Jom klik

kENgkaWAn

Friday, June 28, 2013

Review warehouse Kota Kemuning.. without picture yee..

Penattt!!!! Badan tersangat penat!!!

Alhamdulillah, seme yang aku plan menjadi..

Kek krim durian, berjaya... Ngeee tak sangka aku boleh buat kek weh!!!! Cuma takde hiasan laa.. tengok la petang ni singgah kedai kek jap ke beli apa-apa untuk hias atas kek ke, tepi kek ke.. Semangat kata kooo!!!

Warehouse Kota Kemuning..
Aku dah gi yang Wah Ha Children Product tu, sebbaik aku pandai baca peta, muahaahha walaupun salah masuk jalan sebab salah peta warehouse kikiikiik.. Tapi jumpa gak la.. masuk simpang mula tu, ingat situ, rupanya kena U-turn kat roundabout dulu baru masuk simpang tu.. hihihi...

Tapi aku tak beli apa pun kat situ. Siapa yang nak beli stroller, walker, basikal ok la kot.. Siapa yang belum ada, cam aku seme dah ada, so tunggu nak tambah anak nanti kot baru nak beli balik walker, sebab walker yang ada dah rosak.

Yang sempat aku tengok, basikal budak dari harga RM70+ hingga RM200+,  mainan gantung baby dengan tempat duduk tu Rm140+, walker RM50+ hingga RM150+ kot.. Tak perasan. Tempat duduk untuk baby makan aku tak tengok sebab malas, katil baby pun tak gi tengok harga, sebab kecewa, nak beli basikal roda 3 kat anak takde huhuhuhu...

Tapiii.. aku gi warehouse kat lorong atas dia sikit..Katanya situ jualan 90%, harus la jenguk kan... Situ ada dia buat sale untuk cadar, RM20-RM100.. Tengok kualiti, pastu ada kemeja dan seluar lelaki, kemeja paling murah Rm5, ada yang RM19 ada yang Rm39 lebih kurang laa aku tak ingat harga tapi tak sampai RM50 la harga dia.. Jenama.. errrrr.. ca ape tah, yang pasti dia tulis Italy eh ke Paris? Eh lupa daaaa.. Gi tengok sendiri.. Handbag pun dia buat sale berapa % ekk.. Sebab tak tengok sangat.. Tapi ada yang dia tulis RM20-59 kot.. mainan budak pun banyak murah-murah.. Rm8-RM25 gitu lebih kurang harga.. Haahah.. ni macam review tak ikhlas je kan sebab tak tengok bebetol harga.

Aku beli mainan ketuk2 kuar bunyi kat anak aku.. Rm8 alaa gambo takde... huwaaa, pastu kete, yang kualiti aku tengok bagus skit RM10, beli 2.. Aku nak beli baby doll yang boleh tukar-tukar baju tu untuk hadiah birthday anak sedara aku tu, tapi mak dia kata budak Qis takut dengan patung.. oloooooo.. aku pulak yang geram tengok.. Kejap je licin anak patung tu.. Aku letak je orang amik, aku letak je orang amik... Nampak beno aku pegang banyak kali kan patung tu hahahaha..

Apa lagi ek nak bebel.. Penat ni.. tak sabar nak balik.. nak kemas baju, untuk balik kampung.. Tapi rasa perut ni dah lapo, bunyi dah minta di isi.. Aduuuiii..

Diari hari ini...

Semalam kan.. kannn... dah buat dah brownies.. tapi kan... camne rasanya brownies tu? Hahahahaha... kasik anak makan dia cakap sedap.. pastu bila dah sejuk cakap tak sedap dah.. Kasik hubby makan dia cakap sedap, rasa cam kek batik.. Erkkk!!!! Hahahahaah...

Gambar? Takde la noks!! HP gua buat hal lagi.. Kamera, malas nak beli bateri.. Tapi macam kena guna balik je kamera, sebab hp dah takde fungsi.. sobbbsss!!!!

Tengahari ni nak balik kejap, pergi bank in cek, cit bayaran RM60 pun nak kasik cek, ape dah firma guaman tu.. Dah la tu duit untuk duit pantry, klu masuk bank aku tak kuar dah ok gak huhuhuh...

Pastu nak beli durian, cari yang 3 bekas RM10 sudeeeyyy.. Nak buat kek durian kan.. Semalam dah buat keknya.. ari ni nak buat lapisan... Tapi agak hampa sebab kek aku elok naik pastu turun balik.. Tapi lantakkan dia, janji kimi makan yang jatuh-jatuh atas dulang bakar dia cakap sedap hahaahah.. Hope so!!!!

So nanti kalau lawa, aku amik gambar tempek kat sini.. Fuhh doakan jadik ye kek aku... Nak buat tengahari ni... Harap cepat la siapnya sebab lepas tu nak laju-laju gi warehouse sale tu ha... Semalam depa letak risalah sale tu kat dalam peti surat rumah tu.. Tengok peta yang dia kasik, cam senang...

HP ngok ngek dah tak leh nak buka GPS... Grrrrrrr.. aku redah je laa nanti.. jangan laaa sesat, pleaseee!!!! Hahaahahah... Bos adalah tiada, maka kami pun umpama tikus bertempiaran mencari makanan bila kucing tiada kkiikiikiki..

Wish me luck!!!!

