Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, March 28, 2013

Hai Obat hai obat mari makan obat

Pagi-pagi gigih pergi klinik sebabnya Kimi dah 1 minggu on off demam.. Siang sihat walafiat, malam panas garing badannya. Pastu koh keh koh keh batuk cam orang tua. Hingus lak meleleh klu kumpul-kumpul dah boleh wat cendol.. yuksss geli pulak aku baca ayat ni hahah..

Dan sebabnya kedua pulak, aku nak ubat sebab aku sendiri pun dah jangkit dengan anak-anak aku. 3 hari dah demam malam. Tak cukup tido sebab dari Jumaat malam sampai Isnin malam berjaga malam. So Selasa terus flat. Selasa flat tapi hari ni baru nak cari ubat hihihi...
Ubat untuk aku


Ubat untuk Kimi

Hari ni gak gigih datang ofis walaupun doktor kat klinik tadi tanya nak mc ke tak tapi aku jawab tak nak... Sebab pertama nak datang ofis gak dah 2 hari aku tak gi kerja takut kerja melambak, emel bos pun aku tak cek takut ada yang urgent. Sebab kedua bos takde, cuti so boleh rileks skit, sebab ketiga aku ingatkan hari ni last day adik aku tu sebelum dia terbang ke Sarawak untuk bersalin, ghopenya esok.. cehhhhh!!!!

HaHahhaah tapi padahal sekarang dah nyesal pulak tak amik MC.. Arghhh!! Ubat doktor bagi dah la semua mengantuk, so aku just telan antibiotik dengan ubat sakit tekak je.. Batuk, selsema dan demam, balik karang baru sentuh.

Hari gak aku bawak hero aku yang sulong tu. Bos takde berani la bawak dia gi ofis, kesnya malas nak patah balik hantar dia pergi nursery, lagipun dah beso takde buat perangai sangat habis kuat nak main game, nak tengok YT, tapi sini mana boleh buka YT, kena block.

Banyak cite nak story, nanti la update lagi blog, nak gi kantin cari makanan..  Doakan kami sekeluarga sihat yer.. Macehhh

Monday, March 25, 2013

Bila anak demam panas

Jumaat lepas, tiba-tiba anak-anak demam.. Takde angin xde ribut tiba-tiba petang Jumaat badan diorang berdua dedar. So aku just bagi ubat demam yg still berbaki ubat Eqal masa pergi klinik awal bulan. Alhamduliklah kimi bangun oagi sabtu tu cergas.. Tapi anakanda kedua on off demamnya. Dan sekarag berlarutan sai la ke saat aku taentry ni. Baru je periksa suhu dia td... 39.3 wooo tinggi gila patut la mata dia sampai bertahi. Harao cepatla sihatrisau aku camne la fiorang nk survice. Ngantuk weh xcko tido dah 3 malam.. Malam ni xtau la lagi.. P/s: rasa cam cuti je esok.. Eqal perlukn aku.. Kecuali dia dh xdemam.. Sori sbb tulusan or huryf ada errow.. Update guna hp je hihi..

Friday, March 22, 2013

Speechless ~ Zulfahmi Junior

Katanya Zulfahmi tu idola dia..


Nota dari Eqal~ Lek luuu wa dah nak sampai ni, wa buat aksi ultraman beb atas moto wa ni sebab nak cepat sampai.. Zulfahmi pun tabik kat wa beb!!!!

Thursday, March 21, 2013

Langkawi ~Laksa Power

Sori ek, takde idea nak up entry so sambung cerita aku kat Langkawi bulan lepas yer hahaahah.. Basi pun basi la nak gak up.

Sebelum sampai Langkawi lagi aku dah cakap dengan hubby nak sangat rasa Laksa Power langkawi yang orang dok cakap sedap sangat tu. Hubby masa tu dah cam.. yeke sedap? Sedap sangat ke? Tapi sebab tiap-tiap hari dok dengar isteri nak pegi merasa, fine katanya nanti pergi.

So tengahari tu, lepas ke Underwater world, (haaa yang ni pun nanti aku cite, tak pueh ati) kemain la tanya orang Langkawi mana lokasi laksa power. Masa tu dah canang-canang la kat ahli rombongan yang selalu baca review orang pasal Laksa Power ni sedap sungguh kan. Syukur, jumpa gak tempat tu, elok tempatnya sebab ada view airport dengan pantai.

Aku terus la order laksa 2, 1 untuk mak dan 1 lagi aku share dengan hubby sebab dia dah kenyang, cuma nak merasa dan gak cendol 3 mangkuk. Ayah aku tak ikut sebab dia malas nak jalan-jalan dah kat Langkawi, sabooo jelah. Ahli rombongan lain pun sama order laksa dan gak cendol.

Ni la rupa laksanya, telur sebijik terus dia letak.

Tapi kan... bagi aku dan gak ahli rombongan, laksa dia tak power pun. Tak sedap. Mungkin masa aku pergi tu kebetulan dia masak tak sedap ke apa, tapi masing-masing cakap rasa cam dia letak budu dalam laksa tu. Tak habis pun laksa mak aku dan gak laksa aku, tu share dengan hubby tu, kalau makan sorang separuh je kot boleh masuk kat tekak.

Harga kalau tak silap RM3 ke 3.50.. Lupa la..

Cendol pulak dia letak dalam mangkuk ala-ala mamak jual cendol tu, cinonet je harga pun aku lupa kalau tak RM2, RM2.30. Pun sama, tak kena dengan selera kami semua. Tak habis jugak.

