Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 30, 2013

Anak aku dah matang ke merajuk ek?

Hari ni dah hari ke 4 tak jumpa anak.. Rindu pada dia tak payah cakap la.. Tak terucap dengan kata-kata..

Biasa balik kerja, ambil dia dulu kat sekolah, lepas tu dengar dia jerit gembira dari dalam taska "mamaaa!!!" pastu peluk kaki aku. Nak jalan ke kereta tu singgah dulu kat mainan gelungsor kat sekolah dia tu, main sekali 2 baru kuar dari pagar sekolah. Pastu main-main tak mau masuk kereta.

Masuk je kereta tanya, "mama beli apa hari ni?" tak pun "mama, saya nak kuih, nak roti canai nak itu ini" tak pun "mama, tadi kan teacher..." ramah cerita pasal seharian dia kat sekolah.

Sampai rumah pengasuh, sama-sama turun kereta jemput adik. Lepas tu gurau-gurau dalam kereta dengan adik.

Main bedak mak uda dia
Sampai rumah mintak buka channel Disney Jr. nak tengok Pocoyo la, Special Agent Oso la, macam-macam. Pukul 6.30 dah sibuk suruh buka pintu, nak main basikal kat luar.

Pastu gaduh-gaduh manja dengan adik. Merajuk itu ini, mintak susu, mintak garu, mintak air masak.

Arghhhhhh mama rindu la sayang...

Malam Selasa tu call, sembang-sembang lepas tu tanya dia rindu mama tak, rindu katanya. Lepas tu aku cakap la adik cari mana abang kimi. Then dia diam tiba-tiba, pastu tanya "Mama rindu kimi tak?" Belum sempat aku habiskan ayat, cakap "mesti la la, mama rindu laa sayang, adik pun rindu.." tiba-tiba dengar dia cakap, "dah saya tak nak cakap dah". Dia pass hp kat mak uda dia. Pastu mak uda dia cakap dia diam tiba-tiba.

Then dengar dia cakap "saya nak balik.." pastu dah nangis. Aku cepat-cepat matikan perbualan lepas bagitau mak uda dia cuba pujuk dia bagi dia tengok karton or main game or tengok you tube. Yela, malam-malam buta, sapa nak gi anto or ambil.. Kat Perak nun..

Hati ni macam di siat-siat bila dengar suara anak cakap nak balik tapi nak pergi ambil fuhhh. Tapi kalau dia memang nekad nak balik, memang aku ajak je hubby redah tengah malam ambil anak aku tu. Sapa tak sayang anak oiii.. Tapi sebab mak uda dia cakap lepas 5 minit dia dah ok, dah gelak-gelak balik dah so lega la sikit hati ni.

So Selasa tu aku tak call, just tanya perkembangan dia melalui mak sedara dia je. Takut nanti dia rasa sedih lagi. Aku sebenarnya nak bagi dia peluang duduk kampung, yela sekurang-kurangnya kat sana dia boleh bangun lambat sebab tak payah pergi taska pagi-pagi. Then boleh manja dengan opah dan pak sedara, mak sedara dia. Lagi pun dia sendiri yang mintak tinggal siap lari masuk rumah, takut kami paksa balik.

Tapi, malam tadi, mak uda dia buka cerita. Dalam bilik mak uda ada gambar famili, so bila dia tengok gambar kami dia cakap
"Saya rindu mama, papa dengan adik"
"Yeke, dah tu kimi nak balik rumah tak?"
"Nanti la dulu, biar saya duduk jauh dulu, nanti saya balik la"

Ya Allah, aku tak tau nak gambarkan ape perasaan aku dengar cerita tu. Terharu sebab dia cakap dia rindu kami.. Tapi rasa sesuatu bila dia cakap nak duduk jauh dulu.. Tu tanda dia dah matang, dah boleh berdikari atau ada sesuatu yang buat dia jauh hati dengan kami?

Nak kata aku tak adil, tak gak.. Sebab kalau adik dia yang buat salah, aku pukul dan marah sama je cam aku marah or pukul dia. Sekarang aku dah jarang la nak pukul-pukul, aku biasa nasihat dulu, kalau tak jalan baru aku pukul hahahaah.. Pukul pun idok la kuat, sekadar nak mengajar.

Tapi tu la.. takut juga kan kalau ada sesuatu yang buat dia rasa macam aku lebihkan adik dari dia.. padahal aku sayang anak-anak ni sama rata je. Dua-dua istimewa dimata aku. Buktinya, aku rasa kehilangan bila dia takde disisi aku.

Sayang mama, kalaulah Kimi baca nukilan mama ni bila dah besar nanti, mama nak Kimi tau yang mama sayang sangat pada Kimi, mama tak pernah beza-bezakan Kimi. Mama merana bila Kimi berjauhan dari mama. Mama bersabar bila Kimi berjauhan sebab mama tak nak nanti kalau mama tiba-tiba datang ambil kimi, kimi tak nak balik, sebab belum puas duduk kampung.

Bukan mama tak tau, anak mama ni suka protes kalau tak ikut kemahuan, so mama tahankan je rindu mama ni, asalkan anak mama gembira.

Sabtu ni mama datang ye sayang. Tak sabar nak peluk cium anak mama ni.. Rinduuu sangat. Adik pun rindu, selalu cari-cari mana abang. Bila mama tunjuk gambar or video abang, lebarnya senyuman dia, jelas kat mata, dia rindukan abang kimi. Sayu mama tengok. Malam-malam pun tidur awal sebab takde kawan nak lawan, nak bergasak. Papa pun terasa kehilangan Kimi, mesti akan keluar dari mulut papa, Kalau kimi ada ni.. kalau kimi kat sini ni...

We miss u so much dear Muhammad Airel Hakimi.. Tunggu ye kami datang sayang...



Tuesday, May 28, 2013

Panggilan telefon di awal pagi

Pukul 5.44 pagi tiba-tiba handphone aku berbunyi. Terpisat-pisat aku bangun cari mana handphone.

Sekali tengok anak sedara aku yang call. Dah cuak dah aku, bimbang ada khabar tak elok dari Kuantan. Mata yang mengantuk aku buka luas-luas.

Makcu dah bangun ke?
Haah, kenapa? Ada apa-apa ke wan?
Wan dah dapat result exam.
Result? Pastu?
Wan dapat 3.45 je makcu.. wan tak dapat anugerah dekan.. Wan nak anugerah tu

Call mak sedara dia pagi-pagi buta camtu merengek cam nak nangis semata-mata nak mengadu pasal result? Ya ampun anakku... macam tak boleh tunggu siang sikit nak mengadu.. Saboooo jelaaaa mak sedara ko ni nak ooiiiii..

Hubby pun tergelak bila dengar perbualan aku dengan anak sedara aku tu.. Nak marah tak sampai hati.. Yela bila aku cakap, laaa ingatkan ada apa-apa yang penting tadi.. Dia boleh jawab, "penting la ni makcu, tak penting ke?"

Ye sayang, penting, tapi masih boleh tunggu siang sikit baru call bagitahu.. ni pukul 5.44 pagi, mati-mati ingat ada kecemasan kat kampung.. Boleh heart attack makcu kamu kalau camni.. Aduuuu...

Monday, May 27, 2013

Rindu...

Mood macam tiba-tiba je rasa sedih.. Nyanyi lagu Alyah, Kisah Hati tu, selama ni tak penah-penah feel, hari ni sampai mengalir airmata, bukan sikit, tapi tahap nangis.. sudahhhhh!!!!

Woiiiii penangan anak takmo balik.. Nak duduk kampung opah dia.. Sana ramai yang layan dia cam putera, mama dia garang sangat kat rumah gamaknya sampai tamo balik.

Call malam tadi dia cakap, Ala Kimi duduk kat kampung kejap je mama, nanti Kimi balik laaa..

Kejap kata ko nak?? Seminggu.. fuhhhhhh moga bonda awok ni bertabah menunggu Sabtu akan datang ni..

Huwaaa... baru sehari dah rasa sebal menebal rindu sampai sesak dada ni.. Arrghhhhhhh

Wednesday, May 22, 2013

Maapkan shaye bosshh

Huwaaaaa!!! Pagi-pagi dah buat hal aku ni...

Tadi nak pergi basuh mug kesayangan bos.. Sekali elok aku buka pintu, penutup mug tu jatuh, berkecai terus depan mata aku dan cleaner yang kebetulan baru kuar dari tandas lelaki.

Terdiam aku kejap. Oiittt apsal ko tak jatuh atas karpet dalam bilik aku? Nak gak ko jatuh atas lantai yang tak berkarpet tu nape? Arghhh bodoh, gi salahkan penutup mug aku ni kan.. Sendiri salah, cuba tutup kesalahan dengan salahkan benda tak bernyawa hahaah ngok!!!

Bos masuk je terus mintak maaf dan akui kesilapan sendiri.. Buntang gak mata bos tadi.. Aku dah pasrah dah kalau dia nak marah sebakul dua kat aku. Dia pegang mug dia yang tak berpenutup tu pastu dia cakap, this is handmade. Saya beli... tak sempat dia habiskan ayat aku sampuk, tu la, saya tau sebab ada signature Meriam 2000 (berapa tah aku lupa) kat situ.. Yaaa bos aku jawab.

Then dia senyum, pastu cakap "It's ok. It is an incident." Aku lak keep on mintak maaf dia gelak cakap "Ros, it's ok.. Bukan sengaja pun.

Fuhhhhhhhhhhh lega banyak kotttttttttttt!!!!!!!

Lain kali aku kena lebih berhati-hati.. Bos aku ni suka barang antik weh, pastu berseni.. Kalau aku terosakkan lagi barang dia, harus kena saman kang huhuhuhuhu...

Thanks bos, lain kali tak buat lagi dah.. Takott!!!!