Wednesday, June 26, 2013

Sibuk nak buat kek

Berpinar dah mata ni tengok resepi untuk buat kek.. Sebab apa? Ermnn Sabtu ni nak sambut hari lahir Kimi dengan sepupu dia Qis kat Perak. So, aku rasa cam nak buat kek untuk diorang, selain jimat, puas hati sebab buat sendiri hahaah.. boleh??

Dah ushar-ushar, tengok blog sana, tengok blog sini dan terpikat dengan resepi dari blog ni. Simple je kan cara dia, tak banyak bahan dan mudah bagi otak aku cerna apa step-step dia. Aku bab buat kek memang suka cari yang mudah je hahaahah..

So, insyaallah, esok aku try buat.. Harap-harap menjadi la.. malam ni nak beli bahan..

Dan oh ye, aku nak try buat gak brownies untuk anak teruna, dia suka sangat makan kek sekarang.. so cari resepi paling senang juga dan harap menjadi la..

Nanti kalau jadi aku share deh.. Kalau takde aku share tu maknanya tak jadi or aku malas la tu nak buat hahaahahah...

Bebel bebunga:
Cuaca sejuk gila kat sini.. dari pagi sampai ke tengahari ni.. sedap je aku dok dalam comforter ni.. rasa cam nak lenaa je hahaah..

Monday, June 24, 2013

Jerebu di Shah Alam & Harga Topeng Muka

Dari pagi tadi aku perhatikan, jerebu kat sekitar ofis aku makin tebal. Pagi tadi aku masih boleh nampak rumah-rumah orang kaya kat atas bukit, sekarang jangan kata rumah, bukit pun samar-samar. Satelit kat belah kanan cermin aku pun dah tak kelihatan dah..

Agak-agak berapa bacaan IPU sekarang ye? Macam makin teruk je.. Besar kemungkinan esok masih cuti sekolah. Entah-entah, sektor kerajaan dan swasta pun istihar cuti kalau berterusan meningkat bacaan jerebu ni. Mata aku dah pedih-pedih, tekak dah rasa perit.

Biasa kalau ekon sejuk camni aku buka tingkap, kali ni tak berani dah nak buka, cuma tarik comforter yang kebetulan aku bawa untuk Eqal tido hari tu untuk selimut kaki.. Sejuk sangat ni weh..

Hubby pula cakap harga topeng muka dah naik harga. Beli kat farmasi KL tadi 5 keping RM10, kalau sekotak, RM25, tapi tak tau la ada berapa keping dalam tu. Terus kan ambil kesempatan diorang ni naikkan harga.. Mahal kot, kalau sekeping topeng ko jual RM2.. Memang cekik darah betoh namanya tu..

Tapi benarlah, jerebu ni peringatan dari Allah untuk kita.. Perlahan-lahan satu Malaysia dilitupi jerebu.. Johor, Melaka, Negeri Sembilan dah, Selangor, KL, Putrajaya pun dah.. Kuantan, Kota Bharu pun dah sampai, Teluk Intan pun dengar cerita dah mula jerebu.. Cuma belum dengar jerebu kat Kedah je lagi..

Marilah kita berdoa agar jerebu cepat hilang.. Moga pembenihan awan dapat dilakukan. Aku risaukan kesihatan anak-anak je.. Sama-sama doakan ye...

update!!!
 sorry, salah dengar, rupanya 10 keping RM5 hahaahah... terbalik faktaku itu.. Maapkan shayeee!!!!

Sabooo jelaa....

Geram sebab dari malam tadi aku cuba hubungi Penyelia Sekolah Kimi, tapi tak dapat. Masa call malam tadi, dia cam ada kat luar kawasan, sebab suara tersekat-sekat sebelum putus, sms tak balas. Call pagi tadi tak angkat sampai sudah.  Sabooo jelaaa...

Padahal aku cuma nak tanya, sekolah kat Selangor kan cuti, so taska cuti gak ker tak. Sebab kalau cuti, aku nak arrange untuk Kimi aku letakkan kat rumah pengasuh Eqal. Harus la kena tanya pengasuh tu awal-awal, bagi ke tak, kalau tak aku nak cuti.

Datang pagi tadi, cikgu cakap sekolah tutup, taska pun tutup, esok baru buka taska. Apsal laaa tak bagitau awal-awal?? Fine, kalau tak nak call or sms parent dah parent ramai, tapi at least, bila parent sms, balas la weh.. Sabooo jelaa

Gelabah aku call pengasuh Eqal tanya boleh tak nak tumpangkan Kimi kat situ.. Sebbaik la akak tu baik, nak tolak permintaan aku tak sampai hati agaknya so on jela.. So patah balik pergi rumah pengasuh, dah buang masa. On the way nak gi keje lalu kawasan sekolah kimi tu, aku tengok ada gak parent yang macam aku, tak tau taska tutup. Dan parent tu aku rasa, dua-dua keje dan memang cam kimi sekolah dan day care kat situ. Tak tau la apa nasib diorang, cuti ke bawak anak gi ofis ke apa. Saboo jelaa..

Dan nasib baik jalan tak jem, sebab aku gerak dari rumah pengasuh dah pukul 7.45pagi. Gelabah lagi sebab Eqal buang mana tah kad touch n go dari smart tag aku. Sebbaik aku cek dulu balance sebelum aku masuk lorong tu, kalau tak, percuma je kena maki dengan orang pagi-pagi sebab ganggu lalu lintas. Terus ke lorong tunai. Tak pasal pulak gagau handbag cari duit bayar tol. Sabooooo jela..

