Jom klik

kENgkaWAn

Friday, April 26, 2013

Mood hilang, tak jumpa

Haiiiiii!!!! Lama tak update kan.. Aku adalah kemalasan. Mood balik kampung tengah on niiiiiii.. Gwi, gwiyomi, gwiyomi!!! Hahahaah tentiba...

Eh, pasal gwiyomi, aku salah sorang yang terjebak ahahaahah.. Tapi buat mimik comel ke??? depan hubby jela.. Tergelak hubby aku tu, pastu dikatanya aku ni senget hahaahahah.. Nak post video kat keek tak sampai hati, takut korang muntah darah pulak kang tengok.. Eh macam kan ada orang follow keek ko yang tak penah up 1 video pun hahaah...

Ok, oleh kerana aku balik kampung minggu ni, sampai ke rabu baru balik SA balik, so, time mengudi 5hb nanti aku tak dapat la pulang ke kampung.. Rakyat tak bertanggungjawab sungguh aku ni kan.. 1 undi tu boleh menentukan sapa menang kan???? Tapi tu la, takut anak penat pulak kalau berulang alik SA-Kuantan-Sungkai-Kuantan-SA.. Dah la anak tak berapa sihat sangat, so aku terpaksa la menjadi rakyat tak bertanggungjawab...

Tapi, dalam pada tu aku sibuk gak tanya, dapat duit minyak tak kalau balik mengundi, sebab kalau dapat, nak gak balik, sebab tak pernah mengundi.. 4 tahun lepas tak mengundi sebab aku tak sempat daftar... Paswahhhhh!!!!!! Eh, tapi dapat ke ek??? Dapat kaluuu mau laaa balikkk hahaahahah boleh????

Lunch hour nak pergi beli kain pasang.. Weiiii kena tempah baju raya sekarang ok!!!! Tailor kat sini cakap nak tutup hujung bulan ni tempahan, harus aku kena cepat-cepat beli kain pasang untuk tema kami tahun ni.. Sebok kan nak cari baju raya, padahal puasa aku tu tak terganti abis lagi..

Dah la tak abis ganti, tak ingat pulak tu berapa hari tinggal dan berapa hari aku dah ganti.. Kesian sungguh aku... Ni pun baru 2 hari start balik ganti... Nak ganti berapa hari pulak pun aku tak tau.. Tengok la kan.. Boleh main tengok-tengok lak benda wajib *geleng kepala*

Weee tak sabar niiiii nak balik... So, stop sini, malas dah nak taip hahahaha.. Bengkek je orang yang bace..

Tuesday, April 23, 2013

Rezeki Cabutan Bertuah

Ahad lepas, kedai moto tempat hubby beli motor baru dia tu buat cabutan bertuah. Hadiah dasyat-dasayat, mesin basuh, tv lcd, hamper, cooler dan lain-lain aku tak ingat apa hubby cerita tapi, kemuncak hadiah kereta dan moto.

Hubby target cooler konon nak letak kat ruang tamu.. Eh cooler ke nama mendalah tu yang cam aircond tapi boleh letak kat lantai je.. Arrrghhh tak tau la camne nak terang hahaahah.. so abaikan.

Tapi nampaknya rezeki untuk hari tu hamper yang sikit lagi nak sama tinggi dengan Eqal. Jadi la kan dari tak dapat apa-apa sebab hubby cakap orang yang datang beribu gak.. dah nampak lebih kurang karnival jom heboh.. Ermnn tipu dia, tipu la aku kan haahhaha... So sila bersyukur ngeeeee...

Errr layan gambar je erk..


 Eqal selaku model rasmi pada petang tersebut.... Kerana...

 Abang beliau bad mood.. baru bangun tido, campur sakit perut, campur sakit montot katanya... Kemain semangat kami tunggu si abang bangun baru nk buka hamper tapi tengok la muka dia

 Puas suruh senyum.. adeiiiiii...

Masing-masing dah tak sabar menanti apakah makanan disebalik hamper tersebut


Tengok muka exited adik!! Tak saba, tak sabarrrr!!!!!
Pastu tengok la muka moody abang.. Arrgghhhhh!!!!

 Hasil rampasan adik dari hamper tersebut


Dan ini reaksi orang kalah sebelum bertarung hahahaah.. Abaikan bakul kat belakang kimi tu.. Tu dah jadi bahan mainan untuk anak-anak aku..

Sekian, macehhh!!!

Monday, April 22, 2013

Bila anak keracunan makanan, demam dan sakit bontot

*AWAS!!!! ENTRY INI PANJANG!!!!!!!*

Banyak cerita nak share, tapi aku lemau lagi ni.. Anak sulong tak sihat, start Khamis sampai pagi tadi.. On off sakitnya.. Tak tau nak cerita mana dulu..

Ok mula dengan sakit si Kimi. Khamis, lepas ambil dia dari Taska, dia request susu, lepas minum 2 cawan, dia tak mintak apa dah. Makan pun tak nak, apa pun tak nak. Aku cuma suap Haiqal nasi dengan sup balance aku masak malam sebelum tu.

Lepas tu terus kami keluar, nak pergi beli burger bakar abang Burn. Lama dah teringin tapi tak terjejak lagi kat sana. Kitorang tapau je burger tu sebab ramai sangat orang, takde kerusi nak duduk.

On the way balik Kimi mengadu pening kepala, then suruh dia baring. Aku pulak terasa nak makan pisang so mintak hubby stop tepi jalan beli barang seikat 2. Lagipun hubby dengan anak-anak memang hantu pisang.

Dalam kereta, Kimi mintak pisang, nak makan, biasa dia habis 2, 3 bijik sorang je. Tapi malam tu 1 pun tak luak. Belum sampai rumah dia cakap nak muntah. Aku terus bagi dia plastik, then elok la dia muntah dalam plastik tu. Tapi masa dia pass plastik tu kat aku. Ni jadik
Ada pisang lagi tu haaa.
Ingatkan kena kat atas seluar dengan kusyen aku jela. Rupanya, balik tu hubby kemaskan kereta. Kena kat burger bakar, satay, pisang, sling bag aku. Bab makanan tu pheww sebbaik just plastik je, makanan elok lagi.

Masuk rumah dia muntah lagi 2 kali. Masa tu fikir dia angin or pening je sebab tak makan lagi kan. Lepas dah kemas semua kami makan, tapi kimi tak nak, dia takut muntah lagi, so request nutrigen. Memang terbaik la, malam tu dia asik berulang masuk tandas sebab muntah.

Pukul 12.30pagi aku kejutkan hubby. Hubby lak tengah tak sihat, bila cakap Kimi still muntah, dia tengok jam, terus ajak pergi klinik. Pergi klinik 24, doc masukkan ubat tahan muntah. Katanya keracunan dan angin banyak dalam perut. So kalau dia makan apa pun akan keluar balik. Tapi dia pesan, kalau lepas je masuk ubat montot tu, anak muntah lagi terus pergi hospital. Tak payah tunggu lama. Masa tengah tunggu ubat pun Kimi dah muntah.

Terus doc buat surat, refer ke HTAR. Kitorang masa tu cam, ok rileks dulu, mana tau baru lagi kan ubat masuk, balik rumah dulu. Tak sempat sampai rumah, lagi 5 minit nak sampai tu kimi dah muntah lagi dalam kereta. Tak cakap banyak kami berdua, terus aku kemaskan baju aku dengan Kimi takut kena tahan wad kan. Tengok kimi pun masa tu dah lembik.

Sampai hospital terus masuk zon kuning sebab ada surat refer klinik kan. Elok masuk situ, kimi terus sihat. Takde rasa nak muntah. Doc tanya sakit perut tak, dia geleng, nak muntah tak dia geleng. Nak cucuk ambil darah boleh, terus geleng. Doc tanya nak balik tak, laju je angguk. So doc cakap boleh balik sebab dia nampak ok. Fine, dia just bagi ubat demam dengan air garam.

Tapi, belum kuar dari hospital, masa nak amik ubat kat farmasi, kimi dah request nak muntah. Aku dah start risau. Tapi sebab doc cakap ok, so maybe lepas rehat dan bagi air sikit-sikit dia ok.

