Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, September 19, 2013

Kampung Girl best!!!

Wei dah lama tak update blog dah tak tau nak tulis ape dah ni wei.. Tiba-tiba kreativiti, idea dan seangkatan dengannya hilang. Tapi nak gak update, camne tu hahahha..

Esok bos dah masuk kerja lepas cuti panjang. Eceh padahal cuti seminggu je pun.. So esok tamat dah joli-joli di ofis, keroja cam biasa. Macam biasa? Keje yang hanya ada bila bos kasik kerja.. Aku tak sesebok kengkawan yang lain, depa sibuk menaip nota keterangan, sedangkan aku, bos tak kasik taip apa-apa nota pun. Duduk la melangut tunggu arahan dari dia, kalau ada, ada la, kalau takde, buat-buat la sibuk hahaahah... Kalau bos kena tukar, masuk bos lain, aku tak tau la camne pulak situasinya.

So, nak cite ape ek.. Haaa malam tadi marathon cite Kampung Girl. Weiiiii best pulak aku rasa cerita ni..

sumber

Awal-awal macam kurang menyengat, tapi lepas depa kawin ni macam best pulak.. Aku sedih gila time babak Ain nangis sebab cam dah putus asa dengan Abang Ash dia tu, tapi bagus kawan dia nama Sal klu tak silap aku, bagi semangat suruh dia jangan putus asa. Ash tu hak dia, suami dia, tak pe kalau orang nak cakap perigi cari timba pun.

Pastu part Ash suruh Ain turun dari katil sebab dia nak tido situ, pastu Ain buat muka menggoda terus tak jadi si Ash ni nak kenakan Ain, dia pulak yang keluar dari bilik hahahahah... Banyak adegen yang buat aku sengeh sorang dalam cerita ni. Aku pulak minat dengan si Akim ni, aku suka suara dia laa.. idok le orangnye... hihiihi..

So, tak sabar nak tunggu sambungan esok, sambungan lepas Ain jatuh terpijak batu.. Tak sabar nak tunggu ego si Ash lebur dengan kesabaran Ain.. Gitu kekdahnya...

Tapi, minggu depan nak balik kampung hubby lak, miss lagi aku cerita ni.. asik miss pun sebab kadang hari jumaat ada game bola, hubby kongker tibi tu ha.. kadang kang sebab balik kampung, kadang kang ada raya-raya rumah ke rumah, kadang ada bekwoh.. Memacam laaa... Takpe, tengok lagi kat MMF yeay!!!

Kejadian dagu terbelah si Eqal

Cerita ni jadi awal bulan baru ni. Kesahnya bermula petang tu, hajat nak balik kampung hubby tak jadi sebab taman kami nak buat sambutan hari raya Sabtunye walaupun Jumaat tu dah last Syawal.

Sebab tak jadik balik kampung, aku lepaskan la Kimi main basikal kat luar, Eqal aku kurung dengan aku kat dalam rumah, sementara tunggu hubby balik rumah nak gi pasar malam. Masa tu Eqal dah cam tak puas hati sebab tak boleh keluar main dengan abang dia, so asik asik intai kat sliding door tengok abang dia riang gumbira kat luar. Pastu panjat-panjat sofa. Masa tu aku dah terdetik, hai laa jatuh kang baru tau adik ni. Tapi cuma marah-marah camtu jela.

Elok papa dia balik, aku buka pintu, terus dia terpa keluar. Aku minta hubby mangga pagar, sebab dia dah pandai buka pagar sendiri. So dia mengamuk la sebab, dia dah naik kete mainan dia dan dah ready nak keluar.

Aku masuk rumah, nak bawak buah-buah yang hubby beli ke dapur, hubby masuk rumah letak wallet dengan hp. Tak sampai 1 minit pun, tiba-tiba dengar dia menangis. Nangis lain macam, so hubby tak sedap hati pergi tengok, sekali tengok dah penuh darah kat mulut dia. Jerit la panggil nama aku.