Sampai ofis punch dulu, baru pergi park kete kat tempat biasa. Sabooo jelaa...

Tapi, teruk jerebu kat sini, anak aku si Eqal dah start batuk-batuk dah tu. Aku sendiri pun dah mula rasa sakit tekak. Paling aku risau hubby la, sebab dia bawa moto kan gi keje.. Jauh tu Shah Alam ke KL. Hati-hati yer semua.

Dan aku doakan moga jerebu cepat la pulih. Dan buat masa ni apa yang kita boleh buat, saboooo jelaaa..

Friday, June 21, 2013

Fikir!!!!!

Semalam hubby balik bagitau dia kena pergi kursus minggu pertama bulan Julai.. Nun kat Cameron, amik pulak dari minggu, hampes sungguh pengurusan.. ganggu hari kami sekeluarga. Dia ada tanya kalau nak bawa keluarga macamana, tambah RM400. Gile!!!

Pastu sebab merajuk, terus request dengan hubby nak balik kampung.. Mikir panjang dia nak lepas ke tak.. Yela sepanjang kawan, or kawin, tak pernah aku balik kampung sendiri bawak kereta, apa lagi bertiga je dengan anak-anak..

Tapi aku fikir gak, sampai bila nak takut kan.. Bukan jauh sangat pun Kuantan tu.. ermnnn so macam nekad je perasaan ni nak balik gak time hubby kursus tu.. Mungkin ambil cuti Jumaat tu.. Pagi2 terus shoot balik.. ermnnn masih dalam pertimbangan..

Eh, ada tak sesiapa nak balik Kuantan , meh aaa aku tumpangkan hihihihi.. At least leh jaga anak aku tu kat belakang...

Ok, cam nekad dah ni.. Tapi, eh tiba-tiba teringat mimpi semalam.. Kejadian berlaku lepas aku balik kampung.. Alamak, menakutkan la pulak!!!!!


update!!!!
Bila cerita kat hubby pasal mimpi tu dengan kaitan balik kampung dia cakap.. haaa dah tu jangan la balik.. caittt nampak sangat dia memang tak kasik aku balik.. ermnnn.. sayang isteri tinggal-tinggalkan kekdahnye.. takut sangat aku nak drive sendiri.. eeeiii kita dapat lesen mandu dulu dari awak tau.... maknanye kita lagi terer laaa drive hiihihi..

Thursday, June 20, 2013

KRR, DBA & MCD

Alhamdulillah, hari ni murah bebenor rezeki kami kat sini.

Lunch tadi bos belanja Kenny Roger Roaster, rutin biasa seminggu sebelum gaji setiap bulan. Aku yang akan prepare semua, sebab duit aku pegang. Dah dapat menu apa nak makan, tanya bos, dia setuju then proceed.

So ambil set Kenny's Quarter Meal, roasted 1/4 chicken with 3 side dishes & 1 Kenny's Home -made muffin. Haa ko aku tiru sebijik ayat kat website dia hahaaha... Beli 7 set. 1 set harga RM18.50. Kenyang gila..

Staff sana siap packing terus dalam bekas camni.
Sumber: Google image
Aku amik ayam blackpepper, side dish macaroni & cheese, garden pasta salad (silap tulis, padahal nak crisp garden salad, dah terpaksa telah pasta yang aku tak suka huhuu) &fresh fruit salad. Muffin as usual, chocolate.

Tak ambil gambar sebab hp aku tertinggal, kalau ada pun tetap tak boleh amik gak sebab memory kad hp aku rosak, so tak terbeli2 lagi memory kad.. malas la.. takde kepentingan.. nak amik gambo biasa guna je hp hubby huhuh.. Tak tegar kan berblog hahaha.. padahal setengah jiwaku pergi rasa bila hp wat hal huwaaa...

Pastu petang pulak pegawai kami datang bagi donut Big Apple..

Sumber: Google image gak
 Dia kasik perisa chocoholic, go nutz dengan kimochi. Gemok weiii ternak lemak aje aku minggu ni... padahal semalam baru makan Mc D  - Spicy Chicken Mcwrap tu.

Juga takde gambar sebab hp ngok ngek. Rasa dia? ok la kot.. cuma mungkin sebab Mcwrap yang aku dapat tu dah tak panas, so aku rasa kureng la.. sebab aku suka makan benda-benda yang panas-panas.. Sejuk terus tak kena tak tekak aku, kecuali aiskrim la kan.. klu panas tak jadik la aiskrim.. Ape aku merepek tah ni. Tapi salad dia sangat segar, itu aku puji..

Pastu mungkin tak sedap sebab makan sorang, biasa share dengan hubby, bila makan bekas gigitan dia tu, semua makanan pun bagi aku sedap, sebab tu aku suka makan bekas dia hihihhii.. Sebab lagi aaa... aku suka makan, tapi makan tak banyak, bazir kot klu beli banyak tapi makannya sikit..

Ok stop sampai sini sebab aku merepek lagi hahaha.. Kepala tingtong ngantuk sebab makan makanan ternak lemak banyak sangat kihkihkih..

Tak sabar nak balik!!!!!

Kena cerai??

Korang pernah tak mimpi, mimpi yang menakotkan, yang korang tak nak pun benda tu jadi dalam kehidupan, kira mintak sisih laa...

