Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, March 13, 2014

Craez Cafe Kelana Jaya, Imelda Master Chef

Last week, lepak kat Craez Cafe, alaaa kedai Imelda Masterchef Musim Pertama tuu... yang baru ni masuk masterchef All Star tuuuu.. Ecehh cara terang cam menjoyah je kikkikikiki...

Dapat tau pasal kedai ni pun dari Ana, dia gi sana celebrate birthday mak dia. Pastu minah ni kemain cerita makanan kat kedai tu sodapppp, pastu portion dia banyak, harga pulak agak murah la. So aku yang dok jejes-jejes air liur dek gambo yang dia tunjuk beserta penerangan tu dok pasang plan nak gi sana dari 3 minggu lepas. Tapi ada je halangan time nak pegi tu.

So, layan gambar dulu okeh!!!

Antara yang terpengaruh dengan cite Ana kikikiki
Korang kalau datang sini jangan risau, sebab pekerja cafe ni sangat laaa ramahnye la hai.. Mintak je tolong diorang nak ambil gambo, sporting sangat. Diorang akan siap kasik korang props untuk bergambo. Baguihhh, memahami keterujaan kami dalam begedik begambo hahaah..

So ni menu-menu yang kami order. Setiap sorang order menu yang berbeza so senang nanti boleh kau rasa aku punye, aku rasa ko punye.. Tapi kami pergi ni time rehat hari Jumaat kan, chef lelaki takde gi semayang, so menu terhad sikit laa nak order.

Ni menu-menu.

Craez King Castle RM16.90, sedapp!!!!

Atas, Smoked Salmon Salad Rm10.90, ni air tangan Imelda sendiri... Bawah tu Beef Pepperoni Pizza, Rm17.50 banyak cheese, dap dapp

Chicken & Mushroom Pizza, aku suka yang ni.. Sedapppp!!!! Rm16.90

White Storm Lasagna Beef RM18.00 fuhhhh sedap wa cakap lu...
Bolognese RM13.90, pehhhh banyak wehhh

Semua makanan adalah dalam portion yang besar, so kalau korang nak order tu, pegi la ramai-ramai dan share sebab memang berbaloi dan puas hati...
Close up skit dengan lasagna dia yang dap dap nii :)
Ada lagi makanan lain yang aku sendiri tak tau mana gambo, sebab bukan guna hp aku untuk amik gambo hahaha.. ni harap ehsan dari kengkawan nyer gambo n ada gak yang aku cilok dari blog dak CT ni ha..

Antara menu lain tu, chicken chop RM12.90, ada 2 ketul ayam, breast part, ada coleslaw yang sedapp dengan kentang goreng tabur lada itam kot.. tapi sedap gak. Ayam dia tak oily pun, sedap laaa.. Lagi 1 Chocolate Paradise. Sape suka coklat memang aku syorkan laa air desert ni.. yummih sungguh.. Bentuk lebih kurang craez castle laa, tapi chocolate punye.. RM14.90. Kami share bertiga dengan Ana & CT.

Sambil makan sambil bergambo.. Oye, Imelda datang masa kitorang tengah tungguh makanan siap. Dan dia amatlaaa peramah, pegi meja ke meja tegur semua pelanggan. Ololoooo, bila owner sangat ramah, otomatik kami rasa seronok dan beronok-ronok makan kat situ kikikikiki... over tau explanation ko bungaaa..

With Imelda yang super peramah

Props yang depa kasik

Muka hepi gila jumpa retis pandai masak haahahah...
 Tu, dak CT tudung oren tu orang Sarawak, sama dengan Imelda. Sekali si Imelda ni tau CT orang Sarawak terus diorang speaking Sarawak, tak hengat dah kami kat keliling yang melongo dengar depa speaking ahahahha... Abang CT ni satu sekolah dengan Imelda, tu yang cam jejak kasih pulak tu..

So sebelum balik amik gambar sekali lagi..
Bergambo kenangan kat depan kedai Imelda ni haa...
Insyaallah, we will come again.. Oh, diorang ada kasik kad tau.. Kad ke kupon ek.. Setiap RM30 yang korang belanja, korang akan dapat cop, so nanti klu dah dapat 6 cop korang dapat air yang craez king castle tu free.. 12 cop dapat pizza free.. Untung khennnn...

Nak bawak cik abe celebrate besday sini laaa.. Sebab layanan best!!!

Owh, kalau ada yang nak poie, ni alamatnye..

Craez Cafe
Delezzeti Group Sdn. Bhd.
Unit TC-01-03A, BAngunan Tierra Crest
No. 3A, Jalan SS6/3, Kelana Jaya
47301 PJ, Selangor.

Owh lupa, ada service tax, tapi takde goverment tax kat sini. Bayar untuk service yang best, rasa berbaloi laa hihiihih... Selamat mencuba....

4 comments:

Fai CeritaCinta said...

fai memang pantang dengar tempat makan sedap ni.. tapiii jauh sangat. kalau kat JB memang dah lama g terjah. tengok gambar pun tahu memang sedapppp.. alahai, meleleh air liur ni..

deelira@deeliraz said...

sedapnyewww....

banyak kalori ko telan hari tu nge.hehe.. x ingat dah ye misi ko? hahaha...

nnt ko kena bawak aku g sana ok

Tukang Karut said...

gi al meriah Craez King Castle tu!!!

bunga_rose said...

fai:
takpe-takpe, nnt klu turun KL boleh le nyinggah kedai ni hihihhi..


deelira:
errrr errrr.. misi ku kuza je aku ingat masa tu haahah...

boleh, klu ko datang nnt aku bawak ko

tukang karut:
mmg meriah weii.. buah ada, biskut pun ada atas tu