Tuesday, May 21, 2013

Senggugut lepas Bersalin

Ada tak korang yang alami perkara yang sama macam aku? Dulu masa anak dara aku tak pernah sekali pun kena senggugut. Aku tengok je kawan-kawan yang kadang-kadang berguling-guling atas katil tahan sakit senggugut tapi tak pernah tau camne sakitnya.

Lepas kawin, aku period sekali je, lepas tu terus lekat. Lepas bersalin, aku tak datang period sampai kimi umur 8 bulan. Elok Kimi dah 8 bulan, aku datang period. Sakitnya Allah je yang tau. So aku fikir mungkin sebab dah lama tak period sebab tu sakit. Tapi tak, lepas tu period aku tak regular. Datang tak datang.

Tapi kali ke 3 period lepas bersalin tu, dia punya senggugut memang gila-gila sakit. Sampaikan hubby kena papah aku naik tangga. Dulu kan duduk kuarters, so seksa sikit la bila sakit. Pernah aku hampir pitam sebab kena serangan yang kuat. Dan lepas tu panadol menstrual tu memang sentiasa ada dalam bekas ubat.

Tapi tak lama la, lepas Kimi dah setahun lebih sunggugut tu dah takde. Syukur sangat, dan period kembali regular.

Dan sekarang... lepas bersalinkan Haiqal semua benda tu berulang. Semalam, pagi-pagi dia dah attack aku. Sakitnya macam biasa la, kurang sikit je dari sakit contraction. Tahan jela aku ni. Rasanya lepas bersalinkan Eqal, dah lebih dari 5 kali senggugut ni serang aku. Bulan lepas ok takde datang, bulan ni pulak dia serang.

Aku ada tanya doktor dia kata kalau nak tau detail kenapa senggugut serang kena buat ujian apa tah.. mahal la.. Aku cam.. ala malas la.. Takde apa kot.. Suka sangat ambil mudah.. Yela biasa sengugut ni 2,3 hari je dia serang pastu ok balik. So time sakit je ingat nak buat check up bila dah hilang sakit lupa semua hahahah..

Tapi, serius, ada tak yang sama cam aku? Apa solution yang korang buat? Atau boleh cadangkan? Share please kalau ada.. Thanks!!!

Monday, May 20, 2013

Apa Hadiah Hari Guru ek?

Nak keluar time rehat, nak kena beli hadiah untuk sambutan hari guru sekolah anak aku esok.. Adeiiii hari2 dok bising kat telinga aku, mama jangan lupa beli hadiah tau.. Teacher nani cakap nak hadiah.. yeeeee baeklah anakku..

Berapa dan hadiah ape tah nak kena beli ni.. Weiii biasa orang bagi kat cikgu kelas je kan??? Aku tak penah beli hadiah kat cikgu masa sekolah dulu wehhhh, dah jadik mak orang ni, tiba-tiba anak umur 4 tahun mintak belikan acaneee tu???

Friday, May 17, 2013

Bila anak dah pandai komen

Semalam dialog dengan anak bujang masa jemput dia kat taska.

Mama naik apa hari? (ni sambil jenguk luar pagar). Alaa moto je? Kenapa mama tak bawa kereta?
Malas la sayang, kalau mama bawak kereta nanti mama lambat masuk kerja, jem nanti.
Alaa mama la keluar lambat, sebab tu jem.
Amboiiii!!! Siapa yang buat mama lambat?
Mama laa bangun lambat!
Eeee.. mama lambat sebab kimi lambat laa..
Mana ada! Mama yang lambat!
Eeeee.... kimi yang susah nak bangun pagi, dah la bangun lambat, mama kena angkat, mandikan, pakaikan baju, camne mama tak lambat?
Tak laaa.. mana ada... (sambil gelak-gelak)
Ok, esok, Kimi mandi sendiri boleh?
Alaaa mama, tak nak!!

Hahahaahah.. tau takut, mengaku kalah.. Kemain bahasakan mama ye.. Baru 4 tahun dah pandai komen, besar skit lagi tak tau laa apa lagi keluar dari mulut kecik dia tu.

Tapi kadang ayat dia cam orang besar tu laa buat hari aku ceria hihhihii... Love u my dear son!!!

Sedang Menternak Lemak

Sebab pagi-pagi dah balun ni..


Teh tarik sama pulut kuning + rendang ayam.. Peargghhhhh!!!!!!!! Nikmat doniaaaa!!!!!!

Jemput makan semuaaaa!!!!!! Ngeeeee~~~~

Thursday, May 16, 2013

Makan, makan, makaaaannnnnn!!!!!

Awas ini entry mamam!!!

BURGER BAKAR ABANG BURN 
Seksyen 13 Shah Alam
 
Supremo Cheesy Chicken + 1 Beef Patty  =RM18
 Tujuan utama nak rasa meatball, tapi dah habis dah padahal baru pukul 9. Burger dia boleh tahan sedap, aku suka ayam sebab memang daging ayam semata bukan cam burger ayam yang dah diproses yang jual kat pasaraya tu. Sedappppp!!! Patty daging kureng.. muak sikit, mungkin sebab aku tak berapa suka daging kot. Tapi overall sedap laa..