Aku jarang sangat didatangi mimpi, biasa kalau mimpi pun sebab badan terlalu penat. Dan sebab semalam terlalu penat sebab, balik masak, kemas rumah, mop lantai sebab anak makan sampai haiihhh berkarat lantai tu ha, sakit mata tengok, tak leh tunggu hari minggu dah, dengan kerenah Eqal yang sangat menduga perasaan sekarang, gantung baju siap basuh, iron baju sebab ari tu iron untuk 3 hari bekerja je.. Kemas dapur lagi.. Fuhhh!! Penat!!!! Masa menaip ni pun terasa-rasa penatnye tu..

So, malam tadi aku mimpi, mimpi yang buatkan aku muhasabah diri dan menangis..

Aku mimpi, hubby ceraikan aku. Ya Allah.. rasa gelap dunia ni.. Jalan cerita dalam mimpi tu, antara logik dengan tidak sebab dalam tu, kami bukan kat rumah kami, aku pulak baru balik dari kampung aku, tinggalkan hubby sebab nak balik kampung. Pastu tiba je hubby emo, cakap nak cerai sebab aku tak kemas rumah, rumah sepah sokmo. Pastu aku pujuk-pujuk, dia diam. Pastu dia nak gi mandi, pastu dia cakap kat aku, pujuk la lagi sambil muka cam senyum, cam nak maafkan aku dah.

Tapi tiba aku pulak yang emosi, terus kuar rumah, cakap, kalau rasa sayang lagi pada orang awak tau mana nak cari orang... Pastu tiba-tiba aku ada maid yang setia temani aku masa aku proses lari dari rumah. Pastu aku boleh pulak cari rumah kat kawasan flat masa bujang, eh tiba-tiba flat tu sebelah rumah aku.. Pastu apa jadi aku ingat-ingat lupa.

Tapi ending mimpi tu happy la.. Kami rujuk balik sebab hubby cakap dia tak boleh hidup tanpa aku dan anak-anak. Yang bestnya cara dia nak pujuk aku tu dia sebut, boleh tak abang namakan baby kita "Zainal Abidin" kalau tak silap aku tu la nama yang dia sebut.

Oittt!!! Takkan kot tu petanda kalau dapat yang ketiga aku pun dapat baby lelaki gak cam abang aku... 3 hero? OMG... Huhuhu.. bila nak dapat perempuan ni?? Ok tu selingan..

Tiba-tiba aku terjaga sebab Eqal nangis.. Aku pandang sebelah tengok hubby nyenyak je tido, takde rasa terganggu langsung. Susukan Eqal sambil nangis uhuhuhhu.. takmo weh cerai.. tak kira la lepas tu rujuk balik pun, yang penting tak mau langsung cerai...

Hahaah.. baca balik cara aku cerita cam kelakar je kan mimpi, tapi dalam tu aku sedih, suasana pilu wehhhh... sape tak sedih kena cerai?? Tapi sebbaik dalam mimpi je..

Call hubby cite pasal mimpi, sebab pagi tadi masing-masing kelam kabut bersiap, tak sempat nak cerita.. Hubby hanya sebut Ya Allah.. dia pun terkedu, napa aku mimpi ngarut sampai camtu.. Pastu gelak bila aku cakap, takmo cerai tauuu!!!!

Mimpi mainan tidur, tapi juga kadang boleh buat kita muhasabah diri, ada kekurangan yang perlu kita perbaiki supaya apa yang kita mimpi tak jadi kenyataan..

Sekian, muhasabah untuk hari ni.. Eh, aku tak cerai laa.. mimpi je.. Fuuhhhh nak taip or sebut cerai pun bergetar hati aku ni.. Mintak sisih wehhhhhhh!!! Aku bahagia dengan rumahtangga aku sekarang, aku sayang suami aku weh.. Dia tiada 2 atau 3, dia satu-satunya pelangkap hidup aku, sahabat, teman gaduh aku.. dia je yang boleh terima aku seadanya dan aku je yang boleh terima dia seadanya..

So sama-sama la kita doakan kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga kita semua, hargai pasangan kita yer anak-anak... Hihiihihihi..

Wednesday, June 19, 2013

WW: Penat sangat

Masa ni baru balik dari jogging, baru nak start jogging setiap Sabtu, kat taman Seksyen 18 Shah Alam hiihih..

On the way balik ke rumah, tengah leka sembang dengan hubby, pandang belakang dah gini keadaan budak dorang ni...

Hahaahah.. lawak, comel tapi kecian... Punye ngantuk sampai tertidur sendiri.

Lepas amik gambar baru mama betulkan tido budak berdua ni hiihihihih...

Wordsmore Wednesday: Aduan

Aduan 1
Sejak hp aku problem... Memori kadnye rosak, aku dah takde mood nak blogging, sebab tak boleh nak amik gambo.. Huwaaa... Ade kang tukar hp kang... Tunggakan gaji dah nak masuk ni.. Tapi, nak buat kenduri pulak lepas raya kat kampung, nak kena pakai duit tu...ermnnnn.....

Aduan 2
Nak balik kampung... rindu kat mak.. tapi, minggu depan dah janji dengan biras, nak sambut hari jadi anak kitorang sama-sama... Tapi rindu kat mak.. tapi dah janji... Tapi.... tapi.... kenapa laaa kampung aku tak dekat ek.. klu dekat mau tetiap minggu aku balik jumpa mak.. Rindunya!!!! Tapi insyaallah, akan cari masa gak balik bulan depan...

