Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, July 31, 2013

Bila shopping dengan anak-anak je

Cuti Nuzul Quran Jumaat lepas... Nekad konon nak bawak anak-anak gi AEON Bukit Tinggi, beli baju raya...

Confident dari rumah yang anak-anak akan dengar cakap. Jiran tanya ok ke tak, aku cakap ok, cuma risaukan Kimi takut nanges, mintak yang bukan-bukan..

Sekali sampai sana.... terbalikkkkk.. Kimi sangatttttt baik, sangat mendengar kata, sangat bertoleransi dengan aku.. nak aiskrim, aku cakap beli baju dulu, lepas tu baru makan aiskrim kalau tak nanti baju kotor, dia ok.
Anak mama yang makin matang.. :)

Nak main game, aku cakap tunggu papa, sebab mama tak pandai main game, walau tarik muka, tetap dia ok...

Nak mainan, aku cakap sini mahal, nanti kita beli kat kedai lain, dia pun pasrah jugak, ok.



 Tapiiiiiiii... ini budakkkk!!!! Argghhhhhh!!!! Stress mama!!!

Dia nampak tempat mainan, terus tunjuk-tunjuk nak main situ. Aku buat tak layan, lalu jalan lain, mengamuk dia ko.. Camne nk shopping klu dia dah cam ulat beluncas dalam troli nanges.

Anak mama yang makin... aduuiiiii pening wehhhh
Ok, fine!!! bei token, bagi dia main bowling. Abang main game tembak-tembak. Dia nak main kete, aku malas nak layan, susah ok, kang adik lari kanan, dia lari kiri.. sebbaik Kimi sangat bekerjasama.. dia tak lari dari aku..

Tapi budak niiii... tak puas hati main kejap, aku letak dalam troli dia sambung nangis arghhhh!!!!!!

Bawak gi tempat mainan, belikan kete besar, dia diam kejap, pastu tolak2 kete tu kat aku, ingat dia tak nak so aku letak balik, melalak lagiiii. Rupanya nak suruh aku buka plastik dia.. Aduiii baru je nak buat taktik, bagi dia pegang je, siap shopping letak balik. Dah buka takkan tak bayar ye dok??

So main la budak berdua ni kat dalam troli sementara aku pilih baju... tapi jap je wehhhh... Abang dia turun troli, dia tak puas ati nak turun gak, aku panas ati sebab semua pun dah pandang aku lain macam.. owh, lupa nak cerita..

Ada sepasang suami isteri ni, suami suruh anak try je baju kat situ, anak perempuan, kecik lagi, tapi isteri cakap malu la dia nanti.. Aku senyum tegur la takpe, budak lagi.. Si suami senyum pastu cakap kan, tengok akak ni cakap budak lagi.. Si isteri, pandang aku jeling kooooo... Aku punye bagi senyum manis, dia boleh cebek, bagi senyuman tak iklas.. Woiiiii ingat aku nak tackle laki ko ke????

Ingat aku sorang, takde laki kat sebelah, so ingat aku janda pastu nak ngorat laki ko? Sebab masa tu aku kat sebelah laki ko sambil pilih-pilih baju, so aku nak ngorat la ek? Eeee pelis ok!!!! Kohser aku.. Laki aku lagi hensem la weiiiii... boleh tak ko senyum je kalau dah ada orang tegur, bukan aku gi ngendeng-ngendeng kat laki ko pun, jarak antara aku dengan laki ko tu boleh muat 3,4 orang lagi berdiri sambil pilih baju la weiiii...

Ok dah abis bebel, sebab memang panas hati masa tu hahahaah... Sambung, sebab stress Eqal dah mula nak lari dari tempat aku pilih baju dan bila aku letak dalam troli dia meraung, malu okeh, terus bayar baju then kuar dari tempat sesak tu..

Beli aiskrim mc D dok tepi taman tungu sampai depa abis makan.
 

Apa yang aku beli? Tu haaa baju dengan seluar Kimi.. Eqal dapat t-shirt RM6.90 je, padan muka, sapa suruh buat hal.. kan mama dah geram, takde baju raya untuk Eqal..
 Bila aku tengok balik, mainan depa sama banyak dengan baju yang aku beli.. Mainan ada 5, baju ada 4+syampo Johnson.. Tak ke sama tu?
Nyesal pegi hahahahahahha... Lain kali memang kalau nak beli baju diorang, baik aku gi sorang or berdua je dengan hubby.. Bawak anak memang aku tak boleh fikir dengan waras lagi tenang.. Mainan aje abis RM30++ okeh.. sila nanges sekarang sebab tak sampai 1 hari semua mainan dah rosak, eqal baling ke dinding.. tinggal kereta warna biru je yang molek.. Tu pun sebab aku sorok... Belon? Selamat pecah dah..

Rasa cam aku koyak duit gitu je.. huh

Tuesday, July 30, 2013

Pengisian Rohani - Rumahtangga yang bahagia

Baru lepas dengar ceramah agama sempena bulan puasa.. Alhamdulillah, aku terpilih untuk sama-sama berada dalam majlis ilmu. Dah lama aku tak bagi rohani makanan, asik jasmani je yang makan...

Pengisian berkenaan manusia bahagia bila ada 3 perkara, dapat isteri atau suami yang soleh, ada rumah yang besar dan 1 lagi, ustaz lupa nak bagitau.

Contoh isteri yang soleh. Macam kita ni isteri, betapa mudahnya nak masuk syurga. Cuma perlu buat 2 perkara,

- patuh pada perintah Allah
- patuh pada perintah suami

Mudah kedengaran tapi berat untuk laksanakan. Macam aku sendiri, tak sepenuhnya menutup aurat. Kadang aku pakai jeans, ada je yang ketat sampai nampakkan bentuk kaki, tudung pun kadang main selimpang je, baju pun sama, kadang berlengan pendek, kadang ketat pendek kata tak tutup aurat dengan sempurna.

Perintah suami? Aku bukan isteri yang baik, kadang ada je ayat aku walaupun lembut, tapi menyakitkan hati suami, ada je kadang permintaan hubby aku tu walau sekecil-kecil, contoh mintak air masak pun, aku lambat-lambatkan, buat muka malas la. Yeee padahal air masak je, hubby aku tu bukan macam sesetengah lelaki yang nak air manis, air panas semua, dia lebih suka air masak, tetap aku lupa nak syukur, nak jugak lengah-lengahkan.

Banyak je perbezaan pendapat antara aku dengan hubby tapi kata ustaz, takpe gaduh. Rumahtangga yang tak pernah bergaduh adalah bahaya. Lelaki dan perempuan tak sama, so memang kena bergaduh, umpama piring dengan cawan, kadang bila kita letakkan cawan atas piring berbunyi-bunyi juga. Takpe piring dengan cawan bila bertemu ianya berbunyi, tapi jaga, jangan sampai jatuh, pecah berderai. Gaduh-gaduh gak, tapi biar ada batasan.

Rumah yang besar pulak. Maknanya bukan rumah tu kena besar, bilik kena ada 12, tanah berekar-ekar. Tidak.. Rumah yang besar bermaksud jiwa yang tenang. Kalau ada rumah besar, tapi hati kita tak tenang, rumah besar pun kita rasa kecik je. Kalau rumah kecik tapi hati kita tenang, ianya bebeza. Macamana nak dapatkan jiwa hati yang tenang, mudah, ingat pada Allah, maka hati akan tenang.

Senang je cara kan. Sesetengah orang cakap, nak tenang kena jerit kuat-kuat, kena pergi karaoke, kena pergi shopping, salah cara tu sebenarnya. Mungkin tenang, tapi bersifat sementara. Aku pernah je stress pergi karok, nyanyi melalak tak hengat, berjoget, bergelek kemain, pegi shopping, habis beratus tapi, tak, aku tak rasa ketenangan. Lagi aku rasa membazir sebab dah habiskan duit ada. Dan aku pernah bila rasa tak tenang, aku baca Quran, memang ada perbezaan dia. Jiwa rasa tenang, lain sangat perasaan itu nak dibandingkan dengan pergi karaoke atau habiskan duit kat shopping mall.

Betul, duit yang banyak tak boleh beli tidur yang lena, tak boleh beli selera makan. Tapi betul juga, duit bukan lah segalanya, tapi tanpa duit kita takkan dapat segalanya.