Kat situ ada jual rojak kan. Si Kimi masa ni asik la nak merajuk, menangis, so bawak dia pergi tengok rojak kat situ dia berkenan kat sosej. Bila tanya harga, dia cakap letak je dalam pinggan nanti kira. Aku ambil sosej ketul, sosej dia besar dan panjang. Sekali dia potong, letak harga terperanjat aku. 2 ketul sosej RM8. Nanges aku nak bayar.

Masa nak bayar keluarga kakak ipar aku total RM40+ untuk makan cendol dan laksa saja untuk 7 dewasa makan. Tu pun ada yang kongsi je, bukan la bermakna sorang 1 mangkuk. Oh dengan air kelapa 1 biji.

Abang aku ambil rojak banyak bahan, kena kurang dari RM10. So masa nak tapau untuk ayah aku, aku mintak dia pilihkan supaya tak kena mahal sangat. Letak 5 bahan je kot kena la dalam Rm12 camtu.

Masa aku tunggu dia potong-potong rojak aku tu ada couple sebelah aku pilih punya banyak. Sosej aja dia ambil 3 ketul. Pastu aku saja tanya penjual tu, "sosej ni seketul RM4 yer?" "Ye" Terus couple sebelah aku ni pandang sesama diorang lepas dengar penjual tu sebut RM4. Pandangan yang cam diorang terkejut la sebab mahal sangat. Nak tarik balik dah tak boleh sebab rojak diorang tengah potong.

Total aku kena RM30+ gak, lupa dah untuk 2 laksa 3 cendol, 2 sosej dan gak 5 ketul barang untuk rojak tapau kat ayah.

Aku masuk je van terus masing-masing perli aku, sedap yerrr bunga rojak.. poweeeerrrr sangatttttt!!! Power tang harga, rasa hampeh. kata diorang.. Teruk weh aku kena bahan dalam van, termasuk hubby aku tu. Powernyeeee sayang rojak tu katanya. Cehhh bukan nak pujuk hati aku yang dok kena bahan, dia sama naik bahankan aku. Saboooo je aku.

Tak tau la bagi korang laksa tu sedap, bagi aku satu family, bukan citarasa kami. Atau mungkin masa kami pergi ari tu resepi dia tersalah sikit ke so jadi tak sedap. So rasa hampa gak la sebab dah lama dengar pasal laksa tu tapi bila rasa tak seperti yang aku angankan.

Wednesday, March 20, 2013

Patut la rajin sangat, rupanya...

Dulu, pagi-pagi tukang hantar anak-anak gi sekolah dan rumah pengasuh aku sorang. Tapi sejak asyiknya punch kad merah, bulan ni dah 2 kali terus mintak tolong hubby hantar salah sorang.

So, ari tu ada la sembang-sembang dengan hubby pasal sekolah Kimi. Katanya pagi-pagi muka Kimi monyok cam kena paksa pegi sekolah. Aku iyakan sebab memang pun nak suruh keluar dari kereta sikit punya slow pergerakan, sakit jiwa aku yang selalu lambat nak ke pejabat.

Pastu kata hubby lagi, bagus yer, cikgu-cikgu dia sambut anak-anak sampai ke kereta moto. Eermnnn dah swasta harusla layanan lebih sikit kan.

Saja tanya hubby, berapa cikgu datang sambut Kimi? Ko tau jawapan dia berapa, kadang 2, kadang 3. Hamboiiiiiiii!!! Padan laaa suka sangat nak hantar Kimi je pagi-pagi, kalau aku suruh hantar Eqal tak nak, rupanya ada anak-anak dara comel boleh tatap pagi-pagi yer bang???

Siap katanya apa tau, mesti cikgu-cikgu Kimi ingat abang ni abang Kimi kan, tu yang pakat berebut nak sambut Kimi tu, sebab nak jumpa abang. Huhhhh!! Bernanah je telinga aku ni mendengar!!

Apsal time aku hantar, sorang je cikgu yang sambut Kimi???? Ermnnn... agak meragukan situasi disitu...

Tuesday, March 19, 2013

Pagi vs Petang

 Bila dah dok sorang-sorang dalam bilik mula laa tangan nak ketip gambar sendiri hahahaahh... 

Ni muka fresh pagi tadi..



Yang ni pulak petang, lepas cuci muka, tunaikan kewajiban bagai..


Lain ek muka aku bila pakai shawl nampak inner, sebab pagi tadi member aku tegur, eh akak, nampak lain... Sebab ada 2,3 lawyer dalam lif tu aku segan nak tanya, kenapa, buruk ek? Ke lagi comel ekekekeekek...

Hubby ok kalau aku pakai bawal or selendang, tapi dia pantang aku pakai tudung express yang berawning tu.. Sebab dia cakap aku tak sesuai pakai tudung tu, cam bibik endon katanya cesss sungguh!!!!

Kek mudah, sedap tanpa mentega juga telur


Minggu lepas tangan terlebih rajin buat kek coklat. Aku jumpa resepi ni kat blog kakak ni. Tengok resepi dia lahai mudah bebeno pastu bahan memang boleh dapat kat dapur aku je kalau yang takde pun cam susu segar dengan coklat masakan je sebab aku nak buat ganache sekali.

So balik tu gigih la singgah Speed 99 beli bahan yang takde kat rumah. Kek yang pertama aku buat tu menjadik, so post kat whatsapp famili.

Merekah siki je kat atas
Dah siap buat topping coklat moist!!
Pandangan sisi
Terus adik ipar dengan biras cakap suruh tinggalkan kat diorang, sebab diorang nak datang hari Khamis tu, aku buat hari Selasa. So ok la. Konon-konon potong dulu kek tu buat pre- birthday hubby ekekeke... Gedik je.. Kek ni rendah je mungkin sebab aku guna loyang besar.