Aduan 3
Kenape ek nuffnang tak hantar lagi cek ek? Aku cash out 2 May dan status dia kat situ still unpaid.. Memang amik masa ek nak hantar cek tu? Maklumla 1st time cash out... Tu tak nyabo tu...

Aduan 4
Semalam pose kemain laaa.. Sekali kol 1 pergi tandas tengok bendera Jepun berkibar.. Caitt!!!! Camne aku boleh lupa tarikh sendiri? Dah kena buka pose separuh hari...  Sebbaik pose hari Isnin tu selamat.. buatnya time nak berbuka baru bendera tu kuar tak pasal mengamuk 1 hari hahaahahh... Takpe, another 4 days to go!!!! Chaiyokk!!!

Aduan 5
Kete gila kotor.. so sebab aku tukang bawak, maka tengahari ni nak gi cuci.. hahaha tu pun nak ngadu kat sini kan..


Okeh tu je.. nak jalan blog korang pulak, malas da nak taip bosan weh!!!!!!!!

Tuesday, June 18, 2013

Meroyan bila tengok orang up pasal warehouse

Lama gila kot aku rasa tak post kat blog. Mood takde, keje banyak.. errrr banyak ke? hahahah.. Banyak dari biasa laa.. Pastu malas pun sama..

Tapi sebab tengok entry Aty pasal warehouse sale ni, terus rasa cam wahhhhh nak pergi la weh!!!!! Dekat je rasanya dengan rumah aku tu, cuma aku tak tau jalan, tapi tu takde masalah sebab boleh on Papago dan tadi tengok kat google map memang senang sangat jalannya.

Tapi gak, Jumaat tu nak balik Perak.. sambut birthday Kimi dengan sepupu dia.. Tapi nak pergi.. ingat cam nak pegi Jumaat depan..kan dah gaji kan, tapi takde kawan tapi... argghhh!!!!!

Sape nak pegi??? Jom, jom weh, takde kawan ni....

Wednesday, June 12, 2013

WW: Aquaria KLCC

Minggu lepas, balik dari amik Kimi terus ke KLCC, janji dengan anak-anak nak bawak depa pegi Aquaria.

So layan gambar jela.. Ni je pun yang aku rajin nak wasap dari hp hubby. Banyak lagi gambar, tapi maleh nak tag sese..


Kat pintu masuk dengan Kimi & Qis.. Kembo lain tahun budak berdua pupu ni

Dengan budak yang makin fuhhhhhh tak leh nak duduk diam kat 1 tempat

Kimi masuk sini je dah lekat dengan kuarga maklong dia.. Nak tengok dengan Qis katanya..

Gelap la weh kat sini, tak leh on flash!
 Dan diakhiri dengan gambar 1 famili.. Ni je yang ok..
Tapiiiii.. nampak je ok, korang tak tau, kimi dah nak buat perangai tu... Arghhhh!!!!!!!!!

Tamat.. Sekian... (sila baca dengan nada pencerita kisah buaya dan semut dalam cerita pocoyo)

Tuesday, June 11, 2013

Macho but fierce doctor

Macho tak????
  

Muka mengantuk pepagi..


Gaya seorang doktor melawat kawasan


Haaaaa!!! Garang takk??? Takut tak? Takut tak???


Hahahahaahahah... Marah sebab tak kasik mama ambik gambar dia. Per laaaa, tak sporting sokmo mood pepagi dia nim!!!

Bebel bebunge: 
- Sekolah dah setengah tahun, baru hari ni dapat pakai, minggu lepas baru dapat baju pekerjaan beruniform ni.. order dah 2 bulan saboooo jela.. 
- RM78 sepasang, ada aksesori stethoscope, penutup mulut dan kertas nota, saiz 3-5 tahun, tapi bapak beso ok.. Terpaksa aku jahit suar tu kasik senteng skit.. Baju labuh tak payah cakap laaa...
- Beso nanti tak payah la jadi doktor yer nak, nanti takde masa tuk diri sendiri dan keluarga, asik on call je.. Pilih baju ni pun sebab baju uniform lain lagi beso gabak. Jadik laa dari takde...

Monday, June 10, 2013

Penghawa tak berfungsi angkara makhluk bertanduk??

Kat ofis aku ni, dah dekat sebulan aircond on off sejuknya.. Aduan pun dah banyak kali aku buat, tapi takde gak tindakan yang diambil.. Geram betol..

Pastu hari ni juruteknik yang jaga ofis ni kebetulan singgah ofis aku, terus la aku tangkap. Dan dia akui la bilik aku ni memang tak sejuk, suhu bilik 25-27'C.. Belom lagi campur petang bila matahari tenggelam. Lagiii tambah-tambah bahang panas dalam bilik aku ni.

Bilik aku ok lagi la kan, picisan je, report pun orang tak pandang, ni bilik bos aku beb!! Bos aku yang klu kira pangkat dah Turus dah tu.. eh, depa leh wat main-main, sangat hampes di situ kan... Sebbaik la bos aku ni jenis sabo la jugak orangnya.. tapi sampai bila dia nak sabar kan.. dekat 1 bulan kot...

So tadi, terus la tangkap budak kecit tu suruh dia mintak JKR datang hari ni gak. Dan tadi, pukul 1.50 weh dengar orang ketuk pintu bilik aku kuat-kuat. Tak ke tekejut ko.. cam orang nak cari gaduh ketukan dia tu.