Aku selalu nak berubah, tapi selalunya aku takde istiqomah... hangat-hangat tahi ayam.. Moga suatu hari nanti dibukakan hati aku untuk istiqomah untuk kebaikan. Amin

Pose tak pose laaa...

Krup krap krup krap... Ermnnn sedap pulak rasa biskut oreo ni bila di makan secara sorok-sorok di bulan Ramadhan haahahahahaah....


Eh, korang buat ape tu?? Haip!!! Takmo takmoo.., mana boleh korang nak makan biskut gak.. korang kena pose, aku takpe, dibenarkan cuti hahahaahahah...

Semalam berbuka buatkan nasi lemak untuk hubby, alang-alang MIL kasik kepada mesin sampai 4 biji, daun pisang bergulung-gulung, serai berbelas batang, daun pandan 2 cekak... haaa tu tanda disayangi mertua tu tau kikiikkikiki...

So menjadi la nasi lemak super sedap sebab aku tiru resepi mat gebu, sambal ikan bilis, ayam goreng berempah dan semua adalah sukses!!!! Yeayyyyy!!!!!.. esok ek aku tunjuk resepi sebab gambar aku blom wassap dari hp hb ke hp aku.. Semalam hp sendiri abis bateri so tak leh snap-snap.

Nape hepi sangat? Opkoz sebab selama ni aku buat nasi lemak mesti kurang santan la, tawar la, tak rasa supe nasi lemak la hahaahahaha... ayam berempah pun selalu takde jadik pun rempah dia tu.. aku suka makan dia punya sampah tu.. tapi tak tau camne nk buat.. cian kan hahaahah.. Sambal bilis pun wallaweh, sedap kiikkiki.. Hubby yang cakap tau seme sedap, bukan aku.. haahahah..


Okla, nak nolong member adjust blog dia.. mintak tolong aku ejas, macamkan aku pandai hahaahahah... Dulu ada adobe photoshop boleh la aku nak godek2 bagi lawa gambar bagai, la niii huwaaaaaa.... takde adobe photoshop tu seperti separuh jiwaku pergi tau... sedihhhh...

Ok diakhiri dengan gubahan bunga yang kali pertama aku gubah kiikikiki... tak lawa ek? Takde seni la woiii tangan aku.. Ok, pasrah hahaaha...
Kenapa di balik meja? Yeee demi menyelamatkan dia daripada tangan dak Eqal.. baru berumur 1 jam kat rumah, dah sompeng depan pasu tu sebab Eqal tarik sampai terbalik...

Ok aku pasrah, kalau jangka hayat bunga ni tahan untuk 1 bulan je huwaaaaa....

Monday, July 29, 2013

Kalau aku ada anak perempuan.....

Mama takde keje, maka inilah hasilnya...
 *

*

*

*






Terus papa diorang sound.. Haaaa buat laaa buat... Nanti anak jadi lembut baru tau!!!!

Errrrrrr..... cepat-cepat istigfar.. mintak dijauhkan.. Takpe laaa.. mama takde anak perempuan lagi buat masa sekarang, janji anak-anak lelaki mama ni rajin nolong mama bersihkan rumah sudahhh hiiihi..

Wednesday, July 24, 2013

Mabuk!!!

Tengah pening sebab mabuk tengok kad raya untuk bos aku bagi kat kenalan dia..

Mabuk nak cari senarai nama orang-orang untuk dihantar kad... Weiii nape laaa jabatan tuttt ni takde nak letak nombor telefon SU setiap bos depa?? Stress tau nak call operator.. Operator pun stress aku tanya banyak soalan hahahaahah...

Baru settle buat untuk 50+.. ada lagi berpuluh lagi.. Belom lagi nak balas kad-kad yang bos dapat huhuuhu...

Mabuk mabuk.. tapi mabuk kad ni ok lagi.. lagi mabuk lagi satu dah.. Dah Lewat 6 hari ni hahahhahahaha...

Aku dulu dan kini

Dulu, aku selalu tertanya bila aku tengok kakak aku, mak aku, kakak ipar aku semua perempuan yang ada depan mata aku la kiranya.. Aku tertanya, boleh ke aku jadi isteri yang baik? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku uruskan rumahtangga aku nanti dengan baik?

Aku anak bongsu yang memang sangat-sangat di manjakan mak, ayah, kakak dan abang aku. Aku jarang kesempitan duit dari kecik. Mak ayah dulu meniaga kat pasar malam.. Dulu kalau meniaga kat pasar malam pendapatan memang lebat la.. Sebab dulu mana ada pasaraya besar-besar ni, so pendapatan mak ayah memang sedap la.

Biasa kalau aku nak gi sekolah, bila aku mintak duit, mak aku akan suruh aku amik sendiri dalam bekas duit meniaga dia. Abang  aku dulu gila lurus, kalau biasa mak bagi belanja 50 sen, ke Rm1 ke, bila mak suruh ambil duit sendiri pun dia akan amik banyak mana yang dia biasa dapat la. Tapi aku tak, aku mesti amik lebih. Kadang 2,3 kali ganda dari yang biasa mak aku kasik. Kihkihkih..

Kadang tu balance aku simpan dalam tabung, kadang tu feeling orang kaya, aku belanja kawan-kawan aku kopok goreng ke pisang goreng ke air ke hahaahah... Tak sedar diri betol..

Pastu, dulu, aku makan bersuap sampai darjah 3. Kakak aku memang manjakan aku. Stop makan suap pun sebab dia kawin masa aku darjah 3.

Masa sekolah, aku tak penah belajar masak, tengok je mak masak. Bangun pagi tengok sarapan dah ada atas meja, tengahari dah ada nasi dengan lauk atas meja, malam pun sama. Nama nak tolong masak? Takde.

Dah sekolah menengah, mak aku bagi aku pilihan, nak tolong masak ke kemas rumah, aku pilih kemas rumah sebab aku boleh tengok tv sambil kemas rumah or lipat kain. Mak aku pun lagi suka aku lipat kain sebab aku lipat cantik, kemas hahaahah..

Aku ada anak sedara umur 10 tahun. Masa tu selalu jeles dengan anak sedara sebab aku kan rapat dengan kakak, so aku rasa cam dia dah curi perhatian kasih sayang kakak aku.. hahahahah.. ape punya fikiran laa.. Tapi anak sedara aku paling rapat pun dengan aku. Sebab masa dia kecik, bila kakak dan abang ipar aku nak ke mana-mana, dia tinggalkan anak kat aku.

Tapiii, memang aku jaga anak sedara aku, cuma, berak kencing dia tak pernah aku basuh. Aku sangat penggeli. Sampaikan dulu masa bercinta, ada tahi burung ke tahi apa ke kena pada kereta or moto, memang pakwe aku tu laa yang kena cuci.. Sebbaik pakwe aku tu bukan kategori penggeli fuhhhh!!!!

So bila dah nak kawin tu dulu, 5 tahun yang lepas aku tanya pada mak aku, kakak aku.. Boleh ke aku kemas rumah? Boleh ke aku bangun pagi sediakan sahur untuk suami? Boleh ke aku masak untuk tambat perut suami? Boleh ke itu , boleh ke ini?

Dan bila dah ada anak, boleh ke aku bangun tengah malam jaga anak yang sakit? Boleh ke aku basuh berak dia? Boleh ke aku mandikan dia? Boleh ke aku beri didikan yang sempurna buat dia?

Tapi bila dah bergelar isteri kepada suami aku, baru aku tahu yang secara semulajadi, kita akan berubah mengikut kesesuaian pangkat kita. Bila dapat gelaran isteri, automatik, ko rasa ada satu tanggungjawab yang mesti ko jalankan dengan sempurna. Mudahnya seorang wanita untuk masuk syurga, dengan menjaga hati suami, jangan lawan cakap, dan lain-lain, semua perempuan pun tau kan.

Dan dengan itu, secara tak langsung aku boleh uruskan rumahtangga aku dengan bantuan suami. Ye, walaupun tidak la sesempurna rumahtangga orang lain, tapi kami bahagia dengan perjalanan hidup kami.

Lepas dah pikul tanggungjawab sebagai isteri aku dikurniakan cahayamata yang lengkapkan hidup kami suami isteri. Memang aku cuak sangat dalam tempoh mengandung. Aku takut tak boleh basuh berak anak, takut tak pandai nak susukan, bangun malam semua la bermain-main kat fikiran aku. Tapi, ternyata, bila dah dapat anak, ko akan rasa ada amanah yang perlu kau jaga. Anak adalah amanah dan pinjaman Allah pada kita. Kena jaga sebaik mungkin.