Takde.... sampai rumah, dia merengek sebab penat. Lepas tu bermula la episod aku dan Kimi tak tido lena sebabnya dia asik bangun muntah, bangun muntah. Tak sampai hati aku tengok keadaan dia masa tu. Dari pukul 3 pagi sampai 6 pagi dia ulang alik tandas. Lepas pukul 6 baru dia tido elok.

Pukul 6 pagi tu dah rancang dengan hubby nak pergi hospital balik sebab risaukan Kimi.. Tapi, pagi tu masa aku kejutkan Kimi untuk mandi, rupanya dia tercirit dalam seluar. Ya Allah, kesiannya anak aku... Sampai tak sedar terbuang dalam seluar, penat sangat kan.. Terus siap-siap bagai, pukul 8.30 gak baru kami sampai hospital. Again masuk zon kuning.

Anak aku tu.. hai laaaa, asal pergi hospital terusssss sihat.. Padahal kat rumah lembik ko tau... Doc still cakap dia ok. Sebab boleh makan n minum, tapi katanya kalau aku tengok Kimi getting worse cepat-cepat bawak HTAR balik. Agaknya wad penuh, tu yang dia suruh balik kot..
Main momo je kat ofis

Oklah, sebab tak sampai hati nak tinggalkan Kimi kat taska, aku bawak dia gi ofis. Lagipun bos takde, bilik ni pun aku je ada so, ok la kan. Dia pun nampak better dari malam tu, cuma tengahari tu again dia berak dalam seluar lagi.. masa tu dia tido, aku balik rumah kan rehat lama, bagi dia rehat sikit kan Tapi tu jela, muntah dah takde. Dan semuanya berjalan lancar until malam tu tiba-tiba dia demam pulak.

Ya Allah, dah la badan budak tu dah susut gila. Dari petang Khamis tak makan apa melainkan susu, tu pun dah kuar sebab asik muntah sampai ke Jumaat pun aku beli macam-macam nak suruh dia makan tetap dia tak nak makan. Tiba malam demam lak.

Demam tu memang confirm sebab dehydrated. Air kurang dalam badan, makan pun tak, tenaga banyak hilang, air garam aku bancuhkan pun dia tak nak minum. So dari Jumaat malam tu membawak ke Ahad pagi demamnya.

Apa pun tak nak makan kecuali minum air masak.. tu pun sikit-sikit. Alahai anak... sedih aku tengok wehhh..

Tapi petang Sabtu tu dia request nak megi. Tu pun sebab nampak iklan kat tv. Aku layankan je, janji ada makanan masuk perut dia.

 Yer, sepanjang dia demam ni aku pakaikan balik pamper kat dia. Sebab kesian tengok dia tak larat nak gi tandas, melepek je atas toto or dalam bilik. Lagipun takut dia cirit lagi, tak larat wehh nak basuh lagi tilam.

 Kurus tak kurus dia, pampers saiz L pun still muat. Muka bulat pun terus cengkung. Yela, suhu dia dari hari Jumaat tu sampai Ahad 37 - 39.6.. Dok area tu la. Jap kang sejuk jap badan pergi la 37.3, kang panas balik 38+ kadang panas sangat sampai 39.6. Risau aku ni tak payah cakap la. Hubby pun cari daun bunga raya untuk lap badan dia kan.

Bukan takat lap, aku mandikan terus dia dengan air daun bunga raya tu.. So Ahad pagi tu syukur alhamdulillah Kimi dah kebah.. Perkataan pertama dia pagi tu, Adikkkkkk!!! Rindu beno kat adik, nak ajak main.. Adik pulak, sakit hati abang tak main dengan dia, asik terbaring je, diambilnya hanger, pukul abang dia.. Saboooo je aku.. Klu tak pukul dia tampar-tampar.. Melalak laaa budak manja ni kena buli dengan adik. Haihhhhh..

So aku ingat dia dah kebah, then semuanya okla. Takkkkkk!!! Ahad tu hubby pergi cabutan bertuah anjuran kedai moto so kami tinggal kat rumah 3 beranak.

Sekali Kimi dok merengek cakap sakit bontot. Aku cek takde apa pun. Kemuncak bila dia berguling-guling nanges sakit sangat-sangat. Aku dah cuak. Call hubby cakap balik jap sebab nak bawak anak gi klinik. Hubby cakap tak boleh keluar sebab moto kena block. Sudahhh!!! Aku cakap aku pergi sana kejap, tinggal Eqal dengan dia, katanya jangan, sebab jalan depan tu jem gila. Kat situ dah cam karnival jom heboh, sia-sia je masuk jalan situ. Pulakkk!!!!!

Gamble, capai kunci kete, angkut anak sorang-sorang masuk keta, gi klinik panel. Aku sampai kol 1.30 ehhhhh tutup pulak, kol 2 baru masuk. Arrgghhh!!!!!! Aku dah cuak dah, dengan adik nak lari sana sini. Dengan kimi cakap nak muntah, nak guling lagi atas kaki lima depan klinik tu antara sakit dengan nak paksa aku beli aiskrim.

Angkut dua-dua masuk kereta, gi isi mintak dulu. Lepas tu parking depan klinik tu sampai pukul 2. Dia buka je terus aku terpa. Again, anak aku, kat klinik sakit dia akan otomatik baik. Sakit ati aku... Takut beno dengan klinik.

Doc cek, again, doc cakap takde pape. Klu takde pape nape dia sakit sangat???? Mungkin kesan cirit, si usus menegang ke camne tah dia cakap. So fine. Dia bagi ubat angin/sakit perut, tahan muntah, demam & antibiotik.

On the way balik again dalam kete dia melalak cakap sakit. Nasib baik masa tu dah nak sampai rumah. Aku tengok dia nangis, dengan aku sama naik nak nangis. Pujuk dia. Ajak makan nasi, aku buat bubur pun dia tak nak.. Takut nak makan takut muntah. Pastu jerit-jerit sakit perut semua. Pujuk, tepuk, last-last tidur.

Suap apapun dia keluarkan balik...
Lega aku bila dia tidur dan adik dia pun tido. Elok semua tido hubby balik. Lepas dah 2 jam tido, kimi bangun, melalak lagi cakap sakit perut. Sekali hubby tanya ke kimi nak berak? Dia cakap tak. Pastu hubby cam psiko dia lagi, cakap dia nak berak sebab tu sakit perut bagai, terus, papa nak berak... nak berak.. nak berakkkkk!!!!

Ko tau masa hubby teman, katanya cam terlekat najis dia tu, cam tak leh kuar, padahal bila kaur, lembik je. Sori agak kotor  penerangan kat sini. Lepas 10 minit dia lari lagi, cakap sakit bontot, sakit perut, aku paksa pulak dia berak. Pastu dia setuju. Cangkung je terus bunyi cam meletop kentut dia. Ya Allah, rupanya dia sakit bontot tu sebab tahan berak. So ahad tu aja dekat 10 kali dia ulang alik tandas.

Boleh ko nak tahan berak??????? Mama ko ni macam ke orang hilang akal, risau. Buat research pasal tanda kanser usus, penyakit apa berkaintan sakit bontot semua. Rupanya sebab tahan berak. Arghhhh!!!

Lepas dah buang, syukur, sakit bontot dia kurang, masih sakit, mungkin merah sebab banyak membuang, tapi better dari reaksi dia tengahari tu.

Tapiiiiiiiii, pagi tadi, pukul 3, tiba-tiba aku rasa tepi seluar aku basah, pastu dengan kimi merengek.. mamaaaa kimi berak dalam seluar... What???? Kali ke 3???????????????????? Nooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So tu la penyebab aku kepenatan minggu ni. Sekian


Baju pahala dosa

Tadi, aku pergi admin, hantar borang, maklum pembantu bos aku tu cuti seminggu, so sila menapak sendiri.

Naik je tingkat 3, punya ramai orang tunggu turn nak dengar kes. Buat muka selamba catwalk ala-ala sopan, nak masuk ke admin. Sekali terperasan sorang pakcik ni, tua dah, pakai kopiah. Dia pandang aku macam marah, cam aku buat dosa besar je. Apsal ek...

Hala balik dari admin tu nak tuju ke lif baru aku perasan... Rupanya, kain yang aku pakai ni..bila jalan terbelahnya sampai nampak betis.. Homaiiiiiiii!!!! Terus malu sendiri.. Padan laaa pacik tu muka cam marah..