Rupanya orang datang baiki penghawa. Budak-budak ala-ala samseng ko, takut gak aku tadi tapi aku bidas je hahaahah.. Tanya dah baiki ke, apa yang rosak semua la.. Sekali ko tau ape jawapan dia, dia buat gaya ada tanduk kat kepala bila aku tanya punca tak sejuk.

Bongeks betul!! Ko tak tau ke aku sorang-sorang je kat bilik ni bila odeli takde, lagi-lagi bila bos cuti, seram kot kat sini wehhhh!!!

Sebbaik takde perkara seram lagi kat sini setakat ni, ermnn mungkin sebab dulu tingkat aku ni Mahkamah Syariah, so selalu pasang bacaan al-Quran kot hihihhi.. tapi 2 tahun gak kosong sebelum kami masuk.. eh 2 tahun ke setahun erk...

Tak kisah la.. mintak sisih semua tu, aku tak mo jumpa... kang tak keje aku kang!!

Selamat ulangtahun sayang

Selamat ulangtahun ke 4 kesayangan mama...

 Kejap je dah masuk 4 tahun.. Tapi sekejapan mama terpening kejap, eh baru 4 tahun ke anak aku, rasa cam dah 5 tahun je hahaahahh...

Masuk 4 tahun, anak mama yang manja ni, yang mama ingatkan tak pandai berdikari, dah buktikan yang anak mama ni memang sangat independent orangnya.

Boleh duduk kampung sorang-sorang, takde mengadu nak balik ke, cuma sesekali bagitau kat mak uda dia  yang dia rindukan mama..

Boleh jaga adik bila mama tinggal kejap pergi kedai..

Boleh slowly tolerate dengan adik.. Kalau tak asiknya gaduh sepak, terajang, tumbuk, fuhh mainan je bagi budak berdua tu...

Pelajaran kat sekolah pun alhamdulillah makin ok.. Dah boleh mengenal ABC, Alif ba ta, 123.. Sebelum ni cuma boleh sebut, tapi tak mengenal.. Alhamdulillah..

Dah pandai tegur mama, kalau mama sekci.. Hihih.. tak boleh dah nak pakai seluar pendek kat rumah, kena sound cenggitu je contoh "Eeeee.. mama tak malu.." "Eee... tak malu ke?" "Eeee malu laaa mama niiii" Phewwww mengeluh kawe.. udoh ler panas cuaca sekarang.


 Tapiiiiiiiiiiiiiiiii.... paling tak boleh tahan dengan perangai manja dia..

Kalau nak sesuatu, nak menda tu dapat time tu gak, tak boleh tangguh. Kalau tangguh merengek, menangis, berguling arrgghhhh!!!!!

Kalau jatuh sikit, alaaa calar sikit je, meraung dia tu camkan putus jari. Macam kes semalam, lutut calar sikit je pun, kalau adik tu steady lagi sambung main tapi dia, siap kawan-kawan escort balik rumah.. Aku baru nak semayang Asar dengan suara budak-budak bagi salam kat luar.. Pastu nampak muka dia dah sememeh nangis hahaahahhaha... pastu letak ubat try nak bangun rasa perit sikit terus cakap "Mama,, saya dah tak boleh berdiri huwaaaaaaaa..." Saboooo jelaaa mama kamu ni nak oiiii..

Belum lagi kalau pergi pasaraya ke, pasar malam ke, kalau tak dapat barang yang dia nak, nangis kuat-kuat, duduk, tak mau berdiri, nak bagi drama lagi dia baring pastu meronta, berguling apa saja laaa.. Pasrah weiiiiiiii!!!! So tiap kali nak keluar ke mana-mana sekarang, kami akan pesan siap-siap dalam kereta.

Contoh nak pegi pasar malam, dalam kereta tanya dia nak makan apa, pastu bagitau siap-siap, boleh beli yang dia dah mintak je, benda lain tak boleh. Pesan banyak-banyak kali supaya dia cerna dalam otak tu.. So alhamdulillah, kat pasar malam Sabtu baru ni dia tak buat hal.. Janji dapat dia punya jagung rebus, keropok lekor dan air milo. Fuhhh!!!!!





Makaaaaa, tahu ni besarlah harapan mama agar Hakimi ubah sikit perangai manja yang tak kena tempat tu sebab dah jadi abang kan.... Adik pun tak semanja kimi tau... Tapi, sikit demi sikit mama tengok adik dah mula ngikot dah... Tak dapat yang dia nak... menjerit, menangis, melolong.. Tapi pujuk jap je, dah senyum.. hihihhihi... So sila lembut hati sikit yer sayang..

Dan, mama doakan anak mama dibukakan pintu rezeki seluasnya, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam pembelajaran dan rajin-rajin laa tolong mama kat rumah ye *haahahah nak jugak tu*

Akhir kata, mama, papa dan adik love you so much dear Muhammad Airel Hakimi bin Mohd Azli... Muahhhhh!!!!

Friday, June 7, 2013

Resepi Kek Batik Mudah, Sedap Lagi Rangup

Tu diaaa, tajuk tak menahan punye promote haaah....

Berbatik lagi aku buat kali kedua.. Cam biasa resepi aku ambil dari blok Cik Epal sebab resepi dia sangat lerrr mudahnyeee..

Tapi untuk pembuatan kali kedua ni aku olah skit ikut tekak aku yang suka pahit-pahit ni... So ni ler resepinye...