NASI KUKUS AYAM BEREMPAH
Palma Cafe Malaysian Bistro, SACC

 No bos belanja semua staff. Memang setiap hari Khamis seminggu sebelum gaji, bos isytiharkan hari belanja staff, so pilih la ko nak makan apa sebab duit aku yang pegang. Ingat nak pesan Kenny Roger Roaster, sekali cawangan kat Alam Sentral tutup!! Masa ni laa ko nak tutup pun kan!!!!

Rasa nasi ni? Errr tak kena la kat tekak aku.. Nasi lembik, ayam ok sedap tapi kuah spoil. Nasi kukus ni yang penting tang kuah kari dia. Kari dia nak kata cair, pekat. Tapi takde rasa kari yang umphhh!!!! So terbantut selera aku taooo!!



CHICKEN CHOP HOMEMADE


Semestinya masak sendiri kat rumah lebih menguntungkan dari makan kat luar kan. So sebab tekak hubbby teringin nak western, aku buat la chicken chop, tapi dengan suntikan elemen melayu gitu hahahaahah boleh???

Ayam cam biasa perap dengan rempah ratus, then salut telor, salut je tepung segera hahaahaha dasar pemalas, pastu goreng!!!!

Sawi jepun ek tu? Aku rebus kejap je bagi lembut layu skit2, jadik la sebagai sumber errr sayur sumber apa ek?? Apsal tiba-tiba aku blank?? Kentang pun goreng guna balance tepung dengan rempah ratus ayam tu ngeeeeee tu pasal warna lain skitttt!!!! Ecehhh cober tergoreng hangit skit ahhahaha...

Portion for him
 For me, harus ada nasi.. Kalau tak camne nak suap Eqal. Mamat tu mana kenyang takata ratah-ratah ayam je...

For Kimi yang tak habis-habis dengan kicap!!!


AYAM MASAK ERRRR BAKAR RASANYA NI

Tapi warna tak semanggah cam bakar kan?? Sebab aku tak bakar sampai kering..

Nak kuah kata kauu!!!! Resepi cam biasa aku campak-campak gak janji ada rasa dan sihat sebab tak guna minyak ngeee!!!!


Dah upload gambar-gambar makan terus rasa lapo.. Ermnn nak masak ape ekk petang ni???? Sambung puasa laa esok!

Tengahari orang panas, tapi aku sejuk balik

Panjang kan tajuk. Saja nak bagitau yang hati aku dah sejuk muahaahaha... Bos batalkan tempahan sebab bilik extra yang dia dapat lain blok dengan bilik dia. So dia khuatirkan keselamatan famili dia.

So dah call dua-dua pihak. Pihak hotel pun ok, siap dia usik, kasik la can anak bos jauh sikit dari famili, dah beso dah pun. Aku jawab, anak orang kaya ni lain dengan anak orang kita ada-ada je ni ahahahaahah... Eh, tapi aku rasa kalau aku pun tak lepas kot, kalau lain anak aku tiba-tiba lain dari blok yang aku tidur.. Bahaya kot, sekarang macam-macam kes kan..

Dan pihak urusetia pun aku dah maklumkan supaya batalkan je booking tu. Eh, elok pulak kali ni dia cakap dengan aku. Siap dengan lunak merdu tanya eh nak batal ke? Saya baru je cakap dengan orang hotel nak extra bilik.. Lahai takpe, bos takmo dah.. Terima kasih banyak-banyak..

Tapi aku tetap cam biasa, mintak maaf sebab merepoti beliau dan ucap terima kasih atas kerjasama gitu konsepnya. Ko marah-marah pun tak guna, kena terima semua klien sambil senyum di depan telefon walaupun orang tu takde depan ko. Baru la suara kita ni kedengaran mesra di telinga orang.

Tapi, aku bila jawab tepon penah orang cakap, mak ada? Masa tu nak serang orang yang konon suami dia letak nama bunga kat hp. Takut la someone special kan... Lahaiiii dah tentu nama aku bunga, harusla suami kamu letak nama bunga makcik.. Hahaahah.. lawak bila kenangkan. ni kes tak percaya suami. Cer jadik cam aku, nampak nama pelik kat hp suami, terus je tanya, biar dia explain terus depan muka, takde la ko sakit hati pendam perasaan. Tak pun termalu sendiri, sah-sah nama orang tu Kasih ke, Bunga ke, dah ko ingat skandel dengan laki ko. Nama orang sekarang kan memacam, kasih, manja, apa lagi banyak, so percaya sikit kat suami dan tanya terus.

Eh, dah melalut dah aku ni nak cakap pasal hati dah sejuk terbebel. Tapi teringat kata member aku ni. Kat ofis suara aku la paling lunak, paling manja tapi kat rumah, gila garang muahaahahaha... Sapa suruh call masa aku kat rumah, kan tak pasal dengar sisi bengkeng aku hahaahahh... U know who u are muahahaahah...