Ingatkan selaknya takat atas skit dari buku lali je dan biasanya pakai kain dalam or tight, hari ni bangun lewat, so tak sempat nak capai segala protect betis tu, huwaaaa.. dosaaaaaa!!!!

Sebenarnya, kain ni tak belah tinggi pun, takat nampak buku lali je dulu.. Tapi semenjak beranak 2, peha telah membesar dengan jayanya, maka benang yang menyambungkan kain tu dari terbelah besar telah tertetas. Maka... selakkannya jadi lee sampai ke betis bunting padi aku ni haa...

Jalan kat ofis aku ni ok je sebab lengang, bila pegi admin terus segan tahap bunga semalu tu, rasa cam orang bogel-bogelkan je kaki aku.. Huwaaaa lagii...

Dok chit chat dengan Mek Zu pasal kain aku tu. Katanya dia pun ada baju camtu. orang kasik katanya. Dia panggil baju tu baju pahala dosa.. Pahala bila tutup, dosa bila terbuka hahaahahah..  Lawak la oooiii!!

Betol la weh.. baju aku ni kurung pahang, so memang longgar laa.. tang kain je spoil!! Ni nak gi cafe tengahari ni pun dah segan ni adesss, memang tak kuar ke mana laa aku jawabnya.

Baru je cam nak berubah skit-skit tutup aurat.. yela, pakai tudung, tapi sebenarnya bogel.. Faham ke? Aku pakai baju, tapi ketat, aku pakai jeans, tapi nampak bentuk kaki.. Boleh pakai, tapi kena cari baju labuh.. Kan... aku masih cuba, berubah perlahan.. Tak boleh drastik, sebab aku penah cuba berubah secara drastik, tapi kejap je bertahan.. Kalau boleh biar la sampai bila-bila kan.. Sebab menutup aurat tu wajib, tau, tapi still nak langgar kan aku ni, panggg tampar skali!!!! Huhu..

Tapi, aku suka tengok orang pakai longgar-longgar, tudung dilabuhkan menutup apa yang patut ditutup, comel je.. Tapi, macam aku cakap, aku nak berubah, tapi kadang hati tak kuat... Insyaallah, satu hari nanti... Doakan ye.

Thanks!

Friday, April 19, 2013

Keracunan makanan

Baru lagi aku rasa ari tu diuji dengan kedua-dua anak demam.. Hari ni diuji lagi.. Hakimi keracunan makanan...

Start malam tadi, pukul 9.30 muntah sampai sekarang.. takde hentinya muntah dia. Makan sikit muntah, minum sikit muntah. Bayangkan takde apa dalam perut dia tu.. Makan nasi 1 suap dah tak nak. Aku beli bubur kat hospital, sampai basi bubur tu nak suap dia tak nak. Camne nak sihat ni..

Pulak tu dah 2 kali dia tercirit dalam seluar time tidur. Penat sangat la tu sampai tak sedar dah terberak dalam seluar. Mana taknya, balik hospital dekat pukul 3 dah, ulang alik kuar masuk tandas muntah aje lebih pada 10 kali.. Tak sampai hati tengok muka dia tahan sakit time muntah, pastu sekarang cirit pulak. So dua2 tilam queen dan single kena berak dengan dia.. Aduiii malam ni nak kena alas la tidurnya.

Pukul 12.30 tgh malam ke Klinik Bandaran, dah masuk ubat tahan muntah ikot bontot pun Kimi still muntah, so doc terus tulis surat suruh refer ke HTAR terus. Sampai HTAR terus masuk Zon Kuning, separa kritikal ek ke apa tah.

Doc cek semua nampak ok. Memang, Kimi ni kalau pergi klinik ke hospital ke, otomatik terus semua sakit hilang, dasar keturunan mama takut jumpa doktor hahaahah.. Tapi elok je kuar hospital, uwekkk.

Adeiii.. Ni ada dengan aku kat ofis, tengahari tadi balik rumah jap, bagi dia tidur, kesian kan kat ofis tak selesa nak tidur. Bukan aku tak mau amik cuti, tapi belum habis bulan 4, dah 9 hari dah amik cuti, kelayakan ikut bulan dah takde. Nak MC, klinik mana nak bagi aku MC dengan alasan nak jaga anak ni...

Nak tinggal taska lagi tak sanggup.. Yela budak-budak ramai, tak tertengok cikgu dia kat Kimi je..

Sekarang aku tengah tertanya-tanya mana punca keracunan makanan tu. Pagi semalam aku tapau nasi lemak tepi jalan kat dia, kat sekolah katanya makan bubur, balik rumah cuma minum susu 2 botol, pastu terus kami siap-siap nak kuar gi beli Burger Abang Burn yang mana dia tak sentuh pun burger tu sebab takut muntah..

So makanan mana yang buat dia sakit tu ek???

Thursday, April 18, 2013

Ragam anak setiap pagi

Huaaarrrgghhhh!!!!! Besseeeee dia niiii!!!! Baru balik kusus dah menguap nguap.. Hahahahaha.... Weiiii bos takde gila bosan, ngantuk pun yerrrr!!!! Tersengguk-sengguk dah aku sorang-sorang kat meja ni.. semua staff pun cuti, tinggal aku je terkontang kanting kat ofis ni wehhh!!!!

Lupakan pasal ofis, nak cite pasal anak teruna i yang sulong. Wahhhh sejak sekolah ni kemain pandai dia. Semalam,

Mama, semua orang bawa food pergi sekolah, saya je takde.
Food?
Yelaa food, makanan (ingat mama tak faham bahasa Inggeris la tu, explain)
Ye, mama tau la. Tapi kan sekolah kimi dah sediakan makan pagi, kenapa nak kena beli pulak?
Ala mana beli laa, kesian saya, saya nak kuih.
Nak kuih apa? 
Donut.

See, dah pandai mintak bekal makanan dah. Semalam dia nak donut, makcik tepi jalan tu takde jual, so aku beli pau. Mamat tu kalau makan je apa kita beli takpe, ni songeh ok. Kadang pagi-pagi mintak roti canai, dia bangun pagi dah la lambat, nak bersiap pun aku yang pakaikan baju bagai, eh mintak pulak roti canai yang buat aku kena tunggu lebih dari 5 minit..

Tapi sebbaik kadang boleh toleransi gak dak kimi tu. Kadang ayat dia,

Donut takde, ok roti canai la mama, takde? Ok pau la mama.

Phewwww!!! Lap peluh mama pastu doa banyak-banyak dia tak banyak ragam pagi2..

Pagi tadi buat hal lagi..

Mama, saya nak naik kereta.
Jangan nak mengada, mama dah lambat, naik moto je.
Alaaa, saya nak naik kereta... (pastu buat muka)

Demand ok anak bujang aku... Besar tu dah pandai memilih.. Tu malu ke apa tah, kalau gi sekolah mama hantar dengan moto? Mama masa kecik dulu rileks je atok hantar gi sekolah dengan lori, siap anak jiran naik sama, dah cam lori sekolah, bukan van sekolah sebab penuh dengan budak kat belakang lori tu.. Besttt bila ingat balik..

Selalu la pagi-pagi bila dia buat hal, aku kuarkan ayat ni, kalau siap awal baru la mama hantar dengan kereta sayang oiii.. Mama naik moto sebab nak elak jem.. Dia ingat mama suka ke nak berpanas terik naik moto, no!!! Baik naik kete best, ada aircond... tapi Shah Alam pagi-pagi jem, maka moto adalah penyelesaiannya. Cakap kat anak umur 4 tahun, tah masuk ke tak dalam kepala dia tu hihihi.

Pagi tadi, sebbaik kejap je dia tarik muka sebab tak berani nak amuk tengok muka mama dia stress dah lewat ahahah... Pastu atas moto mintak tapau nasi lemak. Wahhh first time anak nak makan nasi lemak tapau, harusla mama beli.. Sebbaik laaa semuanya RM1 je sayang oii.. Kalau kamu mintak MCD setiap pagi, terus papa mama ni haaa...