So bila famili mil datang kejap je dah licin kek tu. Diorang pun cakap sedap. Oleh itu, terus kerajinan menerpa diri.. Menerpa gitu ayat aahahahh... Aku buat kali kedua, kali ni aku double bahan-bahan dia. Resepi asal korang boleh tengok kat BLOG NI.

Resepi versi aku yang telah aku gandakan aku tempek sini. Tapi tak lari jauh la dari resepi asal kakak tu. Yang pasti tetappp sedapp!!!

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
     (aku guna gula pasir je hahahah.. malas nk kisar sbb aku tengok gula aku tak kasar mana)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung (aku guna minyak masak je haahahah.. malas nak beli minyak jagung, mahal)
  • 1 1/2 cawan air kopi panas
  • 2/3 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) (aku pun ikut DJ guna cuka je)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.(malas nak guna bekas asing2 aku terus tapis masuk dalam loyang hahaahah)
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2). (oven aku dah uzur barangkali, aku kena masak sampai 1 jam 30 minit untuk gandaan 2, tapi kek mula-mula aku buat tak ganda 2 pun aku amik masa 1 jam untuk masak)
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

Hahahhaha.. kek merekah rekah sekali..

Takpe, korang jangan risau, walaupun merekah tetap sedap. Dan aku telah tutup kesan rekahan gunung berapi ni dengan profesional haahaha.. Laaa sangat

See, tak nampak sangat kan rekahan tu hahaahahah... Alaa gambar slice lupe nak tangkap pulak..

Owh, topping dia pun aku ikot resepi DJ ni jugak. Ada gak dia kongsikan kat blog yang aku dah link tadi. Tapi takpe, aku tempek sini jugak okeh resepi ganache tu.. Sedappppp!!!

Resepi Ganache

Bahan-bahan : anggaran shj

  • 200 g coklat masakan (dipotong kecil2) (aku beli yang 100g je)
  • 125 ml susu segar (aku guna susu hl coklat marigold)
  • 50 g butter (dipotong kecil2) (malas nak cari butter, aku guna je marjerin kat rumah je ha 25g)
  • 50 g gula icing (aku guna 25g guna kastor aje hahaahh)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara : 
Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.


Insyaallah rasanya tak akan menghampakan korang peminat kek coklat sebab hubby aku yang susah nak makan kek pun boleh makan. Mertua aku yang kurang makan kek pun boleh bertambah. Biras aku yang agak cerewet pasal rasa masakan atau dessert pun cakap setapppppp dan bertambah-tambah. So sila la cuba okeh kengkawan. Ada kelainan sebab takde telur dan mentega, mungkin kurang muak kot tapi tetap lembut, gebus. Pandai kakak DJ tu cipta resepi.

Kek tu dah selamat masing-masing tapau ke rumah masing-masing. Kat rumah tinggal lagi 1slice je untuk aku sambung makan petang ni hiiiihihi..Selamat mencubaaaa

Monday, March 18, 2013

Aroma Ikan Bakar, again??? Erkk!!

Sekali lagi dalam bulan ni kami ke Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram.. Dah boleh jadi duta dah aku ni asik ke sini je hihihihi...

Keluarga hubby datang minggu lepas, so bila sesekali berkumpul macam seronok pulak kalau keluar makan beramai-ramai kan.

Macam biasa amik pondok cam gambar bawah ni.. Kecik RM10 besar RM20. Sampai sekarang aku tak faham kenapa kena bayar, padahal kita makan kat restoren dia, patut free je la kan..

 



Sementara tunggu makanan sampai layan kerenah anak-anak tengok ikan kata kimi kat pantai... Nampak laaa sangat ikannye nak oitttt

Abang mi bad mood, baru bangun tido
Gamble letak kenit ni atas batu, ahahaha..
Awwww cekci nampak dada


Tuuuuu
Antara ahli rombongan

Menu-menu pilihan untuk hari tu..
Ikan siakap 3 rasa
Not bad.. Makanan ni sampai dulu.. lepas 15 minit camtu baru sampai makanan selebihnya.. Penat tunggu kunyah nasi slow-slow hahaahah..


Sotong goreng cili
Ermnn... sotong dia tak manis la... apsal ek.. tu pun dah amik yang sedang 2 ekor, klu yang besar lagi tak tau laa..

Sayur campur.
Sayur cam biasa la mesti la sedap kan
Udang goreng butter
 Udang pun besar, so manis dia tak terasa.. Udang sotong kat kampung aku gak terbaik sebab dapat yang baru naik laut... ate dok tepi pantai kan....
Senangin kukus
Mintak kukus limau tapi dia kasik kukus biasa.. sebbaik sedap gak..

Jus oren, jus tembikai & sky juice
Aii cam biasa la.. Senang seragamkan jer semua minum yang sama..

Sebab dah kerap sangat makan ikan 3 rasa untuk bulan ni dengan bulan lepas, so rasa dia so-so jela bagi aku.. Ke sebab restoren Aroma ni dah tak murah cam dulu? HIhihihii... Tahun lepas pergi tak sampai 2 ratus makan, tahun ni kena RM230.. Eh, takde la jauh sangat beza dia kan.. Ok je sebab makan untuk 7 dewasa 3 kanak-kanak.

Lepas usap perut yang kekenyangan, main layang-layang kejap kat tepi pantai, tepi kedai tu. Layan gambar jela yer...

 Lupa nak snap gambar layang-layang tu..

