Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, February 6, 2014

Kempen Bahasa Inggeris di Sekolah Kami - Sila positifkan minda

Panjang tak tajuk hahaahahahaah....

Baru balik taklimat untuk pertandingan/kempen bahasa Inggeris yang mana juga dikenali dikalangan kami-kami ni sebagai kelas tambahan Bahasa Inggeris di hari minggu.

Ada 2 stage. Stage 1 perkenalkan diri, jawab soalan. Markah dikira dari segi yakin, ketrampilan last baru jawapan. Maknanya kalau jawapan ko tak betul pun takpe, markah untuk konfiden ko tu nanti leh tolong ko dah haahahahah..*Sighh*

Stage 2, 8 orang je layak. Dan aku yakin, aku bukan salah sorang. Ate nak cakap dengan juri tu nanti harus aku rasa nak terkucil tergagap mana nak menang kikikikiki... Dapat keluar ayat pun dah mujur aku rasa nanti. Mulanya seronok nak buat macam bodoh je macam tak tau ape, then boleh la balik awal. Rupanya tidakkkk.. Harus tunggu sampai game over. OMG!!!!! *sigh!!*

Kelas tambahan Sabtu ni yang tak best sebab curi masa kami bersama keluarga tercinta, yang bestnye sebab ada makan-makan. Hahahah.. pasal makan ko laju je Bunga kan... Kenapa laaa tak buat hari kerja. Alasan diberi takut bos masing-masing tak bagi. Belum tanya kami, dah buat kesimpulan sendiri. Padahal ramai je bos yang cadangkan buat je time hari bekerja. Bukan curi banyak masa pun...

Aku akui mulanya aku agak geram sebab diorang buat time cuti dan ambil masa kitorang, tapi bila fikir masa ni la dapat lepak dan chill dengan kawan-kawan seangkatan so macam ok laa.. Bukan selalu pun kan.. *Sigh!!!*

So aku ambik menda ni secara positif jela. Macam kes punch kad aku gak.. Walaupun dah 'pengetua' buat undang-undang sendiri dari 3 ketukan merah baru tukar ke kad hijau kepada hanya 2 ketukan merah dah kena tukar ke kad ijo, aku redha laa.. At least mengajar aku lebih disiplin, bangun awal pagi. Dari pukul 6.30 pagi aku bangun sekarang dah awal sikit, pukul 6 pagi, tapi kadang lajak gak ke 6.15 hahahahah... *Sigh!!!*

Ok tu je nak bebel, nak balik dah ni... Babaiiiiiiiiii

1 comment:

eima said...

tu lakan boss suka je aku tak de kat tmpt ni janji pi menuntut ilmu die bg je ... klu aku mmg aku tak mo la pi kerja time cuti ... time tu la ngemas rumah bagai ..tetiba kena pi kursus oh nooo