Jom klik

kENgkaWAn

Friday, February 7, 2014

Rumah Sukan dan Kempen

Hari ni hari Jumaat, waktu rehat panjang. Tapi aku tak kuar, wah sangat pelik. Padahal semalam, kelmarin, kemain lagi pegi sana sini time lunch yang pendek. Hari ni tetiba aku tak tau nak gi mana, takde arah tujuan.

Sejuk la pulak dok sorang kat bilik ni.. Jap lagi ada mesyuarat rumah pasukan hijau pulak. Aku rasa aku ni dari sekolah rendah sampai ke zaman kerja, musti dapat rumah hijau, pasaipa tah..

Kalau setiap orang kena pilih satu sukan, sukan pilihan aku haruslah netball.. Lama gila tak main. Mula main masa sekolah rendah, last main masa sekolah menengah. Tapi takde la hebat sampai wakil sekolah pun. Hahhaaah.. tapi rindu rasa nak main balik... Aku dulu pasukan simpanan je masa sekolah teknik. So kalau dapat main lagi memang best laa hikhik..

 Esok pulak ada pertandingan Bahasa Inggeris. Hentam kromo jela, nama pun soalan ada jawapan A, B, C, depa cuma nak tengok tahap keyakinan kita je. So wat lek wat peace je le..

Wish me luck! Nope, bukan luck untuk menang, sebab dah tau sape pemenang, tapi luck supaya tak terketar-ketar nak jawab depan panel juri esok kikikkiki..

3 comments:

deelira@deeliraz said...

patutla.. aku tegur x berjawab. meeting rupanya. eh aku pon asik rumah hijau je.. sampai skrg hati aku pon hijau hehe..

ok good luck

P.A. said...

sama kita u olls...minat hijau dan dr dulu kerap dpt rumah hijau... :)

eima said...

pe cite ngan kursus bi ko hari sabtu tu ??