Tu pagi yer kawan-kawan, petang lagiiiiiii banyak permintaan... Fuhhhh bertabah je mama ni.. Tapi tak kisah la janji anak selesa, nak makan bagai.. Setengah orang jenuh nak paksa anak makan kan, patut aku bersyukur la anak aku nak gak makan kan.

Budak badan ketak-ketak masa 7 bulan...
Ok, ok, alhamdulillah.. syukur.. ;)

Wednesday, April 17, 2013

Bila suami jadi Mr. Mama

Baca entry si Mrs. K pasal anak-anak bila si bapak yang jaga buat aku tergelak. Sebabnya sama dengan kes hubby jaga anak-anak aku. Kan aku kursus start Jumaat malam, so macam kecian pulak hubby Jumaat petang tu dia tak dapat main takraw, Sabtu malam tu tak dapat main badminton.. Tu memang rutin dia la setiap hari.

So Sabtu tu sebab program senaman dibatalkan so kelas habis awal sebelum sambung pulak pukul 8.30 malamnya. Aku sms hubby tanya nak pergi jogging tak sebab kelas habis awal, pukul 4.30 dia dah boleh ambil aku. Aku jagakan anak-anak sambil diorang main kat taman, dia boleh la jogging.. lepas angin kata orang kan.

So, petang tu dia ambil aku kat hotel tu, aku tengok dengan Kimi pakai baju basahan kat rumah je, selipar basahan kat rumah gak, sebelah ada sticker, sebelah dah tanggal. Dengan eqal pakai baju elok dah baju jalan, tapi dengan seluar basahan kat rumah.. Lahaiiiii papitooo... Malas nak tegur, kang sentap pulak kang hhaahhahah..
Pembantu cilik mama kat rumah

Ada je akal budak bertuah ni

Suka bebeno dapat kuar rumah

Tengok selipar dah tercabut sticker angry bird

Bakal pemimpin masa depan..

Cari ikan..
Bila tanya anak-anak makan apa, sebab petang tu dia ajak aku teman beli nasi kat pasar malam belakang hotel tu. Katanya masak bubur nasi campur telur je untuk anak-anak makan. Tapi sedap kot sebab kimi makan bertambah-tambah katanya. Hahhahah... jarang rasa air tangan papa, sesekali masak mesti la rasa kemanisan kasih sayang papa tu...

Tapi, first time tak tidur dengan anak-anak setelah sekian lama.. Rasa lain..sebab tu cakap kat hubby suruh gi jogging, padahal alasan utama nak jumpa anak-anak and of course hubby sendiri hiihhi.. rindu gilaaa... Bulan 5 ni ada kursus lagi.. Belum sure hubby nak ikut atau tak.. kalau tak, hubby jadi Mr. Mama la lagi..

Saja tanya hubby, ok ke jadi Mr. Mama, ok je dia jawab.. tapi tersengeh-sengeh pastu tergelak.. Haaa baru tauuuuu.. bukan senang nak jaga anak-anak time pasangan takde tau.. Mencabar minda... Tapi at least, bila diorang rasa pengalaman menjaga anak sendirian, diorang lebih menghargai kita dan lebih rajin membantu isteri di rumah sebab tau apa yang kita rasa dan buat bila diorang ada kerja luar. Gituuuuu...

WW: Candid terlampau

Gambar favorite penceramah katanyaaaa.. Masuk je untuk sesi petang, penceramah cakap, saya ada gambar favorite, gambar bunga...Aku terus.. haa?? Ni mesti gambar tak senonoh ni..
Spot mana satu aku
Yeeee yang depan sekali dengan mulot nganga dan muka terkejut!! Overrrr kaannnn!!!! Semua pun tergelak tengok gambar tu.

Aku sendiri tak sedar bila penceramah ni candid. Masa ni game kita kena peluk pasangan, then pasangan kita cuba lepaskan diri, kira cam fikir camne nak kuar dari masalah. Elok je penceramah tu sebut 1,2, 3 terus sobat yang aku peluk tu loloskan diri dengan cara duduk. Aku yang tak sedia apa, maklum, baru balik dari toilet terus kena panggil ke depan sebab si Dayang takde pasangan. Tapi memang bijak la partner aku tu boleh terfikir cara turun ke bawah untuk lepaskan diri dari aku. Bijak-bijak...

2nd picture pulak....

Again me and my big mouth
Masa ni aku tengah usik akak yang buat pembentangan tu. Aku dok "haaaaa.. nak kena pangkah ni kak.. " Agaknya masa aku dok haaaa tu yang penceramah tu dok klik gambar. Aduyaiii apakah salahku... Hihihih..

Sekian, aku dan gambar candid terlampau ku.. Eh bukan wordless dah ni ek haahahahah...

p/s: Seronok, bos adalah tiada... hingga hujung bulan ini.. Yey!!!!!

Tuesday, April 16, 2013

Punca keretakan rumahtangga

Baru lepas berbual dengan lawyer tadi, sementara dia tunggu aku burn cd tuk dia buat nota..

Saja korek-korek pasal punca keretakan rumahtangga zaman sekarang yang makin meruncing, maklumla dia lawyer untuk syariah.

Katanya, biasanya soalan pertama dia akan tanya, suami awak pernah tak imamkan awak solat or penah solat tak or solat tu penuh tak? Kalau tak pernah, tak penuh, nah, tu la punca utama.. Kalau suami sendiri tak jaga hubungan dia dengan  Allah, macamana dia nak jaga hubungan rumahtangga dia.. Benda simple je...

Masalah lain pulak, biasanya komunikasi tak lancar, ego tertanam dalam diri masing-masing, isteri tak pernah kerja, kerja, pastu kena kejutan budaya dan suami tak dapat terima perubahan, masalah duit dan macam-macam lagi.

Bila aku tanya, betul ke banyak kes sebab suami suka pukul isteri? Katanya bab tu memang dia pantang, kalau suami jenis pukul, memang dia rasa nak pukul balik. Aku pun cakap la, tula, saya awal-awal kawin dah pesan dengan suami, jangan sesekali naik tangan pada saya, sebab lelaki ni kalau sekali dah naik tangan, dia takkan teragak-agak untuk buat kali kedua dan seterusnya.

Terus lawyer tu tanya aku, suami awak pukul awak ke? Awak ni nampak baik, takkan suami pukul? Laju je tanya hahahaha... takde laa.. Suami saya ni ni tenang, baik, memang tak penah naik tangan, cuma saya ingatkan je dia.

Terus dia cam, ok. Katanya berdasarkan pengalaman dia, katanya aku dah ada dilandasan yang baik, cuma kena kekalkan keharmonian rumahtangga tu. Solat jangan tinggal, jaga hubungan dengan Allah, hormat pada suami, insyaallah.. Keyword untuk kekal jaga hubungan dengan Allah, hormat suami, komunikasi kena baik, again, insyaallah semuanya akan dipermudahkan...

Ermnn... betul gak kan, bila aku muhasabah balik perjalanan hidup aku, lepas habis belajar terus dapat kerja, then dah kerja 3 tahun tunang pastu kawin dengan orang yang sama aku kenal dari zaman poli iaitu hubby.  Baru sebulan kawin, terus lekat Kimi. Then hubby dari keje swasta, rezeki anak pertama, terus dapat offer kerja gomen. Then lepas 4,5 bulan Kimi dah lahir, kami dapat beli rumah yang kami duduk sekarang.. Duduk je rumah baru, dapat tau pulak mengandungkan Haiqal.. semua tu rezeki, walaupun kewujudan Eqal tak disangka, tapi kami bahagia dengan kehadiran dia dalam hidup kami.

Dan, mungkin rumah kami tak besar, seadanya tapi sekurang-kurangnya ia milik kami. Allah dah mudahkan urusan hidup kitorang, tak diduga dengan ujian maha hebat. Kadang aku je tak nak tengok semua rezeki yang dah Allah bagi kat kami sekeluarga, tak pandai nak bersyukur..

Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan peguam tadi, sekurang-kurangnya dia sedarkan aku tentang sesuatu dalam hidup aku yang kadang aku lupa, leka, dan lalai..

Oh, kalau korang ada sebarang masalah pasal rumahtangga dan perlukan peguam syariah ni aku bagi contact number dia:

Fazarudin Sujairi bin Md Radzi
013-3033723
faza001@yahoo.com  atau   faza2727@gmail.com

Sekian, wassalam...