Pagi-pagi dah buat aku panas!!!!

Kenapa hari ni aku kena call semua orang yang annoying??? Menyampah gila bila kita cakap elok-elok tapi pihak di sana jawab marah-marah. Masalahnya dengan orang yang sebelum ni aku deal, ok je aku hantar borang tu camtu, takde pun cakap nak sign orang tu orang ni, eh bila orang lain lak handle lain lak caranya,mana aku tau. Dah aku tak tau tu boleh tak ko cakap elok-elok, jangan marah aku sebab aku cakap gila lembut dengan ko. Tapi sebbaik bila aku return call ko tadi ko cakap elok dah dengan aku, gelak-gelak.. Camtu  baru la bagus layan pelanggan. Arrghhh!!!!

Ni yang urusetia pihak satu lagi ni, lagi buat aku hangin. Ko dah suruh aku call balik untuk confirmation hari Khamis, bila aku call tanya boleh pulak ko nak tak nak jawab lepas tu salahkan aku. Macam kan aku tak sabar-sabar nak tau. Sepatutnya urusetia, tugasnya membantu sampai dah tak boleh nak bantu, bukan main lepas batuk ditangga. Wei aku ni kat ofis lama selalu laa jadi urusetia, elok je layan setiap permintaan orang, buat selagi boleh, kau tak pulak!!!!!

Wei, persidangan bos-bos minggu depan dah lagi wei, harus la bos aku nak tau, keperluan dia tu ko boleh penuhi ke tak sebab dia nak buat perancangan apa perlu buat dan lain-lain. Kalau tak boleh, fine! Ni jawab, kita dah book, tapi kena tunggu jawapan pihak hotel la dapat ke tak dapat. Tapi kita tau ada bilik kosong tapi dapat atau tak bergantung pada hotel. Aku tak pecaya pihak hotel buat keje ala kadar je bila melibatkan nama-nama besar ni, takkan Selasa mintak, Khamis tak settle-settle lagi buat semakan???

La niii aku call terus person in charge kan dah kantoi yang ko baru je bagitau dia yang ada bos nak extra bilik. Baru  je10 minit lepas.. Aku mintak dari Selasa, hari ni, Khamis baru ko bagitau.. Orally, belum bagi list pun. Arrghhh!!!! Bagus cara ko buat keje kan.

Sebbaik aku sweet talk, aku mintak tolong gak person in charge hotel tu cari gak 1 bilik extra. Sakit hati ok. Bukan aku tak nak deal terus dengan hotel, tapi bos aku dah call dan hotel kata tak boleh sebab dah penuh. Sebab tu bos aku mintak aku mintak tolong urusetia. Tapi... urusetia pun nan hadooooo!!!!

Sekian bebelan aku di pagi hari!!!!!!! Hilang mood ok!!!!

Wednesday, May 15, 2013

Motosikal dan moto hidup

Tengah berdoa.. Jangan laaa hujan turun.. Sekarang hari-hari merempit dengan skuter passion aku tu.. Kereta dah ku pandang sepi hihihi...

Sebab merempit?
Sebab, tak mo punch card merah.
Punch card merah sebab jalan jem.
Jalan dah jem sebab lewat kuar rumah.
Sebab lewat kuar rumah, lmbat bangun pagi, sayang tido hahaahh...

Sendiri cari penyakit so bertabahlah merempit cam zaman bujang dulu. Syok, tak payah pasang econ, dapat udara semulajadi yang tercemar dengan asap kereta huhuhuhh.. Pastu jimat duit.. Sekali isi RM4 je pastu tahan 3,4 hari.

Tapi sekarang lawo la modenas passion.. aku punya pattern lama, yela beli awal tahun 2005, masa baru 7 bulan keje kat KL ni ha.. Semangat pujuk ayah sebab nak buat lesen moto, tak tahan jalan kaki, naik LRT gi keje..

Sebab utama, tak larat nak bangun awal pagi kejar LRT. Sebab utama lagi, tak sanggup kena kejar dengan orang gila kat Masjid Jamek.. Serik ok, bawak besi kejar kami tanpa sebab...

Sebab lagi, takmo jadi mangsa gangguan seksual dalam LRT. Sebab tak kuasa menapak jauh, dari rumah ke LRT amik masa 15 minit, dari Masjid Jamek ke JKR 30 minit kot.. ke 20 minit.. Penat ok.. Sebab tu datang KL je terus turun 5,6kg, penat berjalan.

So kesimpulan, aku sayang moto aku sebab dia la penyelamat aku walaupun bila hujan, nanges sebab basah, walaupun masa bujang dulu 3,4 kali hampir eksiden sebab kesalahan orang lain, syukur Allah masih selamatkan aku dari eksiden.