Me & my sweetheart
Sekian, mekacehhh~
p/s: Nanti nak try kat Pantai Remis pulak la...
p/s lagi: 2 kali dah pegi, tak dapat-dapat lagi nak singgah beli bantal kekabu tepi jalan, ate dah nk gelap baru nak balik takkan magrib2 nak singgah huwaa...













IKEA, kau buat aku gila kejap!!!

Jumaat lepas aku cuti kan, semangat nak pergi IKEA la katakan.

Pagi-pagi dah bangun hantar Kimi pergi sekolah, lepas tu tapau roti canai je kat keluarga mertua sebab malas nak masak pagi-pagi hiihhii.. Pukul 10 hantar Eqal rumah pengasuh. Huiii tak leh bawak, kang hilang nk shopping padan kejar dia je hahaahha..

So, pukul 10 gerak dari rumah, dekat pukul 11 jugak la baru sampai sebab biasala area Kelana Jaya dengan Damansara kan jem, cuma tak seteruk tengahari. Sampai je tengok banner kat IKEA, SALE!!! Yeaaahhaaaaa sukeeee.

Pergi dengan mak mertua, biras dan anak dia, semua perempuan wahhh betul-betul ladies outing ni hihiih... Kuasa membeli di tangan kami yeahh!!!!

Masuk je aku tengok mendalah ni. Cutlery box kot nama dia. Murah wehhhh, baru RM1.90. Aku beli kat Econsave, dulu ingat tah bila nak jejak kaki kat sini kan, so beli jela dulu kat Econsave, econsave Rm5.90 seketul weh.. Aku beli 2, kalau gi IKEA boleh beli 5 menda yang sama.. Arrgghhhh!!!!! Tapi beza tu ada laaa.. IKEA punye lembut, Econsave punyer keras.
Gambar lupa amik, so thanks to yahoo image
Eh, tapi tetap aku amik ko haahahah.. Geram sebab murah sangat. Boleh? Hahahah..

Lepas pusing, pusing macam-macam dah berkenan ni rasa nak grab je semua. Tapi biras cakap tunggu, ambil barang-barang tu kat bawah. Eh ada bawah ke? Lorrr rupanya aku gi dengan hubby ari tu kat bahagian pameran aje... Aku tak gi pun bawah. Padan laa aku dengan hubby pelik, nape laaa orang suka sangat IKEA, tak de apa pun rupanya tak pergi lagi ruangan bawah.

Dah turun situ amik koooo rambang mata hahaahah.. Siapa yang belum pergi, nak pergi, sila bawak duit banyak-banyak sebab barang kat situ memang bisa mencairkan hati korang untuk ambil-ambil. Aku pun banyak ambik, letak, amil letak.. Haihhhhhh!!!!!

Ni benda yang aku grab kat sana..

Abaikan pemandangan belakang dan di kiri  gambar yang sepah ahahahaha...
 Iron board RM12.90. Besar gabak wehhh!!!! MURAHHHHHH!!! Sebab kalau korang pergi giant, paling murah pun RM50 ke atas untuk iron board besar tu. Yes! Ianya kukuh!!!

Bekas letak kain kotor yang putih tu. RM9.90. Berbaloi sebab besar, ko boleh letak untuk 3 kali basuhan kalau mesin ko cam aku 6.8kg je haahhahah... Cantik pun cantik wehhhh sukee!!!!

 Cermin hiasan yang bengkok beralun tu. 2 keping untuk RM69.90 kot.. lupa dah aku, tapi tak sampai RM70 la... Cantik weh dah pasang. Masa kat showroom lagi aku dah book nak amik yang tu. Senang pasang kat rumah, takde la tetamu aku kena masuk bilik aku untuk tengok cermin, pasang kat laluan antara pintu bilik aku dengan tandas tu, haa tengok la muka korang puas-puas. Tinggi cermin tu, ermnnn lebih tinggi dari aku yang tingginya 148cm aje haahahaah...

Tu, apa ekk nama board hijau tu.. Kalau bahasa melayu kita panggil para atau rak kot. Yang tu kami pasang bawah tv. Jimat space. Yang tu harga sebenar RM59 tapi dia kasik diskaun HIJAU sahaja RM39. Untuk warna merah dengan hitam RM59, takde diskaun. Apa ada hal aku, hijau pun hijau laaa haahahahah...

Ok cermin antara cermin panjang dengan board hijau tu, aku beli untuk letak dalam bilik air. Nama sebenar aku tak tau, tapi bahasa kampung aku para atau rak untuk letak shampoo, mandian bagai dalam bilik air hiihihhi.. Yang tu RM29 seketul. Aku beli 2, 1 bilik air aku dan 1 untuk bilik air tetamu. Cantik kooo dah pasang.. Suka jugak!!!!

Eh, aku tak amik gambar, cermin.. 4 ketul cermin RM29 jugak kalau tak silap. Yang tu aku letak dalam bilik air, 2 bilik air aku, 2 bilik air tetamu.. Jimattttt!!!!! Hahaahah... Nanti ek aku amik gambar untuk 4 item ni yang dah siap pasang..

 Balang untuk cantikkan kabinet dapur aku. 3 balang tu aku buat letak milo, tepung dengan gula. Dah lama idam balang camni. Nanti nak beli lagi untuk letak tetepung dan jejajan serta bebiskut ahaahah.. apa ayat daaa... Eh, harga, RM6.90 untuk setiap satu balang atas tu.

Balang bawah tu comel weh.. Yang tu aku buat letak garam dengan asam jawa. RM7.90 untuk setiap satu. Suka jugak!!!