Monday, April 15, 2013

Kursus Kesetiausahaan

Hai korang!!! Lamanya tak update blog. Syukur, batuk aku pun dah makin kurang, mujarab jugak petua makan madu campur perahan limau nipis ni. Again, thanks pada yang bagi petua..

Jumaat sampai Ahad aku kursus kat Hotel De Palma, sempena minggu setiausaha katanya. Best sangat kursus tu sebab penceramahnya sangat best!!!!! Tak mengantuk setiap sesi yang dia buat sebab orangnya penuh karektor dan semangat.

Aku share gambar jela ye.. tak larat la nak cerita sebab pening-pening lalat, mengantuk, tak cukup rehat.
Game susun kepingan jadi segiempat
 Game ni best, kepingan-kepingan tu kena susun dengan gunakan 2 keping je jadi segiempat, lepas tu naik jadi 3,4,5 dah last sekali 6 keping. Game ni kami juara, haahaha... Almaklum, aku bab-bab bersuka ria memang otak cepat je, cuba kena fikir, turus blank! Hahaha...

Tukar A ke B
 Game ni memang menguji minda. Susun 3 kerusi sebaris mengadap dan tengah-tengah ada kerusi transit so kena tukarkan 3orang kat kerusi A ke kerusi B. Tapi, kumpulan kami sekali lagi juara kihkih.. Masa ni bergabung dengan team Channel.. Group kami CD.

Teka teki
 Yang ni memang menguji tumpuan dan minda. Dia bagi kad, lepas tu setiap kad ada hubung kait, ko kena cari maklumat dari setiap kad, yang bahasanya sangat laaa pening lepas tu jawab soalan. Kami dok tumpu pada siapa pencuri, padahal bawah pencuri tu melambak lagi soalan hahaahah..

Ikutkan kami betul kelima2 soalan, tapi sebab dah gabra, dah kena hantar jawapan, jawapan untuk jawatan orang tu kami pegi letak nama, dan untuk nama kami letak jawatan.. Tak pasal salah 2 dan betul 3 je.. Tapi takpe, puas hati sebab ikutkan kami betul semua, tapi sebab tak baca betul-betul soalan tersilap letak jawapan... Tu laa tak fokus sangat hahaha.. Game ni dapat no 3..

Makan time
 Tea break dalam bilik tu jugak, so sangat sempoi, staff hotel masuk je letak makanan, masing-masing terus tak fokus haahahah...


DIY
 Ni kena buat amali, camne adab jumpa klien, jarak 2,3 kali, bagi kad nama kena 2 tangan, penerima pun kena 2 tangan terima, kena baca kad nama lepas terima, jangan terus simpan dalam poket.

Ooo som!!!
CT Oooo soommm!!! Eh takkk!!! Ni game cam ooo som. Tapi penceramah tu tukarkan batu, air, burung tu kepada pemburu, beruang dan perempuan camtik. Comel gila game ni. Ni game untuk uji kebolehan kita baca fikiran lawan. Individu aku seri lawan dengan dak baju kuning..

Tapi berkumpulan, menang. Sebab tu yang sebelah aku tu, untuk individu dia menang 5-0. Terus masa game kumpulan aku suruh dia yang lead. Sebabnya macik ni ada deria ke 6 gitu... Dia bab-bab rasa ni kuat. Hasilnya, kami menang 2-0. Dapat tempat pertama lagi.

Keseluruhan, walaupun kumpulan kami paling sikit 5 orang je, sedang kumpulan lain 6-7 orang.. Patut setiap kumpulan 6 orang, tapi ada budak tu tak mau join kumpulan kami, nak geng dengan geng dia gak, so takpe, kami buktikan, bilangan bukan faktor, so menang!!!!! Yeyy!!!!

Thursday, April 11, 2013

Petua Hilangkan Batuk

Terima kasih kawan-kawan yang beri petua utk hilangkan batuk..

 1 sudu madu tualang dengan perahan limau nipis dah selamat aku telan.

Madu dengan bacaan ayat quran RM29 sebotol, 2 botol RM50... Beli 1 dulu dah la.. Tapi sekali makan.. eh sedap pulak rasa madu dia... Kenapa madu yang selama ni aku makan tak sedap? Manis semacam? Yang ni just nice kat tekak aku... Lepas ni boleh la aku makan madu setiap hari setiap pagi...

Ni pulak makanan orang sakit.. nasi separuh dengan sup ayam. Boleh tahan sup ayam dia, sedap kat tekak aku ni..
RM3.50 harga nasi berlauk ini...
 Ni pulak muka orang sakit... Muka tak terurus, tudung tak teurus, mata ada lingkaran hitam, muka sembab, bibir pucat, hidung kembang..
Nampak ekkk muka orang sakit? Sebab belum pun kuar batuk aku, orang dah tanya, tak sihat ye, demam ke? Huhuhuuh....

Boleh ke tak boleh boleh ke tak boleh..

Makan madu dengan limau ek kawan-kawan.. Ok, balik ni pergi cari madu dengan beli limau.. eh tapi limau nipis ke limau kasturi??? Silap-silap, tengahari ni gak zass gi alam sentral cari madu ni kang.. arghhhhh stress wehhhh!!!!!

Sebenarnya tengah risau... Jumaat sampai Ahad ni kursus.. Even kat Shah Alam gak, tetap kena dok hotel, sebab aktiviti habis pukul 11 malam. Gini la nasib, kat ofis lama jangan harap laa nak pergi kursus Sabtu Ahad ni, kat sini terpaksa, kalau tak tak cukup laa kursus 7 hari wajibbb ko tu.

Memang ikutkan hubby suruh balik rumah gak tido rumah je, tapi aku fikir pulak kalau anak dah tido macam kesian lak kat anak-anak nak berangkut ambil aku malam-malam, pastu pagi-pagi dah kena bangun nak hantar aku pulak.. Aku nak guna kereta kang, takut gak kalau apa-apa jadi, mesti hubby perlu kereta nak angkut anak-anak.. Nak beli 2 kete tak mampu lagi huhuhuh...

Tapi, yang aku risau, tengah-tengah malam, anak nangis nak susu, sedar ke tidak laaaaa papa diorang tu... Hailaaaaa risauuuu.. dan yang tu pun yang hubby tepaling risau pun... katanya takut tak terjaga kalau anak nak kencing tengah malam ke, anak nak susu tengah malam ke.. Sudahhhh!!!! Hihihi...

Pastu risau gak sekarang sebab Eqal sangat-sangat manja dengan aku. Dah pandai pilih nak dengan siapa.. Apa-apa mengadu kat aku, apa-apa nak baring dekat aku, nak tido nak aku sebelah dia, nak menggombeng, kalau tak susah nak lena cepat mata dia tu.. Pantang aku takde, melalak macam ke apa kat pagar menghala ke dapur panggil mamamaaa.... Kalau buat manja ngekor aku sambil pegang baju ke, peluk peha ke, tak nak lepas... stress kalau time tu aku nak cepat haihhhhh!!!!  Kalau suruh manja kat papa dia pegi la kejap je, pastu datang balik kat aku.. nak mama jugekkk!!! Papa bengkekkk je hahaahah...

Kimi pulakkk.... pun 1 macam gak tu perangai... Time dia nak buat perangai.. Susu tak nak papa bancuh, mandi tak nak dengan papa, apa pun tak mo papa.. semua mama, mama mama.. Kalau bangun pagi nak pergi sekolah tu tak payah cakap la, bangun memang menangis la kalau cakap mandi dengan papa...

Lepas tu dulu ada dalam entry aku cakap dia pergi sekolah dengan papa dia kan, eh elok seminggu lepas publish entry tu, dia tak mau dah pergi sekolah dengan papa dia, alasan enjin moto papa bising.. bising ape nye moto baru hai laaa... Padahal kadang-kadang aku hantar dia gi sekolah dengan moto gak pun. Ehhh, takde.. takde pun aku hasut kimi suruh pergi sekolah dengan aku. Cemburu aku pada suami masih bertempat la.. Takat nak cemburu cikgu sambut kimi time hubby anto anak takdenye nak cemburu sangat aihhhh..