Insyaallah aku berhati-hati, sebab aku pemandu kereta dan juga moto, so aku tau apa dalam kepala pemandu kereta bila bawak kereta dan aku tau apa dlam otak penunggang moto bila aku bawak kete.. Asalkan sama-sama patuhi keselamatan semua pun selamat..

Eh, terpanjang lak entry.. Nak balik, byeee!!!!

WW: Eqal bila....

Bila dah mengantuk sangat, boleh je tido sambil duduk
 Rileks je tido sambil berdiri.. hahahahah..
Bila merajuk sembam je kepala pada seat, protes!!! Kalau kat rumah lari kat sudut paling hujung dalam rumah tu.. Protes la sangat ye!!!
 
Bila makan sendiri kena cabut semua baju, seluar, sebab mama pemalas nak basuh baju comot sebab kena makanan hahaahh..

Sedap sangat ekkk sup tu dik???
Jap je anak aku tu dah nak masuk umur 2 tahun.. Haihhh rasa baruuu je budak ni kuar ikot tingkap perut mama hihihi...

WW: 6 Mei yang Berdarah

2 jari ok, ngeri
Tarikh Kejadian: 6Mei 2013
Masa: 2.00 pm
Punca: Terhiris kaki sofa masa mama tengah alih-alih perabot kemas rumah
Mangsa: Gambar seperti di bawah
Dah macam tudung Yuna aku tengok ahhaahah..
Rawatan: Terus bersihkan dengan antibiotik, sapu ubat luka, balut.
Tempoh rawatan: 3 hari, lepas tu terus elok, alhamdulillah..

Nak pesan ni..

Adeiiii, patut laaa aku rasa malas nak update je 2,3 hari ni.. Ada orang ofis aku jumpa blog aku, baca, pastu gelakkan aku tadi..Caippp!!!! Hampagas.. Tu yang aku tau sebab dia bagitau aku, ada lagi ke yang tahu tapi tak bagitau ek??? Maluu muahaahahah....

Nak delete blog ni kang, sayang plak. Ni laaa nak buat kenangan hari tua nanti, tu pun klu sempat tua, kot ajal menjemput awal, mana nak tau kan.. Takpe, buat kenang-kenangan anak-anak aku je la nanti klu camtu.. So, abaikan jela kann kannn..

So, ni nak pesan, korang yang tau dan baca blog aku ni, jumpa aku buat biasa je ok, jangan la nak cerita balik kat aku apa yang aku taip kat blog. Malu aku tau dak. Biar aku tak tau korang baca, so aku boleh tulis dengan bebas segala luahan aku, dari aku tau pastu terus segan nak menaip lagi.. kang hati je berbisik, hari tak tertaip-taip hahaahah.. Ye, boleh ye, ye kawan??

Boleh?? Yey!!!! Mekacehhhh!!!! Sayang korang ketat-ketat!!! Peace!!!!


Friday, May 10, 2013

ABC Sekyen 2, Shah Alam yeba yebaaa

Rabu lepas, kemain gigih aku pergi merempit pos baucer Gambang Water Park tu kan.. Dah la aku pakai baju kurung pesak kainnya tukang jahit tu buat sempit.. Gila seksa aku nak mengangkang, udah tu lupa pulak nak pakai legging kat dalam.

Natijahnya free show la orang tengok aku selak kain sampai nampak betis, dan bertambah saham dosa aku. Terpaksa weh... klu tak angkat kain, jatuh la aku dibuatnya.. Hampes betul tukang jahit tu, tak leh ke buat kain lipat tu besar sikit.. Pakai dah selesa tp sempit bawah, dah aku jalan cam orang jepun kekdahnya haipp.. haippp!!

Gambar bukti aku pos dah korang punye baucer tu takde la plak, sebab dan-dan tu aku pegi kedai buku beli sampul surat dengan gam. Kat pejabat pos gak aku tampal alamat korang yang aku siap-siap print potong bagai kat ofis dah. Dan jam tu gak aku beratur beli setem, weh mahal dah setem sekarang ek nak pos surat.. Ringan camtu pun dia suruh aku guna stem 80sen.. Gilaaa aku ingat guna 60sen je.. 10 tahun dulu aku guna setem 30sen je hantar kad raya ke seluruh Malaysia, lani lepas 10 tahun semua pun dah naik rege.. Padan la orang prefer hantar ucapan selamat hari raya melalui medium internet je sekarang.. Jimat, free, cepat kekdahnya kan.

So, sebab panas gila cuaca tengahari tu, terus aku teringat ABC sedap kat seksyen 2. Memang terbaik la untuk atasi kekeringan tekak aku time tu. Singgah sat, elok aku order tapau ABC, eh, tiba-tiba hujan rintik. Lahaiiii takkan nak cancel lak order kan. So tunggu je order siap sambil doa hujan tak turun lebat, nak lebat pun bio aku sampai ofis.

Siap je ABC terus pecut balik ofis. Elok aku kuar lif tengok hujan selebat-lebatnya. Terus bersyukur sebab Allah dengar doa aku hihihhihi.. kalau tak, tak pasal lencun masuk ofis wehhhh!!!! Aku lupa bawak baju hujan...

