Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, February 5, 2014

Menu Diet: Resepi Ayam Panggang & Salad Mudah

Semalam masak salad untuk dinner. Kata tengah berusaha untuk kuruskan badan, maka sila la menahan nafsu makan.. Tapi apsal ek, dah setengah bulan aku tak sentuh nasi pun, berat aku dok tang tu gak.. Adalaa turun 2kg, tp 2 kg je tak nampak perubahan wehh huwaaa..

Ok aku tunjuk gambo salad tu deh

Ni la menu dinner aku dengan hubby semalam. Adik ipo, aku masakkan nasi je, pastu laga dengan sup ayam udoh le hahhaah, dasar kak ipo malas masak.

Resepi ayam panggang aka grill aku tu mudah je

Ayam bersihkan. Letak dalam mangkuk. Tambahkan aje mix herb, lada hitam tumbuk, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, kicap cair sikit dan minyak zaitun. Semua bahan agak-agak je. Perap at least 1 jam, then panggang jela.

Aku takde kuali cap ikan or apa-apa brand cam pemanggang ajaib tu, so aku panggang je atas nonstick pan. Jangan risau, jadi punye hihihi..

Resepi salad pulak lagi mudah.

Ambil apa aje salad or sayur yang korang suka nak makan. Macam semalam aku guna kobis, salad butterhead (aku rasa la nama dia, ke salah taktau la hahaah), brokoli (aku kukus dulu kejap) hirisan tomato, kalau ada baby tomato lagi sedap. Itu aje. Kalau korang ada timun pun boleh letak gak. Pendek kata apa aje korang nak korang boleh letak.

Dressing dia, letak thousand island, mayonis salad, sesudu minyak zaitun. Tu aje, dah siap.

Ayam bakar tadi, hiris nipis-nipis dan letak dalam salad. Macam aku untuk letak dalam salad ni, dah dihiris nipis, cuma potong dua jela untuk mudah makan dengan sayur, supaya tidak ler tercekik.

So, itu saja menu sihat dari saya untuk hari ni. Marilah sama-sama kita berdiet secara sihat.

3 comments:

Fida Ghazi said...

heyoooo! ni mcm menu diet atkins je... diet atkins yehhh?

bunga_rose said...

diet atkins tak leh mkn roti, ai bantai je roti kak hahahahahah..

ni kesinambungan lepas amik SD2.. Minum 1 tin setengah cuma turun 2kg so kena continue la menu yang sama without susu

Fatin Qursiah said...

Sehari mkn nasi sekali. Minum air suam byk2..