Ye, aku bukanlah seorang isteri dan ibu yang sempurna, tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang...

Tapi, yang kelakarnya, ada kawan aku yang boleh tanya aku, katanya aku tak boleh bayangkan la, camne ko yang manja, gedik jadi isteri dan ibu kepada 2 orang anak.. hahaahahahah.... hakikatnya, aku di rumah dan aku di pejabat adalah 2 orang yang berbeza.. Itu je yang aku boleh jawab ;)

Panjang lebar pulak post aku ari ni.. Post sebab tak sangka bulan depan dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Budak manja, ngande-ngada, cakap meleret-leret, pemalas dah berubah 360' lepas jadi isteri orang. Satu pencapaian woot woootttt!!

Sekian. Thanks pada yang sudi baca, panjang niiii

Monday, July 22, 2013

Karipap Inti Keledek Sedap, Lembut tapi Rangup

Tu diaaaaaa!!!! Tajuk tak menahan kannnnnn!!!

Semalam, akhirnya setelah sebulan dok tangguh-tanguh, menjadi jugak mengaripap bersama suami..

Pukul 4.30, terus start. Hubby potong-potong ubi keledek tu, aku pulak buat pastri karipap tu.

Resepi hubby ambil dari BLOG NI. Memang terbaik la resepi dia. Inti dengan pastri dia memang ngam-ngam. Takde kurang, takde lebih.

Cara buat pastry aka kulit karipap tu mudah gila, sap sap soiii je siap!!! Gituuuu... Sebabnya selama ni aku ingat susah wehhh nak buat karipap, rupanya, olooo senang jeee.. Nak mengelim tu je malas skit.. Sebbaik hubby rajin haahaha..

Ok, ok tak nak bebel, ni resepi asal dia yang aku tiru bulat-bulat, segi-segi dan petak-petak.




RESEPI KARIPAP INTI KELEDEK
sumber : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

Bahan Pastry

  • 600g tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak - panaskan
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • garam + air sejuk (kurang lebih satu cawan)


Bahan Inti Keledek

  • 4 biji keledek besar - potong dadu
  • *2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *segenggam ikan bilis
  • *1-2 sudu besar udang kering
  • *1 tangkai lada merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
  • 2 sudu makan serbuk kari 
  • hirisan daun sup
  • garam dan gula
  • air secukupnyer
  • Jika suka bleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging

 
Cara-cara

UNTUK INTI : 

  • Blend bahan yang bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. 
  • Masukkan keledek dan air secukupnyer. Masak hingga empuk dan air kering. 
  • Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. 
  • Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.


UNTUK PASTRY: 

  • Panaskan minyak. Tuang minyak perlahan2 ke dalam tepung dan gaul menggunakan sudu/garfu sebati. Jangan menggunakan tangan dikhuatiri melecur sbb minyak panas. 
  • Masukkan juga butter/marjerin.Gaul sehingga menjadi crumble. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat ditangan. Tutup doh dengan kain/plastik wrap supaya doh tidak kering.

UNTUK CANAI & KELIM

  • Ambil sedikit doh dan canai nipis. Jangan terlalu tebal nanti kulit karipap liat dan jangan pula terlalu nipis nanti kulit koyak.
  • Masukkan inti dan kelim seperti biasa. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak,.Goreng hingga keemasan. Hidangkan.
 Jika ingin membuat karipap frozen, susun karipap yang sudah dikelim di atas dulang. Masukkan ke dalam peti beku lebih kurang 20-30minit sehingga separa beku/keras. kemudian keluarkan dan masukkan terus ke dalam plastik ziplock/bekas. Tak perlu pelapik, karipap tak akan melekat antara satu sama lain sbb karipap dah keras/beku. Goreng terus pada bila2 masa tanpa defrost.

 *****************************

So, korang cuma perlu ikot step yang akak tu dah ajar kat atas, jangan durhaka walau satu step pun untuk menjadikan karipap korang sedap ok. Rasanya resepi ni boleh dapat lebih kurang 50 biji kot ke lebih.. aku lupa la.. semalam goreng ermnn dekat 20 biji gak la.. pastu bagi jiran, pastu buat frozen.

Layan gambar tokey karipap okeh. Dia la tukang masak inti, dia la tukang kelim, canai karipap hihihihih... Aku tolong skit-skit sebab asik berkejo dengan anak..


Inti letak secukupnya ok..

Canai pakai gelas pon molehhh haahahahah....

Model karipap yang dah telan 5 biji karipap sebelum berbuka puasa.. masa berbuka dia balun lagi 2 ketul.. erkkk
Gambar pastry dengan inti aku amik guna hp hubby, so malas nak transfer bagai ke sini.. Tapi percayalah, resepi ni memang sedapp.. tolong korang cuba ye haahahaha...

Di akhiri dengan model karipap yang gojes-gojes...
 Balik ni nak goreng lagiiiii.. dah buat frozen dahhh 2 bekas.




Friday, July 19, 2013

You batuk, pergi jauh-jauh!!

Malam tadi pergi klinik, bawak anak bongsu tu ha sebab asik batuk-batuk sampai ganggu nak tido.. Minum susu pun tak abis sebab asyiknya rasa kahak kat tekak so nak telan susu tu cam satu kepayahan.

Sebab tak sanggup tengok anak camtu, terpaksa ajak hubby teman gi klinik, huhuh burn terawikh pakcik tu huhuh..

Tapi, kat klinik, saboo jela kami ni.. Suara Eqal tu besar, garau, dan bayangkan hanya suara dia je yang menjerit, gelak, lari sana sini... Nak tutup muka je aku rasa.. Aku tak tau apa perasaan pesakit lain tengok anak-anak aku riuh rendah camtu.. Kalau yang dah jadi mak ayah or dah biasa jaga anak sedara ni biasa faham sebab budak-budak ni perangai memang tak dapat dijangka. So aku nampak ada yang senyum terhibur dan ada yang senyum sinis... Memang tak boleh nak kontrol.. kalau marah or cubit, confirm nangis, so redha dan berharap cepat la nama eqal panggil masuk dalam.

Doc cakap, dada dia ada banyak kahak. Aku memang dah agak, sebab sampai boleh dengar bunyi kahak bila aku cuba dengar kat belakang dia. Tapi sebab dia masih aktif lari sana sini, doc just kasik ubat lelah, yang katanya bukan untuk lelah tapi lebih bagus untuk cepatkan sembuh eqal dan gak ubat cairkan kahak.

Dan malam tadi lepas bagi ubat yang mana aku letak je terus dalam botol susu dia, kalau bagi, budak tu pandai kuarkan balik, dalam susu dia bukan pandai beza pun, janji sedap hahaahah..

Syukur susu abis sebotol dia minum dan malam tadi takde dah bunyi tidur dia terganggu sebab batuk. Lena anak mama tidur malam tadi.. Tidur mama terganggu pun sebab abang Kimi merengek nak suruh teman gi tandas nak buang air kecil.

Tu, masa bagi ubat pada pengasuh pagi tadi pun pengasuh dah cam alaa... nak kena bagi ubat ke, dah lama dah tak bagi ubat. Pengasuh dia lebih suka anak dia naturally lawan sakit tu, ubat bagi bila dah nampak tak boleh tahan je. Dan aku memang ikot petua akak pengasuh tu, magicnya, anak aku last pegi klinik bulan Mac.

Bayangkan, dulu, boleh kata tiap-tiap bulan mesti ada lawatan ke klinik, syukur lepas aku bagi anak aku lawan sendiri sakit-sakit diorang, antibodi pun cam terbina kukuh sikit la. Tapi tadi, aku bagitau siap, kalau Eqal nampak ok tak batuk dah, tak payah la bagi ubat tu, sebab dari malam tadi sampai pagi, takde lagi aku dengar Eqal batuk-batuk batuk.