 Haaa balang kecit cinonet ni aku suka gak... Comel banget!!! Aku buat letak rempah ratus.. RM6.90 untuk 4 balang cinonet tu.. Aku beli 2 set. Tu pun tak cukup semua rempah... nak kena beli lagi..

Kalau korang nak cantik ruang dapur boleh beli hanger rack untuk letak balang ni, RM6.90 gak, tapi sebab aku tak tau nak sangkut kat mana rak cam hanger tu, so aku tak beli.

 Kengkonon sekarang rajin baking cake so beli penyukat-penyukat.. Sampai rumah baru perasan tu sukatan dalam ml bukan cawan, ermnn kena terjah lagi nanti ni beli yang cawan punya hahaahah...

Owh, harga.. ermnn lupa laaa...RM4+ ke RM5+ eh ke berapa ekk.. Lupa hihihi... Tapi mangkuk comel, ada 5 mangkuk tu RM5.90 je. Aku beli sebab senang nak masak letak ayam 1 bekas, bawang 1 bekas, sayur 1 bekas. Mood masak naik sikit aku ni kalau tengok barang-barang comel kat dapur hahaahah...

Tu pengikat tu. Weiii lama dah aku aim tu wehhhh!!!! Suka sebab senang nak ikat plastik, tak payah guna getah dah, cuma klip kan aje.. Siap!!!!! RM8.90 ada dalam tu kalau tak silap 10 klip besar, 20 klip kecil. Aku share dengan biras aku. Banyak-banyak pun bukan guna semua pun kan. Tapi kalau dia tak nak share pun aku ok je, sebab menda tu takde tarikh luput hihihihi..


Tujuan asal nak cari set pinggan dengan cawan kan. So here we go! Mug ni RM2.90 seketul. Comel sangat.. Aku beli 6 set je dulu. Baru lawo nak hidang air kat tetamu.. Moden style, tak payah piring-piring hihihi.. Nanti nak beli 6 set lagi.. warna lain plak.. Owh, pilihan warna cuma hijau, coklat cam aku ni dengan putih je.


Pinggan dan mangkuk. Weee... rege cuma Rm1.50 untuk setiap satu. Murah kan.. Wallaweiiii... Sawan aku kat dalam tu, kalau boleh semua nak hahaahah.. Aku amik 6 set je. Nanti nak datang lagi beli lagi 6 biji.

Ingat nak cari mangkuk yang besar sikit, kan biasa kita letak lauk yang berkuah kan.. Tapi takde.. dia tak sale, maknanya harga dia mahal skit la dari barangan yang dia jual murah tu, so tunggu dia sale dulu baru aku rembat lagi hiihhihi..

Ok so tu jela yang aku beli. Total aku habis Rm310 la lebih kurang. Tapi puas hati sebab kebanyakan yang aku nak ada.

Next visit maybe lepas mertua balik dari umrah. Aku tengok mertua aku menahan sabar je nak ambil itu ini barang hahaahah.. sebabnya dia nak pergi umrah so kena tahan keinginan membeli dia tu. Bila tanya ada ke barang-barang yang mak berkenan? Mak mertua aku gelak je, kata nanti nak pergi, ajak Ina, adik ipar aku. Hahahaahah.. adala tu.. hikhik...

Malu gak dengan mertua sebab kemain semangat nak itu ini hahahaha.. Gelak je dia tengok gelagat menantu dia 2 orang ni shopping kihkih.. Sebbaik mertua sporting you...

Sekarang aku dah tau kenapa orang gila sangat pergi IKEA, sebab aku pun dah jangkit penyakit gila tu hahaahahah..

Wednesday, March 13, 2013

IKEA aku datang!!!!

Semangat betul buat kerja hari ni. Nak settle semua kerja sebelum cuti hari Jumaat ni. Bos pergi seminar, anak buat apa lagi, apply la cuti hihiih..

Esok mertua dengan famili abang ipar nak datang, so Jumaat aku amik cuti la sebab nak ajak biras dengan mertua pusing-pusing IKEA. Woooot wootttt!!! Best gi dengan perempuan je. Ari tu pergi dengan hubby asik tarik muka je sebab dia tak kasi beli itu ini.

Haaaaa kali ni nak pergi dengan kaum wanita je, kaum lelaki dok ofis diam-diam sudah hahahaha.. Nak beli set pinggan, kecian kalau orang datang pinggan selalu laa tak cukup. Tadi tu pun hubby dah mula tanya, nak beli apa sebenarnya kat IKEA. Siap pesan tu, jangan beli benda yang memenuhkan lagi rumah.. Dannn lagi tuuuuu perli..

We will see abang ecehhhhh..

Nak balik jap ni lunch hour, nak pegi jemur kain basuh malam tadi pastu nak gi hantar toto dobi, orang nak datang baru nak mendobi toto hahaahahah..

Tuesday, March 12, 2013

Pengalaman aku di Mayfair

Jumaat lepas, pergi la ke Mayfair sebab dapat kupon, eh beli kupon RM29 yang boleh tebus 3 perkhidmatan dari Mayfair. Nak merasa khidmat orang-orang kaya tapi bayar dengan harga murah haahahah...

Sebelum pergi aku dah baca banyak page yang minta kita hati-hati kalau pergi Mayfair atau yang seangkatan dengannya sebab modus operandi diorang untuk jual produk adalah desak-desak kita. So sebelum pergi aku ajak dak makyong ct teman takut aku tak boleh nak keluar dari tempat then ada dia sebagai penyelamat keadaaan.