Pastu ambik ko terus kesejukan dalam ofis sebab makan ABC, ekon pulak bila hujan, terus sejuk tahap salji turun gitu...

Eh, korang pernah cuba tak ABC seksyen 2 ni? Sedap kannnnnn.. RM3 sajo, tapi banyak gileeee siap eskrim, sekut & marshmallow.. Tedapppp!!!!
ABC potong kaki hubby aku panggil sebab pearghhhhhh coklat banyak gilaaaa
Berjubah ai ari ni uuuuu... Wei camne nak bagi muka tak kusam ek??? Muka aku lepas stop pakai SF Beauty terus mengusam dengan jayanya... Aku tukar ke Safi Rania sebab muka aku ni kulit nipis... Huwaa.. tak rela wajah dikusamkan.. Help!!!!!

Dilantik jadi model sunglasses, wow!!!

Lahhhh sangat hahaahahah... Sape laa yang nak lantik ko jadik model cermin mata bunga? Sila jangan perasan kihkihkih...

Balik kampung aku last week adalah super syok! Super syok sebab balik kampung aku bukan balik kampung orang lain hahahahah.. Boleh??? Lama kot tak balik.. aku rasa last ermnn... ermnnn... bila erk.. Macam dah lama sangat kot.. Cian mak aku rindu aku ecehhhh!!!

So kerana seronok sangat nak balik kampung tu, kami pun ber cam-whore  ler dalam kereta.. Ala, kami je pun ada, bukan ada orang lain, so tak malu laaa hahahah...

Sendiri lantik anak beranak jadik model sunglasses... Anak-anak tema safari, mak pak tema errrrr, syok sendiri hahahaah...



 Renungan menggoda dari adik & muka budak kerek dari abang


Aku suka gambar kimi yang ni.. Ololoooo nampak mesra kamera sungguh.. Muka nakal!!

Senyuman manis buat semua awek-awek diluar... ngeee...


Senyuman memikat untuk dua buah hati saya.. Iris dan Alisha awwwwww.. lariks!!!!!


Gaya model tak menahan dari abang Kimi haahahahhah...


Diakhiri dengan pengilang model-model tersebut.. Pengilang koooo haahahahaha...


p/s: Awas, mood rajin meng'update' blog aku dah mai dahhhh!!! Sila jangan terkejut kalau hari ni ada 3, 4 cerita, walaupun kadang nak up 1 cerita sehari pun bercinta haahahah.. Aku schedule kan belaka, senang ati!!! Ngeeee...

Pizza Hut Double Sensation, Yummihh!!!!

Korang dah try pizza hut double sensation? Aku dah haahahah... Sedap weh!!!!!!!

Bukti??? Nah!!!

Teringat nak ambil gambar masa dah separuh pizza tu aku dengan dak kash kerjakan..


 Sape suka sosej dengan keju memang patut cuba.. terbaekkk!!!
 Semua part pizza ni aku suka ok!!!! Tapi sebab kenyang kedarah sup cendawan dia, aku dapat masuk dalam perut sepotong je, bayangkan, sepotong pun aku dah kenyang.. So lagi 2 potong tapau, kasik anak-anak merasa pulak!
 See, sup cendawan pizza laaa aku terpaling suka okeh!!! Apsal ek korang buat sedap sangat??? Aku beli yang paket-paket tu takde pun sesedap kat pizza.. Sape tau camne nak buat sup cendawan paket tu sedap?? Aku anak beranak suka makan sup ni weh!!!
Sila bagi resepi atau link kalau korang pandai buat sup cendawan sedap weh!!!!

p/s: Gambar tuan tanah kedaung takde, malu nak snap sebab ramai orang muahaahahah...

Wednesday, May 8, 2013

Nak pangkah guna apa???

Ahad tu orang sibuk mengundi kan...Pastu kat fb ramai yang upload gambar calit kat jari telunjuk, kami yang tak dapat balik kampung mengundi terus jeles lepas tu, kami pulak sibok ambil gambar jari telunjuk gak, tapi dengan inai salut jari, post kat fb dengan caption, kami piley mengundi hahahaah... Gambar dalam fb, fb block, so tak dapek nak tempek sini.

Lepas tu tengahari tu adik ipar aku balik. Dia first time mengundi, then dia buka cerita. "Eh, pangkah pada borang tu guna dakwat calit kat jari ni ke pen ek? Confuse la.."

Habis satu famili tanya dia balik, "Dah tu hang pangkah guna apa??"

"Mula-mula pangkah dengan dakwat calit, lepas tu nampak ada pen, sebab pangkah guna dakwat tu tak nampak, amik pen pangkah lagi sekali"

1 rumah berdekah gelak..

Dia cakap lagi, "Dah tu mana tau. Kenapa takde sapa cakap? Apa fungsi dakwat calit tu kalau bukan untuk pangkah???" Dalam gelak dia pertahankan diri dia.