Dan harapnya batuk tu terus pergi dari badan anak aku tu... Bak tajuk cerita yang Nabil Ahmad berlakon tu, You saka pergi jauh-jauh aku tukar You batuk, pergi jauh-jauh.. haahah

Bukan Nukilan Dayana

Tadi ada buat research sebab ada anony yang tanya betul ke ni dari FB Dayana, then baru tau bukan Dayana yang buat nukilan ni.. Nukilan ni datang dari  Ana Hawana dan korang boleh baca penjelasan dari BLOG NI dan SINI (mintak izin share link yer)

Rasa bertanggungjawab bagitau cerita sebenar sebab ramai yang dah tengok pasal nukilan ni semalam kat blog ni... Tapi tabik la kat penulis sebenar nukilan tu.. Tersentuh hati baca.. Apa pun doa aku tetap sama, moga Dayana tabah harungi dugaan ini..

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dayana - sedihhhhh

Sedih gila baca nukilan hati dari Dayana, isteri Asyraf Muslim..

Aku dapat tau pun sebab sobat aku Zue yang bagitau.. pastu terus aku suruh dia copy bagi kat aku yang tak boleh nak buka fb ni..

Korang baca dan nilaila sendiri...



Copy & Paste From Noor Dayana - (isteri Asyraf Muslim)

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan

***** teriak *****



Aku yang baca ni pun dapat rasa kesedihan, kekecewaan dia, apatah lagi dia yang mengalami... Aku isteri, sebab tu aku faham apa perasaan bila orang yang kita sayang mendustakan cinta.. Sedang masa couple pun boleh frust gila inikan dah jadi yang halal..

Ya Allah, jauhkan la aku dan orang-orang  yang aku sayang dari ditimpa dugaan yang maha hebat sebegini..

Aku suka tengok lakonan Asyraf, tapi bila dia hancurkan hati isteri dia macam ni, hilang terus minat.

Buat Dayana, tabahkan hati... Hanya kamu tahu apa terbaik untuk masa depanmu... 

Apa pun aku doakan yang terbaik untuk diorang semua, terutama Dayana...


Update!!!!!

Tadi ada buat research sebab ada anony yang tanya betul ke ni dari FB Dayana, then baru tau bukan Dayana yang buat nukilan ni.. Nukilan ni datang dari  Ana Hawana dan korang boleh baca penjelasan dari BLOG NI dan SINI (mintak izin share link yer)

Rasa bertanggungjawab bagitau cerita sebenar sebab ramai yang dah tengok pasal nukilan ni semalam kat blog ni... Tapi tabik la kat penulis sebenar nukilan tu.. Tersentuh hati baca.. Apa pun doa aku tetap sama, moga Dayana tabah harungi dugaan ini..

Lewat sahur dan eqal si anak tiri

Sedar-sedar pagi tadi pukul 5.30 pagi dah..

Terus melompat dari katil, kejut hubby pun suara dah tak manja "bang!!!! Bangun cepat dah pukul 5.30, minum sikit kang azan. Bangun terus capai paper semalam, tengok azan pukul berapa. Good! Pukul 5.48 baru azan so ada masa lagi 15 minit untuk sahur.

Jerit lagi dari dapur, bang!!!! Bangun laaaaa!!!! Kikiiiki.. takde adab betul isteri dia ni. Panaskan tomyam untuk berbuka semalam kejap je, bagi rasa hangat je. Nasi tak dan dah.. nasib laa aku bangun balik malam tadi masak nasi baru sambung tido, kalau tak, takde nasi laaa..

Owh, aku berbuka tak makan nasi, makan lauk je.. Konon nak diet, padahal kuih ko baham 2,3 bijik gak mek ooiii hahah... Setakat ni kuih baru keria dengan cekodok yang sempat aku buat sendiri.. Sabtu ni antara 2, sama ada nak buat karipap or ondeh-ondeh.. Inti karipap hubby tukang masak, sebab tu kena chef tu yang decide nak masak kuih ape ihihhi... Dia hantu karipap so dia lagi pakar dari aku yang baru first time nak buat karipap ni kikiki..

Ok berbalik pada sahur tadi.. Bayangkan nak kedarah nasik dalam masa 10 minit, fuh, tercungap aku rasa.. Nak feeling skit hirup tomyam pun tak sempat. Semua main telan je.. abis la perut aku jap lagi, jangan meragam dah sebab kunyah tadi tak berapa nak kunyah sangat.

Ni terjaga lewat sampai tak sedar jam berbunyi sebab berjaga malam la, eqal asik merengek tak selesa tekak.. Dia batuk-batuk 2,3 hari ni.. Sebelum ni cam ok lagi, tapi malam tadi cam teruk pulak sebab sampai dia bangun, pastu naik katil abang dia, merajuk dengan aku ke apa tah.

Aku panggil-panggil dia buat tak tau, pastu tah masa bila aku dah terlena. Pagi tadi masa tengah basuh pinggan periuk bagai dengar  hubby panggil. "Yang, mana eqal?" "

Aku cam, ape laa takkan tak nampak anak sendiri.. Pastu tiba-tiba dia kuar bilik, panggil aku. Apsal pulak laaaa.. Rupanya, anak aku tido kat hujung katil kat atas lantai penjuru bilik. Lahaiiii sejuk tu sayang oiiiiii, elok pulak tu meniarap, lenaa sungguh.

Hubby tanya dia jatuh ke ape, aku tak rasa jatuh, rasanya dia turun sendiri pastu baring situ. Kawasan tu punya la kecik, muat-muat badan dia je. So hubby nak angkat tak boleh, kena aku gak angkat. Angkat dia terus letakkan atas tilam.. tido lena tak berkutik pun.. Lahaiiii ciannya anak aku..

Hubby cakap "Ciannye.. dah macam anak tiri dah tido bawah, atas lantai je"

Gambar aku tak sempat tangkap sebab tak terfikir apa dah.. Dah angkat, tidurkan dia baru teringat rugi tak snap. Huhuhuhu.. Eqal, eqal... Makin beso makin banyak perangai baru dia cipta..

Wednesday, July 17, 2013

Lelap, ponteng & solat

Wei ngantuk weiiii!!! Mata ni tahap kritikal dah mengantuk dia.. Tahan dengan mancis kang, mata aku pulak yang sakit.. Takde kawan nak sembang, so memang mengundang lelap depan pc ni kang...

Sejak masuk bulan puasa, aku asiknya tertido awal, penat la rasa badan ni.. Lepas isyak terus padam.. anak-anak bawak diri sendiri, hubby balik masjid pun dah kol 10 malam kan. Apsal ek badan lemau, ke sebab aku tak makan nasi masa berbuka? Tapi aku ada jamah kuih... Dan sahur pun aku amik nasi.. Konon diet sikitla tak banyak amik karbohidrat..

Nak ikot cam kak Fida yang amalkan diet atkins memang tak laaa.. Tak boleh la tak makan nasi time sahut, kang kelaparan berganda-ganda.. time berbuka takpe, sebab minum air dengan sebiji kurma pun dah knyang sebenarnya, saje ngade-ngade nak masak, makan itu ini.

See.. kan aku dah cakap, aku dah terlelap depan pc hahahhahah.. Weii sejuk ni wehhh rasa cam nak tarik comforter je weh, bestnyee dapat tido ni..

Nak cerita, semalam balik dari amik kimi, stop kat gerai pakcik jual roti canai, sekali on the way nak ke rumah pengasuh Eqal, aku nampak ada dua orang budak ni berdiri tepi jalan bawah pokok rendang, jalan ni agak tersorok pastu tangan pegang plastik air, sorang cover line, sorang tengah sedut air tu.. Aku buat biasa jela kan, sekali dia ternampak aku lalu terus dia campak plastik air tu. Aku tak terfikir apa masa tu, tapi bila aku berpaling, dia senyum malu-malu sumbing dekat aku.

Baru aku terfikir, laaaaaa diorang ni ponteng puasa laaa... Confirm sampai rumah nanti buat-buat muka penat kat mak ayah, pastu mak ayah ingat anak puasa.. Budak-budak ni umur rasanya antara darjah 4-6 la sebab sekolah agama petang memang untuk budak-budak darjah 4-6.

Saboo jela.. Hikhik.. Masa kecik dulu... ermnn aku rasa aku tak penah lagi tipu puasa masa kecik sebab kuarga aku tak tekankan puasa, tapi tekankan sembahyang.. Sebab bila dah sembahyang kan mesti automatik puasa... Dan sejak bila aku mula belajar puasa tu aku tak ingat.. Tapi yang aku tau, alhamdulillah sejak dah baligh tak pernah tinggal lagi laaa..