Pergi sana macam biasa la layanan memang kelas pertama, senyum, tolong isi borang untuk kita bagai. Then masuk bilik konsultansi untuk bincang dengan aku apa yang aku nak buat. Aku cakap aku nak amik untuk facial treatment.. Lagi 2 servis yang free tu dia cadangkan face lifting dengan eye mask camtu. So okla setuju. Tapi aku awal-awal cakap kat dia aku ada masa sampai 2.15 je sebab nak balik ofis balik kan keje.

Bagi time frame siap-siap kat dia so dia tak boleh nak paksa aku stay lama kat situ kihkih.. Tapi sebab aku tak banyak masa dia cadangkan aku buat facial dulu then lagi 2 treatment tu aku buat untuk next visit. Hahahaha.. akan adakah next visit aku tu?

Yang entertain aku tu budak perempuan muda, lahai comel beno. Buat facial kat muka aku ni pun punye laa lembut. Aku cakap kat dia nasib ada orang melayu, at least tak la rasa janggal sangat. Banyak benda la aku tanya dengan budak tu. Tanya dia ada ke kes paksa cam biasa baca dalam blog tu kat sini, katanya kat situ kalau kita pandai tolak, takde apa la, diorang pun tak boleh paksa, diorang akan offer je, keputusan terletak pada kita.

Bila aku cakap tak sure nak datang lagi tak untuk 2 lagi treatment tu dia nasihat aku, datang je kak, kupon yang akak beli ni memang percuma untuk perkhidmatan tu, memang takkan kena bayar, cuma nanti kalau dia offer akak buat itu ini ke pandai-pandai la akak tolak kalau akak tak nak.

So, ermnnn tengok la camne. Budak perempuan ni walaupun muda, awal 20 an tapi business minded ok, dia dah rancang nak buka kedai rawatan muka sendiri. Kedai tu pun tengah buat ubahsuai, bagus betul perancangan masa depan dia. Aku sokong anak melayu macam dia tu hihihi..

Facial cam biasa la, cuci muka, pakai skrub, macam aku kulit sensitif sebab nipis dia wapkan dengan air sejuk, bukan air suam, then buang white head, black head, sakit woh hohohoho.. Lepas tu letak mask untuk 15 minit. Lupa, nanti korang akan disuruh tanggalkan pakaian, berkemban aje. Tali bra kita pun dia suruh jatuhkan sebab ada urutan kat bahu, best budak tu urut sebab tak sakit hahaah.. Aku kan tak tahan kalau urut sakit-sakit ni.

Cuci mask then dia letak toner dan moisturizer. Siap.. Pukul 1.00 mula pukul 2.15 gak baru siap. Kesian makyong tunggu lama sorang-sorang. Aku ingat boleh masuk tengok facial tu, rupanya diorang ada polisi P&C haipppp!!! Kalau tau aku tak mintak adik aku tu teman, penat kot tunggu sejam lebih. Maceh CT hihihhi...

Keluar dari bilik rawatan masuk bilik konsultansi pulak. Lepas sign borang cakap aku dah buat rawatan, oh lupa masa konsultansi yang mula-mula tadi pun aku kena sign borang gak, mengatakan dia dah terangkan aku rawatan yang sesuai dengan aku gitu.

So kali kedua masuk bilik konsultansi ni aku diberi minum air teh cina kalau tak silap sebab tawar hhihihi.. Then si Grace ke apa tah nama konsultan tu datang tawarkan aku join ahli. Ambil treatment muka untuk 3 kali rawatan RM399 untuk 3 kali facial, 3 kali guna mesin ape tah dan gak 3 kali mask. Total untuk buat 1 treatment RM400 tapi aku bayar RM399 sahaja untuk 3 kali rawatan.

Sebab aku dah baca banyak blog pasal pusat-pusat kecantikan cam ni so aku tak terima terus, aku cakap aku kan fikirkan. Then tanya bila nak buat balance lagi 2 treatment, aku cakap nanti aku call. Dia tak banyak soal dengan aku sebab aku nak cepat balik ofis. Hahahaha.. bagus gak pergi time rehat kan, dia tak boleh nak tahan-tahan kita. Kalau pergi hari minggu mesti kena tahan.

Sebab ada kes aku baca siap tahan tak bagi balik, suruh gak amik offer yang diorang suggest, gila riban service diorang wehhh, tak mampu koi.. Setakat sekali facial 50-60 tu affordable laa kan.. Kalau sekali facial sampai 2,3 ratus, nanges.. Hihhhi..

Sebbaik aku tak amik yang untuk kuruskan badan, kalau tak mesti dia offer pakej yang riban-riban, ketaq lutut nak bayaq tu hahaahah...

So kalau tanya pengalaman aku dengan Mayfair, alhamdulillah ok, diorang pun takde paksa-paksa.. Mungkin sebab aku bayar kupon tu, bukan sms nak free trial or apa. Kalau yang free maybe dia mintak aku beli gak apa yang dia offer kot.. Syukur la takde apa-apa berlaku kat aku.

Tapi, untuk 2 lagi treatment tu aku tak fikir lagi nak buat ke tak, sebab takut next visit terjerat haaaaa abisss aku ihiihihii...

Eh korang ada ke pengalaman pahit pergi pusat rawatan kecantikan???

Monday, March 11, 2013

Bulan Oh Bulan

Minggu lepas asyiknya gundah gulana sebab bulan tidak muncul tepat pada waktu sepatutnya. Lewatnya dah memasuki hari ke 10.

Lepas hantar kereta pergi servis ajak hubby singgah Guardian beli ujian kehamilan. Balik rumah terus cuba. Hati berdebar tak payah cakap la. Ye la, aku kan operate, baru je 1 tahun 5 bulan lepas, pulak tu kena kencing manis, baby besar, trauma tu belum hilang sepenuhnya. Kalau nak tambah pun aku perlu masa untuk sedia.