Baik laa aku hantar Eqal, takde banyak songeh, pagi-pagi semangat je bangun nak naik moto or kereta.. Senyum je, tak penah masam pagi-pagi.. Cepat kerja aku.. Kalau kimi nak pakai baju sekolah, aku pakaikan, dia lepas mandi terus baring, sambung tido. Kecuali aku gegak gempita suruh dia bersiap sendiri sebab aku dah lambat. Nak pakai stokin, kasut pun ambil masa.. Sabooo je aku ni haa...

So, kesimpulannya, kita tengok jela nanti, aku balik rumah ke tido kat hotel sepanjang 3 hari kusus tu... Tapi aku pun risau sebenarnya... takut tak leh tido tanpa anak-anak aku tu.. Eqal tu, bukan pernah berpisah pun lagi dengan aku... Takut tak boleh tido je dia tanpa bau ketiak masyam mama dia ni..

3 hero di hati mama..

Ada ke Petua?

Weiiiii... dah 2 minggu lebih kot aku batuk selsema.. Pastu malam-malam macam nak demam tak demam gitu...

Petua hilangkan batuk selain makan ubat batuk takde ke weh... Aku tak suka sangat makan ubat, aku prefer cara tradisonal.. *cakap jela ko penakot ubat kan*..

Nak makan ubat time office hour memang tak boleh la sebab ubat batuk dengan selsema buat aku mengantuk..

Stress!!!!!!!

Wednesday, April 10, 2013

Eh, sakit pulak hati kiteee!!!!!

Panas hati aku.. Baru lepas call mak kat kampung. Boleeehh orang kampung aku tu... segelintir laa kan, aku tak cakap semua.. Ok cerita dari awal ek

Ayah aku dulu masa muda-muda memang ke laut. Jadi tekong, memang pernah sampai ke Indonesia pun sebab jadi nelayan aje.. Lepas tu dia dah tak buat keje tu, keje kilang, keje macam-macam la demi nak besarkan kami adik beradik.

So bila dah tua-tua ni, dia saje la beli bot nak pergi ke laut sekali sekala selain kenang masa muda, isi masa lapang selain dapat gak duit lebih sikit kan.. Aku memang tentang masa mula-mula ayah cakap nak beli bot, sebab aku takut apa-apa jadi kat ayah masa kat tengah laut, tapi ayah aku ni jenis kalau dia kata A, ko tak payah la nak jadikan dia B.

So beli gak la.. Dia memang ke laut time ada masa terluang je. Dan aku tau camne susahnya jadi nelayan ni sebab aku ada pakcik yang memang sepenuh masa jadi nelayan. Betapa susah berpanas terik berbumbungkan mentari, bergoyang-goyang atas laut yang tak tau bila nak bergeloranya..

Sekarang tengah musim sotong kat Kuantan nun, so semalam ayah dapat banyak kilo gak la, aku tak tumpukan sangat apa mak aku cakap 45kg ke 50kg ke sotong aku tak tumpukan perhatian sebab aku bengkek dengar mak aku cerita, yang sotong-sotong yang ayah aku tangkap tu, cuma 15 ekor je dapat bawak balik rumah.

Bila aku tanya tolak kat peraih ke, tak... ko tauuuuu.. Mak aku cerita, ayah aku sampai je kat pantai orang kampung dok berkerumun tanya dapat banyak ke.. Pastu cara-cara nak mintak free la.. Pastu ayah aku ni tak sampai hati la dah orang cam nak, kalu nak tapi bayar ok la.. ni nak free.. Dah la amik free, ambik sendiri, bukan ayah aku yang agih2.. korang bayang la dari berapa puluh kg sotong tu tinggal 15 ekor je..

Yang bestnya, ada yang ayah aku tak kenal pun sama naik pungguh sotong tu masuk plastik sendiri, ewahhhhhhh!!!!! Tiba-tiba je ko kenal bapak aku tu ekkkk???? Nak je aku siku sorang-sorang!!!

Tak hagak2 kan orang kampung... pentingkan diri sendiri, kalau ko nak rasa je, ambil sorang 2 ekor tak boleh ke? Sotong besar kot.. Ko fikir tak, penat ayah aku dok candat sotong tu sorang -sorang.. Bila balik hasilnya korang ambil macam tu je.. Ya Allah memang sakit gila hati aku...

Tu kat kampung tu bukan ayah aku takde anak cucu.. Ada 2 anak menantu, cucu pun ada 6 orang, dah besar-besar pun, adik beradik pun ada lagi, korang tak fikir ke ayah aku nak kasik kat kaum keluarga dia merasa sotong tu kalau pun ayah aku tak nak tolak kat peraih? Korang ada fikir semua tu????

Eeeee sakit hati aku... Pulak tu mak aku cerita, semalam penarik bot ayah patah, dah tu bot jatuh menjunam, rosak bahagian depan bot. Korang ada nak tolong ayah aku buat balik bot tu? Takde maknanyaaaaa laaaaa... Korang tolong, tolong tengok je kan???

Eh sakit pulak hati aku.. Tunggu la korang, aku balik ni aku ikut ayah aku pergi kelaut, errr kalau aku berani laa... pastu aku nak tengok korang berani tak nak mintak free lagi dengan ayah aku dengan adanya aku kat sebelah ayah aku..

Nak kena laser dengan mulut aku yang pedas ni cuba la rapat!!!!!!! Bukan kedekut, tapi sakit hati dengan orang yang takde sikap timbang rasa.. Sekian!!!

5 Mei 2013 hari mengundi, korang mengundi tak???

Tarikh pilihanraya dah umum kan.. 5 Mei.. Nasib baik hubby tak ambil cuti lagi.. sebab ikutkan dia nak ikut aku kursus team building kat Genting.. Hotel bayar sendiri laa.. tak best la ofis baru..

Dulu ofis lama aku yang buat semua arrangement booking hotel, agenda semua, so selalu dapat 1 bilik sorang sebab bos akan cover bajet anak buah yang tak cukup kelayakan ni.. So memang ofis lama boleh la bawak famili sekali sebab dok sorang je 1 bilik kan, makan je la tak support, cuma dapat untuk breakfast jela..

Ofis baru just jaga bos je, takde makna ko nak buat keje-keje arrange meeting, arrange hotel, buat bajet untuk meeting kat sana sini owh... betapa aku rindu ofis lama...

Dan... aku baru perasan yang 1 Mei ni cuti.. so buat apa laa aku ambil cuti 29hb April je pastu terkocoh-kocoh nak balik Shah Alam balik, padahal kalau ambil sampai 30 dah dapat lebih cuti.. Lahaiiii sebbaik laa office mate sebut pasal cuti pekerja ni..

Tapi untuk sampai bulan 3 ni aje aku dah apply 7 hari cuti... sebulan kelayakan cuti 2 hari je kan.. haahahah.. camne nak apply cuti lagi ni.. adoiii...

Buat tak tau jela kan..apply jela.. Dulu cuti pun banyak sebab anak tak sihat, jaga anak kat rumah.. Kampung aku pun dah lama tak balik kot.. so alang-alang nak balik biar lama sikit kot.. ermnn lagipun dia baru 4 hari ambil cuti.. balance cuti sama cam aku 18 hari...

Harap-harap hubby setuju laaaa.. Nak makan ikan fresh ni.. Ayah dah beli bot, apa lagiiiiiii pekena ikan, sotong, udang fresh gila2 laa balik kali ni.. Owh, harap tak hujan balik kali ni.. pleeezzzzz..

Eh lupa... macam tajuk aku tu, korang mengundi ke tahun ni? Aku rasa aku tak la kot.. Camno nak ngundi tu, sorang perak sorang Kuantan... Ingatkan ngundi 27hb so 26 tu boleh la balik perak jap, pagi-pagi 27hb tu lepas hubby dah mengundi boleh la balik Pahang.. sekali tak jadi laa... sebab minggu sebelum tu kan dah balik Pahang, mau bengkok kalau balik balik, kecuali ada pihak yang nak bayarkan minyak dengan tol, ehhhh i ok jeeeeee hahahahaha...

Tuesday, April 9, 2013

Bata @ IOI Mall Puchong

Adui dah kurang ber update blog aku... Almaklum laa asyiknye tak sihat. Kalau bukan anak-anak yang tak sihat, aku sendiri pulak yang tak sihatnya... Batuk ni, dah 2 minggu tak gak baik-baik, bertabah je ni haa..