Dan juga million thanks buat along aku sebab garang dan tegas masa kami kecik dulu.. Mak ayah aku meniaga, so memang tengahari keluar, malam baru balik, duduk dengan along la sebab angah dah kawin.. Dan dia ni pulak gila garang tapi penyayang laa tapi kalau bukan sebab dia selalu pegang rotan kalau aku dengan abang aku liat nak sembahyang, zaman bila tah baru aku sembahyang. Garang dan tegas kena pada tempatnya memang membuahkan hasil ;)

Tuesday, July 16, 2013

Nyawa kedua Datuk K

Baca akhbar Utusan, sisipan Mega hari ni, tersentuh aku baca artikel pasal kemalangan Datuk K da pengorbanan CT..

Korang pegi la baca sendiri kat Utusan Online or gi beli Utusan. Sebagai orang yang sangat sentitif kalau bab kekeluargaan ni, yup! Aku memang mudah mengalirkan airmata.. Antara petikan artikel tu

"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas di atas ribanya. Saya terdengar suara dia 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap' Itu saja dan saya tiba-tiba merasa takut"

"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu lalang lansung saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang."

"Saya katakan pada diri; aku perlu hidup untuk orang yang aku sayang. Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang beru berusia 6 tahun , banyak yang saya perlu selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu yang semakin tua. Saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini."

"Ya Allah, aku redha dengan malapetaka yang engkau hadirkan ini. Biarlah segala kesakitan ini menggugurkan segala dosa-dosaku selama ini, bantulah aku, aku mahu terus hidup."

"Masa kita sihat, sibuk dengan kerja sampaikan kita leka untuk mendalami ilmu ketuhanan. Ketika sakit inilah, Dia pinjamkan saya masa untuk lebih dekat pada-Nya."

"Setiap detik dia disisi daya. Makan minum semua disuapkan ke mulut saya. mandi saya, semuanya Siti yang uruskan dan dia tidak mahu mengambil jururawat pembantu untuk menguruskan saya di rumah."

"Satu minit sekalipun dia tidak pernah meninggalkan ayah"

"Syurgalah tempat Siti Nurhaliza, itu doa Datuk K untuk isteri yang dikasihinya"

"Saya tidak pernah menyesal mengahwininya dalam apa jua keadaan, sungguh!!" - ct


Maybe korang baca petikan tak berapa nak feeling, cerrr gi baca full aritikel mesti tangkap leleh..

Aku bukan lah peminat nombor 1 CT, minat, tapi biasa-biasa je. Aku pon pernah kritik bila dia seolah merampas suami orang masa dia mula-mula kawin dulu, tapi bila fikir balik, semua tu kententuan Allah. Dah memang bukan jodoh Datuk K dengan bekas isteri dia dan dah memang itu jodoh terbaik untuk CT.

Back to basic, "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu jugak sebaliknya"

Pernah aku dengar ceramah, ada yang kata tak betol perumpamaan lelaki baik untuk perempuan baik sebab ada je orang warak, yang kawin dengan perempuan or lelaki yang tak baik, jawab penceramah itu, kita tau ke apa sejarah orang yang warak itu? Benarkah dia betul-betul mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya... Ermnnnn wallahualam...

p/s: Syukur, sebab memang dapat pasangan yang lebih kurang aku je.. Takde la baik sangat, tapi idokler jahil terus,masih berkeupayaan bimbing aku dari tersesat dari landasan Islam.. perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan, insya Allah..

Lewat x 5 = Kad ijo

Ai is stress!!!!!! Ko tengok ayat BI aku bila dah stress haahah...

Weiiiii!!!!! Ari ni lewat lagiiiiii... Kali ke 5 dah bulan ni!!!! Harus laa aku kena tukar punch kad camni.. Abis laaaa...

Selama berpuasa ni, hari pertama puasa je aku datang awal, hari kedua 7.47, hari ketiga 7.34, hari keenam 7.31 dan hari ni 7.31.. Baru 4 hari kan... tu ada sekali, sebelum bulan pose aku lambat gak.. Tiba-tiba je LKSA jem, kuar tol terus stuck! Ngok ngek betol!!!!

Nak kata bangun lewat, memang bangun lewat hahahahaah... Dah tu salah sape kalau bukan diri sendiri...

Tapi, hari ni lain skit.. Lepas sahur aku iron baju, sidai baju basuh malam tadi, mandi, solat pastu tertidur kikikiik.. Bangun kol 6.40 mandikan kimi pastu terus siapkan bekal dia. Sekolah dia laa tiba-tiba bagi mesej cakap tak sediakan makanan untuk pelajar, sebab nak galakkan diorang puasa.. Masalahnya anak aku baru 4 tahun kot... mana laaa diorang pandai lagi nak puasa. Grrrrr!!! Kalau kurangkan duit makan untuk 1 bulan ok gak. Aduiiii!!!

Tapi kimi pun 1, lepas mandi mana ada nak pakai baju sendiri, aku la yang bedakkan, minyakkan, pakaikan baju, tu kalau boleh, kasut pun nak suruh aku sarungkan tau.. Nak boleh ke buat satu2 perkara pagi-pagi punyaaaaa laaaaaa lambat. Suruh pakai kasut 2 minit, aku kuar masuk rumah dia baru termenung. Kena tegur, pakai la 1 kasut, pastu termenung lagi.. Eeeeee... nak suruh masuk kete pulak, dia sengeh-sengeh dulu, buka pintu depan, eh salah, buka pintu belakang..

Pastu belom lagi sampai sekolah, aku kena panggil berapa kali baru dia nak kuar dari perut kereta tu. Pastu amik masa lagi nak pakaikan dia beg sekolah. Hai laaa anak, bertabah jela mama kamu ni...

Owh, sebab lewat hari ni gak sebab aku dah bajet masa untuk naik moto sebenarnya, sekali terajin lak cek roadtax moto, laaaaa dah mati bulan Jun ari tu.. Aku ni jenis kalau dah tau aku ada buat salah, aku tak berani nak teruskan weh.. Hubby cakap pegi jela, takpe.. tapi aku teringat pulak kat Kemuning tu kadang polis suka buat roadblock so cepat-cepat la capai kunci kereta.

Bawak macam ke apa laju sekali pun, kalau dah dekat depan bomba tu jem, memang tak boleh nak buat apa laa...

Ermnnn sape suruh paksa kitorang masuk 7.30 pagi, lantakkan!!!! Errr..cakap je besar padahal takut gak kalau kena tukar kad, ofis aku ni bukan boleh kira wehhh... Ok, pasrah!!!!!

Monday, July 15, 2013

Semalam

Kemengantukan!!!!!! Lambatnya nak tunggu pukul 1.. Aku nak tido!!!!!! Tak cukup tido la weh... badan penat, baru balik kampung kan...

Alhamdulillah, semua yang aku hajat nak makan kat kampung, aku dapat, siap dapat extra menu, ketam fresh ayah baru dapat dari bubu dia pasang kat laut tu, setalam ko.. Isk, bila la aku nak dapat upload semua gambar-gambar.. malasnya nak pergi beli memory kad wehhhh...

Asam gupa dapat, bubur lambuk pun dapat, gulai ayam pencen air tangan mak pun dapat.. pehhh sedapppp!!!! Memang terbaik!!!

Hajat anak nak mandi pantai pun kesampaian walaupun masa tu tenghari rembang.. Alang-alang tengok ayah naikkan ikan tepi pantai, anak-anak pun dah basah seluar sebab sama naik masuk dalam laut nak tengok ikan, so bagi jela green light dia nak mandi..

Dan yang bestnya akhirnya setelah 9 tahun dok ulang alik baik dari Shah Alam/ KL ke Kuantan baru la semalam aku berani bawa kereta dari Hentian  Temerloh sampai highway KESAS. Bangga dengan diri sendiri.. Tu pun sebab hubby mengantuk sangat. Aku ambil alih je jadi drebar tak sampai 10 minit, dia dah padam dah macam biasa..

Eqal je yang teman aku bawak kereta, kemain suka dia bila aku dok lap kona, lap eceh macam drift la bunyi ye.. Kan kat Karak dengan Bentong tu jalan dia, peh berlekok-lekok.. Dia ingat dia main ape gamaknya bila badan di ke kiri ke kanan tiap kali kat selekoh... errr ye, aku bawak laju, sebab tu tak sampai sejam dah sampai tol Gombak hihihihi...