Ala adikku sayang, akak ni pun tak pernah mengundi, tapi akak tau nak pangkah guna pen. Dan akak tau kali ni ada gakwat kekal sebab tak nak ada orang mengundi berkali-kali.

Kihkih... Tak pasal, jadi undi rosak.. Dah sama cam kami yang tak dapat balik kampung mengundi la jawabnya. Yela, even mengundi, tapi undi rosak, camno tu boleh kira, ke tak boleh kira tu undi tu? Bhaahahahah....

Pengumuman Baucer Gambang Water Park, lagi...

Adei tertangguh-tangguh aku nak hantar baucer Gambang Water Park, bukan ape, tunggu 1 lagi alamat dari pemenang tu. Ada aku minta alamat diorang kat entry ni.

So pengumuman buat Syuhada Salleh, please, komen alamat awak kat sini, or mana-mana entry saya ye. Komen takkan di publish, so please, tunggu alamat awak je lagi ni...

Tapi kalau sampai tengahari ni pun belom dapat alamat, aku pos dulu la baucer untuk 4 pemenang tu.. Rasanya ada lagi 5,6 keping lagi baucer tu dalam kereta, so ada sesiapa nak tak baucer tu?

Kalau ada sila komen bagitau nak ye. Aku tanya Manja kat komen dia, takde pun dia balas, weh manja ko nak ke tak?? Nak hantar mesej kat fb, tengok ko dah lama tak berupdate kat wall fb. So klu ko nak ko komen bagitau sini deh!!

Bagitau cepat so boleh aku terus pos ari ni je semua. Tengahari ni nak pergi rempit.. eh, lupa, baucer lain ada dalam kereta, aku bawak moto ari ni, so esok la aku post klu ada yang berminat.

p/s: Mood blogging ke laut...

Thursday, May 2, 2013

Keputusan Baucer Diskaun Gambang Water Park

Selamat pagi semuaaa!!!!

Ok, seperti yang dijanjikan... Aku nak umumkan pemenang untuk boucer diskaun Gambang Water Park tu.

Dan oleh kerana tak ramai pun yang nak boucer tu maka, semua yang tinggalkan komen cakap NAK tu, semua pun dapat!!!

Suka tak???? So setiap orang dapat 2 boucer... Sikit? Tak laaa... Sebenarnya 1 kad boucer diskaun tu boleh beli untuk 6 keping tiket. So kalau korang dapat 2 boucer, boleh dapat diskaun tiket untuk 12 orang.. Paham tak??

1 baucer = sah untuk pembelian sehingga 6 tiket.

So selamat bergumbira la korang semua yer..

Makanya....

Kepada pemenang, 

Cik Viva

Twinmummy.. tak dapat la link blog


Ratu Hatiku

Syuhada Salleh

dan Dearest Kak Syidah kekanda dari ofis lama

Korang semua tolong komen kat entry ni, kasik alamat untuk aku pos korang punye kupon. Komen tak akan di publish.. Dan kalau korang nak bawak banyak rombongan, dan perlukan lebih baucer, sila la bagitau gak kat komen tu yer.. Insyaallah, ada lagi 3,4 keping baucer kat dalam kereta aku tu. So boleh la bawak kaum keluarga enjoy kat situ yer..

Cepat korang bagi alamat, cepat la korang dapat baucer korang tu yer.. Kalau korang duduk kat area Shah Alam, lagi bagus, boleh kita jumpa kat mana-mana je pass baucer tu, lagi senang..

So, cepat ye.. :)

Wednesday, May 1, 2013

Boucer Diskaun Gambang Water Park To Let Go

 ENTRY MELEKAT HINGGA 2 MEI 2013, entry baru sila scoll ke bawah yer anje-anje sekalian.. ^_^

Alhamdulillah, rezeki.... Ada orang kasik aku boucer diskaun masuk Gambang Water Park gila banyak.. Lebih dari 30 tu kira banyak la kan hiihihih..


Sah laku sehingga 30 Jun 2013. Tapi sebab aku nak gi pun berempat je, kalau ada anak-anak sedara nak join pun still berlebihan boucer tersebut.

Kegembiraan ini haruslah dikongsi dengan korang semua kan.. So, nak let go kat korang la.. Cuma komen  "NAK!!!" kat entry aku ni, then aku akan pilih secara random.

Tempoh sehingga aku masuk balik ofis 2hb Mei. Mungkin 10 voucher aku akan let go or mungkin lebih. Tengok pada berapa boucer yang tinggal setelah aku balik dari kampung ihihihhi... Tapi 10 boucer tu insyaallah confirm aku let go, dah siap letak kat laci ofis dah pun.

Pemenang? Ermnn.. tengok la nanti aku fikir nak bagi 2 pemenang je so memasing dapat 5 voucher ke, 3 pemenang 3 so sorang dapat 4, 3, 3 ke tengok la erk.

So korang, komen, jangan tak komen okehhh...

p/s: Eh, agak-agak ada ke orang yang nak boucer ni???