Bahan-bahan:







1/3 tin susu pekat manis  
---> tapi kalau suka manis korang letak la separuh, tapi memang korang nak cepat potong kaki letak 1 tin pun takpe hahaha
Buttercup
---> amik semua yang 250g kot, aku pun tak ingat dia punya berat
Milo ikot resepi asal beli hak pek paling kecit tu tapi sebab aku pakai milo kat rumah je, so aku taruk 3 senduk ajee..
Biskut marie
---> ikot resepi asal patah-patahkan, tapi aku nak dia nampak cantik bila kerat so aku susun
Serbuk koko 1 senduk
---> hak ni aku mandai tambah sendiri.. suka pahit, tambah lebih itu koko laaa


Cecara nak buat:

1. Korang cairkan butter, masukkan susu, milo dan koko.
2. Dah sebati dan likat tutup api.
3. Tuang sikit adunan dalam acuan, sebagai base, lepas tu susun biskut atas dia, then tuang lagi adunan atas biskut dan susun lagi atas dia. Buat la sampai adunan tu habissss.. Disudahi dengan lapisan adunan tu gak tau, jangan biskut lak atas sekali.
4. Jangan lupa, tekan-tekan biskut tu tiap kali korang buat lapisan, kang tak padat pulak kek batik korang tu, dah tak cantik.
5. Dah siap semua bagi sejuk kejap kek tu kat luar, dah suam-suam skit boleh la taruk dalam peti ais.
6. Korang tengok dah keras, boleh la dipotong untuk dimakan bersama keluarga. Aku buat malam, esok pagi baru potong sebab malam, tak elok makan kek kan haahah...

Hasil kek batik aku takdela lawo mana weh, tapi aku dah bangga dah sebab menjadik.. Pastu anak aku asiknya makan bertambah.. Huihhh sampai kena stopkan diorang. So tak jadik kasik jenjiran sebab anak sendiri hadap sampai lupa diri ngeee...




 Maapkan shayee.. sebab kek nampak comot, malas nak lap tepi pinggan utk tujuan penggambaran, shaye kan pemalas.. kihkih...

Eh lupa nak cakap, kek versi ni rangup tau.. Kalau korang suka yang lembab basah lembut camtu, tak boleh la guna resepi ni yer..

Nota: Gambo bahan aku seach kat google tau.. sebab idok sempat nak amik2 gambo, teman nak cepat berbuka pose.. buat sementara tunggu nak berbuka kekdahnya..

Thursday, June 6, 2013

Pot luck for today babehhh!!!

Sobat aku, Kashah jemput aku join pot luck yang dia dan staff dia buat hari ni. Dia bagitau aku awal la, 2,3 hari sebelum majlis. So takkan la nak gi majlis orang tak bawak buah tangan kan, so semalam aku decided buat kek batik.

Elok dah aku buat 1 tray, sekali pagi tadi boleh pulak terjaga pukul 7pagi.. Masa tu la ko nak mandi, pastu nak mandikan kedua-dua anak, nak siapkan lagi, masa tu la ko nak iron tudung, sebbaik 2 hari sebelum tu aku dah iron siap-siap seluar, kemeja hubby dan kurung pahang tuk aku. Cuma tudung je la bajet nak iron pagi.. konon set jam kol 6 kan. Tak terjaga..

Memang kelam kabut kami laki bini. Sebbaik hubby tolong siapkan si adik, Kimi pagi-pagi memang mood ke laut, tak mau orang lain, wajib aku siapkan dia dari A to Z, kalau tak siap dia mengamuk.

So, pagi tu gak nak potong kek batik tu. Memang tak dan la, masa nak potong tu dah pukul 7.25. Kek batik kan keras, nak nangis aku potong huuhuhuhu... So tak leh nak potong banyak, nak bawak tray cam malu weh hahaahah so dapat separuh dulang je.

Sekai sampai ofis, si Kashah cakap jemputan 20 orang. Haaaa... aku bajet dalam 10 orang so ngam-ngam la kek tu dapat rasa sorang skit.. Huhuhu.. sorry la sobat.. memang tak dan. Terus cakap kat dia tak payah letak, orang dah balik baru korang-korang, yang bukan tetamu la yang makan huhuhuhu.. Sebab kalau letak dah macam tak ikhlas nampak, sikit bona huuhuhu...

Tapi tengahari tadi pegi, eh dia letak gak.. Sebbaik la banyak bebeno makanan, so takde la nampak kek aku tu sikit, just nice la boleh orang merasa huhuhuhu... *tapi paling suka orang puji cakap sedap uhukuhukk terbatuk lak kikikik*.

Banyak menu, antaranya, nasi goreng errr aku rasa nasi goreng cina kot, sebab putih, ayam bakar, macaroni bentuk siput goreng kot, aku tak kenal spesis makaroni ni hahaha.. Roti jala, kek baskin robbin hukhuk dasattt, puding jagung, puding laici, dan gak buah-buahan.

Ni yang aku amik tuk makan kat pinggan aku..
Roti jala by Kashah
 Sedap roti jala ni, pandai makcik ni menjala.. Kashah tempah je, 1kg tepung dapat dalam 100 roll sekali dengan kuah RM40, murah la kan? Isi dalam kari pun banyak.. Sapa dok Shah Alam boleh la nak tempah, katanya kuih muih pun dia pandai buat.. Sila-sila...

Nasi goreng by kak Suzie dengan ayam bakar by kak Yanti
 Ayam aku amik skit je, takat nak rasa.. nasi pun.. Perut dah kenyang balun pulut kuning kol 10.30pagi, lapooo wehhhh!!!!