Tapi, sampai kat KESAS, kejutkan hubby, perut aku sakit mencucuk sangat, makan macam-macam sangat kat kampung, kan dah sakit huhuu.. Kaki aku pun masa tu dah cam nak krem, padahal takde la jem pun perjalanan balik tu. Memang ajaib bila tengok MRR2 lengang pada pukul 2 petang di hari Ahad ihhihihi... So hubby take over balik drive sampai la ke rumah..

Ada gak singgah tesco semalam nak tengok pampers anak, murah ke tak.. Aku tak turun, tunggu hubby dalam kereta je. Tak sampai 10 minit, tengok hubby datang lenggang kangkung.. Aku ada mintak belikan ayam untuk masak minggu ni, dia kata tak berbaloi beli 1 barang sebab ramai gila umat kat dalam tesco. Beratur panjang melebihi garisan biru, siap 1 kaunter ada 3,4 orang sebab nak bagi cepat masuk barang dalam plastik. Huhuhuh.. apsal ramai bebeno orang beli keperluan semalam ni? Ada ura-ura barang nak naik pulak ke wei??

Lastly pegi Giant Kemuning je, hubby cakap lengang, santai sikit nak beli barang. Ayam pun still ok harganya RM7 sekilo, ok la tu kan.. Sebab aku tengok berita malam tadi, harga ayam naik sampai RM8-9 sekilo.. Gilee laaaaa...


Friday, July 12, 2013

Ayam pencen dan kengidaman

Fuhhhhh!!! Penattttt!!! Panassss!!!! Perut dari tadi dok kruk krap kam kup kap dia bunyi hohohohoho...

Ni semua angkara merempit tengahari buta, balik rumah amik kete nak ke Econsave. Jem pulak kat bulatan 5, woiii panas weiiiii!!!! Gigih gi Econsave nak beli ayam tua atau nama glem dia kat kampung ayam pencen.. see ayam pun ada pencen, berap dia dapat elaun bulanan pencen idok la aku tau hahaahahaha... dah ngarut!!

Econsave cam biasa mempromosi ayam pencen RM4.99 seekor. Tertengok kat paper tadi terus menggelijat teringat ayah, mak & abang suka benor makan ayam pencen. Sebagai anak dan adik yang solehah *kata kooo terus pegi membeli kat sana, beli sama milo, gula, tepong, susu, minyak segala macam barang dapur terus kat mak aku. Sebbaik tak leh angkut gas, klu tak dengan gas-gas aku beli hahahah..

Jauh kan aku shopping, beli kat Shah Alam untuk kuarga kat Kuantan hahahah... Kuantan barang mahal sangat laaa... mak aku kalau datang Shah Alam pun siap kena perli dengan ayah aku.. sebab terbalik, orang kampung datang bandar beli barang kampung untuk wat balik kampung kikkikikiiik... Memang banyak beza harga barang sana dengan sini weh. Dari segi harga makanan kat kedai pun sama. Bak kata mak aku, jauh beno beza, baik bandar lagi, banyak barang murah dari dok kampong.. Sila loratkan ke'trengganuang ye.. Mak aku memang cakap loghat sana ihhihihi.

Dan, tadi dah call mak, request suh ayah belikan kuih asang gupa aka asam gumpal... korang kenal ke camne kuih tu? Cam ni haa...

Sumber gambar SINI
Pastu mintak belikan bubur lambuk. Noooo bubur lambuk sini tak sama cam bubur lambuk kat KL ni weh... Lain bebeno rasa..

Sumber gambar SINI
Haaa.. ada lebih pucuk miding, pucuk paku, peeehhhhhh sedap wehhhhhh!!!! Dia lebih kepada rempah, klu KL aku tak rasa rempah laaaa...

So, tak sabar nak merasa makanan yang memang tiap kali balik kampung memang aku request suh ayah beli dulu sebab biasa pasar malam yang jual bubur sedap ni ada hari Jumaat, aku tak sempat sampai..

Yeyyy!!! Lagi 20 minit nak balik!!! Makkk ayahhhh tunggu kamiii!!!!!!

Balik kampongg oo oo balik kamponggg hati giranggg!!!

Terbayang-bayang wajah yang ku sayang 
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati 
Menanti kepulangan ku nanti

O O O.. balik kamponggggggg
O O O.. balik kamponggggggg
O O O.. balik kamponggggggg
Hati riangggg!!!!

Yeeee.. dari tadi lagu balik kampung asyik bermain-main dalam kepala aku ni haahhah... Seronok weh, malam ni lepas berbuka nak balik kampung ku yang amat ku rindui..

Rindu nak cium tangan ayah, cium pipi mak
Rindu nak menyakat ayah, usik mak
Rindu nak makan masakan air tangan mak
Rindu nak tengok anak-anak sedara
Rindu nak pusing-pusing kampung naik moto
Rindu nak ambil angin kat pantai

Pendek kata rindu semua laaaaaaa
Panjang kata.. errrrrrr balik laaa kalau dah rindu hahaahahaha

Bila mood balik kampung on, anak kencing kat katil malam tadi sampai kena seluar aku pun, aku marah kejap je, kalau tak memang aku bebel sekawah dah dia tu..

Anak terberak dalam seluar, buat kali ke 3 untuk 3 hari berturut-turut pun aku sabar, bebel tetap bebel, tapi tak naik tangan, biasa memang naik tangan haahahah.. Sebab bukan cirit, tapi dia tak sempat nak gi tandas. Camne nak sempat kalau dah hujung-hujung tanduk, baru sebok nak gi tandas?????? Marah? Memang, tetap marah la wehhhh tapi saboo...

Sebabnya, nak balik kampong!!!!!! Ngeeeeeee!!!!

Tengahari ni nak balik, ambil kete, gi econsave, cari barang dapur kat mak ayah.. Ari ni rempit dengan jubah, pehhh terbaikkk!!!! Bawak macam mat rempit, 100km/j pun still lewat masuk ofis.. 7.34pagi baru punch.. better dari semalam 7.37 hahahaah..

Dah tu camne nak sempat kalau kuar rumah pukul 7.12? Dari taska kimi kol 7.15.. Memang bahana laaaa dicari.. Tapi takpe, aku tetap happy, walaupun bulan ni dah 3 kali punch kad aku merah hahahaahahah..

SEBAB AKU NAK BALIK KAMPUNGGG!!!!! HEP HEP HAPPY!!!!!!!!

p/s: Cam dah bertahun tak balik reaksinya kan hahaah.. lama weh aku rasa, last balik bulan 5, sekarang dah bulan 7... rinduuuuuuu

Thursday, July 11, 2013

Harap bertahan

Pagi tadi, sedar-sedar dah pukul 6 pagi.. Tu pun sebab Eqal nangis nak susu.. Terus kejut hubby.. Dia pun terpinga-pinga.. "Camne ni, tak makan ape pun ni" Hubby dah risau..

Maunya tak, hari kedua baru kot, perut tak biasa lagi kalau tak sahur... Pastu semalam, lepas sahur memang takde ngulang makan dah. Aku rasa aku steady lagi sebab sebelum masuk Ramadhan aku dah pulun gila-gila untuk ganti puasa, so perut dah ok, tak terkejut kalau tentiba tak sahur.

Tapi ganjaran hubby, petang ni dia ada majlis berbuka puasa kat Bora Ombak.. Aku jela berbuka sensorang petang kang.. tak adil kan.. Hubby ajak, tapi aku la tak kuasa nak rempuh jem nak ke KL.. Aku rela lagi buka puasa sorang-sorang dari pergi tempat jem camtu..

Eh, korang buka puasa semalam makan ape? Aku buat ikan bawal sweet sour je dengan goreng sayur yang aku pun tak tau nama dia, tapi bau dia pahit-pahit gitu.. Alhamdulillah... Selamat dah 1 hari puasa...

Gambar makanan? Takde, tak mo la kuruskan puasa korang tengok gambar makanan (haahahha cakap jelaaa ko tak beli-beli memory kad hp ko bunga oiiiiii)

Bebelan bebunga :
Pakai girdle PB ari ni dengan harapan lemak kat perut aku tersendat ke dalam sekaligus buat rasa lapar ilang, rasa kenyang je manjang haahhah... ada kaitan ke???

Tuesday, July 9, 2013

Famous Thai, Plaza Masalam, Shah Alam

Holaaaa!!!! Happy je mesti berhola holi cikebum cikebum kan haahahaha...

