya...

Sumber gambar, google

Sumber: Google
Tapi, call mak tadi, ayah cakap dia tak sihat, sakit perut sebab semalam lambat makan, so tak sure boleh join ke tak.. Alaaaa.. klu ayah tak join tak syiokk laaaa.. Dah tentu cuti ni tuk bawak mak ayah bergumbira...Ya Allah, sembuhkan laa sakit perut ayah aku dan kekalkan la kesihatan ayah dan mak... Aminnn..

Jauh perjalanan malam ni, harap semuanya berjalan lancar..

Tuesday, February 5, 2013

AEON Bukit Tinggi Playground

Setengahari (perkataan baru hahaah) bersama keluarga tercinta.

Sama tapi tak serupa
Upload gambar budak berdua ni kat FB, ramai yang komen cakap diorang nampak cam kembar.. Hahaahah.. kembar lain tahun ni..

Budak seronok dapat main dalam kete

Tapi nangis bila letak dalam kolam bola

Ini budak hyper active tak payah cakap laa.. campak kat mana pun boleh hidup


Papa layan anak main lego

Tengok ape tu dik??

*Takde mood dah blogging ni.. Hati dah sampai ke Langkawi ni.. Esok bertolak dengan keluarga.. 4 buah kereta konvoii weett weetttt.. Tak saba.. tak saba.. tak sabanyeeeee...

Monday, February 4, 2013

Lirik lagu Maafkan Aku - Setia Hujung Nyawa

Weiii sejak layan cerita Setia Hujung Nyawa aku dah  addicted dengan lagu ni wehhh.. Muzik dia catchy abis.. Bila dengar je hati berbunga-bunga sebab dalam cerita SHN tu lagu ni kuar bila babak comel romantik antara budak berdua tu.

So gugel la lirik lagu tu.. lagu pun dah selamat jadi ringtone aku haahah.. Suke gila.. maceh ct tolong download ngeee...

Eh, tunggu ape lagi, buka lagu tu sambil tengok lirik kat bawah ni laa nanyi.. Enjoyyyy.. minggu ni dah last kannn.... Lepas ni cerita apeee la pulak..

Kredit to LINK NI.. Aku cilok situ lirik haahahh.. malas nak taip sese..


Lirik lagu Maafkan Aku -  Last Minute

Dan apa
Yang kau mahu kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama ku cintai....

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu...

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said i love you.. dududuu..

Dan apa
Yang kau mahu kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama ku cintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said i love you

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
Oh  i love you

Maafkan aku dududuu..
Maafkan aku...

Gelabah ko bila kunci kereta hilang / Happy Hour Alam Sentral

Yerrr memang aku gelabah habis.. Tengah nak bayar seluar jeans dengan baju beli kat The Store tadi tentiba buka purse, kunci kete MIA. Ya Allah.. terus pucat muka aku.. Sejuk rasa tangan.. Mana pulak terjatuh ni..

Habis semua tempat yang aku ada singgah aku pegi. Tanya salesgirl kat situ ada nampak tak, kelam kabut laa.. Budak cashier  tu pun aku selambe je tinggalkan dia cakap jap ekkk nanti datang balik.. Bayar pun tak hahaahah..

Last-last pegi kat tempat last sekali aku try baju.. Purse aku letak atas timbunan jeans kat situ, sekali ternampak kunci tu kat celah-celah seluar.. Ya Allah.. Subhanallah.. Bersyukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah sebab temukan balik aku dengan kunci kereta tu.

Cuai, yer sangat cuai sebab tak tutup purse bebetul.. selama ni kat situ laa aku taruk kunci, handpone bagai.. Tak pernah jatuh pun tapi sebab tadi buka purse call hubby, lupe nak tutup balik.. Cuak wehhh gelabah habis.

Bukan ape, kunci spare dah aku jahanamkan 3 tahun lepas.. Boleh, aku bawak mandi dalam sungai kunci tu. Hhaahahah.. padan muka, aku.. Hubby nak marah pun tak jadi sebab tengok muka aku serba salah.. Dah la masa tu keluar dengan famili mertua, sampai sekarang pun jadi bahan kes tu.. Tapi memang pengajaran laaa.. nak masuk sungai sila cek poket memasing..

Oh ye.. tu The Store Plaza Alam Sentral buat lelongan tu.. Happy Hour, pegi la korang.. Aku sejak ofis dah jauh dari PAS ni susah dah nak lepak dalam tu lelama.. klu tak, memang aku tunggu sampai beg termahal dia lelong.. tadi baru lelong jenama POLO.. Tu pun dah sesak situ, cuma tak sesesak masa aku beli last year..

Aku? Amik gak tadi sebiji, tapi sebab ramai sangat beratur, terus tak jadi.. ok selamat duit aku RM50.. beg tu rege RM299 ke 219.. camtu laa.. tapi memang murah laaa.. Ke harga dia memang camtu? Errrr.. ntah ahahahaah..