Aku yang tengah sedap kekoh buah rambutan terus terkaku bila tengok hubby pegang eqal yang berlumuran darah tu. Bila hubby cakap cepat la baru aku lari amik kain nak lap darah kat mulut dia. Cek-cek dalam mulut takde kuar darah, rupanya dagu dia dah pecah, darah kuar tak berhenti-henti. Aku memang dah cuak. Baju dia basah dengan darah dah.

Dukung dia, terus jerit nama jiran sebelah, tanya kak, kalau macam ni nak kena bawak gi klinik ke tak? Eh bawak laaaa jiran aku kerumun aku dah. Jerit panggil hubby suh amik tudung aku, terus masuk kereta. Kimi, jiran lagi sorang tolong panggilkan balik. Akak sebelah rumah tu sempat lagi hubby aku cakap jiruskan kesan darah kat simen tempat Eqal jatuh.

Bawak gi klinik, doktor cakap gamkan aje, kalau jahit takut dia trauma, sebab mau 4,5 jahitan baru settle. Hasilnya...

Eqal berjanggut putih
Antara darah kat lantai
Tetap tersenyum manis walaupun ct
 Kejap je mamat ni bertahan pakai kapas tutup luka tu, tak sampai sejam dia dah tanggalkan sendiri kapas tu. Tak selesa, kejap-kejap dia nganga mulut sebab tak selesa bila pakai mendalah tu huhuhu...

Gambar bawah ni aku amik masa dia dah tido. Baju tak salin, dia tak kasik..

Add caption
Pandangan sisi
 Darah still keluar malam tu... aku just cuci dan letak ubat luka je, nak sentuh lebih-lebih takut dia terjaga, pastu dia pegang pulak tempat luka tu..
Putih-putih tu gam..
 Esoknya dah kering skit luka, tapi tah macamana dia main, terjatuh, darah balik dagu dia. Sebab kelam kabut, aku ikot je cakap hubby suruh letak minyak gamat. Malamnya terus kuar nanah...
Rupanya, tak boleh letak minyak gamat kalau luka camni sebab dia buatkan luka tu berair, tak kering. Malam tu gak aku bersihkan nanah tu, cuci time dia tido, bagi ubat tahan sakit sebelum dia tido tu, cuci dengan antibiotik dan letak ubat luka.

Alhamdulillah, pagi esoknya kering balik luka dia, nanah pun dah takde..

Owh, lupa nak cerita, punca dagu dia terbelah tu sebab dia mengamuk tak dapat keluar, so dia lompat-lompat atas kereta mainan dia tu dan cuba lalu atas rumput, konon tunjuk perasaan sebab tak bagi keluar. Antara simen dengan rumput tu ada gap, rumput lagi rendah dari simen, so tak dapat seimbang badan, jatuh kena tang dagu dulu.. Tu yang sampai terbelah tu..

Sampai sekarang, dagu anak aku still belum ok. Dah jadi cam luka berkuping tu ha... Tapi takde la melarat ke mana, masih dalam proses nak sembuh, lupa pulak nak snap gambar dagu dia selepas 2 minggu kejadian.

Dan kerana kejadian tu gak la, Eqal kena  kuarantin, tak bagi main kat luar selama 1 minggu sebab dia terlalu buas, takut terjatuh, terhentak kat mana-mana pulak...

Nak update, nak update!!!

Wahhhhh lamanya aku tak update... Rasa cam dah setahun lamanya walaupun hakikatnya baru nak masuk 2 bulan. Ni semua salah ofis aku ni la. Kedekut betol, nak berblog pun tak kasik... Lain la update blog sampai keje tak terbuat, terabai bagai.. Eceh, statement mempertahankan diri kekdahnya..

Rindu, macam-macam nak update.. Tapi tu la, kalau nak update kena bawak wifi gi ofis, malasnya nak berangkut, orang lain guna broadband, aku angkut modem tu ha haahahahah.. kuno bebenooo... dan sanggup aku bawak mai ofis semata rindu nak update kikiki..

Esok bos dah masuk keje, so ari ni nak update sampai lebam.. Schedule kan post pun ok gak nih...

So, nantikan cerita saya ye kawan-kawan, eh macamkan ada yang baca.. Nak cari-cari gambo dulu baru leh wat cerita khennn...

Till then, babaiiiiiiii.....