Harusla happy uolsz sebab dah kenyang tahap tenuk tersadai ditepian pantai kekdahnya. Semua benda taram, maunya perut tak sendat kannn!! Macamkan esok puasa sampai tak boleh makan langsung.. hiihihhi

Tak la, makan banyak sebab rasanya aku memang tak masuk dah restoren tu.. sedap memang sedap, tapi mahal, nak masuk kena tengok poket dulu haahahah..

Macam biasa, tak dapat nak ambil gambar dan ahli rombongan semua malu nak bergambar sebab, segan dengan bos dan suaminya hihiihhi.. Tapi klu hp aku ok, aku amik je kot gambar, semua makanan punya gila menggiurkan presentation dia.. Setanding la dengan rasa.

Oleh kerna tak nak hampakan korang, aku kidnp la gambar dari website Famous Thai   tu sendiri. Ni antara menu yang kami ambil eh, yang bos pilih sebab kami tak tau nak pilih ape ngeeee...

Tom yam prawns
 Pehhh sedap tomyam dia.. Pedas, tapi pedas yang sedap la. Cukup rasa bagi aku.. Nak tambah udang lagi, tapi dok cedok lauk lain depan mata dulu, sedar-sedar abis dah udang huhuhuhu... Recommended!!!

Fresh Beef Fried with Ginger Spring Onion
 Yang ni, spring onion dia sedap! Hahahhaah... aku rasa 2 keping je, tak leh nak makan sebab daging dia liat skit la bagi aku..

Beancurd Broccoli Mushroom
 Sedappppp!!!! Semua pun rasa segar. mushroom segar, brokoli segar yang 1 lagi tu tauhu lembut tu kan? Errr ntah, aku rasa laa.. Tapi sedap!!!!!!!! Recommended!!!

Mango Fish in Thai Style
Tak lawa pulak aku tengok gambar, tak boleh nak besar, jadi pecah camni haihhh!!! Tapi, pehhhh sedap okeh ini ikan.. Sape suka kerabu mangga memang ni la pilihan tepat korang!!!!! Tapi tadi bos pilih ikan kerapu, kalau ikan siakap lagi sedap kot sebab klu nak ratah dia lembut lagi tetulang dia.. Kepala dia pun kecik senang nak ratah.. Aku makan ekor dia selambak je dengan tangan.. Gila nak guna sudu garfu? Mau melompat ekor ikan tu kang hahaahahah...

Tapi serius, memang sedap ni..So recommended!!!!!


Pandan Leaf Chicken
 Yang ni pun sedap jugak.. Masak dengan pandan, tapi aku lupa nak try cicah ayam ni dengan sos dia.. Mungkin kalau cicah dengan sos, dia lagi sedap kot kan.. Tapi ok je kalau korang nak cuba, lembut ayamnya, sedap diratah atau makan dengan nasi.


Pelbagai dessert
Yang kami ambil,
Custard Pumpkin - pilihan bos, dan aku rasa gak, sedap!!!!
Thai Style SaguGula Melaka - aku & suami bos pilih... errrr rasa cam cendol, tapi dia letak sagu.. mati-mati aku ingat desert yang cam sagu + santan + air manisan.. ni dia buat campur ais cam cendol la rasa dia..
Tab Tim Krob- puan amik ... errrrrrr  ada potongan buah mango dengan  apa tah tapi rasa cam sengkuang, warnanye merah..
Chendol Durian - 4 orang yang lain ambil ni.. adeiiii aku rasa, rasa cam nak pitam hahaahahah... tak suka sebab durian tu dia buat cam pes cair camtu pastu letak dalam tu... tak kena tekak.. office mate aku cakap, jenuh nak perabih hahaahah..

Niat hati nak amik mango + stick rice, tapi baru lepas makan nasi kang tak leh masuk lak kenyang.. tapi lepas dah order baru perasan, ada Steam Tapioca.. aku suka ubi kayuuuuu huwaaaaa... takpela.. beli jela sendiri pastu rebus, bukan susah pun kannn hahaahahh


Ok so apa lagi korang tunggu? Cepat-cepat gi makan kat restoren ni yerrrr...

Maceh bosss belanja we olsz!! Lepas raya ni kita cari tempat lain lak ekkk!!!

Total makan? Jeling-jeling je resit tadi.. rasanya dalam RM400+ rasanya untuk 8 orang makan... Errr tak tau la murah ke mahal bagi bos aku.. bagi aku, pehhhhhh mahal tuuuuuuu sebbaik dibelanjai haahahaahaahah

Sempena Menyambut Ramadhan...

Sejukkk!!!!! Dah berkelubung dalam comforter dah aku ni wehh!!!! Shah Alam dari pagi tadi hujan tak berhenti-henti.. Tahap beku dah aku dok dalam bilik ni.. Tu pun dah buka tingkap tu... jari pun dah naik kematu kesejukan...

Tengahari ni makan free lagi... Kami akan ke Famous Thai, Plaza Masalam. Aku asyik tengok kat blog je betapa sedap dan cepat makanan kat situ, so harus la bila bos tanya nak makan mana, aku suggest situ antara salah satu tempat untuk dia pilih haahahahah...

Ni alamat kalau korang nak pergi

Lot No.F1, First Floor, Shah Alam Mall E9/9
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, Shah Alam
03-5510 3778


So, tak sabar ni nak tunggu tengahari.. Tapi perut ni cam kenyang la pulak pegi makan laksam pagi tadi.. Konon takut kang perut berpesta bunyi kat dalam restoren, wat malu kaum, tapi sekarang dah kenyang camne nak makan jap lagi ni???? Takpe, ada 1 jam lebih lagi untuk turunkan segala laksam pagi tadi..

Dan nasib laa aku nak taip entry ni, so aku teringat yang aku belum buat tempahan kat kedai tu lagi.. Fuhhhhhh!!! Kalau tak, mati laaa aku, bos awal pagi dah panggil suruh buat tempahan huhuuuhhu..

Cerita lain pulak. Esok kebanyakan sekolah islamik akan tutup kan sempena sambut bulan Ramadhan.. E, eh, jap je kan, dah datang bulan penuh keberkatan ni. Dah tanam 2,3 azam sempena bulan Ramadhan ni, harapnya azam untuk kali ni dapat dilaksanakan, aminnnn!!!

Berbalik cerita tadi. Oleh kerna tadika tutup, taska pun tutup esok, nak hantar Kimi kat pengasuh aku dah naik segan, so tebalkan muka, tanya bos boleh tak aku bawak anak datang kerja esok memandangkan Kimi aku rasa boleh lagi aku handle dan bos pun ada kes sepanjang hari pagi dan petang esok. Mulanya bos suruh cuti je sebab dia ingat aku nak bawak dua2, tapi bila aku cakap sorang je dan yang beso, bukan yang kecik so dia ok je.

Kalau Eqal, aku pun surrender wehhhhh!!! Tak sanggup laa bawak dia datang ofis. Cukup la sekali ari tu habis tunggang terbalik ofis ni bila dia ada hahaahahah... Pastu cepat bosan pulak tu. Kalau Kimi aku boleh pujuk dengan tab, dengan game, pastu ugut dia lagi semua, Eqal mana jalan semua tu..

So, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua!!!!!

Monday, July 8, 2013

Pot luck!!!!

Hoooolaaaaaa!!!! Ceria tak aii ari ni??? Hihhihihi.. harus la ceria sebab kejap lagi ada pot luck sempena sambut puasa..

Menu semua sedap sebab gabung 4 court kan... So ada nasi ayam, satey, spegeti oglio olio, capati, roti jala, desert, buah, aiskrim, chicken wing, hot dog... peargghhh sebut satu-satu pun dah kecur air liur aku ni hihihih..

Aku bawak roti jala je.. Buat sendiri? Takde maknanye aku nak menjala pagi-pagi buta iihihiih.. tempah dengan pengasuh anak kawan aku tu.. Pernah rasa roti jala dia, dan memang sedap, kuah pekat & banyak bahan.. Dia buat sekilo dapat lebih kurang 100 biji RM40 je dia ambil.. murah dah kot bagi aku.. Sebab aku tau camne penatnya menjala... Fuhhh!!!!

So pukul 11 jap lagi nak keluar pegi amik.. Sebbaik dekat je rumah dia, isteri polis, so kuarters dia kat belakang ofis aku ni jela...