Keluar je dari bilik air terkejut tengok hubby berdiri tepi bilik air. Kahkahkah.. ingatkan muka steady je tak takut, rupanya cuak jugak. Camne yang? Dia tanya. Aku buat muka cuak, diam. Hubby ikot langkah aku ke dapur dengan ekor mata. Yang, diam pulak, ada ke? Nada dia risau. Kihkih.. Seronok dapat usik suami sendiri.

Aku bagi dia tengok alat ujian tu, pastu dia tak faham. Maksudnya apa yang? Tanya lagi. Tergelak aku, dah anak 2 pun tak faham maksud 1 line ape, 2 line apa.. Adeiiii!!!

Elok aku buat ujian pagi tu, elok tengahari bulan pun muncul. Saja kan nak jugak aku bazirkan 10 henggit beli alat tu.. Haiiiiihhhhh!!!! Mungkin sebab aku stress kot, tu yang tak muncul tu, bila dapat result, terus rasa lega, tengahari terus muncul bulan yang ditunggu. Kihkih.. lawakkk lawak..

Tapi, sebaliknya kalau betul aku lekat untuk kali ke3 takdenya aku nak buang, tetap aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, jangan pulak ada yang salah faham cakap aku takmo anak ke ape ek.. Keadaan blom mengizinkan.. Insyaallah, Eqal 3,4 tahun aku rasa aku sedia untuk bagi diorang adik pulak hihiih.. Insyaallah.. Amin...

Friday, March 8, 2013

Bila dah terlebih rajin

Itu hari aku ada cerita pasal Eqal disyaki HFMD kan. Doktor kat klinik swasta yang aku pergi hari Jumaat lepas ada bagitau akan ada panggilan dari Klinik kerajaan tanya pasal HFMD ni sebab komputer diorang link dengan hospital kerajaan.

So, hari Selasa tu time kursus aku dapat panggilan dari staff kat salah sebuah klinik Klang, mintak info pasal Eqal. Masa tu aku terangkan kat dia yang aku rasa Eqal bukan kena sakit tu, cuma kurang air dalam badan sebab takkan la HFMD boleh hilang dalam masa 3 hari. Jumaat kena ulser, ahad dah baik. Jumaat ada bintik macam kena gigit nyamuk, ahad dah hilang.

Tapi dia tak puas hati cakap kena gak, ok fine. Aku tetap bagi kerjasama, bagi semua maklumat yang dia perlukan. 2 kali kot call aku sebab kali ke dua call tu lepas dia buat penilaian, dia sendiri pun jadi confuse anak aku tu kena ke tak HFMD. Tak kisah la janji Isnin tu Eqal elok je dalam jagaan pengasuh dia.

Yang aku herannya, Rabu pagi, aku dapat lagi panggilan tanya pasal HFMD. Saya dari sekian-sekian, dapat laporan yang mengatakan anak puan kena HFMD. Lepas tu aku macam cam suara lelaki tu, aku cakap la, ni nak soal selidik ke? Semalam dah call kan. Eh yeke dia boleh tanya aku balik.

Lepas dia cek maklumat kat depan dia gamaknya baru dia perasan yang dia dah buat siasatan. Katanya nasib baik puan cakap, saya tak perasan dah buat siasatan. Oklah masa tu aku ok lagi yela, setiap manusia pun buat kesilapan kan, so takpela mungkin dia lupa nak letak kes anak aku kat dalam fail kes selesai siasat.

Tapi... Khamis tengahari, aku dapat lagi panggilan dari tempat dan orang yang sama dengan soalan yang sama. Aku terus tanya, kan dah call. Selasa dah call, Rabu pun ada call, ni call lagi. Encik tak tanda ke mana yang dah call, mana yang belum?

Dia cakap sori sebab banyak sangat kes, tak perasan. Lahaiiiii kalau banyak kes lagi laa ko kena alert, patut yang dah call asing siap-siap. Ni sampai call 3 kali, 3 hari berturut-turut. Aku pulak masa tu tengah sibuk, memang mendapat laa...Sebelum letak tefon aku cakap, lain kali kena makan banyak kismis, baru tak lupa hahahahaah.. Kejam sunggu statement aku kan?

Kalau kali ke 2 tu call aku boleh la terima tak perasan dia tu, ni sampai 3 kali dengan orang yang sama pulak tu.. maknanya memang kerja tu ko yang buat, bukan ko amik alih tugas sesiapa. Dah la masa masa ambil maklumat dari aku asiknya salah, aku cakap hantar Eqal kat pengasuh, abang dia je aku hantar sekolah pagi, petang terus stay taska (daycare) dia boleh tulis dua2 anak aku hantar kat taska, lahaiiii.. 3 kali kot aku betulkan kesalahan dia yang tu.

Ermnn.. tindakan dia rajin nak call siasat pasal penyakit berjangkit tu aku puji, tapi cara dia handle keje tu sampai call orang yang sama 3 hari berturut-turut tu buat aku cakap dia terlebih sudah rajinnyeeee..

Sekian royanan di petang Jumaat.. Dah jom balik!!!!

Langkawi: Cabel Car

Malas nak tulis part berapa dah pasal Langkawi ni.

Ok, masa nak pergi naik kete kabel ni, anak aku yang kedua tu tak sihat kan. Ingat tak sebelum ni aku penah cite kami bawak dia pegi hospital sebab demam tak surut-surut. So, pagi tu dia dah surut dah, dah ok, pastu aku cam serba salah la kan, nak bawa dia belum sihat, nak tinggal cam kejam pulak.