Hari ni masuk ofis lambat sebab pergi hospital dulu follow up pakar kes ukur lilit kepala dak Eqal tu masa kecil-kecil dulu terkeluar graf kan. Syukur, tadi doc cakap lagi 1 appointment lepas tu kalau perkembangan Eqal sama cam kanak-kanak normal yang lain, dah boleh stop follow up, yeyyy!!!! Takde laa seksa mama dengan papa nak tunggu nombor giliran.

Owh, cite pasal bata aku nak cita semalam, tapi tiba tiba tengahari semalam aku demam, so tak larat nak up entry tengahari semalam hihihi... So share hari ni aci kan.. ngeeee..

Lepas pergi Houses Lighting tu, kami pergi laa ke IOI Mall. Hubby berat hati je nak pergi, tapi aku cakap alang-alang dah sampai, dia ajak aku gi Ole-ole karok, tapi bini dia ni teringin nak gi IOI hahaahah.. Demi isteri sanggup lee hubby drive jugak ke IOI Mall tu.


So, sampai sana memang niat nak jalan-jalan je. Sekali terlalu pulak depan BATA. Weee... tengok pulak dia buat sale.. Aku pulak memang tengah nak cari kasut sukan

3 kasut hanya untuk RM60 ajeee

 Kasut sukan power untuk aku... Jadiklaa setakat nak pakai untuk kursus Jumaat ni dengan kursus team building awal Mei nanti.. Harga? RM40 ajooooo hahaahahahah.. Terussss sambar noksss!!!!

 Tengok pulak kasut comel ni.. Lahaiiiii muat pulak dengan Eqal... Sambar jugak, RM10 sajoooo

 Teringat pulak kat anak buah baru lahir... Terus sambar jugak kasut comel celoreng ni.. Harga RM10 jugeeee.... Siap dengan kotak cam hadiah dah, tak payah nak balut2.. Beli 2,3 barang lain, dah lengkap kadi hadiah hihihihhi..
 Settle borong kat situ, tengok ada budak bawak belon, kimi dah jerit-jerit nak belon.. sudahhhhh.. Tiba-tiba ternampak clown.. Bagus, terus aku ajak anak-anak beratur dapatkan belon free hahaahahh..

Mr. Clown
 Hebakkk brader ni weh.. Buat pedang ke anjing ke apa2 laa tak payah tengok pun, pandang sekeliling, tangan jalan, sedar2 dah siap! Wahhhhh kagum aku.. masa kecik tak peluang nak jumpa dekat2 badut ni hihihi..
Gigih beratur demi mendapatkan belon free ngeee

Papa yang terpaksa jaga Eqal yang lasak!!!

Aku dgn clown je yang beriya tengok camera hahaahah...
Ok tu je cerita outing kami... Owh, aku tempek gambar kasut tu kat FB, ada yang tak pecaya harga semurah tu dan ada yang whatsap aku tanya kat mana kedai bata yang buat jualan tu.. Suka je, sharing is caring.. moge sobat2 aku dapat laa kasut2 untuk anak-anak or suami or isteri memasing... Almaklum, yang diorang buat sale tu, bukan semua saiz ada.. kalau tak, tentu ada 1 untuk kimi juge....

Monday, April 8, 2013

Houses Lighting, Bandar Puchong Utama

Sabtu lepas ajak hubby gi cari kipas dinding kat Houses Lighting Puchong sana. Search kat internet rata-rata cakap kedai tu terpaling murah, so nak gak tengok camne kedai tu kan.

Dari rumah sebok la godek gps kat hp nak cari jalan nak ke kedai tu. Kitorang bukan biasa pun jalan kat Puchong. Cuba cari melalui alamat dia tak boleh, then nasib baik aku pernah jumpa satu blog ni (sori tak ingat blog mana utk link) dia kasik koordinat kedai ni. Terima kasih banyak-banyak yer sebab koordinat tu kami selamat sampai tanpa sesat yey!! Bawah ni aku kasik alamat dengan koordinat senang kalau korang nak terjah.

No. 33 & 35, Jalan BPU6
Bandar Puchong Utama
012-2663790
Koordinat: 101.620475, 2.99019

Sampai dalam pukul 11, dekat je rupanya dengan rumah aku, tak sampai setengah jam dah sampai. Sampai sana terus tanya harga kipas dinding yang kami nak beli. Brand Panasonic & Khind bukan remote punyer masing-masing RM138. Yang remote punyer RM180. Kami nak beli untuk letak kat dapur dengan bilik tetamu je, so beli yang biasa je la.. Jimatttt hahaahah..

Tapi serius murah sebab yang ni diameter dia besar punya, aku tanya kat area Shah Alam memang tak dapat RM138, abis murah pun Rm150 kot. Aku tengok kat AEON IOI Mall pun RM180 yang biasa dan yang remote more than RM200. So berbaloi sangat pergi situ. Layanan pekerja diorang pun mesra, cepat.

Lampu-lampu kat sana usah cakap la, memang murah banyakkk sangat. Dah target barang seketul dua, bila nak buat awning nanti nak cari lampu kat situ nak pasang.. eeee bila laaa dapat durian runtuh, nak buat awning dalam rumah ni.. Sobbb sobb...

Lampu or kipas berat tak usah risau, pekerja dia akan hantar barang korang sampai selamat masuk bonet kete, tak kisah jauh dekat kete korang. Cam kitorang ari tu park kat depan kedai Ipoh Station, rileks je mamat tu angkat 2 kotak kipas tu. Layanan bagussss!!!

Sori ek, gambar kipas dan gambar lampu kat dalam tu aku tak ambil sebab bateri hp kong pagi tu... Tapi korang search je kat internet, sure melambak blog atau thread cerita pasal kedai tu. So boleh try bagi korang yang nak duduk rumah sendiri yang baru je siap ye.. Banyak gila pilihan, rambang mata. Aku tengok kedai jual lampu, kipas kat area tu malapp je, takde orang, kat Houses Lighting ni tak usah cakap la, manusia bersesak kot dalam tu... yer la kalau nak bayar pun siap amik no giliran tak ke dasat sambutan orang pada kedai ni hihihi..

Sebbaik aku dah buat review pasal kedai tu awal-awal so takde la jakun sangat kan bila dah sampai ihihih....

Thursday, April 4, 2013

Cemas!!! Bila jalan jem...

Minggu lepas, balik kampung hubby, jumpa mak dan adik-adik sebab diorang nak pergi umrah.

Kami bertolak dari rumah malam, lepas Magrib, lepas borong susu kat Tesco.. amik ko sekali beli 12 bungkus terus susu 123 & 456 hihihi...

Tak bajet la jalan akan jem ke apa kan, so masing-masing rileks-rileks jela. Sekali sampai kat rawang eh ke belum Rawang ek, jalan dah mula jem lite2... Ape kes? Tapi kemudian jalan ok balik tapi tak smooth la kan asik kena brek je, tak leh 100km sepanjang jalan.

Aku pulak sakit tekak so mintak hubby stop kat hentian rehat Rawang sebab tekak aku perit sangat. Minum la air tak hengat. Sekali ko, elok je lepas susur ke Behrang, jem tiba-tiba. Arrghhhhh masa tu aku dah mula terasa nak terkucil..

Ko tengok jela gambar jem dia..

 Pastu ko tengok pulak meter kete kami ni ha.. berap km/j boleh gerak.. stress gileeee!!!!
 Sumpah masa ni aku dah tak boleh duduk diam. Terkepit-kepit aku.  Ko bayangkan kol 10 aku terasa nak kencing, pukul 10.30 tu rasa menggelupur dah macam nak keluar. Girdle pun siap aku buka, plastik pun siap aku buka besar-besar konon nak kencing dalam tu hahaah.. Cari pampers anak takde..Semua hubby sumbat dalam bonet demmmmm!!!! Marah diri sendiri sebab tak pergi tandas masa stop kat Hentian Rawang.

Pastu nak blame hubby sebab dia tak masuk susur Behrang even dari Rawang lagi dia dok terasa-rasa je nak masuk susur Tanjung Malim or Behrang dan biasanya dia punye instinct betul...