Haaa ni macaroni cam siput yang aku cakap tadi.. Sedapp.. tak kedekut bahan... Ni Puan DPP buat..

Buahan tempatan
 Manis wa cakap luuuu.. setapppp!!!!

Puding jagung, puding laici dan kuih yang aku pun tak tau ape ke nama
Mana kek batik aku? Hhahaha.. dah aku tukang buat, takkan aku nak amik gak kot tuk makan.. So takde la gambo.. Kang balik kang klu aku rajin nak potong, rasa cam kena bagi kat jenjiran kot rasa sebab sapa nak makan weh, hubby den bukan suka makan kek kek ni... Nanti la eh den ambil gamboo.

So babaiii nak wat kije skit!!!

Bila isteri orang rindukan lelaki lain

Dok buka folder gambar-gambar lama, tetiba ternampak gambar ni..

Keluarga aku masa kat ofis lama.. Unit Forensik Tanah Runtuh, korang selamanya dihati..

Kat situ ada bos-bos yang sangat penyayang lagi sporting cam bapak-bapak aku dah, kat situ jugak ada abang abang aku yang gila-gila tapi sangat caring pada adik perempuan dia yang sorang ni..

Yup, aku je satu-satunya perempuan kat unit aku selama 6 tahun... Memang takde perempuan dalam unit tu kecuali aku. Lepas tahun 2010 baru muncul sorang awek dan lepas aku dah keluar makin ramai aweks sertai unit aku tu..

Gambar ni, trip terakhir yang aku handle sebelum aku bertukar ke ofis sekarang, meeting kat A Famosa. Dengan buddies aku gak.. masa ni 3 bulan kot pregnant kan si Eqal, tapi tak sedar diri, masih nak melompat hiihi..



Weiii rindu laaa kat korang!!!! Eh, tak salah kan rindukan lelaki lain?? Hikhik..8 tahun dengan unit aku ni sebelum pindah, dah macam keluarga.. So actually bukan rindu pada diorang sangat, rindu pada suasana kerja dengan diorang je.. Happening, havoc dan sangat kekeluargaaan..

Sekali lagi.. weiiiiii rinduuuuuuuu!!!!!

Wednesday, June 5, 2013

Bila pengasuh cuti dan bayaran penjagaan harian taska

Kejap je anak teruna aku dok ofis. Tepat kol 12 aku dah hantar dia ke taska yang sama dengan Kimi.

Tak larat weiiii.. Membuas kemain. Dok main water cooler tu laa, dok tekan-tekan nombor kat mesin faks la, buku-buku aku dia masuk dalam laci la.. Pastu sibuk nak menaip sama kat pc ni gak la.. Conteng pada kertas tak payah cakap la...

Tu aku boleh tahan lagi, tapi tak leh tahan sebab dia menangis. Bosan gamaknya, pastu buat perangai bila tak dapat apa yang dia nak, contoh hp aku la. Sibuk nak tengok video.

So kol 11.30 call taska tanya kalau hantar halfday hari ni boleh tak, pastu kira RM10 dah la sebab Khamis dengan Jumaat aku nak hantar lagi. So total 2 hari setengah untuk penjagaan harian RM50. Bodek-bodek, sebbaik penyelia tu cakap oklah.. Akak punya pasal boleh laa.. Ngeeee...

Apasal aku cari taska untuk daycare? Bapa mertua pengasuh Eqal meninggal.. Isnin dengan Selasa lepas memang dia dah minta cuti sebab ada urusan kat Perak. So hubby jagakan anak dah. Cuti aku tak banyak, hubby cuti pun pakai cuti gantian sebab dia banyak buat OT. Tiba-tiba pulak dapat berita hari Selasa, so sebab kampung jauh kat Terengganu dia kena la stay lama skit. Sambung terus ke Jumaat.

Tu pun tadi dia call tanya aku camne huhuh.. Cerita dia, sebab dia dari Perak, dengan tak bawak baju apenya, tiba-tiba dapat panggilan kecemasan camtu, so datang Terengganu sehelai sepinggang, kena beli baju pulak kat sana.. Takpe kak, fikir positif, at least dapat merasa baju baru made in ganu kiteee.. haaahaha

Fikir punya fikir dapat idea nak hantar ke taska Kimi je untuk 2 hari. Hari ni konon aku jaga la, nak jimat la katakan, sebab bos takde, berani la bawak kan..

Tapiiiii... memang 1 keje pun aku tak leh buat dengan adanya dia kat sini. Aku siap bawak comforter uuntuk dia selesa tido, tapi nan adooo.. Mata gosok, tapi dia tahan mata tu dari tutup. Mainan pulak aku lupa bawak, so memang terbaik la mengaruk dia. Huhuhu..

So penyelesaian, hantar ke taska yang sama. Sehari dia cas RM20, so 2 hari setengah RM50. Takpela korban RM50 dari pening kepala aku kat ofis, takut suara dia jerit sampai didengar bos yang lain. Parah kang wehh!!!

Udah ler pose ni... kurus pose aku kang asik marah anak hihihii..

WW: Bila besar nanti....

Apa ek adik nak jadik besar nanti...

Akauntan kah?

Jurutera kah?

Arkitek kah?
Ermnnn.. apa ekkk??
Buat kira-kira dulu la...

Alaa....Nanti dah besar laaa fikir, adik kecik lagi laaa hihihih...

Baru setengah jam kat ofis mama, adik dah bosan.. Camne nk keje besar nanti ni...