Tapi tak bestnya laa.. hp aku still tak boleh ambil gambo, camne nak tunjuk gambar-gambar kat sini... Mencikk!!!!!!!!!


Bebelan membunga:
Gambar sambutan hari jadi kimi pun tak terupload lagi gambar akibat hp ngok ngek ku itu...

Friday, July 5, 2013

Oh Nuffnangku sayang

Yeyyy!!!!! Akhirnya yang ditunggu dah tibaa!!!! Cek idaman akhirnya sampai gak dengan selamat ke rumah... Gambar? Aduuiii tak terbeli-beli lagi memory kad untuk hp aku tu... Konon2 lambat beli sebab nak sambar hp lain laa kihkih.. bila tu tak tau laaa... So buat masa ni berblog tanpa gambar la jawabnya.

Ape pun mekaseh Nuffnang!!!!! Sayang ketat-ketat hikhik

Lepas dah cash out ari tu nuffnang kasik lagi rezeki.. macehhh lagi yer incik nuff..

2 dah masuk, ada 3 lagi menari kat dalam tu.. Kome duk la situ bebaik, jangan la kuar cepat sangat ye hihihihi...

Drypers, memang pilihan untuk anak-anak aku dari zaman Kimi sampai Haiqal, tu je pampers yang sesuai dan paling terbaik untuk kulit montot dia, coke harus laa dari kecik suka minum kan.. Kanebo Kate je aku tak tau ape sebab tak penah terserempak dengan dia hhihihi..

 Walaupun duit yang masuk tak selebat otai-otai blogger, tapi aku dah puas hati dah dengan rezeki yang diberikan.. Nama pun blogger picisan, jap timbul, jap tenggelam.. ada mood ada la entry, takde mood sunyi bersawang la blog..

Juga maceh buat kawan-kawan yang rajin masuk blog aku ni ha.. Sebab korang la aku dapat buat cash out pertama.. Hahahaah.. dah macam ucapan pemenang awards!! maklumlaaa kali pertama dapat cek dari nuffnang... Sampaikan hubby pun teruja sebab surat tu dia yang buka hikhik..

So, dah kasik incik hubby untuk cash kan.. Alhamdulillah, cukup wat belanja minyak dengan tol balik kampung minggu depan ngeeeeeeee!!!!

Thursday, July 4, 2013

Seram..

Dah macam-macam bunyi kedengaran kat bilik aku ni wehhh.. cam bunyi cerek air dah masak pun ada uhuhuhhuhu...

Kuat gila angin hari ni... kat luar tingkap pun dah gelap.. Masa ni laa nak scary mery... Time aku sorang-sorang kat dalam bilik ni.. Bos pun kat atas bench sana nun... Eeee... buat-buat tak dengar jela bunyi tiupan angin yang bukan lagi sepoi bahasa, kurang bahasa dah tu.. Kuat wehhhhhh!!!

Sebbaik la aku ni kategori takut-takut berani... Kalau takut terus, mau aku kuar dok depan sana hahaahah...

Harap angin kencang ni bawak pergi hujan ke tempat lain.. Aku bawak moto ari ni.. jangan laaa hujan baru nak turun pukul 5 nanti.. tempat ni dah la menyeramkan...

Tengok.. dia dah main tolak2 pintu pulakkk angin ni... this is not funny ok angin... sila pergi ke arah timur sana!!!!

Meratah

Hari ni, tak jadi puasa, sebab tiba-tiba rasa sakit perut, bibir terlalu kering sampai luka. So sekarang tengah minum air masak sambil ratah MILO.

What?? Ratah milo?? Hahahahah...

Yerrrr aku adalah seorang penggemar milo tegar. Dari kecik lagi suka bebeno ratah milo.. Ingat lagi masa kecik dulu, aku mesti cedok milo masuk dalam cawan, pastu senyap-senyap pegi depan tv makan.. Nikmat wehhhh!!!! Ye, biasanya mak aku tak tau haahahah...

Tapi bila lama-lama dia tengok milo cepat sangat licin, dia dapat tangkap ada budak comel yang ratah kihkih.. Diulangi, budak COMEL hahaahh... *perasan*

Bukan milo je aku suka ratah, dulu, masa kakak aku tu dapat baby, kan dia beli susu formula untuk anak dia kan... So, aku sambil buatkan susu untuk anak sedara aku, aku cilok masuk dalam mulut aku sama hikhik... Tak terkata dah kakak aku, nak marah kang, adik haahahah... Kadang aku campurkan milo dengan susu tepung tu, sedap weh!!!!! Nikmat dunia betol aku rasa masa tu bila dapat ratah campuran dua tepung tu hikhik.....

Aku dapat anak sedara masa darjah 4, so aku la tukang ajar anak sedara aku ratah meratah ni.. Ate budak lagi kot masa tu.. takde adik, bila ada anak sedara seronok sangat sebab ada kawan ihhihi.... Tapi bila kakak aku marah sebab anak dia dah mula pantai mintak susu dan milo untuk ratah, aku dah tak ratah milo depan anak sedara aku.. takut berguling-guling dia mintak aku suapkan dia sama huhuhuh..

Tapi, sekarang, kalau ko suruh aku ratah susu tepung, aku tolak mentah-mentah kot.. Tak boleh blah kot rasa susu tepung, eh jap, tapi susu anmum budak punyer sedap weh!!! Dulu masa kimi guna Anmum, aku ratah gak laa ahahahaah... Selain susu Anmum, takde kot susu yang sedap diratah camtu je. Aku dah try dumex, dugro, lactogen, seme tak sedap weh.. S26 ke Isomil ke tak pernah lagi aku try.. mahal kan, so maybe laa sedap gak hikhik..

Lagi satu perangai tak semenggah aku, ratah makanan sambil masak.. Dulu masa mak masak tak kira la goreng ayam ke, cekodok ke pisang ke, keropok ke, udang, sotong ke apa ke, aku dengan abang aku akan standby kat tepi pinggan, ratah.. Yerr ratah, kadang, tinggal lauk secoit je sebab aku dengan abang aku dah siap ratah.. ngeeee... Tapi selalunya mak aku akan masak lebih sebab dia tau perangai anak-anak dia camtu kan..

Tapi bila kawin, aku dah tak amalkan perangai tu.. Sebabnya, kat rumah MIL aku, takde pulak aku tengok adik beradik hubby buat perangai cam aku dengan abang aku.. Diorang tertib kot, siap ada masa tuk makan.. Kami style makan bersepah. Mak hidang, panggil makan, haaa datang laa anak-anak, cedok nasi, cedok lauk, terus naik atas, makan depan tv. Mak dengan ayah jela congok depan meja, makan berdua uhhuhuh...

Rumah MIL diorang nak makan, panggil semua, pastu, makan beramai-ramai.. Masa MIL aku goreng apa-apa masakan memang dia ada tawarkan aku makan dulu, dia perasan kot menantu dia sikit-sikit, sedapnya mak... wanginya bauuu.. nolong idok, nak meratah je laju.. Tapi aku jaga gak la adap, sabar menunggu hahaahah.. cuma, kadang tak boleh nak tahan, aku cilok gak la barang seketul dua ubi goreng ke, cekodok goreng ke camtu hhhohhohoh...

Tapi kan, hubby aku sebab dah dididik kat rumah takde ratah-ratah, maka dia selalu pelik tengok aku kadang bawak cawan dengan sudu ke depan tv, dok sebelah dia, pastu dia tanya makan apa, aku cakap milo.. Muka terus berkerut.. pastu sambil tergelak, macam budak2, aku dikatanya hihhihi...

Pastu sebab bila dah kawin, dah tak dok sekali dengan abang, perangai meratah lauk aku dah aku setopkan.. Tak best laa nak ratah sorang-sorang.. Err tapi kalau kat kampung still buat perangai gak.. Hubby tengok pun geleng kepala dengan perangai bini dia ni.. Hahahaah.. abang aku ada, so seronok berebut makan dengan dia. Kalau tak puas hati sebab dia dapat part yang aku suka, kami main kejar pastu sepak-sepak, tepuk tampar.. eh, tiba-tiba aku rindu kat abang aku...

Ermnn.. memori sungguh rasanya.. Korang mesti takde ratah-ratah makanan kan.. hiihhihihi.. Aku je tak berapa nak senonoh kihkihkhihkiki...