Aku ke belakang nak cuba buka penutup bonet, tak boleh sebab tersekat pada cermin. Gigih ok sebab nak amik pampes anak.. (gamaknya kalau ada laaa pampers tu aku lepas je hajat kat situ ke tak agaknya hahaahahah...) Ekon sejuk pun aku dah berpeluh-peluh. Cakap ape pun dengan hubby boleh mendatangkan gaduh hahaahah..

Pukul 10.45 aku tanya hubby kalau kencing je dalam plastik ni, orang nampak tak? hahaahah ko tengok dasat tak dasat seksa aku sampai dah takde rasa malu. Hubby cakap tunggu, jangan, banyak kereta kiri kanan, semua bawak slow pulak tu, kalau laju takpe lagi. Baiklah, aku ikot cakap suami, kang mendurhaka pulak klu buat gak hihiih... Walaupun kami kat line paling kiri, ada jugak manusia-manusia yang tak penyabar dan pentingkan diri sendiri lalu ikut laluan kecemasan yang mana buatkana jalan bertambah jem. Memang aku dendam dengan pemandu-pemandu cam ni ko tauuu!!!!

Tuu nampak kete selamba lalu line kecemasan
 Eh siap lane kecemasan pun boleh jem ko tau!!!

Dalam kete ni dah macam-macam doa kot kuar dari mulut aku. Akhirnya nampak sinar... rupanya jem sebab lori terbalik... elok pulak tu terbalik kat tengah-tengah jalan. So 2 lorong je dibuka. kebetulan lak lane kecemasan tu tutup sebab kerj-kerja naiktaraf jalan ke apa tah, padan la lane kecemasan pun jem.

Elok je lepas jem tu lengang jalan. Weiii kenapa rakyat Malaysia prihatin sungguh ek, klu nak tengok berhenti kete kat depan gi tengok, jangan la perlahankan kete tengok camne eksiden tu, kecian kat orang yang kecemasan cam aku ni. Tu hubby pun sama, dia tengok lori tu terbalik terus bini dia yang cam cacing kepanasan ni jerit!!

"Abang, tak payah nak tengok-tengok laa, pecut jela kete, orang dah tak boleh tahan dah!!!!!" Nanges-nanges dah aku rasa masa tu hahaahaha.. Lawak!!!

Hubby aku bawak 80km/j follow belakang kete yang slow pun aku marah, suruh potong kete tu, besabooo je hubby dengan perangai bini dia ni haahahah...

Tak sampai 5 minit, dah sampai susur keluar Slim River, terus suruh hubby stop kat hentian tepi tol tu, tak tahan weh!!!!

Kuar je tandas terus senyum simpul Tergelak hubby tengok aku hahahahaa...

Eh, korang pernah ke kes cemas cam aku ni.. Gila laaa cam nyawa dihujung tanduk tau kalau nak terkucil tapi tak boleh sebab jem, tak tempat nak stop etc.

p/s: Aku tengah check up eqal 1 tahun 6 bulan.. harap cepat laaa siap!!!

Wednesday, April 3, 2013

Kenapa lelaki begitu???

Tekak sakitttt!!!! Tak saya dah ulang alik gi tandas, minum air banyak sangat, ekon lak sejuk, memang bertemujanji jela dengan tandas.

Korang tau, bilik aku ni betul-betul sebelah tandas lelaki. So kalau aku buka tirai cermin ni memang nampak terang-terang tandas lelaki, nak pulak tingkap depa buka separuh. So memang akan nampak lelaki-lelaki yang guna tandas yang air pancur selalu mengalir tu.

Camne ek nak cakap, ala tempat lelaki buang air kecil sambil berdiri, tak perlu masuk tandas bagai boleh lepas situ je. Kalau dalam bilik ni boleh lagi la aku tutup tingkap tu guna tirai ni, tapi kalau masa lalu lalang nak ke bilik aku tu camne?? Aku mesti punya akan terpandang golongan lelaki melepaskan hajat kat situ je...

Benciiii taoooo!!! Nak lalu ke bilik, kalau nampak ada kelibat lelaki je kena tunduk kepala.. Aduiiii laaa... Stress!!!! Eh, korang tak leh ek guna bilik air aka tandas tu? Nak gak korang melepas kat situ je kan.. Biasanya peguam berbangsa selain melayu la selalu camtu.. Camne aku tau?? Haaaaaaa tetttt!!!

Oit, takde makna laaa... ni office mate aku la bagitau.. Dia pun segan bila terpandang, tu lelaki sama lelaki tu, kita yang perempuan ni.. nampak ikut birai tingkap kita pulak yang malu depa rileks je.. Haihhh!!!

Tapi... kadang takut gak.. sini bilik aku hujung, sebelah pulak tandas lelaki.. Takut sangat orang jahat masuk bilik aku time office mate aku takde.. memang tak leh nak lari mana laa kalau orang masuk weh.. kecuali lari masuk bilik bos.. Belum lagi kalau-kalau banduan terlepas mai masuk bilik eeee ngeriiiiiii!!!

Macam mana yang dikatakan dah kawin tu??

Selalu aku dapat persoalan lebih kurang macam ni;

Adik dah kawin ke?
Betul ke dah kawin??
Macam belum je..
Ha? Anak 2 dah???

Kenapa tak percaya? Adakah sebab aku ni kecik, rendah maka orang tak percaya umur aku dah nak masuk angka 3 series tahun depan. Atau adakah aku sweet sangat *jangan muntah plezzzz haahahah* tak gaya ibu beranak 2?

Kalau keluar dengan hubby ber dating berdua je manja-manja sikit mesti orang pandang dengan pandangan serong. So macam mana yang dikatakan dah kawin? Cop kat dahikah bagitau ibu anak 2? Hahaahahah..

Tapiii hakikatnyaaa... aku suka je orang cakap aku macam anak dara lagi.. tak gaya mak orang, gaya budak sekolah lagi ecehhhh... Sebab tu tandanya kita awett mudaaaa weeee... senyum sekarang korang-korang yang situasi selalu sama cam aku ni yer.. Clap-clap!!!

Mood perasan cunn sebab baru lepas kena puji hahaahahh...
 Peace no muntah muntah dengan post aku pagi ni yer hahaahah..

Bawak bekal bihun sup, malam tadi punye masak. Kimi tambah 3 kali, sampai aku suruh stop sebab dia suka sangat. Sedapp mama... Haa sedap la aku tak letak sayur, tak buat pedas.. Klu letak sayur penat mama nak alih sayur ke pinggan mama. Klu buat pedas takde la dia hirup sup.

So mama redha bubuh sos cili je untuk pedaskan bihun sup mama.. Korang jangan tanya kenapa tak buat sambal kicap, aku memang dari kecik tak pandai makan sup-sup dengan sambal kicap hihihhi.. Dari kecik memang nak pedas tambah sos cili.. Hubby pun dah terikut-ikut dengan pangai bini dia ni haahah..
So, jemput makan kengkawan.. Burppp!!! Eh sori, dah licin dah masa post cite ni haahahah..

Monday, April 1, 2013

Happy time!

Hadiah untuk wajah ceria anak yang diserang wabak demam 2 minggu sudah. Jumaat demam, sekali ahad tu sihat. So bawak diorang seronok-seronok kat AEON Bukit Tinggi je. RM5 untuk 20 minit.

 Dak Eqal yang tak mau main apa-apa mainan selain kereta ni..

Lepas dah puas main dalam tu masing-masing sebok nak gi pusat game sebelah taman ni. Aduiiii pulak..

Perati dulu, pastu baru kucar kacirkan

Over betul ko nak!!!!

Ajar anak membowling
Sekali lepas balik dari bergumbira, anak-anak demam balik... Tinggi pulak tu suhu. Terus dapat pengajaran, lain kali anak dalam proses nak sihat jangan bawak kat tempat terbuka / tempat awam, sebab nanti segala kuman yang ada kat kawasan tu boleh serang balik antibodi yang baru je nak berkembang pesat dalam badan. Then, dari sihat, segar, demam balik...

Sekian~

p/s: Pehal, mood blogging tak muncul lagi ni??? BW je tadi, nama nak tinggal komen, idok, malas.. Kalau ada pun 2,3 rumah kot..