Lepas bincang, aku tinggal gak Eqal bawah penjagaan mak dengan ayah aku. Mak dan ayah tak nak ikut, katanya buat penat badan je sebab diorang bukan nak naik kete kebel pun, penat je dok bawah. Aku tinggalkan anak aku lepas dah bagi ubat, susu dan dah tidurkan dia.

Kat homestay tu ada buai, so legalah sikit sebab senang la mak ayah nak tengok-tengok tido dalam buat kan selesa skit sebab rasa cam dipeluk. Tu pun kejap-kejap aku call mak ayah tanya camne Eqal. Eh panjang pulak mukadimah.

Naik kete kebel Langkawi memang awesome!!! Best gila bagi aku. Padahal sebelum ni aku cukup cuak naik sky way kat genting tu. Teruja kemain nak naik kete kabel so banyak la gambar dok tangkap kat situ aje.. Korang layan jelaaa cite bergambar yer..

Pintu gerbang selamat datang..
Tu sebelah tu pun ahli rombongan gak tu.. Anak-anak dara aje 4 orang dalam rombogan, teruna 2 orang..

Show off tiket!!
 Harga tiket: 

Dewasa RM15
Kanak-kanak 2 tahun ke atas RM10

Tapi sebab beli dengan agen perlancongan so dapat murah sikit. RM 13 untuk dewasa. Kanak-kanak dia takde kupon so still RM10 untuk kanak-kanak.

Anak teruna yang teruja eh ke maknye yang teruja lebih haahahah...
Baru nak naik
Ko tengok muka hubby aku tu. Cuak!!! Hahahahaha.... serius.. dari tahun 2003 aku kenal dia sampai laa dah dekat 5 tahun jadi suami aku aku tak tau pun dia ni gayat!!!! Yup!!! Gayat!!! 
Yang buat lawak berganda adalah ni mamat dalam gambar bawah ni

Abang han, kak nurul & Irfan si lesung pipit
Ko tengok muka abang aku cam gangster kan..  Jangan tertipu dengan muka, selama aku jadi adik dia dah dekat 29 tahun ni, baru aku tau abang aku tu GAYAT!!!!! Gayat yang melampau hahaahahahahah...

Teringat aku insiden aku terpijak pintu kereta kabel tu smpai bergoyang sikit pintu tu, diorang punya cuak hahaahahahah... Dengan abang aku dengan hubby aku dua-dua jerit suruh aku ke tepi hahahaahah... 

Yelaaa... kalau terbuka pintu tu, tak pasal kami hahahaha.. Ate selok sangat nak bergambar.

Subhanallah.. cantiknyaaa ciptaan Allah...
ni kat hentian pertama
 Masa first stop Kimi ok lagi.. Dari first stop ke second stop Kimi dah lain macam. Amik ko, terus muntah dalam kete kabel tu.. Aku tadah selebihnya dengan topi dia. Bau tak usah cakap laa.. Sampai-sampai terus bawak pegi tandas, basuh baju, seluar dan topi. Dengan aku skali laa kena.. saboo jela..

Sejuk weh air dalam tu. Tapiiiii semua tu tak mematahkan semangat aku untuk terus bergambar hahaahah...
Sesi syok sendiri
My hero
Panas wehh atas ni, tapi angin kuat... sejukk
Sambil pegang topi basah sebab basuh
     
Si kenit upah makanan supaya boleh behave
 
Nampak pulau-pulau kecik belakang tu
 Serius wehhhh pemandangan dari atas tu memang tersangat laaa cantik. Kagum aku dengan keindahan ciptaan Allah.. Tak puas mata tengok sekitar pulau Langkawi dari atas sana.

My cinta hati

Tengok, laut seolah-oleh bercantum dengan langit
Kimi ajak amik gambar asik takmo.. Rugi tau mi...

Puas bergambar kat atas, amik gambar dalam kete kabel lagi.. Kali ni kami pulak mengadap gunung. 

Korang tau apa yang buat hubby dan gak abang aku tu cuak? Tu, tiap kali kete kabel nak lepasi tiang-tiang tu, kete kabel tu akan goyang dan gegar sikit. Tu yang buat diorang gayat.

Tapi the best part anak sedara aku boleh cakap, ayah, macamana kalau kita jatuh yah? hahahhhahah.. Marah terus abang aku kat anak dia ahahhaaha.. Comel dua beranak ni.

The sweet part pulak bila diorang ramai-ramai selawat dalam kete kabel tu masa nak naik tu.. Comel kan bila budak-budak berselawat.

Us

Us again



Aku, kak nurul & bebudak gak steady!!
 Oh, pada yang tertanya-tanya, kalau mengandung boleh naik tak, jawapannya boleh aje.. Kakak ipar aku tu dah 7 bulan lebih, dua 12 April ni haa.. rilekss je naik. Baby dalam perut kemain tendang-tendang seronok katanya .. ihihihi..

 Apa, nyampah tengok gambar kami? Takpe, aku letak lagi seketul hahahahah....


My lovely and only bro!!!

Disudahi dengan gambar anak teruna sulung aku.. Kan best kalau ada Eqal sama.. sayang Eqal tak sihat.. ermnn..

Lupa, pada yang tertanya-tanya apa perasaan naik kereta kabel ni, bagi korang yang tak gayat cam aku, bestttttt!!!!!
Bagi yang gayat cam hubby & abang aku ni lasttttt!!!!!!! Tak mooo dahhhhh !!!!
Muahahahahahahaahaha