Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, February 6, 2014

Resepi Kuih Onde-onde Buah Melaka simple jee

Kelmari buat onde-onde buah melaka.. Peberet dari kecik membawak sampai ke besar. Dulu ingat lagi masa kecil, mesti kirim kat ayah onde-onde ni, kalau tak kirim pun ayah mesti beli sebab tau peberet anak bongsu dia ni hihihihi...

Lani dah beso, kena la pandai buat sendiri kuih kegemaran. So here's the recipe. Google kat internet je guna fon kat rumah, so tak tau nak bagi kredit kat sapa. Hihih..

Mula nak buat rasa cam leceh, dah buat, eh senang yo... Boleh buat sorang-sorang, siap gentel sambil sembang dengan jiran sebelah haahahah...

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Pewarna hijau
Air 1 1/2 cawan
Gula manisan/gula melaka
Kelapa parut putih aje (campurkan dengan sikit garam)
Daun pandan

Cara
1. Potongkan gula manisan kepada kiub kecil. Letak tepi.
2. Campur kan tepung pulut, tepung gandum dan sikit pewarna dalam satu mangkuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit dalam tepung dan uli sampai tak melekat pada tangan atau sampai boleh digentel jadi bebola bulat.

4. Panaskan air dalam periuk besar dan tunggu mendidih. Letak daun pandan untuk efek wangi.. Aku malas nak pegi mintak dengan jiran sebelah so tak letak
5. Bulat-bulatkan tepung yang siap diuli tadi, leperkan sedikit dan masukkan gula manisan tadi ke dalam tepung tadi. Tutup manisan tu dengan menggunakan tepung yang sama.
6. Masukkan ke dalam air panas dan tunggu sehingga tepung itu naik ke atas permukaan.

7. Biarkan seketika di atas permukaan supaya gula manisan cair didalam tepung tersebut kemudian angkat dan toskan.
8. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa yang telah dicampurkan garam sehingga menyaluti kuih tadi.

9. Dan taraaaa dah siap dah kuih onde-onde korang hihihi.. Sedap makan masa panas atau biarkan sejuk dulu dalam esbok.

Yummihhhhh!!!! Dapat 1 mangkuk, kasik kat jiran semangkuk kecik sebab aku mintak pewarna hijau dari dia. Abis dah pewarna ijo kat rumah, yang ada warna biru je. Letak biru kang tak lalu lak hubby aku nak makan hahahah...

Onde ni semalam lagi dah settle. Balik keje, buka esbok, makan kongsi dengan hubby dan Eqal, nyamannnn tekak. Diet ke mana pun aku tak tau masa tu hahaahah.. Sesekali, takpeeeee...

So selamat mencuba...

No comments: